Anda di halaman 1dari 7

3D DESIGN– SMART HOME CHALLENGE

(SDG 7 AFFORDABLE AND CLEAN ENERGY)

Nota:
*Suara sahaja: rakam suara pakai fon je, tak perlu guna kamera.

Suara sahaja (AMMNA)


Video ini disediakan oleh The Brainy Bunch bagi Karnival STEM 2022.

Pernahkah anda terfikir, berapa banyak tenaga yang diperlukan untuk


menggerakkan semua elektrik di bumi?
Semakin ramai orang yang tinggal di bumi, semakin meningkatlah permintaan
tenaga.
Menurut data United Nations, kira-kira 840 juta orang di seluruh dunia tidak
mempunyai akses kepada tenaga bersih. Mereka masih menggunakan arang
batu, arang, dan minyak dari permukaan bumi untuk menjalani kehidupan
seharian.
Bayangkan, jika isu ini berterusan selama kira-kira 10 tahun lagi. Sudah pasti
lah, ia akan membawa kepada bencana lain seperti pemanasan global dan
kadar kematian akan terus meningkat.

Sebelum itu, mari kita berjumpa dengan ahli pasukan saya.

Pereka bentuk struktur projek ini ialah An'nur Ammna An-nesaa binti Arifin.

Seterusnya ialah pereka bentuk 3 dimensi pasukan saya Ahmad Hanan Hasan
bin Ahmad Nahar, orang di sebalik rupa projek yang menakjubkan ini.

Akhir sekali, saya Suri Batrisyia binti Mohd Bakar Haryanto pembentang projek
ini. Saya juga merupakan orang yang bertanggungjawab memantau semua
proses kerja dari awal hingga akhir.
KONSEP REKA BENTUK RUMAH PINTAR
-Berdasarkan sasaran 7.1 dari Sustainable Development Goals (SDG) nombor 7
iaitu Affordable and Clean Energy oleh United Nation, setiap negara harus
memastikan setiap orang mempunyai akses kepada tenaga bersih, berpatutan,
boleh dipercayai, dan moden menjelang tahun 2030.
-Untuk menjadikannya nyata, maka kami. berada di sini untuk
memperkenalkan dan membentangkan kepada anda kepada projek Eco-Smart
House kami.
-Kami membangunkan Eco Smart House ini berdasarkan Mid-century modern
concept yang mampu mengurangkan penggunaan tenaga dan air. Pada masa
yang sama ia menjimatkan kos kerana menggunakan bahan kos rendah.
-Biru, putih dan kelabu adalah warna rumah yang kami pilih. Unsur warna bumi
ini mampu memberikan perasaan tenang dan damai kepada pemilik.

Video (SURI)
Sedikit info tentang rumah kami.
Kami menggunakan 11 alat dan teknik.
Solar Panel
Panel solar terdiri daripada unsur yang dipanggil silikon. Apabila cahaya
matahari mencecah panel solar, aliran eletrik akan bermulaIni adalah arus
terus, atau elektrik DC.

Malangnya, elektrik arus terus tidak dapat menggerakkan kebanyakan


peralatan di rumah anda. Untuk itu, tenaga solar perlu pergi ke Inverter
terlebih dahulu.

Inverter Technology
- -tukar arus terus kepada arus ulang alik
- -arus ulang alik boleh digunakan oleh kebanyakan peralatan
- -jika ada eletrik lebih daripada yang diperlukan, lebihan akan dihantar
kembali ke grid
- Ini memastikan pengguna akan sentiasa mendapat manfaat daripada
menghasilkan tenaga bersih dan boleh diperbaharui.

Water Heater
- -objek berbentuk silinder di bahagian atas panel solar
- dipanggil Solar Hot Water
- -menggunakan sistem pasif, dengan kelebihan dalam penjimatan ruang
dan mudah diselenggara.
- -Dalam tangki itu sendiri mempunyai pengumpul.
- -Air sejuk akan dipam ke dalam pengumpul manakala air yang mendapat
haba dari cahaya matahari ke akan terus ke pemanas air di bilik mandi.
Atria
Mari kita sama-sama terokai konsep yang dipanggil Atrium.
- Atrium menawarkan kawasan yang lebih besar dan lebih cekap daripada
bangunan konvensional (traditional).
- Atrium biasanya digunakan di bangunan seperti hotel, pejabat dan pusat
membeli-belah
- Dengan membawa cahaya semulajadi ke dalam rumah, sekali gus akan
memberi rasa persekitaran yang santai.

