Anda di halaman 1dari 7

BAHAGIAN I

Soalan 1

Sebuah kapal dagang telah berlabuh di Pelabuhan Senari,Sarawak. Apakah yang perlu
diserahkankan kepada pihak Kastam di Pelabuhan sebelum apa-apa kargo
dikeluarkan atau didaratkan dari kapal dan apakah butir kandungan yang perlu ada
dalam dokumen yang perlu diserahkan itu ?

Jawapan 1 :

Dibawah seksyen 52 Akta Kastam 1967, nakhoda atau ejen tiap-tiap vessel selain
daripada suatu pesawat tempatan yang tiba dimana-mana pelabuhan kastam
hendaklah :
i) dalam masa dua puluh empat jam selepas ketibaan menyerahkan kepada pegawai
kastam yang hak dipejabat kastam suatu manifest masuk yang betul mengenai
vessel itu dalam Bahasa Kebangsaan atau dalam Bahasa Inggeris pada keseluruhan
isinya mengikut borang yang ditetapkan diperakui oleh nakhoda atau ejen itu
bersama-sama dengan salinan penduanya.
ii) Kandungan yang perlu ada ialah butir tentang tanda (marking), nombor dan
kandungan setiap bungkusan yang dicadangkan untuk didaratkan, bersama-sama
dengan nama pengapal dan konsaini bungkusan itu jika diketahuinya dan pegawai
kastam yang hak boleh menurut budi bicaranya menghendaki sebagai tambahan
suatu manifes yang lengkap mengenai keseluruhan kargo vesel dan senarai
lengkap storan diatas vesel itu.

Soalan 2

(a) Apakah yang dimaksudkan “barang-barang berduti” dan “barang-barang tak


berkastam”?

(b) Siapakah yang menentukan duti-duti kastam yang dimport atau dieksport ke
Malaysia?

(c) Terangkan kuasa-kuasa pegawai kanan dalam menaksir barang-barang yang


dimport ke Malaysia?

Jawapan 2

(a) Dibawah seksyen 2 Akta Kastam 1967 “barang-barang berduti” semua barang-
barang yang tertakluk kepada pembayaran duti kastam dan duti itu masih belum
dibayar lagi, dan “barang-barang tak berkastam” bermaksud barang-barang yang
berkenaan dengannya pelanggaran terhadap peruntukan-peruntukan Akta Kastam
atau mana-mana perundangan subsidiary yang dibuat dibawahnya telah dilakukan.

1
(b) Duti-Duti Kastam ditentukan oleh Menteri dari masa kesemasa melalui perintah
yang disiarkan dalam warta, menentukan duti kastam yang akan dilevi keatas
apa-apa barang yang diimport kedalam atau eksport dari Malaysia dan akan
dibayar oleh pengimport atau pengeksport itu, mengikut mana-mana yang
berkenaan.

(c) Dibawah seksyen 13 Akta Kastam 1967 pegawai kastam yang hak boleh
menentukan dimana barang-barang berduti dan barang tak berkastam itu boleh di
kelaskan dan menilai, menimbang,mengukur atau memeriksa untuk tujuan
menentukan duti kastam yang sepatutnya dikenakan. Apabila satu penilaian telah
dibuat oleh pegawai kastam yang hak , penilaian tersebut dianggap betulsehingga
dibuktikan sebaliknya.

Soalan 3

(a) Apakah yang dimaksudkan “ barang-barang larangan “.

(b) Kuasa siapakah yang boleh melarang import dan eksport?

(c) Sebutkan 3 jadual yang terkandung dalam Perintah Kastam (Larangan Mengenai
Eksport ) 1998 dan beri contoh barang-barang yang terlibat.

Jawapan 3

(a) Dibawah seksyen 2 Akta Kastam 1967 barang-barang larangan bermaksud


barang-barang yang mana import atau eksportnya dilarang, sama ada dengan
mutlak atau dengan bersyarat oleh suatu perintah dibawah seksyen 31 Akta
Kastam atau oleh mana-mana undang-undang bertulis lain.

