Anda di halaman 1dari 2

SABAH, MALAYSIA

Warta Kerajaan
Diterbitkan dengan kuasa

Jil. LXXII] KOTA KINABALU, KHAMIS, 7 DISEMBER 2017 [No. 50

Kenyataan-kenyataan berikut adalah diterbitkan atas perintah Tuan Yang


Terutama Yang di-Pertua Negeri untuk Makluman Umum.
TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA HAJI SUKARTI BIN WAKIMAN,
Setiausaha Kerajaan Negeri.

No. 380 [No. PMNS: (S): 600-1/2 Jilid 15

KEPUTUSAN MAJLIS FATWA NEGERI SABAH


“HUKUM ‘UCAPAN SELAMAT’ SEMPENA PERAYAAN
AGAMA LAIN ”

Muzakarah Majlis Fatwa Negeri Sabah Bil. 1/2017 telah bersidang pada 21-23 Februari
2017M/24-26 Jamadilawal 1438H, bertempat di Bilik Likas, Hotel Horizon, Kota Kinabalu,
Sabah bagi membincangkan mengenai perkara “Hukum ‘Ucapan Selamat’ Sempena
Perayaan Agama Lain” dan telah bersetuju memutuskan untuk diwartakan di negeri Sabah
bahawa:
1. Apa jua amalan atau perlakuan orang Islam yang melibatkan akidah atau iktikad dalam
hal-hal yang berkaitan dengan Perayaan orang bukan Islam seperti mengiktiraf agama
bukan Islam atau menganggap semua agama adalah sama, maka ia ditegah oleh Islam.
2. Walau bagaimanapun, sekiranya amalan atau perlakuan tersebut hanya atas dasar
kemasyarakatan atau hubungan sosial antara orang Islam dan orang bukan Islam
untuk tujuan perpaduan, maka ia dibenarkan oleh Islam.
3. Memberi ucapan selamat atau mengirimkan ucapan melalui kad atau alat-alat
telekomunikasi seperti e-mel atau sistem pesanan ringkas (SMS) dan sebagainya kepada
orang bukan Islam sempena dengan perayaan agama mereka adalah harus, dengan
syarat ucapan itu tidak mengiktiraf, memuji atau memuliakan agama bukan Islam
serta tidak menggunakan sebarang simbol atau lambang keagamaan mereka dalam
kiriman ucapan tersebut.

SS. DATUK USTAZ HAJI BUNGSU @ AZIZ BIN HAJI JAAFAR,


Mufti Kerajaan Negeri Sabah Pengerusi
Merangkap Majlis Fatwa Negeri Sabah

Anda mungkin juga menyukai