Anda di halaman 1dari 6

PERSONALITI DAN WARNA

Entri kali ini Psikotube nak post mengenai warna kegemaran pula. Sebab warna kadang-kadang
mempunyai hubungkait dengan personaliti kita dan mampu mempengaruhi 'mood' seseorang itu
berdasarkan warna. Sebagai contoh, warna baju sering memainkan peranan pentingdalam
mewujudkan suasana mengikut perasaan. Bahkan, warna dapat mengubah rasa, dan mempengaruhi
persekitaran seseorang. Kuasa warna juga secara tidak langsung menonjolkan ragam seseorang
selain pilihan yang dibuat menunjukkan personaliti diri yang dikatakan akan mempengaruhi warna dan
mood pemakai. Secara tidak langsung, warna pakaian seseorang melambangkan personaliti.
Misalnya, wanita yang mengenakan pakaian merah akan kelihatan berani, merah dan cergas.

Perkaitan antara warna dengan personaliti adalah seperti di bawah:

Ia merupakan kajian yang dilakukan oleh pakar jiwa, perubatan dan pakar psikologi bagi mendapatkan
ketepatan maklumat mengenai personaliti manusia melalui pemilihan warnanya.

Biru muda : Pengasih dan penyayang

Biru tua : Rajin dan penuh dedikasi

Oren : Bersemangat dan komited

Kuning : Ceria dan sentiasa bersangka baik

Hijau : Tenang dan tidak banyak karenah

Merah : Berani dan emosional

Ungu : Kejayaan dan sikap positif

Hitam : Rasmi, serius atau hiba

Coklat : Matang dan bertanggungjawab

Putih : Bersih dan amanah

PENJELASAN TERPERINCI

HITAM
Degil dan berdikari
Semangat yang kuat, terlalu yakin pada pendapat diri dan berdisiplin.
Kelihatan matang dan menyelubungi identiti yang sebenarnya.
Mewakili perbuatan tidak mengaku kalah.
Menyerah diri hanya pada saat-saat akhir.
Dalam situasi tertentu menunjukkan personaliti yang mempunyai kawalan terhadap diri mengikut imej
berkomunikasi.

MERAH
Mendesak, mudah diransang dan lincah.
Mempunyai cita-cita yang tinggi, dan apabila menginginkan sesuatu akan dilakukan dengan pantas.
Cuba melakukan sesuatu dalam keadaan yang terbaik.
Kurang peka pada perasaan orang lain apabila diri menjadi tumpuan.
Perlu belajar menjadi pendengar yang baik.
Sedikit memaksa dan mudah membuat keputusan apabila bertindak dalam keadaan terdesak atau
mencemaskan.
Mempunyai kelebihan yang boleh disalurkan untuk memimpin, membangunkan atau mengembangkan
sesuatu.
Berani dan peramah namun mudah marah sekiranya tidak dapat memenuhi kehendak.
Perlu belajar untuk sabar.

PUTIH
Mempunyai keperibadian yang positif, matang dan optimistik.
Bersih dan amanah.
Gemar menyendiri.
Inginkan gaya hidup sederhana dan bebas tekanan.

BIRU LEMBUT
Kreatif, mudah mengerti serta mudah sensitif.
Mempunyai daya imaginasi yang tinggi serta sentiasa bertindak secara praktikal dalam kehidupan.
Teliti dalam teguran.
Penasihat yang baik kerana menggunakan pengetahuan untuk menyelesaikan masalah.
Gemar melakukan aktiviti mengikut kesesuaian masa serta tidak suka terburu-buru.
Ingin suasana selamat dan mendamaikan.

BIRU GELAP
Seorang yang cerdik, mempunyai keyakinan yang tinggi, serta mempunyai perasaan yang mendalam.
Merasakan diri bertanggungjawab kepada orang lain serta seronok dalam membuat pilihan.
Memerlukan persekitaran yang tenang, serta ingin dibelai dengan kasih sayang.
Mudah terganggu dengan keadaan bising.
Bos yang menggemari pakaian berwarna ungu kebiruan mudah sensitif serta mudah bersimpati,
mudah dipergunakan.

