Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (C) KEE WHA,

NENASI 26680 PEKAN

KERTAS KERJA

PROGRAM BIMBINGAN INTENSIF


TAHUN 2022

TEMPAT:
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (C) KEE WHA, NENASI

ANJURAN:

UNIT PEMULIHAN DAN BCK


1.0 PENGENALAN

Kemahiran bahasa meliputi kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.


Kemahiran menulis menggariskan keupayaan murid menyusun idea melalui pelbagai
jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi
dengan menggunakan tutur ayat yang gramatis, nada betul dan sebutan yang jelas dan
kemas. Selain itu, murid digalakkan menggunakan kreativiti mereka untuk
menghasilkan kemahiran bertutur mereka. Dengan ini, kemahiran lisan sangat sesuai
untuk diterapkan dalam diri murid-murid.

2.0 MATLAMAT

Program ini bertujuan untuk:

● Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan kemahiran Bahasa Melayu dalam

kalangan murid.

● Memberi bimbingan secara intensif kepada murid dalam meningkatkan

penguasaan Bahasa Melayu.

● Menguasai kemahiran asas dalam bahasa Melayu.

● Membaiki kelemahan dalam kemahiran bertutur yang dihadapi oleh murid.

3.0 OBJEKTIF

Program ini diadakan dengan objektif :

● Meningkatkan kemahiran berbahasa dalam Bahasa Melayu

● Memupuk minat murid untuk dalam Bahasa Melayu

● Membina keyakinan murid untuk bertutur dengan sebutan dan intonasi yang

betul
● Mewujudkan tahap penguasaan bahasa Melayu yang baik

4.0 TARIKH

Bermula Jun 2022

5.0 TEMPAT

Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Kee Wha, Nenasi

6.0 PENGANJUR

Unit Pemulihan dan BCK

7.0 PESERTA

 Semua murid Pemulihan dan BCK

8.0 AHLI JAWATANKUASA PENGELOLA

PENGERUSI : Pn. Gan Siew Peng (Guru Besar)


NAIB PENGERUSI : En. Lawrence Law Zai Yii (GPK Pentadbiran)
SETIAUSAHA : Pn Hafizatul Azma binti Hashim (Penyelaras Pemulihan
dan BCK)

AHLI JAWATANKUASA
1. En Pu Wen Hang
2. En Tan Lip Xin
3. Cik Lee Ching Woey
4. Cik Lui Yin Khai
5. Pn Nuurul Huda
6. Pn Syadia Hanan
7. Cik Tan Mei Chi

9.0 STRATEGI PELAKSANAAN

1. Dilaksanakan pada setiap hari Selasa dan Khamis untuk meningkatkan tahap
penguasaan murid dalam Bahasa Melayu.

2. Merupakan satu kelas tambahan yang dilaksanakan untuk meningkatkan tahap


penguasaan murid khususnya murid yang lemah.

3. Guru membimbing murid untuk membaca dan mengeja perkataan dengan betul
mengikut tahap kemahiran murid itu sendiri.

4. Murid dibahagikan kepada kumpulan kecil mengikut tahap mereka dan dibimbing
oleh guru mengikut tahap murid itu sendiri.

Pengurusan Tenaga - Memastikan guru-guru bersedia dalam merancang


Pengajar proses pengajaran yang menarik dan bersesuaian
dengan tahap kemahiran murid itu sendiri.
- Menggalakkan guru menggunakan pelbagai jenis
kaedah atau pendekatan dalam melaksanakan aktiviti
sehingga objektif yang telah ditetapkan akan tercapai.
- Mengadakan penambahbaikan atau “post mortem”
bagi meningkatkan lagi mutu program yang telah
dilaksanakan.
Pengurusan Murid - Memastikan murid bersedia dalam melaksanakan
aktiviti pengajaran yang bakal dijalankan.
- Mengetahui tahap penguasaan murid dalam
menentukan aktiviti yang bakal dijalankan.
- Menentukan tahap murid dengan menyediakan data-
data berkaitan tahap pencapaian murid sepanjang
program dilaksanakan.
Pelaporan - Memastikan setiap program yang dijalankan
mempunyai laporan atau tahap penguasaan yang
dimiliki oleh setiap murid yang terlibat untuk
mengukur tahap keberkesanannya kepada murid.
10.0 PENUTUP

Semoga program ini berjalan lancar dan mencapai objektifnya. Kerjasama dan
sokongan yang diberikan sama ada dalam bentuk idea, sumbangan dan sebagainya
amat kami hargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

_____________________ _______________________
(HAFIZATUL AZMA BT HASHIM) (LAWRENCE LAW ZAI YII)
Ketua Panitia Bahasa Melayu Guru Penolong Kanan Pentadbiran
SJK (C) Kee Wha, Nenasi SJK (C) Kee Wha, Nenasi

Disahkan oleh,

_____________________
(GAN SIEW PENG)
Guru Besar
SJK (C) Kee Wha, Nenasi

Anda mungkin juga menyukai