(b) Mengikut sekyen 31 Akta Kastam 1967, Menteri Kewangan boleh dengan
perintah melarang pengimportan kedalam, atau pengeksportan dari Malaysia atau
mana-mana bahagian darinya , sama ada dengan mutlak atau bersyarat atau dari
atau ke mana-mana negeri, wilayah atau tempat yang dinyatakan diluar Malaysia,
atau pemindahan dari satu tempat ke tempat lain dalam Malaysia apa-apa barang-
barang atau kelas barang-barang.

(c) Jadual 1 - Larangan Mutlak - contoh : telur penyu , Rotan (dari Semenanjung)
Jadual 2 - Larangan Bersyarat - contoh : ikan hidup, udang hidup, kerang
Jadual 3 - Larangan Bersyarat - contoh : toxic waste, arms and ammunition.

2
Soalan 4

Seorang pedagang hendak mengeksport copper scrap ke Negara Jepun. Sebagai


seorang pegawai kastam sila nasihatkan pedagang berkenaan keperluan-keperluan
yang perlu dipatuhi dengan merujuk kepada Perintah Kastam (Larangan Mengenai
Eksport) 1998. Nyatakan jenis-jenis barangan yang terkecuali dari mematuhi
keperluan-keperluan dalam Jadual Kedua dan Ketiga.

Jawapan 4

Copper scrap tertakluk dibawah Jadual Kedua Perintah Kastam (Larangan Mengenai
Emport) 1998. Lesen Eksport perlu diperolehi dari Kementerian Perdagangan
Antarabangsa dan Industri. Lesen Eksport yang diperolehi hendaklah dikemukakan
kepada pegawai kastam yang hak pada masa copper scrap berkenaan hendak dieksport.

Barang-barang yang terkecuali adalah :


i) Barang-barang yang dieksport oleh atau bagi pihak Kerajaan Persekutuan atau
Kerajaan mana-mana Negeri.
ii) Barang-Barang yang dimuat sebagai barang-barang stor biasa kapal terbang atau
kapal sebagaimana yang diluluskan oleh seseorang pegawai kastam yang hak.
iii) Pengeksportan tanaman seperti dinyatakan di item 8 Jadual Kedua oleh Badan-
Badan Berkanun untuk tujuan penyelidikan.
iv) Barang-Barang yang dieksport dari Zon Perdagangan Bebas.
v) Barang-Barang yang dieksport untuk pameran atau ujian.
vi) Barang-barang transit, selain daripada barang-barang yang dinyatakan dalam
Jadual Pertama Perintah ini.
vii)Hadiah-hadiah yang tidak diminta yang mengandungi textil dan makanan yang
dieksport melalui bungkusan pos, yang nilainya tidak melebihi RM200 tiap-tiap
bungkus.
viii)Barang-barang yang dieksport untuk diperbaiki, diselaras atau diganti yang akan
dikembalikan ke Malaysia.
ix) Barang-barang persendirian atau barang-barang rumah, pelancong-pelancong bonafide.
x) Contoh-contoh perdagangan bona fide bagi barang-barang yang diterima sebagai
demikian oleh seseorang pegawai kastam yang hak.

3
Soalan 5

(a) Bagaimankah seseorang individu itu boleh bertindak sebagai ejen bagi menjalankan
urusan berhubungan dengan import dan eksport barang-barang?

(b) Siapakah yang berkuasa mengecualikan seseorang individu dari menghadiri kursus ejen
kastam dan atas alasan apakah seseorang itu boleh dikecualikan?

Jawapan 5

(a) Mana-mana orang yang ingin untuk bertindak sebagai ejen hendaklah :
i) menghadiri suatu kursus mengenai perkara-perkara berkaitan dengan kastam dan
lulus peperiksaan sebagaimana yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah.
ii) menunjukkan suatu kuasa bertulis daripada orang yang bagi pihaknya dia akan
bertindak.
iii)memberikan apa-apa cagaran yang difikirkannya cukup oleh seseorang pegawai
kanan kastam bagi tingkah laku yang betul dan jujur ejen itu dan kerani-keraninya
yang bertindak baginya berkenaan pihak kastam dan majikannya kedua-duanya.

