Anda di halaman 1dari 3

PANTUN KASIH SAYANG

Maksud Pantun
RANGKAP MAKSUD
Wajah s e s e orang yang
1 kelihatan berseri-seri
kerana senyumannya yang
menawan.
Harapan yang tinggi
2 terhadap seseorang tetapi
akibat tersilap
perhitungan, impian tidak
kesampaian .
Menyimpan impian untuk
3 mendapatkan seorang
wanita yang cantik serta
tiada bandingannya.

Menggunakan muslihat
4 untuk memikat anak gadis
orang.
Seseorang perempuan dan
5 lelaki, kalau sudah jodoh,
akan
bertemu juga akhirnya.
TEMA
Kasih sayang antara teruna dengan dara.

PERSOALAN
(a) Perwatakan yang menarik akan menyebabkan
diri disukai oleh ramai orang.
(b) Perbezaan darjat menyebabkan impian
seseorang itu terhalang.
(c) Cita-cita untuk memiliki sesuatu yang besar
menjadi mustahil kerana adanya kekurangan
diri.
(d) Sanggup berpura-pura untuk mencapai
sesuatu tujuan.
(e) Perpisahan yang berlaku tidak semestinya
terpisah untuk selama -lamanya kerana pada
suatu hari nanti pasti akan bertemu semula.

BENTUK DAN CIRI-CIRI PA N T U N


( a ) Te r d i r i d a r i p a d a l i m a r a n g k a p .
(b) Berisi empat baris setiap rangkap.
(c) Ada pembayang dan maksudnya.
(d) Bilangan katanya tiga hingga enam patah
kata sebaris.
( e ) Te r d i r i d a r i p a d a l a p a n h i n g g a s e p u l u h s u k u
kata sebaris.
(f) Bentuknya terikat.
U N S U R G AYA B A H A S A
(a) Imej alam. Contohnya, buah mengkudu; kandis; asap; api;
bakau; langit; anak udang; dahan; bulan; bintang; ayam; asam;
ikan; dan laut.
(b) Personifikasi. Contohnya, Anak udang meniti batang.
(c) Paradoks. Contohnya, Langit tinggi kupandang rendah.
(d) Simile. Contohnya, Bagaikan rasa hendak dicapai.
(e) Asonansi. Contohnya, Singgah-menyinggah di pagar orang
(perulangan vokal i)
(f) Aliterasi. Contohnya, Harap hati kepada tuan
(perulangan konsonan h).
(g) Rima akhirnya sama, iaitu abab.

NILAI
(a) Kasih sayang.
(b) Rasional.
(c) Kesetiaan.
(d) Keikhlasan.

PENGA JARAN
(a) Kita haruslah sayang-menyayangi antara satu
dengan yang lain.
(b) Kita mestilah bersikap rasional sebelum
melakukan sesuatu perkara yang dianggap
mustahil.
(c) Kita haruslah ikhlas dalam melakukan setiap
perkara dalam kehidupan .
(d) Kita mestilah berusaha dengan gigih untuk
mencapai cita-cita.

Anda mungkin juga menyukai