Anda di halaman 1dari 3

Barangan Peribadi yang Dikecualikan dari Bayaran

Duti/Cukai (Mengikut Butiran 19 Perintah Kastam


(Pengecualian) 1988 )
1.1 Barang- barang di bawah adalah dikecualikan daripada bayaran
duti/cukai tertakluk kepada had-had dan syarat-syarat berikut :

Barang-barang mudah alih terpakai selain household effect


Minuman Keras tidak melebihi 1 liter.
Tembakau tidak melebihi 225 gram atau rokok tidak melebihi
200
batang rokok
Pakaian baru tidak melebihi 3 pasang
Sepasang kasut baru
Perkakasan elektrik atau bateri mudah alih untuk penjagaan diri
dan kebersihan tidak melebihi 1 unit setiap satu.
Bahan penyediaan makanan tidak melebihi nilai RM75.
Hadiah dan cenderahati (tidak termasuk minuman keras, tayar,
tiub, tembakau, rokok dan kenderaan) dimana jumlah nilai tidak
melebihi RM400. Jika barangan dari Langkawi, Pulau Tioman atau
Labuan, jumlah nilai dibenarkan untuk pengecualian tidak
melebihi RM500.

2. Barangan Peribadi yang dikenakan bayaran duti/cukai


2.1 Barang-barang yang melebihi had yang ditetapkan di para 1 akan
dikenakan bayaran duti/cukai seperti berikut :

30 % ke atas nilai barangan selain dari minuman keras, tayar,


tiub, tembakau, rokok dan kenderaan.
Minuman keras (eg. Alkohol / Spirit), tayar,tiub, tembakau, rokok
dan kenderaan adalah mengikut kadar duti/cukai yang
ditetapkan di dalam Perintah Duti Kastam 2007.

3. Barangan Yang Dikenakan Bayaran Duti/Cukai


3.1 Barang-barang yang melebihi had yang ditetapkan akan
dikenakan duti/cukai seperti berikut:

30 % ke atas nilai barangan selain dari minuman keras, tayar,


tiub, tembakau, rokok dan kenderaan.
Minuman keras (eg. Alkohol / Spirit), tayar,tiub, tembakau, rokok
dan kenderaan adalah mengikut kadar duti/cukai yang
ditetapkan di dalam Perintah Duti Kastam 2007.

3.2 Barangan yang dibawa masuk bukan untuk tujuan


peribadi/persendirian, penumpang dibenarkan mengikrar barangan
tersebut menggunakan Borang Kastam No.1.

3.3 Barangan akan ditahan dan dilepaskan kepada pemilik setelah


mengemukakan permit import
4. Prosedur Membawa Masuk Bagasi / Barang
Barang-barang yang di bawa masuk oleh penumpang yang masuk
sama ada melalui udara, darat dan laut adalah tertakluk kepada
pemeriksaan Kastam.
4.1 Mengikrar secara lisan semua barang, wang tunai, cek
pengembara dan lain-lain bentuk kewangan yang dibawa masuk
kepada kastam di pintu-pintu masuk lapangan terbang, sempadan dan
jeti/pelabuhan.
4.2 Pemilik bagasi/barang hendaklah membuka dan mengemas
sendiri bagasi mereka sebelum dan selepas pemeriksaan kastam.
4.3 Pemilik hendaklah mengemukakan bukti pembelian barangan/
inbois sekiranya diminta oleh pihak kastam.
5. Prosedur-Prosedur Kemasukan Barangan Lain Yang
Berkaitan
5.1 Prosedur kemasukan barangan untuk pameran ATA CARNET
5.2 Prosedur membawa masuk tumbuhan
5.3 Prosedur Pandu Kenderaan Kereta Motor masuk dan keluar
Malaysia.
5.4 Prosedur membawa masuk haiwan
5.5 Prosedur membawa masuk barang secara sementara
5.6 Prosedur membawa masuk filem (Klik di sini)
5.7 Prosedur membawa masuk Gold Bar(Klik di sini)
5.8 Prosedur menahan, merampas dan menyita barang. (Klik di sini)
6. Membawa Barangan / Bagasi Keluar
6.1 Bagi barangan peribadi yang berduti/bercukai yang hendak
dibawa keluar negara dan barangan tersebut akan dibawa balik adalah
dianggap sebagai eksport sementara.
6.2 Barangan tersebut hendaklah diikrar menggunakan Borang JK 85
dan disahkan oleh pegawai kastam bertugas
6.3 Borang JK 85 ini hendaklah dikemukakan semula apabila kembali
ke Malaysia.

Seksyen 103(1) Akta Kastam 1967


103. Bagasi Penumpang.
(1)
Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam Akta ini,
tiap-tiap penumpang atau orang lain yang tiba di Malaysia atau
meninggalkan Malaysia hendaklah mengakui semua barang-barang
berduti atau barang-barang larangan dalam milikannya, sama ada
pada tubuh badannya atau dalam mana-mana bagasi atau dalam
mana-mana kenderaan, kepada pegawai kastam yang hak, dan jika dia
gagal berbuat demikian barang-barang itu hendaklah disifatkan
sebagai barang-barang tak berkastam.
Butiran 19 Perintah Duti Kastam (Pengecualian) 1988
Udara
darat
laut
Peraturan 17 Peraturan-Peraturan Kastam 1977
17.

Bagasi yang dibawa bersama pengembara.

(1)
Pengembara-pengembara bona fide termasuk pengembara
transit yang tiba di mana-mana lapangan terbang kastam
sebagaimana ditetapkan dalam Bahagian IV Jadual Pertama hendaklah
sendiri atau melalui ahli keluarga yang bertanggungjawab
mengemukakan kepada pegawai kastam yang hak peristiharaan
kastam seperti borang Kastam No. 22 sebagaimana ditetapkan dalam
Bahagian I Jadual Kedua yang memberikan butir-butir dan nilai sebenar
barang-barang yang diimport:
Dengan syarat bahawa subperaturan 17(1) tidak terpakai bagi
pengembara-pengembara bona fide yang bermula dari mana-mana
bahagian kawasan utama kastam.
(2)
Peruntukan-peruntukan Peraturan 15 dan 16 tidak terpakai
bagi bagasi yang dibawa bersama dan kenderaan motor dipandu oleh
pengembara-pengembara bona fide yang bermula dari mana-mana
bahagian kawasan utama kastam.

Anda mungkin juga menyukai