Cencored Smart Window


Cencored Smart Window atau lebih mesra dipanggil sebagai Halio
- Sebuah teknologi yang sememangnya menakjubkan.
- Kegelapan tingkap ini akan berubah dengan sendirinya mengikut aturan
program digital.
- Membolehkan pengguna membuat pilihan sendiri mengikut cita rasa
dalam pencahayaan semula jadi dan privasi. Jadi, adakah anda rasa
langsir diperlukan lagi?

Sunpipe
- Juga dikenali sebagai solar pipe, light tube atau tubular skylight
- Digunakan untuk pencahayaan semula jadi ke lokasi yang diinginkan.
- Ini akan memberi manfaat dalam penjimatan tenaga seperti tenaga
pencahayaan, tenaga penyejukan dan caj permintaan.

Waterpool
- Untuk pengudaraan semula jadi.
- Terletak di hadapan tingkap utama kerana haba yang melalui tingkap
akan menjadi kurang panas.
Rainwater Drainage
- Pada hari hujan, air hujan akan dikumpulkan di dalam Rainwater
Drainage.
- Bertujuan untuk mengawal banjir, mencegah pencemaran,
menyediakan kemudahan, mengisi semula air bawah tanah dan juga
mengurangkan beban di loji rawatan kumbahan.

Thermal Sensor
- Digunakan untuk mengukur
- Juga boleh digunakan dalam sistem automasi rumah untuk menguruskan
pencahayaan dan haba.
- Penggunaan hibrid elektrik di rumah dapat menjimatkan penggunaan
tenaga elektrik sehingga 90%.

Vegetable Oil Filter


- Sangat penting untuk menapis minyak terpakai untuk mengelakkan
pencemaran air.
- Fine filter akan mengumpul hampir segala-galanya.
- Kami meletakkan penapis di bawah sinki supaya selepas mencuci
pinggan mangkuk, semua sisa makanan yang besar agar mudah dibuang
daripada penapis.
- Minyak kotor boleh menyebabkan tempat menggoreng anda rosak atau
lebih teruk, akan berlakunya kebakaran yang disebabkan oleh minyak.
Solar Powered Compost Drum System & Compost Store

- Pengkomposan amat berbaloi untuk sesiapa sahaja yang ingin menjalani


gaya hidup yang lebih mesra alam.
- Menggunakan tenaga cahaya matahari untuk tingkatkan suhu di dalam
bekas yang menggalakkan pertumbuhan bakteria yang mengubah semua
sisa organik menjadi kompos.
-

Automatic Plant Watering


-Untuk menggantikan aktiviti manual dan menjadikan kerja tukang kebun lebih
mudah, kami menggunakan sistem penyiraman tumbuhan automatik.
- membantu semua tumbuhan mencapai potensi sepenuhnya serta
memulihara air.

KESIMPULAN
Projek ini dijangka dapat membantu mengurangkan penggunaan air dan
tenaga setiap hari menjelang tahun 2030.
Selain itu, ia juga dijangka akan kesejahteraan yang lebih baik.
Eco Smart House dari kumpulan kami ditetapkan dalam tinkercad selama dua
minggu oleh pereka projek cemerlang kami yang dikenali sebagai arkitek
cemerlang.
Kami amat hargai jika projek ini boleh diprototaip untuk kegunaan yang lebih
baik di Malaysia untuk masa hadapan.
(soalan bonus)
Adakah rumah ini mesra pengguna?
- Ya. Oleh kerana rumah kami yang tidak berteres, jadi tiada lagi masalah
tersadung Ketika berjalan selepas ini. Rumah kami juga mempunyai
Chair Lift dan sebuah lif untuk memudahkan pengguna yang tidak
mampu menggunakan tangga
Mengapa anda menggunakan konsep Atria sedangkan iklim di Malaysia
panas dan agak tidak sesuai?
- Kami memilih konsep atria ini untuk menjimatkan tenaga eletrik selain
menggunakan tenaga solar. Ya, tidak dinafikan bahawa iklim di Malaysia
panas tetapi jika kita lihat di negara Emiriah Arab Bersatu, negara yang
jauh lebih panas dari kita. Mereka sudah banyak membina rumah
berkonsepkan siling tinggi dan berkaca. Lagipun kami juga membina
sebuah kolam di bersebelahan dengan dinding berkaca kami untuk
pengdaraan semula jadi. Tak lupa juga, tingkap kami merupakan tingkap
yang mampu mengubah tahap kecerahan dengan sendiri apabila cuaca
terlampau panas.

Anda mungkin juga menyukai