MERAH JAMBU
Bersikap penyayang, menyintai alam semula jadi.
Mudah bersimpati dan memahami.
Mudah menunjukkan kelemahan diri apabila gagal mengawal emosi.
Sentiasa memerlukan dorongan dan sokongan orang lain.
Sedikit keanak-anakan.
Sentiasa menyayangi dan menghargai diri sendiri.
OREN
Mampu menguasai dan mempengaruhi sikap orang lain.
Tidak sabar.
Mudah berdikari dan mempunyai perancangan serta berdaya memotivasikan diri sendiri.
Bersikap praktikal dan kreatif.
Sangat bertenaga namun mudah gelisah.
Aktif dan mahu bersaing dan sentiasa periang.

HIJAU
Berwaspada, berhati-hati dan tidak mudah mempercayai orang lain.
Sesuai dengan kehidupan yang damai dan sunyi.
Bermurah hati, berperikemanusiaan serta membantu orang lain untuk mengubah sikap.
Mudah sensitif, ia jelas kelihatan dengan gaya pandangan mata.

KUNING
Penuh minat dan ceria
Aktif dalam jua aktiviti.
Mempunyai semangat yang tinggi dan mampu hadapi cabaran hidup.
Kuning cerah menggambarkan sikap yang spontan dan bijak berkomunikasi.
Sentiasa menginginkan dan berharap untuk mencapai kegembiraan.
Idea dan pemikiran tinggi.
Sentiasa baru dan moden dan mengalami perkembangan.
Sentiasa memerlukan ketenangan apabila konflik.

UNGU
Berkebolehan mengetahui sesuatu melalui bisikan hati, mempunyai perasaan yang mendalam, serta
bercita-cita tinggi.
Berkeinginan untuk berjaya dalam semua bidang dan ingin melibatkan individu lain bersama.

PERANG
Bersikap jujur, bersifat realistik, sukakan gaya hidup yang berstruktur dan tolong menolong.
Sentiasa membelai rasa, menghargai makanan, minuman dan juga rakan yang baik.
Bersifat pelindung, mungkin dengan memendamkan emosi ataupun rahsia sehinggakan sentiasa
berundur diri dan takutkan dunia luar.

KELABU
Tersendiri pendekatannya.
Kawalan diri yang tinggi dan sangat cenderung untuk tidak merapatkan diri dengan orang lain.
Suka mengasingkan diri.
Selalunya menjadi orang yang membuat keputusan dan juga pengkritik yang baik.

SUMBER : http://psikotube.blogspot.my/2011/09/warna-personaliti.html
Serba sedikit mengenai warna-warna aura, Saya tidak memberikan secara detail,
cuma sekadar pemahaman saya, semasa saya mempelajari terapi melalui aura
reiki.Namun begitu Aura adalah terlalu kompleks dan sentiasa berubah-ubah, ia
tidak boleh mentafsir secara mudah berdasarkan pada warna aura itu semata-
mata.

 Warna Merah adalah warna emosi dan menyediakan sumber energi.


