Anda di halaman 1dari 1

Tengku Nordianda binti Tengku Yunus,

No. 28, Jalan Perdana 5/5,


Pandan Perdana,
55300 Kuala Lumpur.

11 Januari 2024

Guru Besar,
Sek. Keb. Bandar Tasik Selatan,
Jalan 21/146, Bandar Tasik Selatan,
57000 Kuala Lumpur.

Tuan,

SURAT MAKLUMAN KETIDAK HADIRAN MESYUARAT GURU PADA 13


JANUARI 2024

Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas,

2. Saya, Tengku Nordianda binti Tengku Yunus tidak dapat menghadirkan diri ke mesyuarat
guru pada tarikh 13 Januari 2024.
3. Sebab ketidakhadiran saya adalah kerana pada tarikh tersebut, keluarga saya mengadakan
Majlis Solat Hajat, Doa Selamat dan Kesyukuran di rumah seperti di alamat yang tertera di
atas.
4. Dengan itu, saya memohon maaf di atas ketidakhadiran saya ke Mesyuarat Guru pada hari
tersebut. Segala perhatian dan kerjasama tuan amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

........................................................................................
(TENGKU NORDIANDA BINTI TENGKU YUNUS)

Anda mungkin juga menyukai