Anda di halaman 1dari 1

1.

) Kita boleh membalas jasa guru dengan menjaga tutur dan adab Ketika berhadapan dengan
guru.Kita haruslah mengucapkan selamat sejahtera atau memberi salam apabila berhadapan a
bersilisih dengan guru di mana-mana jua.Kita juga haruslah memberi tumpuan dan perhatian
semasa guru mengajar dan menjaga tatasusila dengan tidak meninggikan suara dan memandang
guru dan rakan dengan mesra.
2.) Selain itu, kita haruslah berdisplin dan mematuhi peraturan sekolah. Kita haruslah sentiasa
datang awal ke sekolah , sentiasa menepati masa, tidak terlibat dalam gangsterisme, vandalism
mahupun ponteng sekolah. Kita juga haruslah berpakaian seragam dengan kemas dan
memastikan rambut bersisir rapi.Ini kerana mematuhi disiplin mencerminkan penghormatan
pelajar kepada guru.
3.) Kita juga haruslah menziarahi guru Ketika mereka mengalami kesusahan atau sakit untuk
menunjukkan kasih sayang dan simpati untuk mereka. Ini kerana, guru juga menghadapi
pelbagai jenis masalah dalam kehidupan seperti ditimpa kemalangan, bencana, menghidapi
penyakit dan sebagainya. Pada saat–saat inilah kita perlu menziarahi mereka untuk
menenangkan emosi mereka.
4.) Di samping itu, kita haruslah menunjukkan sikap prihatin dan kasih saying terhadap guru.Kita
haruslah selalu mengingati dan menghargai jasa guru walaupun mereka telah bersara.Kita
haruslah meraikan sambutan Hari Guru pada setiap tanggal 16 Mei dan memberi hadiah kepada
mereka. Hadiah yang diberi tidak semestinya berpaksi kepada wang ringgit semata-mata tetapi
mestilah disertakan dengan hati yang tulus lagi ikhlas.

EXTRA
5.) Kita juga haruslah mendoakan kesejahteraan guru yang telah mengajar dan mendidik kita.Kita
haruslah mendoakan mereka agar sentiasa sihat sejahtera dan dielakkan daripada segala
bahaya. Ini kerana gurulah yang mengajar kita dan mengorbankan masa dan tenaga mereka
untuk mendidik kita.

ENDING
6.)Kita haruslah membalas jasa guru kerana merekalah yang mendidik kita sejak kita kecil lagi.
Merekalah insan yang sanggup membazirkan masa dan tenaga untuk mendidik kita. Oleh itu, kita
haruslah membalas jasa mereka.

Anda mungkin juga menyukai