Anda di halaman 1dari 13

LAPORAN PROGRAM

PROJEK AKHIR

PROGRAM “DREAM IT, ACHIEVE IT”

TARIKH :

19 – 20 MEI 2023

HARI :

JUMAAT DAN SABTU

TEMPAT :

KAMPUS GONG BADAK

ANJURAN :

PALAPES UDARA IV

DENGAN KERJASAMA :

PUSAT PEMBANGUNAN HOLISTIK PELAJAR (PPHP)


PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR, HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI
1.0 PENDAHULUAN

Pihak PALAPES Udara IV dengan kerjasama bersama pihak pengurusan


Pusat Pembangunan Holistik Pelajar (PPHP), Universiti Sultan Zainal Abidin
(UniSZA) dan Perwakilan Pelajar Berunitform UniSZA (PPBU), telah
menjayakan satu Festival Kokurikulum UniSZA 1.0 iaitu program yang bernama
“DREAM IT, ACHIEVE IT” pada 19 hingga 20 Mei 2023 yang lalu. Program ini
dijalankan bagi mengukuhkan hubungan di antara dua pihak sebagai satu
lambang jalinan hubungan yang harmoni. Dengan program ini, para pelajar
dapat memupuk sifat keprihatinan di dalam diri sejajar dengan objektif utama
pihak universiti iaitu dalam melahirkan mahasiswa yang holistik dengan nilai-
nilai keperimanusiaan. Di samping itu, program ini juga diadakan untuk para
peserta belajar bagaimana cara untuk kita berkomunikasi bersama orang luar.
Diharapkan apa yang diperolehi daripada program ini, para peserta dapat
menjaga silaturrahim yang disemai dengan sebaiknya.

2.0 OBJEKTIF PROGRAM

2.1 Menghasilkan kertas cadangan yang bersesuaian dan berkaitan dengan


tugasan yang diberikan melalui perbincangan kumpulan pembelajaran
kendiri.
2.2 Membantu kumpulan dengan berkesan dalam mencapai objektif projek.
2.3 Mempamerkan laporan projek yang mempunyai nilai moral yang tinggi.
2.4 Memupuk hubungan baik dengan anggota kumpulan secara berkesan
dalam mencapai objektif projek.
2.5 Membuka minda mahasiswa dan mahasiswi terhadap pentingnya membina
rantaian hubungan di peringkat global secara saksama.
2.6 Membuka minda para pelajar dan komuniti tentang PALAPES Udara
secara lebih mendalam dari pelbagai aspek.
3.0 REKOD PELAKSANAAN PROGRAM

Nama Program “DREAM IT, ACHIEVE IT”

Tempat KAMPUS GONG BADAK

Tempoh Pelaksanaan 2 hari

Tarikh Pelaksanaan 19 – 20 Mei 2023

Bilangan Penglibatan 31x Anggota Pegawai Kadet PALAPES Udara UniSZA

4.0 JAWATANKUASA PROGRAM

Penaung YBrs. Dr. Akila bin Mamat

Penasihat KPL U Mohamad Fareed Ridzwan Bin Ariffin

Pengarah Program Muhammad Aidil bin Amir Rasid

Timbalan Pengarah Ain Najda binti Ishak

Setiausaha Muhammad Zulhelmi bin Aziz


Nur Izzatul Arifah binti Ismail
Nuraishah binti Ishak

Bendahari Hafizatul Aliyah binti Ahmad


Mohammad Amirullah bin Elias

AJK Cenderahati Mardhiah Nasuha binti Rosidi


Nurul Fathin binti Ruslan

AJK Aktiviti Atiqa binti Ihwan


Muhammad Adam bin Rusah
Nurul Aqilah binti Halid
AJK Media & Publisiti Ahmad Zulkhairi Akmal bin Zamari
Muhammad Khalis Akmal bin Kelana
Nur Fadhilah binti Masdi

AJK Peralatan Gary Majin Anak Keyulong


Mohd Ajwad Naqiuddin bin Aminurashid
Mohd Arif bin Mohd Wazir
Muhammad Najmi bin Roslan
Nurul Aini binti Suryadi
Ummi Syazana binti Mohd Fadzil

AJK Makanan & Muhammad Amir Shah bin Md Rosli


Minuman Nurul Imannina binti Mohd Aminudin
Wan Nur Hafizah binti Wan Baharuddin

AJK Protokol Emi Nur Suhadah binti Zaidi


Muhammad Adib Iskandar bin Noimpendi
Nurul Ain Nazahraa binti Omar

AJK Dana & Muhammad Yusuff bin Suhaimi


Perhubungan Luar Nur Ardilla binti Zulkefli

AJK Tugas Khas Muhammad Aiman bin Mohamad Fairos


Nur Akmal Julaizah binti Ahmad Juhari
5.0 TENTATIF PROGRAM

KNOWLEDGE TRANSFER FT. ROTU

Hari /
Masa Butiran
Tarikh
Jumaat Berkumpul di Dewan Al-Muktafi Billah Shah
19 Mei 8.00 pagi – 8.30 pagi
(DABS), UniSZA
2023
8.30 pagi - 9.00 pagi Briefing

9.00 pagi - 9.30 pagi Makan pagi

9.30 pagi – 12.00


Pameran dan Jualan
tengah hari
12.00 tengah hari – Makan Tengah Hari dan Solat Jumaat
2.00 petang

