Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA PROGRAM KECERIAN

ASRAMA

(PENARAFAN BINTANG IPMA @ STAR RATING


IN MARA INSTITUTION (STRIM)

MRSM MUADZAM SHAH

PERSIARAN DARA 26700 MUADZAM SHAH,

PAHANG

TAJUK : KERTAS KERJA PROGRAM KECERIAAN ASRAMA


DISEDIAKAN OLEH : SAIFULAZREEN BIN ISHAK
TARIKH : 24 JUN 2022
KERTAS CADANGAN

PROGRAM KECERIAN ASRAMA


MAKTAB RENDAH SAINS MARA MUADZAM SHAH

1. TUJUAN

Kertas cadangan ini diajukan untuk pertimbangan pihak pengurusan Muafakat


MRSM Muadzam Shah bagi pembelian bahan serta hal-hal yang berkaitan
keceriaan asrama bagi mempersiapkan asrama untuk tujuan penarafan bintang
IPMA @ STAR RATING IN MARA INSTITUTION (STRIM). Hal ini kerana
keadaan persekitaran aspura secara keseluruhannya boleh dianggap belum
memuaskan terutamanya daripada segi keceriaan dan kesegaran bilik-bilik yang
dihuni oleh para pelajar. Oleh itu, pihak pengurusan asrama telah mengambil satu
langkah yang difikirkan sesuai untuk dilaksanakan di asrama.

2. MATLAMAT
Melahirkan bilik-bilik asrama yang ceria dan kondusif, agar para penghuninya
dapat merasakan bahawa asrama merupakan penginapan yang terbaik dan
dianggap sebagai “asramaku syurgaku” SERTA MENCAPAI PENARAFAN
BINTANG IPMA @ STAR RATING IN MARA INSTITUTION (STRIM)

3. JUSTIFIKASI
1. Menjadikan bilik asrama sebagai bilik yang segar, ceria, bersih dan kondusif.
2. Mewujudkan persekitaran bilik yang tenteram dan harmoni setiap masa.
3. Menjadikan suasana bilik yang ceria dan kondusif itu sebagai motivasi dan
perangsang untuk pelajar meningkatkan prestasi akademik dan kokurikulum
4. Melatih para pelajar menjadi insan yang memelihara kebersihan, keindahan dan
keharmonian tanpa mengira di mana berada.
5. Memupuk dan membentuk sikap bekerjasama dan kreatif dalam kalangan
pelajar-pelajar asrama.
4. ANGGARAN PERUNTUKAN

Berikut adalah peruntukan yang diperlukan oleh untuk proses kecerian tersebut

Bil Alatan Harga Bilangan unit Harga


seunit keseluruhan(RM)
1 KECERIAAN BLOK 115.00
17 BLOK 1955.00
(MENYEDIAKAN (6 - ASPURI
PEMBELIAN ALATAN 11 -ASPURA)
SERTA BAHAN
KECERIAAN SETIAP
BLOK DALAM ASPURA
DAN ASPURI )
JUMLAH KESELURUHAN 1955.00

5. PERLAKSANAAN PROGRAM
Perlaksanaan program keceriaan ini akan dilakukan oleh para pelajar sendiri
dan guru blok asrama pada hujung minggu

Disediakan oleh Disokong oleh


..................... ..................................
(Saifulazreen Bin Ishak) (Pn. Rahailin Binti Salini )
Ketua Guru Asrama Timb. Peng. Pembangunan pelajar
MRSM Muadzam Shah MRSM Muadzam Shah

Disahkan oleh

______________
Pengetua
(TN HAJI AHMAD BIN SHARIFF)
MRSM Muadzam Shah

Anda mungkin juga menyukai