Anda di halaman 1dari 4

No.

Rujukan: 600-4(1)
KERTAS KERJA PROJEK RIANG RIA BISKUT RAYA
PPKI SMK DATO’ HAJI HASSAN NOH
Yang Berusaha : Pn. Norihan Binti Nordin
(Pengetua SMK Dato’ Haji Hassan Noh)

1.0 KERTAS KERJA PROJEK RIANG RIA BISKUT RAYA

2.0 PENGENALAN/LATAR BELAKANG PROGRAM


Projek Riang Ria Biskut Raya PPKI 2021 ini merupakan salah satu program transisi
bagi melatih murid-murid pendidikan khas masalah pembelajaran untuk berdikari
setelah mereka keluar dari alam persekolahan. Projek ini juga amat penting bagi murid
bermasalah pembelajaran untuk memperkembangkan diri mereka dari aspek jasmani,
rohani, dan intelek disamping dapat memupuk perasaan jati diri dan lebih dihargai
walaupun mengalami kekurangan. Dengan adanya projek ini, murid akan memperoleh
pengalaman dan pendedahan secara lansung dalam penghasilan biskut raya dan
berpeluang untuk menambahkan ilmu supaya dapat digunakan pada masa hadapan.
Projek ini dijalankan mengikut standard SOP yang disediakan oleh Kementerian
Kesihatan Malaysia (KKM)..

3.0 OBJEKTIF PROGRAM


3.1 Membolehkan murid khas menjalankan kerja sendiri dan menyedari potensi diri
dalam
membuat biskut raya
3.2 Meluaskan pemahaman dan pengalaman untuk menghasilkan biskut raya sendiri.
3.3 Memupuk sifat kreatif, inovatif, suka berusaha, jujur, bekerjasama dan
mengamalkan
cara kerja yang bersistem, tabiat kerja yang selamat, sihat dan bertanggungjawab.
3.4 Memberi peluang kepada murid khas untuk berinteraksi dengan murid aliran
perdana,
masyarakat dan sebagainya.
3.5 Memupuk, menyemai dan melahirkan budaya keusahawanan di kalangan murid-
murid khas.

4.0 KUMPULAN SASARAN


Murid Pendidikan Khas SMK Dato’ Haji Hassan Noh kelas Kemahiran Vokasional
Spesifik PKV1 dan PKV2

*Senarai nama murid (Rujuk lampiran)


5.0 BUTIRAN PERLAKSANAAN PROGRAM
Tempat : Bilik Masakan PPKI SMK Dato’ Haji Hassan Noh
Tarikh perlaksanaan : 29 April sehingga 10 Mei
Masa : 7:30 pagi – 1:00 tengah hari (Semasa PdP)

6.0 JAWATANKUASA KERJA


Pengerusi : Mohamad Zaiham Bin Masri ( PK Pendidikan Khas)
Penyelaras Projek : Norul Hidayah Binti Megat Osman
AJK : Guru Kemahiran Vokasioanal
PPM

7.0 IMPLIKASI KEWANGAN


7.1 Sumber Kewangan : Pendidikan Khas – Elektif
7.2 Anggaran perbelanjaan keseluruhan secara terperinci.

Perbelanjaan Jumlah (RM)


Biskut Samperit 300.00
Biskut Coklat Chip 300.00
Jumlah Keseluruhan 600.00

7.3 Lampirkan kelulusan pindah peruntukan – Tidak berkenaan

8. ULASAN JPN / PPD (sekiranya perlu)

- Tidak berkenaan

9. PENUTUP

Disediakan oleh: Disemak oleh:

………………………. ………………………..
(NORUL HIDAYAH BINTI MEGAT (MOHAMAD ZAIHAM BIN MASRI)
OSMAN)
Jawatan : PPP Jawatan : Pk Pendidikan Khas
Nama Sekolah : SMK Dato’ Haji Hassan Nama Sekolah : SMK Dato’ Haji Hassan
Noh Noh
Tarikh :26.04.2021 Tarikh :26.04.2021

KEPUTUSAN PENGURUS SEKOLAH

Meluluskan Kertas Cadangan (PROJEK RIANG RIA BISKUT RAYA)

Atau

Tidak meluluskan Kertas Cadangan (PROJEK RIANG RIA BISKUT RAYA)

Ulasan :

…………………………………………………………………………………………………..

…………………………………………………………………………………………………..

…………………………………………………………………………………………………..

(NORIHAN BINTI NORDIN)

Pengetua

SMK Dato’ Haji Hassan Noh

Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai