Anda di halaman 1dari 1

POLISI KESIHATAN PEKERJAAN,

KESELAMATAN DAN ALAM


SEKITAR
PETRA komited untuk menjadikan kecemerlangan Kesihatan Pekerjaan, Keselamatan
dan Alam Sekitar dalam semua aktiviti di mana sahaja kami beroperasi.

Kami akan mengenal pasti dan menguruskan risiko penyakit dan kecederaan disebabkan
oleh pekerjaan dan kerosakan harta benda.

Kami akan memastikan bahawa langkah-langkah yang mencukupi diambil untuk


mencegah pencemaran, meminimumkan kesan terhadap alam sekitar, melindungi alam
sekitar dan menggunakan sumber semula jadi secara berhemah sekiranya perlu.

Kami akan:
• memastikan bahawa kemudahan yang kami kendalikan dan perkhidmatan yang
kami sediakan mengikut dengan keperluan undang-undang dan piawaian yang
berkenaan
• menyediakan sumber dan organisasi yang diperlukan, mengikut kesesuaian,
berhubung dengan pihak berkepentingan utama dalam hal Kesihatan
Pekerjaan, Keselamatan dan Alam Sekitar
• memastikan pelan kontingensi disediakan untuk menangani keadaan
kecemasan
• memastikan peningkatan berterusan dalam pengurusan dan prestasi Kesihatan
Pekerjaan, Keselamatan dan Alam Sekitar yang memanfaatkan manusia,
proses dan teknologi

Kami memerlukan semua kakitangan, rakan kongsi dan kontraktor untuk mematuhi polisi
ini pada setiap masa.

DATO’ ANTHONY BUJANG


KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
PETRA ENERGY BHD (718388-H) 5 FEBRUARI 2021

Terma di dalam polisi ini merangkumi PETRA Energy Bhd dan semua anak syarikatnya
(Jika terdapat keraguan dari segi Bahasa di dalam polisi di atas, sila rujuk kepada polisi yang menggunakan Bahasa Inggeris)

Anda mungkin juga menyukai