Anda di halaman 1dari 2

MEMO DALAMAN

Kepada : Pengarah Pendidikan,


Jabatan Pendidikan Negeri Melaka.

Daripada : Timbalan Pengarah Pendidikan,


Sektor Pembangunan Murid.

Rujukan Kami : JPNM. SPBM.PBM.600-4/3/4 ( )

Tarikh : 23 NOVEMBER 2023

Perkara : PERMOHONAN KELULUSAN BAYARAN BIJS BULAN


OKTOBER 2023

Perkara di atas dengan segala hormatnya adalah dirujuk .

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Pembangunan Bakat Murid telah menerima


dokumen (seperti di lampiran) Permohonan Bayaran Intensif Jurulatih Sukan (BIJS) bagi
bulan Oktober 2023. Namun demikian, keciciran dokumen tersebut telah berlaku semasa
proses penghantaran ke Unit Kewangan Jabatan Pendidikan Negeri Melaka. Dokumen tersebut
lewat diserahkan ke Unit Kewangan atas masalah keciciran tersebut.

3. Sehubungan dengan itu, pihak kami memohon kelulusan tuan bagi proses bayaran
tersebut dilakukan oleh Unit Kewangan JPN Melaka. Sebarang pertanyaan sila hubungi Encik
Abd Raoh Bin Muhammad, Penolong Pengarah, Unit Pembangunan Bakat Murid, Jabatan
Pendidikan Negeri Melaka di talian 017-664 6517.

Kerjasama dan komitmen tuan amat dihargai dan disanjung tinggi.

Sekian, terima kasih.

“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“MELAKAKU MAJU JAYA, RAKYAT BAHAGIA, MENGGAMIT DUNIA”
“BIJAK LAKSANA TUAH, BERANI LAKSANA JEBAT”
Saya yang menjalankan amanah,

(HAJI JAMSARI BIN MARIMAN)


Timbalan Pengarah Pendidikan,
Sektor Pembangunan Murid,
Jabatan Pendidikan Negeri Melaka.
JM/mhh/UPBM/permohonankelulusanbayaranbijsoktober2023

____________________________________________________________________________________________
“Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera”
#jpnmelakaBITARA

Anda mungkin juga menyukai