Anda di halaman 1dari 3

SANG KANCIL DAN SANG GAJAH

Terima kasih pengerusi majlis, penjaga masa, seterusnya barisan

hakim yang saya hormat. Selamat pagi dan salam sejahtera. Nama

saya dari Sekolah

Kebangsaan Batang Lassa, Daro. Pada pagi ini, saya akan

berkongsi sebuah cerita yang bertajuk ‘Sang Kancil dan Sang

Gajah”.

Bermulalah kisah pada suatu petang sang kancil yang cerdik


bersiar-siar di dalam hutan belantara. Sedang ia bersiar-siar tiba-
tiba sang kancil telah terjatuh ke jurang yang amat dalam. Ia cuba
untuk keluar berkali-kali malangnya tidak berjaya.

Setelah segala usaha yang dilakukan adalah sia-sia, sang


kancil pun berfikir,”Macam mana aku nak keluar dari lubang yang
sangat dalam ini.”

Setelah lama berfikir namun tiada idea yang bernas untuk


sang kancil keluar dari lubang tadi, namun sang kancil tetap tidak
mahu berputus asa. Dalam kebuntuan mencari idea, sang kancil
telah terdengar bunyi tapak kaki yang besar.

Koleksicikguzulkipli SKBLD
Sang Kancil berfikir bahawa itu adalah bunyi tapak kaki
gajah. Dia mesti mencari akal untuk keluar dari lubang tersebut.
Tidak lama kemudian, Sang Gajah pun lalu dan dia melihat Sang
Kancil berada di dalam lubang. Sang Gajah pun hairan melihat
Sang Kancil berada di dalam lubang lalu bertanya ‘Ooooo Sang
Kancil, apa yang kau buat dalam lubang tu?”

‘Saya selamatkan diri !” Jawab Sang Kancil. ‘Dari

apa? ‘Tanya gajah lagi.

‘Dari bahaya, cuba tengok atas, langit nak runtuh, dah


hitam,”balas Sang Kancil”.

Gajah yang dungu ini pun terus mempercayai sang kancil


bulat-bulat. Sang Gajah terus meminta tolong Sang Kancil untuk
menyelamatkan dirinya juga. Sang Kancil sambil tersenyum terus
meminta Sang Gajah untuk masuk ke dalam lubang tersebut. Sang
Kancil meyakinkan Sang Gajah bahawa lubang itu selamat untuk
didiami.

Tanpa berfikir panjang sang gajah pun terus melompat ke


dalam lubang untuk menyelamatkan dirinya. Kemudian sang
kancil pun mengambil kesempatan untuk melompat di atas badan
gajah dan terus keluar dari lubang yang dalam itu.

Koleksicikguzulkipli SKBLD
Sang Gajah terkejut dengan tindakan Sang Kancil. Sang
Kancil ketawa kegembiraan. Dia berjaya menipu Sang Gajah.
Kemudian sang kancil pun berlalu pergi meninggalkan sang gajah
yang masih terpinga-pinga di dalam lubang tadi. Sang Gajah
merasa marah dan kecewa kerana telah ditipu oleh Sang Kancil.
Sang Gajah pun menyesal dan berasa sedih kerana telah
mempercayai kata-kata Sang Kancil.

Tidak lama kemudian, Sang Gajah ternampak Sang


Harimau dari dalam lubang. Dia terus memanggil sang harimau
dan meminta pertolongan sang harimau untuk mengeluarkan dia
dari dalam lubang. Berkat daripada pertongan sang harimau, sang
gajah berjaya keluar dari lubang tersebut. Sang Gajah pun senang
hati dan memberi buah-buahan kepada sang harimau. Namun sang
harimau tidak mahu menerima buah-buahan tersebut kerana sang
harimau tidak makan buah-buahan. Selepas itu, sang harimau pun
terus berlalu pergi meninggalkan sang gajah seorang diri.

Pengajaran daripada cerita ini ialah pertama, kita jangan


mempercayai kata-kata sesiapa dengan bulat- bulat. Kedua, kita
perlu menyiasat sesuatu perkara sebelum melaksanakannya.
Ketiga, kita perlulah menolong sesiapa yang kesusahan dengan
hati terbuka.

Koleksicikguzulkipli SKBLD

Anda mungkin juga menyukai