2.00 petang – 5.00


Mini Games
petang
5.00 petang Penyampaian Hadiah

5.30 petang Bersurai

- -

- -

- -

- -
KNOWLEDGE TRANSFER FT. ROTU

Hari /
Masa Butiran
Tarikh
Jumaat Berkumpul di Dewan Al-Muktafi Billah Shah
20 Mei 8.00 pagi – 8.30 pagi
(DABS), UniSZA
2023
8.30 pagi - 9.00 pagi Briefing

9.00 pagi - 9.30 pagi Makan pagi

9.30 pagi – 12.00


Pameran dan Jualan
tengah hari
12.00 tengah hari – Makan Tengah Hari dan Solat Jumaat
2.00 petang

2.00 petang – 5.00


Mini Games
petang
5.00 petang Penyampaian Hadiah

5.30 petang Bersurai

- -

- -

- -

- -
6.0 PERJALANAN PROGRAM

6.1 SEBELUM PROGRAM

6.1.1 Menghadiri majlis Kursus Pengurusan Organisasi


(KPO) berpakej dan tidak berpakej di Dewan
Perdana, UniSZA.
6.1.2 Pengumpulan kertas kerja dari setiap AJK Program
yang telah ditetapkan.
6.1.3 Pembentangan kertas kerja bersama timbalan
Pengarah Kemahiran Insaniah.
6.1.4 Penyediaan poster program “DREAM IT, ACHIEVE
IT”.
6.1.5 Penyediaan reka bentuk keychain ROTU.
6.1.6 Penyediaan dan persiapan barang keperluan dari
PPHP.
6.1.7 Membuat rehearsal berkaitan dengan program
yang akan dijalankan oleh semua AJK.

6.2 SEMASA PROGRAM

6.2.1 Para Pengawai Kadet PALAPES Udara UniSZA


berkumpul di hadapan dietetik UniSZA.
6.2.2 Taklimat daripada Pengarah dan Timbalan Pengarah
Program tentang Program yang akan dijalankan.
6.2.3 Setelah tiba di hadapan DABS AJK yang terlibat
menyediakan peralatan yang diperlukan bagi
menyempurnakan program.
6.2.4 Semua Para Pengawai Kadet PALAPES Udara
UniSZA mengambil tempat masing-masing dan
bersedia untuk memulakan program.
6.2.5 Program dijalankan pada pukul 9:30 pagi.
6.2.6 Pada pukul 5:30 petang, semua Pengawai Kadet
PALAPES Udara UniSZA bersurai.

6.3 SELEPAS PROGRAM

6.3.1 Para Pegawai Kadet PALAPES Udara UniSZA


membersihkan kawasan pameran dan jualan.
6.3.2 Setiausaha menyediakan laporan program.
6.3.3 Bendahari menyediakan laporan kewangan.
6.3.4 AJK Media mendokumentasikan segala program-
program yang telah dijalankan.

7.0 PENUTUP PROGRAM

Tuntasnya, saya berharap agar program seperti ini dapat diadakan lagi kerana
program ini memberikan banyak impak positif kepada para peserta. Antara
pembelajaran daripada program ini adalah:
1. Melahirkan seorang pelajar yang produktif dan saling bekerjasama seiring
dengan visi dan misi Pusat Pembangunan Holistik Pelajar UniSZA iaitu untuk
melahirkan pelajar yang holistik.
2. Meningkatkan keyakinan diri melalui pameran yang dijalankan kerana para
pelajar yang bertugas di pameran perlu mempromosikan dan menerangkan
berkaitan Unit Palapes Udara UniSZA.
3. Mewujudkan sifat kepimpinan dalam diri melalui Festival Kokurikulum yang
melibatkan kerja berkumpulan.
Kesimpulannya, program ini berlangsung dengan jayanya serta telah
mencapai objektif yang telah ditetapkan. Selain itu, ukhwah antara peserta
semakin kukuh tanpa mengira umur ataupun berlainan bangsa. Diharapkan
juga program yang dijalankan ini dapat membantu semua pihak dan petugas
yang terlibat untuk menerima pendedahan awal dan akan menjalankan
program yang akan datang dengan jayanya serta dapat memahami skop
tugasan yang diberikan dengan lebih teliti. Sikap dinamik serta pragmatik dalam
diri setiap mahasiswa amatlah penting kerana itulah kunci untuk berjaya. Dalam
setiap program yang dijalankan, sudah semestinya akan berlaku sedikit
kecacatan. Oleh yang demikian, kita seharusnya menjadikan kesilapan
tersebut sebagai pedoman pada masa akan datang. Semoga kesilapan
tersebut tidak akan berulang pada anjuran program yang akan datang.
Pengalaman menjalankan program ini sedikit sebanyak memberi kami
pengalaman untuk meneruskan legasi dunia pendidikan. Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh,

…………………………………………..
(NURAISHAH BINTI ISHAK)
Setiausaha,
Program “DREAM IT, ACHIEVE IT”,
Universiti Sultan Zainal Abidin.
019-4277618

Disemak oleh,

…………………………………….........................
(MUHAMMAD AIDIL BIN AMIR RASID)
Pengarah,
Program “DREAM IT, ACHIEVE IT”,
Universiti Sultan Zainal Abidin.
011-51529697

Anda mungkin juga menyukai