Anda di halaman 1dari 4

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SULTAN ABU BAKAR

KUANTAN

KERTAS KERJA
PENAMBAHBAIKAN PRASARANA DAN KECERIAAN
DORM

DISEDIAKAN OLEH :

NURHANA SHAKIRAH BINTI YUSOF


WARDEN
ASRAMA SMK SULTAN ABU BAKAR
ASRAMA SMK SULTAN ABU BAKAR

KERTAS KERJA
PENAMBAHBAIKAN PRASARANA DAN KECERIAAN DORM

1.0 PENDAHULUAN

Asas penubuhan asrama adalah berdasarkan kepada Akta Pelajaran 1996, Bahagian IV, Bab 12,
Seksyen 64 & 66, Penyediaan Kemudahan & Perkhidmatan. Matlamat asal ialah untuk memastikan
murid – murid yang tinggal di luar bandar dan murid yang tinggal jauh dari sekolah dapat bersekolah,
tidak tercicir dan mendapat manfaat apabila tinggal di asrama sekolah. Transformasi Asrama Harian
dihasratkan sebagai salah satu sarana dalam mendokong pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013 – 2025 untuk membantu dalam mencapai aspirasi sistem yang terdiri daripada Akses,
Kualiti, Ekuiti, Perpaduan dan Kecekapan. Pelaksanaan Transformasi Asrama Harian secara bersama
dan bersepadu dengan tema “ Kemenjadian Murid Asrama Tanggungjawab Bersama “ diharapkan dapat
memperlihatkan perubahan lebih baik kepada murid-murid asrama harian. Hal ini menuntut beberapa
penambahbaikan sarana serta keceriaan di Asrama SMK Sultan Abu Bakar khususnya pada bilik
pentadbiran pengawas asrama dan lanskap persekitaran. Secara tidak langsung, ia akan menjadi daya
tarikan kepada pelajar untuk tinggal di asrama.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Mewujudkan sebuah asrama yang lengkap dengan beberapa kemudahan asas yang penting supaya
dapat berfungsi dengan optimum dalam proses pengurusan dan pentadbiran.

2.2 Menambahbaik keperluan asas dalam bilik pentadbiran pengawas asrama supaya lebih kondusif
dan selamat untuk kegunaan yang optimum.

2.3 Mewujudkan lanskap yang dapat memberikan persekitaran yang kondusif dan menenangkan
pelajar asrama.
3.0 TARIKH

Bermula 20 Februari hingga 18 Mac 2023

4.0 TEMPAT

DORM ASRAMA

5.0 SASARAN

5.1 Penyelia, Warden serta Pekerja Pembersihan

5.2 Pengawas Asrama

6.0 PERBELANJAAN PENAMBAHBAIKAN PRASARANA

6.1 KECERIAAN ASRAMA

BI PERKARA HARGA × UNIT JUMLAH


L
1 Langsir ( 5 buah tingkap/dorm)
2 Cat (bahagian dalam dorm)
7.0 IMPLIKASI KEWANGAN

7.1 Perbelanjaan

Jumlah keseluruhan yang diperlukan dalam projek pembangunan Asrama adalah RM


2090.00

8.0 PENUTUP

Besar harapan semoga projek ini dapat dilaksanakan dengan jayanya bersama-sama dan mencapai
objektif yang digariskan dalam menjadikan asrama sebagai pusat tumpuan ilmu di sekolah ini dan
seterusnya melahirkan pelajar yang cemerlang dari semua aspek. Segala perancangan,
pengurusan dan pentadbiran yang teliti menjadikan pelaksanaan yang dibuat berjalan dengan
lancar

Disediakan oleh: Disemakkan oleh:

……………………………………. ……………………………
( NURHANA SHAKIRAH BT YUSOF) ( MOHD SUHAIDI BIN HARUN )
WARDEN ASPURI PENOLONG KANAN HAL EHWAL
MURID
ASRAMA SMK SULTAN ABU BAKAR SMK SULTAN ABU BAKAR

Diluluskan Oleh,

……………………………………………………………
(HAJI ASRUDDIN BIN HJ. ABAS SMP, AMP)
PENGETUA
SMK SULTAN ABU BAKAR

Tarikh: ……………………………. Tarikh: …………….........................

Anda mungkin juga menyukai