Anda di halaman 1dari 3

Disediakan oleh Lim Hong Zheng

Kata Kerja
Kata kerja ialah kata yang digunakan untuk menunjukkan sesuatu
perbuatan atau keadaan melakukan sesuatu sama ada oleh manusia, haiwan
atau sesuatu benda.

A. Kata Kerja Transitif


Kata kerja ini adalah kata kerja yang diikuti oleh objek iaitu kata nama
bagi melengkapkan maksud ayat tersebut.

Berawalan __________ Mencuci, menendang Hashim menendang bola di padang.

Berawalan __________ Terlanggar, termakan Rahman termakan roti rahim.

Berapitan __________ Menaiki, mendekati Guru Samy menaiki bas ke pekan.

Amir telah mengemukakan cadangan


Berapitan __________ Mengemaskan, memasukkan
yang baik.

Buruh-buruh itu sedang


Berawalan __________ Memperbuat, memperlebar memperlebarkan jalan raya di
kawasan kampung.

Sara sedang mempelajari bahasa


Berapitan __________ Memperbaiki, mempelajari
Jerman.

Memperkenalkan, Ali telah memperkenalkan Osman


Berapitan __________
mempertemukan kepada ibu bapanya.

B. Kata kerja tak transitif


kata kerja yang tidak memerlukan penyambut kerana sudah sempurna
maknanya dan boleh berdiri sendiri di dalam ayat.

Berawalan __________ Menyanyi, menangis Omar menyanyi sambil makan.

Berawalan __________ Berjalan, bersenam Hakimi sedang berjalan di taman.

Adik terjatuh di halaman rumah


Berawalan __________ Terjatuh, tersenyum
tadi.

Ibu bapa Idris berpelukan sebaik


Berapitan __________ Bersalaman, berpelukan
saja bertemu.

-1-
Disediakan oleh Lim Hong Zheng

Latihan 1

Tuliskan kata kerja transitif berdasarkan gambar.

menggergaji merebus menyusu menanak

mengisi mengecat menggoreng mengait

Latihan 2

Pilih jawapan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong dalam ayat-ayat di
bawah.

1) Puan Salina____________ kurma ayam dan rendang daging untuk hidangan


makan malam.

A menggoreng B memasak C menjerang D memotong

2) Kapal terbang itu akan _________ dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz
Shah pada pukul 10.45 malam.

A berlepas B berangkat C bertolak D berjalan

3) Kami________terbahak-bahak apabila mendengar kisah Angan-angan Mat


Jenin.

A menangis C ketawa B menjerit D melompat

4) Encik Teh__________rumahnya dengan lampu berwarna-warni untuk


menyambut Tahun Baru Cina.

A membakar B membersihkan

C menconteng D menghiasi

-2-
Disediakan oleh Lim Hong Zheng

5) Mangsa-mangsa banjir itu telah_____ke tempat yang lebih selamat sehingga


air surut.

A berpindah B bermain C berlari D berdiri

6) Encik Fadli_________ sanak saudadaranya datang ke majilis perkahwinan


anak bongsunya.

A meminta B menjemput C mengangkut D menghantar

7) Kami sekeluarga ______di tepi kolam itu sambil melihat anak-anak ikan
berenang

A berpindah B beradu C berehat D berlatih

8) Pemandu bas mini itu_______ dengan laju tanpa menghiraukan keselamat


para penumpang.

A membawa B memandu C mengangkut D menunggang

9) Budak-budak itu__________ bertempiaran apabila ternampak lelaki gila itu


menuju kearah mereka.

A duduk B turun C tidur D lari

10) Ular sawa yang __________ ayam-ayam Pak Cik Harun Berjaya ditangkap
oleh penduduk kampung.

A membunuh B mematuk C mengulung D memakan

Markah jumlah:

Latihan 1: /8

Latihan 2: / 10

Jumlah: / 18

Nota:

-3-

Anda mungkin juga menyukai