Anda di halaman 1dari 1

PENGENALAN PERNIAGAAN

Saya, Nur Ain Qistina binti Rosli bersama rakan kongsi saya, Nur Adriana binti Mohd
Maaszali telah mengambil alih dan meneruskan operasi perniagaan butik pakaian A&A Butik
Klasik di sebuah pusat beli belah pada 1 Julai 2023. Kedai ini bertempat di MidValley
Mrgamall, Lot G026 Groung Floor, Lingkaran Syed Putra, MidValley City, 59200, Kuala
Lumpur. Saya dan rakan kongsi terlibat secara aktif dalam operasi perniagaan dan dibantu oleh
dua orang pekerja yang dibayar gaji bulanan RM1,500 sebulan. Butik kami menjual pakaian
seperti skirt, tudung, blouse dan dress.
Kami memilih perniagaan perkongsian kerana kami dapat mewujudkan modal yang lebih
besar. Dengan jumlah modal yang besar, kamidapat membeli jumlah inventori yang banyak. Jika
kami memilih perniagaan milikan tunggal, hanya salah seorang daripada kami sahaja yang boleh
menyediakan modal yang banyak untuk perniagaan tersebut. Selain itu, kami dapat
membahagikan tugas supaya kerja-kerja tersebut akan menjadi lebih mudah dan urusan
perniagaan kami dapat beerjalan dengan lancer.
Kami memilih butik pakaian kerana kami suka menjahit dan mereka fesyen. Kami berasa
bangga apabila melihat orang lain memakai pakaian yang kami cipta. Selain itu, kami dapat
membantu memenuhi citarasa pelanggan yang ingin berfesyen.
Antara ririko membuka butik pakaian ialah kami akan ketinggalan trend dalam fesyen.
Ini akan menyebabkan stok bertimbun dan kerugian. Selain itu, banyak risiko yang mungkin
akan berlaku ketika proses merekacipta dan menghasilkan pakaian-pakaian tersebut.

Anda mungkin juga menyukai