Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA

PROJEK KECERIAAN ARAS TINGKATAN ENAM


SMK BANDAR TASIK KESUMA

1.0 PENDAHULUAN
Projek ini adalah salah satu aktiviti yang dianjurkan oleh Majlis Pelajar Tingkatan
Enam 2022/2023 di bawah Biro Kebersihan dan Keceriaan 2023. Kertas kerja ini bertujuan
untuk mendapatkan kelulusan permohonan bagi menjalankan projek tersebut.

2.0 LATAR BELAKANG


2.1 Keadaan aras dan kelas Tingkatan Enam di Blok A aras 2 di SMK Bandar Tasik
Kesuma kelihatan suram serta tidak ceria akibat kurang hiasan pada reka bentuk landskap
tersebut.
2.2 Pelajar Tingkatan Enam juga terpaksa berkongsi tandas bersama pelajar arus perdana
yang ramai dan padat.

3.0 RASIONAL
3.1 Memberikan impak keceriaan dan keindahan kepada aras Tingkatan Enam.
3.2 Memberikan kemudahan kepada pelajar Tingkatan Enam untuk menggunakan tandas
dengan lebih selesa dan bersih tanpa perlu membazirkan masa berjalan jauh semata-mata
ingin pergi ke tandas.
3.3 Memupuk nilai murni dalam kalangan pelajar Tingkatan Enam seperti pelajar
Tingkatan Enam atas dan bawah bertanggungjawab bersama-sama dalam menjaga kebersihan
tandas dan aras Tingkatan Enam.

4.0 MATLAMAT
4.1 Menceriakan persekitaran aras Tingkatan Enam dan mampu menarik minat pelajar
untuk hadir sekolah.
4.2 Menyediakan persekitaran yang kondusif untuk pelajar terus komited dalam
meneruskan aktiviti pembelajaran mereka.
4.3 Minda pelajar akan lebih cergas dan bersemangat apabila mempunyai persekitaran
yang bersih dan harmoni.
4.4 Boleh dimanfaatkan dengan sebaiknya oleh pelajar Tingkatan Enam pada tahun -
tahun seterusnya.

5.0 SASARAN
5.1 Semua pelajar Tingkatan Enam SMK Bandar Tasik Kesuma.

6.0 LOKASI
6.1 Blok A aras 2 kelas Tingkatan Enam SMK Bandar Tasik Kesuma.

7.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

a) Projek Keceriaan Aras Tingkatan 6


Pengerusi :Riduwan Shah bin Kamarudin
Naib Pengerusi :Nurul Huda Binti Ismail
Setiausaha :Nur Aisyah Binti Nor Adnan
Naib Setiausaha:Nurdina Aiman Binti Nazruhisham Hamudi
Bendahari :Noraleeya Sofea Binti Sarizal
Naib Bendahari :Syazwani Athirah Binti Saharuddin
AJK- Nur Atikah Binti Basri
Nureen Sabrina Binti Shahrizal
Alya Maisara Binti Khairuddin

b) Projek Keceriaan Tandas

Pengerusi :Nur Aisyah Binti Nor Adnan


Naib Pengerusi :Syauqina Ummu Hani Biniti Mohd Anas
Setiausaha :Nurul Hana Sofea Binti Ahmad Fitri
Bendahari :Noraleeya Sofea Binti Sarizal
Naib Bendahari :Nur Atikah Binti Basri
AJK- Nurdina Aiman Binti Nazruhisham Hamudi
Sarah Nasuha Nor Zaid
Nor Amira Natasha Binti Ramli

c) Projek Melukis Mural di Aras Tingkatan 6


Pengerusi :Dheava Tharshini A/p Siva Kumar
Naib Pengerusi :Marwah Muhammad Yousaf
Setiausaha :Nur Aisyah Binti Nor Adnan
Bendahari :Chen Yan Ting
Naib Bendahari :Kirtiga A/p Mohanadas
AJK- Felix See Zhi Hong
Nureen Sabrina Binti Shahrizal
Muhammmad Aidil Adha
8.0 PENUTUP
Besar harapan kami agar pihak sekolah dapat memberi kebenaran dan sokongan sepenuhnya
bagi merealisasikan Projek Keceriaan Aras Tingkatan Enam. Tambahan pula, kami dapat bersama-
sama mengeratkan lagi hubungan dalam menjayakan projek ini secara bersepakat. Bahkan juga,
objektif kami untuk menganjurkan projek ini adalah demi mewujudkan suasana kelas dan blok
Tingkatan Enam berasa lebih kondusif dan menarik serta akan dapat dicapai dengan kerjasama
daripada pihak tertentu dan semua pelajar Tingkatan Enam.

Disediakan oleh,

_________________________
(NURUL HANA SOFEA BINTI AHMAD FITRI)
Setiausaha Biro Kebersihan & Keceriaan,
Majlis Pelajar Tingkatan Enam,
SMK Bandar Tasik Kesuma.
Tarikh :

Disemak oleh,

_________________________
(PUAN WAN NOOR HIDAYAH BINTI
WAN RAZAKI)
Penolong Kanan Tingkatan Enam,
SMK Bandar Tasik Kesuma.
Tarikh :

Disokong oleh,

___________________________
(ENCIK MOH SALLEH@MOHD SALLEH
BIN SALEHIN)
Pengetua,
SMK Bandar Tasik Kesuma.
Tarikh:

Anda mungkin juga menyukai