Anda di halaman 1dari 3

DOA SEBELUM BERANGKAT KE TANAH SUCI

"Ya Allah, kami memohon keampunan Mu ya Allah. Kami memohon rahmat Mu ya Allah. Kami
memohon taufik dan hidayah Mu, ya Allah. Kami dijemput oleh Mu bagi menunaikan ibadah Haji
pada tahun ini. Kami bersyukur atas segala nikmat yg Engkau berikan kepada kami sekeluarga.

Ya Allah, terimalah kami sebagai tetamu Mu ya Allah. Tetamu yang paling istimewa ya Allah, tetamu
yang paling-paling istimewa ya Allah. Kami tahu, Engkaulah yang berkuasa memberi keistimewaan
kepada sesiapa yang Engkau mahu berikan. Ya Allah, ampunilah diri kami ya Allah.

Ya Allah, Kau peliharalah keselamatan dan kesihatan ahli keluarga kami di Malaysia. Kau lindungilah
mereka. Masukkanlah mereka dikalangan orang yang beriman dan beramal soleh dengan memberi
kemuliaan, kesejahteraan dan kebahagian di dunia dan akhirat. Kau ampunilah dosa dosa mereka
ya Allah.

Ya Allah, Kau ampunilah diri kami. Ya Allah, kami pergi ke rumah Mu semata mata untuk beramal
ibadah kepada Mu. Janganlah Kau palingkan niat dan tujuan kami. Jangan Kau sukarkan perhubungan
antara kami.

Ya Allah, Kau berilah perasaan kasih sayang, cinta mencintai antara kami adik beradik, saling maaf
bermaafan dan tidak cepat berasa tersinggung dan bermasam muka. Jadikanlah kami saling faham
memahami dan saling kasih mengasihi. Ya Allah, jauhilah kami dari bertelingkah dan berselisih
faham yang boleh menjejaskan amal ibadah kami di sana nanti ya Allah. Jangan Kau uji kami dalam
soal ini ya Allah.

Ya Allah, permudahkanlah perjalanan kami. Bermula dari kami keluar dari rumah ini sehinggalah
kami kembali ke sini. Janganlah kami terjebak dengan sebarang kesulitan yang menyukarkan kami
untuk sampai ke rumah Mu. Jauhilah kami dari mala petaka atau bencana yang akan menimpa kami
Ya Allah.

Ya Allah, jangan Kau pisahkan kami. Berilah ketenangan, keamanan dan kemudahan terutamanya
dalam soal-soal kesihatan sepanjang perjalanan kami. Elakkan kami dari perasaan kerap membuang
air kecil. Semuga kami sentiasa bersih dari hadas kecil dan hadas besar sepanjang melakukan amal
ibadah haji. Peliharalah kesihatan kami, mudah-mudahan dengan kesihatan yang Kau berikan.
Dapatlah kami beramal ibadah untuk mendekatkan diri kami kepada Mu.

Ya Allah, hanya pada Mu lah, tempat kami bergantung harap. Berikanlah kemudahan kepada kami
sekeluarga. Berikanlah keistimewaan kepada kami dalam segala perkara. Tempatkanlah kami
dikawasan yang berdekatan dengan Masjidil Haram. Ya Allah, kami memohon kepada Mu agar tempat
tinggal kami tidak menjadi penghalang kepada tujuan kedatangan kami ke Tanah Haram ini.
Ya Allah, kami mahu beramal ibadah kepada mu. Semata mata untuk Mu, ya Allah. Permudahkanlah
makan minum kami dan berikanlah kesihatan yang baik sepanjang kami di sana. Kau berikanlah
kesabaran kepada kami dalam menghadapi sebarang cabaran dan dugaan disana nanti.

Ya Allah, semasa kami di Madinah nanti, Kau berikanlah rasa cinta, rasa sayang dan rasa kasih kepada
Masjidil Nabawi. Ya Allah, kami mahu yang terbaik. Kamu mahu beramal ibadah di sana. Berikanlah
kami peluang menziarahi dan melalui Makam Rasulullah. Berilah kami ruang untuk bersembahyang
di Raudah. Cukupkanlah sembahyang kami sekurang kurangnya 40 waktu secara berterusan.

Berilah kami peluang untuk melakukan yang terbaik di sana nanti ya Allah. Ya Allah, permudahkan
lah kami ketika mengerjakan ibadah Haji. Kau terimalah ibadah ini ya Allah. Semasa kami di Mekah
nanti, mudahkanlah kami melakukan ibadah Haji yang wajib dan terutama yg rukun dengan
sempurna Ya Allah.

Permudahkanlah kami melakukan sai’. Permudahkan lah urusan kami Ketika wukuf di Padang Arafah,
Permudahkan lah urusan kami Ketika melakukan ibadah melontar melontar batu pertama di Jamrah
Al-Sugra (tiang kecil), kemudian di Jamrah Al-Wusta (tiang sederhana) dan yang terakhir di Jamrah
Al-Aqaba (tiang terbesar). Berikanlah laluan dan lorongan bagi kami melakukan Tawaf Ifadhah. Ya
Allah, berikanlah kekuatan dan kesihatan untuk kami melakukan amal ibadah ini. Ya Allah, jangan
Kau uji kami dengan rasa jarak yang jauh, hati yang malas dan tenaga yang tiada.