(b) Dibawah seksyen 90 (3) Akta Kastam 1967 Ketua Pengarah boleh mengecualikan
seseorang individu dari menghadiri kursus ejen kastam jika dia berpuashati bahawa
orang itu mempunyai pengetahuan yang mencukupi mengenai perkara-perkara
berkaitan dengan kastam.

Soalan 6

(a) Nyatakan 5 jenis dagangan yang tertakluk dibawah Jadual Pertama (Larangan Mutlak)
Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 1998.

(b) Pengimportan kereta penumpang memerlukan lesen import. Walaubagaimanapun


terdapat beberapa perkara yang dikecualikan dari lesen import. Nyatakan 5 perkara-
perkara yang terkecuali dari keperluan lesen import.

Jawapan 6

(a) 5 jenis dagangan yang tertakluk dibawah Jadual Pertama Perintah Kastam(Larangan
Mengenai Import) 1998 ialah :-
i) “Daggers and Flick knives”
ii) “Cloth bearing the imprint or reproduction of any verses of the Quran”
iii) “Any article bearing the imprint or reproduction of any currency note,bank note
or coin which are current or have at any time been issued or current in any
country”
iv) “All genus of Piranha fish”
v) Telur penyu

4
vi) Sodium arsenite
vii) “Pens, pencils and other articles resembling syringes”.

(b) 5 perkara-perkara atau barang yang terkecuali dari lesen import ialah
i) Dagangan atau barangan yang diimport oleh atau bagi pihak Kerajaan
Persekutuan atau Kerajaan Negeri.
ii) Kenderaan bermotor yang masuk ke Malaysia dan dipandu atau digunakan oleh
pelancong-pelancong “bona fide”.
iii) Kenderaan bermotor yang masuk ke Malaysia dibawah satu Permit Pekeliling
Antarabangsa sebagaimana yang ditetapkan oleh undang-undang lalu lintas
jalan.
iv) Barang-barang dalam “transit” selain dari barang-barang yang dinyatakan
dalam Jadual Pertama.
v) Barangan yang dimuatkan sebagai barangan biasa untuk stor kapalterbang dan
papal (ship stores) yang diluluskan oleh Pegawai Kastam yang hak.

Soalan 7

Pengimportan kenderaan penumpang dibawah Perintah Kastam (Larangan Mengenai


Import)1998 memerlukan lesen import.
a) Siapakah yang mengeluarkankan lesen import untuk kenderaan penumpang?
b) Apakah borang yang digunakan untuk permohonan lesen import?
c) Nyatakan 5 jenis dagangan yang tertakluk dibawah Jadual Kedua Perintah Kastam
(Larangan Mengenai Import)1998 yang lesen importnya dikeluarkan oleh MITI.

Jawapan 7

a) Lesen import adalah dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan


Industri bagi pihak Ketua Pengarah Kastam.
b) Permohonan lesen import adalah menggunakan Borang J.K.69
c) i. Kereta Penumpang CBU
ii. Safety helmets
iii. Motosikal CBU
iv. Gula
v. Natural Barium Sulphate
vi. Automatic cassette or cartridge loaders
vii. Magnetic tape webs for video and sound recording

5
Soalan 8

Sebuah Syarikat telah mengimport barangan siap yang masuk melalui Pelabuhan Klang
dan telah membayar segala duti dan cukai yang terlibat. Dua bulan kemudian barangan Siap
berkenaan dieksport semula ke luar negara. Syarikat bercadang menuntut semula duti dan
cukai yang telah dibayar.Sila terangkan syarat-syarat dimana pulangbalik cukai boleh dibayar
kepada syarikat berkenaan.