 Warna Oren adalah satu warna yang melambangkan hangat, kreatif dan
emosi.
 Warna Kuning adalah satu daripada warna aura yang mula-mula dan paling
mudah untuk dilihat. Warna kuning pucat yang mengelilingi garis rambut
menunjukkan optimis. Kuning adalah warna aktiviti mental. Ia
mempengaruhi peluang pembelajaran yang baru, kepintaran, cerdik dan
intelek. Warna kuning adalah warna yang mempengaruhi kekuatan idea dan
kebangkitan kebolehan fizik.Semakin dalam dan gelap warna kuning itu akan
mempengaruhi sifat yang agak kritikal dan bersifat dogma.
 Warna Hijau adalah satu warna yang melambangkan sensitif dan cita-cita
yang tinggi. Ia mempengaruhi tumbesaran, simpati dan ketenangan. Ia
berkaitan dengan individu yang boleh dipercayai, berdikari dan minda yang
terbuka. Warna hijau muda menunjukkan kebolehan penyembuhan. Ia adalah
warna kekuatan dan persahabatan.Makin gelap warna hijau mempengaruhi
kepada kegopohan, cemburu dan ketidakpercayaan.
 Warna Biru adalah warna yang mudah untuk dilihat dalam banyak-banyak
warna aura. Ia melambangkan kepercayaan atau keyakinan .
 Warna Ungu Violet adalah warna yang mewakili kehangatan. Ia adalah
warna yang mempemgaruhi hati dan minda , iaitu gabungan fizikal dan
spiritual.Ia mempengaruhi semangat berdikari dan intuisi. Warna keungu-
unguan yang semakin tebal menunjukkan kebolehan untuk menghadapi
hubungan dengan secara praktikal. Warna yang pucat mempengaruhi
kemanusiaan dan hubungan kerohanian. Warna ungu-kemerah-merahan
menunjukkan keinginan dan cita-cita yang tinggi.Semakin keruh warna ungu
tersebut maka ia menunjukkan kekuatan dalam menghadapi sesuatu. Ia juga
menunjukkan imaginasi erotik yang tebal. Ia juga mempunyai kebolehan
untuk menarik simpati dan juga seorang yang tidak dapat memahami orang
lain.
 Merah jambu adalah warna kasih-sayang dan warna kesucian. Ia
mempengaruhi keceriaan dan semangat setiakawan. Bila melihat dalam aura,
ia menunjukkan kesunyiaan, kasih-sayang dan kecantikan. Warna merah
jambu menunjukkan seseorang itu tidak matang,terutama warna merah
jambu yang agak keruh. Ia juga menunjukkan seorang yang amat amanah,
juga seorang yang mempunyai rasa kasih-sayang dan juga seorang yang
berwawasan.
 Warna Emas adalah warna yang menunjukkan tenaga rohani yang cukup
dinamik dan seorang yang mempunyai satu kekuatan. Warna emas yang
keruh menunjukkan seseorang itu dalam proses membangkitkan inspirasi
yang tinggi . Ia juga mempengaruhi proses kimia yang masih lagi aktif,
bermakna individu tersebut masih cuba berusaha untuk menukar hidupnya
kepada kehidupan yang lebih sempurna.
 Warna Kelabu adalah warna kemasukan. Ia menunjukkan pergerakan ke
arah membongkar kebolehan yang terpendam. Warna kelabu yang hampir
kepada warna perak menunjukkan kebangkitan tenaga kewanitaan. Ia juga
tenaga dan kebolehan untuk iluminasi, intuisi dan daya imaginasi yang
kreatif.Warna kelabu yang agak keruh menunjukkan ketidakseimbangan
fizikal, istimewa kepada aura yang berdekatan pada bahagian badan. Ia juga
menunjukkan keinginan untuk meninggalkan tiada satu kerja yang diberikan
yang tidak akan diselesaikan. Seorang yang mempunyai aura yang berwarna
kelabu adalah seorang yang suka berahsia dan seorang yang suka
bersendirian.
 Warna Perang selalunya muncul dalam medan aura. Walaupun kebanyakan
orang mengatakan perang sebagai hasil daripada ketidak seimbangan atau
kurangnya tenaga, ini adalah tidak benar. Perang adalah warna bumi. Bila ia
muncul pada kawasan atas kepala, ia akan mempengaruhi pembesaran yang
baru.Aura perang yang melintasi muka atau kepala menunjukkan keinginan
untuk diskriminasi. Jika ia muncul di sekitar kawasan cakra, ia menunjukkan
bahawa bahagian tesebut perlu dibersihkan. Warna perang susah untuk
ditafsirkan, kerana ia senang mempegaruhi kawasan masaalah dalam fizikal.
 Warna Hitam adalah satu warna yang amat mengelirukan dalam spektrum
aura. Ada sesetengah pihak mengatakan bahawa jika aura hitam hadir dalam
diri seseorang, ia menunjukkan kematian atau jangkitan penyakit yang berat.
Namun ada pendapat mengatakan ianya adalah warna pelindungan. Ia adalah
satu warna yang melindungi individu tertentu daripada tenaga luar. Bila
melihat aura ini, menunjukkan individu tersebut melindungi dirinya sendiri.
Ia juga menunjukkan yang individu tersebut seorang yang ada sesuatu rahsia.
 Warna Perak berkilauan Ia selalunya amat berkelip-kelip dan berwarna
perak. Ia menunjukkan seorang yang terlalu kreatif . Jika hadirnya aura
berwarna sebegini, ia sebagai penunjuk yang menandakan individu tersebut ,
individu tersebut seorang yang terlalu kreatif .

SUMBER : http://linncomel.com/warna-aura-dan-personaliti/

Anda mungkin juga menyukai