Ya Allah, semasa kami berada di Tanah Haram nanti, janganlah Kau lalaikan kami dengan bersenang
lenang dan malas beramal ibadah. Ya Allah, kami hadir sebagai tetamu Mu dalam keadaan jahil.
Kaulah yang dapat membantu kami.

Ya Allah, berikanlah kami perasaan jatuh cinta kepada Masjidil Haram. Gerakkanlah hati kami
supaya sentiasa berada di sana. Beramal ibadah di sana. Itulah cita-cita kami ya Allah. Kami datang
semata mata kerana Mu ya Allah. Kerana Mu ya Allah.

Ya Allah, penuhilah ruang masa kami dengan melakukan amal ibadah yang sepatutnya kami lakukan.
Ya Allah, kami ingin khatam Al Quran di Masjidil Haram Ya Allah. Ya Allah, kami ingin bersembahyang
di Hijir Ismail Ya Allah. Ya Allah, kami ingin mencium Hajar Aswad. Ya Allah, kami ingin berdoa
dihadapan Multazam ya Allah. Berilah ruang kepada kami apabila kami memerlukannya ya Allah.
Berikanlah rasa kasih yang mendalam kepada Masjidil Haram.

Ya Allah, Kau ajarlah kami. Kau bantulah kami. Kau tunjukkanlah dengan sebaik-baik pengajaran.
Kau berikanlah ilham untuk kami melakukan yang terbaik. Hanya yang terbaik untuk Mu ya Allah.
Ampunilah kami ya Allah, hanya kepada mu tempat kami berserah dengan sesungguhnya.
Ya Allah, gerakkanlah hati kami untuk melakukan tawaf sunat sebanyak mungkin. Ya Allah,
gerakkanlah hati kami bagi membanyakkan amal di Masjidil Haram. Berikanlah perasaan kasih
sayang, cinta dan keinginan untuk berada di sana. Ya Allah, mudahkanlah untuk kami iktikaf didalam
masjid, melakukan tawaf sunat, bersembahyang, berzikir dan membaca al quran.

Ya Allah, ampunilah kami. Permudahkanlah perjalanan kami dari Madinah ke Mekah. Jauhilah kami
daripada sebarang mala petaka. Jangan Kau uji kami dengan sesuatu yang tidak dapat kami
memikulnya Ya Allah. Berikanlah kesihatan kepada kami. Amankan hati kami. Tenangkan perasaan
kami. Ingatkan kami untuk bertalbiah di sepanjang jalan.

Ya Allah, mudahkan urusan kami sepanjang menjadi tetamu Mu. Ya Allah, tetapkan hati kami untuk
beramal ibadah. Ya Allah, kuncilah mulut kami daripada bercakap perkara yang tidak memberi
faedah. Jauhilah kami dari asyik bersembang, menghabiskan masa dan membazir waktu.

Ya Allah, berikanlah taufik dan hidayah Mu kepada kami. Kau berikanlah kerahmatan Mu kepada
kami. Ya Allah,selepas selesai segala-galanya, kami memohon kepada Mu, permudahkanlah
perjalanan pulang kami. Lindungi lah kami sepanjang perjalanan pulang. Berikanlah keselamatan
kepada kami sehingga kami dapat berjumpa dengan ahli keluarga kami. Ya Allah, Kau berkatilah
kami ya Allah. Ampunilah kami ya Allah.

Ya Allah, kami ini adalah manusia jahil. Kami ini manusia yang kerdil. Kami banyak dosa kepada Mu.
Ampunilah kami. Kami pergi menunaikan ibadah haji semata mata kerana ketakutan dan keinginan
untuk menyampaikan rasa syukur kami kepada Mu. Kau yang Maha Berkuasa. Kau yang memakbulkan
segala permohonan hamba Mu. Ya Allah, kami mahu yang terbaik, yang teristimewa dan yang terpilih
diantara jutaan hamba-hamba Mu.

Ya Allah, berikanlah dan kurniakanlah Haji yang mabrur kepada kami sekeluarga, Ibadah Haji yang
Kau redhai dan yang mulia disisimu. Ya Allah, apabila kami pulang ke Malaysia nanti, kami mahu
berubah ya Allah. Kami mahu menjadi manusia yg lebih baik disisimu.

Ya Allah, kurniakanlah kebahagian dan Rahmati lah kehidupan kami sekeluarga. Berikanlah kami
rezeki yang halal, berkat dan melimpah ruah. Kaulah yang mencipta kami dan kami hanyalah hamba
Mu yang hina dan tidak berpengetahuan.

Ya Allah, sekiranya kami dipanggil oleh Mu, Kau masukkanlah kami dikalangan orang yang beriman,
mereka yang beramal soleh. Kau tempatkanlah kami di dalam syurga Mu yang paling istimewa.
Syurga Firdaus ya Allah. Kami mohon keredhaan Mu.

Doa ketika minum air zam-zam

Ya Allah.. ini merupakan air zam zam pertama yang membasahi tekak ku di bumi Madinah/Mekah,
jadikanlah ia penawar dahaga di padang Mahsyar nanti..”

Anda mungkin juga menyukai