Anda di halaman 1dari 4

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN

DATO’ ABU BAKAR BAGINDA

KERTAS KERJA

BULAN SAINS DAN MATEMATIK


TAHUN 2010

NAMA AKTIVITI:
PERTANDINGAN BUKU SKRAP/FOLIO

29 MAC HINGGA 20 APRIL 2010


SMK DATO’ ABU BAKAR BAGINDA
SEPANG, SELANGOR

DISEDIAKAN OLEH :
PN. ZARAH AHMAD
PN. NORLISANA MAHMOOD
1.0 PENDAHULUAN

Buku skrap dan folio adalah satu bahan yang dibina oleh pelajar secara kreatif
berinformasi adalah sebahagian dalam kaedah pedagogi iaitu pembelajaran belajar cara belajar.
Namun dalam membina buku skarp atau folio, guru pembimbimg khususnya guru subjek akan
menentukan perkara penting yang perlu ada dalam kandungan buku tersebut. Folio dan buku
skrap adalah satu kerja khusus PEKA Sains PMR terutamanya pelajar tingkatan satu.
Pendedahan awal mengenai pelaksanaan buku skrap atau folio mampu membentuk warga
sekolah yang berinformasi dan berdedikasi dengan rutinnya sebagai seorang pelajar yang
berilmu pengetahuan.

2.0 RASIONAL

Pertandingan buku skrap dan pembuatan folio dilaksanakan sempena Bulan Sains dan
Matematik adalah untuk mendedahkan pelajar kepada format kerja kursus terutamanya
memenuhi syarat Peka Sains PMR. Selain itu, melahirkan pelajar yang dapat menguasai
kemahiran berfikir dalam menghasilkan satu informasi kreatif.

3.0 TUJUAN

Adalah menjadi hasrat dan impian guru-guru subjek sains untuk membentuk pelajar yang
berjaya mencapai skor tertinggi dalam penilaian Peka Sains PMR. Selain itu, melahirkan
kumpulan pelajar yang berupaya mengumul maklumat secara berkesan sekaligus menguasai
kemahiran belajar cara belajar yang cemerlang.

4.0 OBJEKTIF

i. Folio yang dihasilkan dapat memenuhi elemen pemarkahan Peka Sains PMR yang telah
ditetapkan dalam indikator pencapaian terutamanya pelajar tingkatan 1

ii. Pelajar dapat menguasai teknik Belajar cara Belajar : kemahiran mengumpul maklumat
melalui penghasilan buku skarp bagi pelajar tingkatan 2 dan tingkatan 4

5.0 KUMPULAN SASARAN

Semua pelajar SMK Dato’ Abu Bakar Baginda

(Pelajar tingkatan 1, tingkatan 2 dan tingkatan 4)


6.0 MODUL PROGRAM

i. Rangka Folio (Manual guru dan manual pelajar) dan syarat pertandingan buku skrap dibuat
oleh guru pelaksana program.

ii. Taklimat kepada guru-guru subjek mengenai panduan pelaksanaan.

iii. Promosi oleh guru subjek

iv. Pemeriksaan berkala oleh guru subjek terutamanya folio tingkatan 1

v. Penilaian program oleh hakim pertandingan.

7.0 PELAKSANAAN PROGRAM

Tarikh pertandingan : 29.3.2010 hingga 20.4.2010

Jenis pelaporan : Folio (tingkatan 1) adalah diwajibkan

Buku Skrap (tingkatan 2 dan tngkatan 4) secara terbuka

Hakim : Pn. Norlisana Mahmood

8.0 PERBELANJAAN PROGRAM

Pihak penganjur telah mengeluarkan perbelanjaan untuk menjayakan Pertandingan Buku


Skrap / Folio sempena Bulan Sains dan Matematik seperti di bawah.

Bil. Perkara Unit Jumlah (RM)

1. Plat hadiah 9 x RM5.00 45.00

2. Sijil penghargaan 9 x RM1.00 9.00

JUMLAH BESAR 54.00

9.0 PERUNTUKAN

Panitia Sains
10.0 LAMPIRAN

i. Manual guru : Unicellular and multicellular organism

ii. Manual pelajar : Unicellular and multicellular organism

iii. Syarat pertandingan buku skrap

iv. Borang Penilaian pertandingan

11.0 PENUTUP

Pertandingan buku skrap dan folio adalah satu program sempena Bulan Sains dan
Matematik. Aktiviti dirancang dengan begitu teliti supaya para pelajar dapat menghasilkan satu
bentuk alat bahan bantu mengajar yang mampu menarik minat pelajar meminati subjek sains.
Selain itu, pelajar juga dapat menguasai teknik Belajar Cara belajar dengan berkesan. Kaedah ini
berjaya menghasilkan pelajar yang dapat menguasai kemahiran belajar, kemahiran maklumat,
pengurusan masa dan gaya pembelajaran dan persediaan peperiksaan. Kesimpulannya,
pertandingan ini juga dapat mencungkil kumpulan pelajar yang kreatif dalam memaparkan
informasi berpengetahuan.

Disediakan oleh,

………………………..

(PN. ZARAH AHMAD)

Anda mungkin juga menyukai