Anda di halaman 1dari 6

IKATAN MAHASISWA ANAK MELAKA (I.M.A.

M) MESIR

KERTAS KERJA
MALAM MUNAJAT IMTIHAN FASA 1
&
PENYERAHAN EXAM GIFT

ANJURAN
IKATAN MAHASISWA ANAK MELAKA (I.M.A.M) MESIR SESI 2023/2024

TEMPAT
SURAU WISMA SERI MELAKA

TARIKH
25 DISEMBER 2023

DENGAN KERJASAMA
PEJABAT ATASE PENDIDIKAN NEGERI MELAKA

“KECEMERLANGAN TERAS KEGEMILANGAN”


1. TUJUAN

Kertas kerja ini bertujuan untuk memohon peruntukan kepada Pejabat


Atase Pendidikan Negeri Melaka agar mempertimbangkan dan bersetuju
dengan cadangan daripada Exco Dakwah & Modal Insan bagi
mengadakan program Malam Munajat bersempena dengan ketibaan
fatrah imtihan sekaligus penyerahan exam gift daripada Exco Akademik
& Bahasa kepada semua mahasiswa Negeri Melaka.

2. LATAR BELAKANG

Menjelang bulan januari merupakan fatrah imtihan fasa 1 bagi semua


mahasiswa Universiti Al-Azhar. Dengan itu, Exco Dakwah & Modal Insan
mengambil kesempatan ingin mengadakan Malam Munajat untuk
mahasiswa dan mahasiswi Melaka Mesir . Antara pengisian di dalam
program tersebut adalah Solat Sunat Hifzi,Solat Sunat Hajat,penyerahan
exam gift,sesi bermaafan dan jamuan ringkas.

3. OBJEKTIF

• Mengeratkan ukhuwah dan menjalinkan hubungan silaturahim


sesama anak Melaka Mesir.
• Bermaafan antara anak Melaka Mesir sebelum fatrah imtihan.
• Sebagai pembakar semangat kepada mahasiswa dan
mahasiswi yang akan menduduki peperiksaan fasa 1 tidak lama
lagi.

4. NAMA PROGRAM
MALAM MUNAJAT IMTIHAN FASA 1 & PENYERAHAN EXAM
GIFT

“KECEMERLANGAN TERAS KEGEMILANGAN”


5. SASARAN
Seramai 94 orang anak Melaka sekitar Kaherah,Mesir

6. TARIKH
25 Disember 2023 / 12 Jumadil Akhir 1445

7. TEMPAT
Surau Wisma Seri Melaka

8. TENTATIF

BIL MASA PENGISIAN


1. 4.30 PM Kehadiran tetamu
2. 5.00 PM Solat Maghrib
3. 5.15 PM Solat Sunat Hajat & Hifz
4. 6.30 PM Solat Isyak
5. 6.50 PM Ucapan Atase Negeri Melaka
6. 7.00 PM Gimik Penyerahan Exam Gift
7. 7.30 PM Sesi bersalaman
8. 8.00 PM Jamuan & Bersurai

“KECEMERLANGAN TERAS KEGEMILANGAN”


9. ANGGARAN BELANJAWAN
9.1) Belanjawan Exco Dakwah dan Modal Insan

BIL PERKARA ANGGARAN KUANTITI JUMLAH


SEUNIT (LE)
1. Makanan VIP
200 7 1400
2. Makanan & minuman 80 95 7600

3. Halawiyat & Buah 143 5 715

4. Plastik sampah 25 1 25

5. Saguhati imam 200 2 400

JUMLAH 10,015 LE

9.2) Belanjawan Exco Akademik dan Bahasa


BIL PERKARA ANGGARAN KUANTITI JUMLAH
SEUNIT (LE)
1. Pen biru 10 94 940
2. Pen hitam 10 94 940
3. Nota lekat 10 47 470
4. Freska 5 94 470
5. Coklat todo 5 94 470
6. Apella 5 94 470
7. Kismis 100 per kilo 10 kg 1000
8. Exam planner 3 94 282
9. Uber 60
10. Beg 25 3 75
11. Instant Mix Coffee 5 94 470
JUMLAH KESELURUHAN 5,647

“KECEMERLANGAN TERAS KEGEMILANGAN”


Jumlah yang dipohon :

Exco Dakwah & Modal Insan (10,015 LE )


+
Exco Akademik Dan Bahasa ( 5,647 LE )

Total Keseluruhan = 15,662 LE

10. PENUTUP

Diharapkan agar Atase Pendidikan Negeri Melaka dapat


mempertimbangkan dan bersetuju dengan cadangan untuk
mengadakan program Malam Munajat dan penyerahan exam gift
sempena fatrah imtihan . Kerjasama tuan amatlah kami hargai.

“KECEMERLANGAN TERAS KEGEMILANGAN”


Disediakan oleh, Disemak oleh,

……………………………. ……………………………..
(Hasanah Binti Muhammad Zahid @ (Muhammad Iylia Mujahid Bin Ali Sher)
Norizan) Presiden
Timbalan Exco Dakwah & Modal Insan Ikatan Mahasiswa Anak Melaka
Ikatan Mahasiswa Anak Melaka (I.M.A.M) Mesir
(I.M.A.M) Mesir

Disahkan oleh,

…………………………….
(Tuan Muhammad Hafizi Bin Ab Kadir)
Atase Pendidikan Negeri Melaka
Kedutaan Besar Malaysia Kaherah

“KECEMERLANGAN TERAS KEGEMILANGAN”

Anda mungkin juga menyukai