Anda di halaman 1dari 6

Rujukan Fail:

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA) KEE WHA, NENASI

26680 PEKAN
PAHANG DARUL MAKMUR

KERTAS KERJA
SAMBUTAN HARI GURU DAN HARI RAYA
SESI 2023/2024

TARIKH:
19 MEI 2023 (JUMAAT)

TEMPAT:
SJK (C) KEE WHA, NENASI

ANJURAN:

UNIT KOKURIKULUM
1.0 PENGENALAN

Sambutan Hari Guru acara tahunan sekolah yang amat bermakna untuk warga
pendidik. Hari Guru disambut untuk memberikan penghargaan dan
penghormatan kepada para guru yang mendidik bakal pemimpin dan
meningkatkan kesedaran masyarakat tentang impak pendidikan kepada masa
depan murid-murid. Pada hari ini, pelbagai aktiviti dijalankan, contohnya majlis
perasmian, permainan guru dan murid, persembahan setiap kelas. Sambutan
Hari Guru pada tahun ini bertemakan “Guru Insani Pemangkin Generasi Madani”.

2.0 MATLAMAT

Sambutan Hari Guru untuk mengiktraf jasa guru mendidik bakal pemimpin.
Selain itu, sambutan tersebut meningkatkan kesedaran tentang pentingnya
pendidikan mencorak pekerjaan masa depan murid-murid. Seterusnya,
sambutan Hari Guru dapat meningkatkan kesedaran masyarakat dan
kepentingan pendidikan dalam pencorakan masa depan murid-murid. Bukan itu
sahaja, sambutan Hari Guru dapat mengeratkan hubungan antara guru dengan
murid yang meningkatkan keberkesanan Pengajaran dan Pemudahcaraan
(PdPc) kelak. Sambutan tersebut turut meningkatkan motivasi guru memberikan
perkhidmatan yang paling berkualiti bagi mempersediakan murid-murid
menghadapi cabaran profesion abad ke-21 pada masa depan.

1
3.0 OBJEKTIF

Program ini dilaksanakan adalah untuk :

 Menghargai sumbangan para guru dalam pembentukan generasi muda negara.


 Mengiktiraf profesion keguruan.
 Meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan pendidikan dan
peranan guru dalam PdPc.
 Mengeratkan hubungan antara guru dengan murid.
 Meningkatkan motivasi guru untuk terus memberikan perkhidmatan pendidikan
yang berkualiti.

4.0 TARIKH

19 Mei 2023 (Jumaat)

5.0 TEMPAT

SJK (C) Kee Wha, Nenasi

6.0 SASARAN

 Murid Tahap 1 (Tahun 1, Tahun 2, Tahun 3)


 Murid Tahap 2 (Tahun 4, Tahun 5, Tahun 6)

2
7.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA

Penaung Pn. Gan Siew Peng

Pengerusi Pn. Hafizatul Azma

Setiausaha En. Wong Chu Seung

Bendahari Cik Lui Yin Khai

AJK Hadiah Cik Tan Mei Chi

AJK Peralatan dan Persiapan Tempat En. Lawrence Law Zai Yii
En. Wong Chu Seung

AJK Perhiasan Pn. Nuurul Huda


Pn. Hafizatul Azma

AJK Kad Jemputan En. Wong Chu Seung


Cik Lee Ching Woey

AJK Buku Program En. Wong Chu Seung


Cik Lui Yin Khai

AJK Dokumentasi Cik Kee Wei Nie


En. Lawrence Law Zai Yii

AJK Multimedia En. Pui Wen Hang

Cik Kee Wei Nie

AJK Jurugambar Cik Tan Mei Chi


En. Wong Chu Seung

AJK Makanan / Jamuan Pn. Nuurul Huda


Pn. Roslaili

AJK Pengacara Majlis Cik Lee Ching Woey


Pn. Syadia Hanan

AJK Persembahan En. Pui Wen Hang


En. Tan Lip Xin
Cik Lui Yin Khai
Cik Tan Mei Chi

3
AJK Permainan Pn. Hafizatul Azma
Pn. Syadia Hanan

AJK Disiplin Murid En. Lawrence Law Zai Yii


En. Tan Lip Xin

8.0 PELAKSANAAN AKTIVITI

Sambutan Hari Guru berlangsung berdasarkan atur cara yang berikut:

Masa Perkara
7.40 – 9.00 Teka lirik lagu
Kuiz hari raya
Tayangan video
Karaokae lagu raya
9.00 – 10.00 pagi Rehat + Menikmati Jamuan
10.00 – 11.00 pagi Perarakan masuk vip
Nyanyian lagu Negaraku, Lagu Negeri Pahang dan lagu
sekolah
Ucapan Pengerusi LPS/PIBG
Ucapan Perasmian Guru Besar
Bacaan perutusan hari guru daripada KPM
Ucapan Murid (2 orang)
Video Gimik
Persembahan murid (3 persembahan)
Penyampaian hadiah
Sesi bergambar
Bersurai
11.00 – 11.30 pagi Pengkemasan tapak
11.30 – 12.30 tengah hari Kelas seperti biasa

4
9.0 PENUTUP

Sekolah berharap agar Sambutan Hari Guru dapat mencapai objektif-objektif yang
digariskan. Kerjasama dan komitmen para guru dan murid didahului dengan ucapan
terima kasih. Diharapkan bahawa program ini dapat memaknai peranan guru dalam
pembentukan modal insan yang holistik.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

_______________________ _______________________

(WONG CHU SEUNG) (Gan Siew Peng)

Setiausaha Kokurikulum Guru Bear

SJK (C) Kee Wha, Nenasi SJK (C) Kee Wha, Nenasi

Anda mungkin juga menyukai