Jawapan 8

Dibawah seksyen 93(1) Akta Kastam 1967, barang-barang yang mana duti kastam telah
dibayar dan dieksport semula,boleh menuntut tarikbalik cukai dengan syarat-syarat berikut:-
i) barang-barang itu boleh dicamkan atau dikenalpasti oleh pegawai kanan ditempat
eksport semula;
ii) amaun pulangbalik yang dituntut hendaklah tidak kurang daripada lima puluh;
ringgit bagi mana-mana satu konsainan barang-barang yang dieksport semula;
iii) barang-barang itu dieksport semula dalam masa 12 bulan dari tarikh duti kastam
dibayar;
iv) bayaran pulangbalik keatas barang-barang yang termasuk dalam kelas barang-
barang yang akan dieksport semula, yang tidak dilarang oleh peraturan-peraturan
yang dibuat dibawah Akta ini;
v) notis bertulis telah diberi kepada seorang pegawai kanan kastam ketika atau
sebelum masa eksport semula bahawa suatu tuntutan untuk pulang balik akan
dibuat, dan tuntutan itu dibuat dalam borang yang ditetapkan dan dibuktikan
dengan memuaskan hati seorang pegawai kanan kastam dalam masa tiga bulan
dari tarikh eksport semula;
vi) barang-barang itu telah tidak diguna selepas pengimportan.

Soalan 9

Syarikat ABC Sdn. Bhd. telah mengimport dan membayar duti keatas bahan mentah untuk
digunakan dalam pengilangan barang siap keluaran syarikatnya. Selepas tiga bulan
kemudian, keluaran siap yang dihasilkan dieksport semula ke luar negara, dan syarikat
bercadang menuntut semula duti kastam yang telah dibayar keatas bahan mentah yang
diimport.Sila nyatakan syarat-syarat dimana tarikbalik cukai boleh dibayar kepada syarikat
berkenaan.

Jawapan 9

Syarat-syarat dimana pulangbalik cukai boleh dibayar kepada syarikat berkenaan adalah :-
i) barang-barang siap yang dieksport itu telah dikilang di premis yang diluluskan oleh
Ketua Pengarah;
ii) Buku-buku akaun disimpan sebagaimana yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah bagi
maksud menentukan kuantiti barang-barang yang digunakan dalam pengilangan itu;
iii) barang-barang itu dieksport semula dalam masa dua belas bulan dari tarikh duti import

6
dibayar atau apa-apa tempoh lanjutan sebagaimana yang diluluskan oleh Ketua
Pengarah;
iv) notis bertulis telah diberikan dalam borang akuan eksport bahawa tuntutan mendapatkan
pulangan balik akan dibuat;
v) tuntutan dibuat dalam borang yang ditetapkan dalam masa enam bulan dari tarikh
eksport semula tersebut atau apa-apa tempoh lanjutan sebagaimana yang diluluskan
oleh Ketua Pengarah;
vi) barang-barang siap hendaklah dieksport melalui tempat itu atau perjalanan sebagaimana
yang diluluskan oleh Ketua Pengarah.

Soalan 10

(a) Apakah makna “gudang” dan “gudang berlesen”?

(b) Seorang pengimport telah menyimpan barang-barangnya didalam sebuah gudang


berlesen awam. Bagaimanakah caranya barang-barang yang disimpan didalam gudang
berlesen tersebut boleh dipindahkan ?

Jawapan 10

(a) Gudang bermaksud satu tempat untuk penyimpanan barang-barang dan gudang berlesen
sepertimana yang tersebut didalam seksyen 2 Akta Kastam 1967 bermaksud sesuatu
gudang atau tempat lain yang dilesen bagi penggudangan barang-barang berduti
dibawah seksyen 65 Akta Kastam 1967

(b) i) Jika pengimport bercadang mengeluarkan kesemua konsainannya borang ikrar


kastam 1 hendaklah dikemukakan kepada pegawai kastam yang hak untuk
kebenaran pemindahan barang-barang berkenaan. Duti dan cukai yang terlibat
hendaklah dibayar;
ii) Jika pengimport bercadang megeluarkan sebahagian barang-barang yang disimpan
didalam gudang, borang kastam 9 dikemukakan kepada pegawai kastam yang hak
dan duti serta cukai terlibat dibayar;
iii) Sekiranya pemindahan hendak dibuat ke satu gudang berlesen yang lain, Zon
Bebas, atau ICD borang kastam No 8 hendaklah digunakan dan disertakan bersama
satu jaminan atau bon yang menjamin duti keatas barang-barang yang terlibat

Anda mungkin juga menyukai