Anda di halaman 1dari 2

SUPPLY BASE MANAGEMENT UNIT

PROCUREMENT & SUPPLY CHAIN DIVISION

Prosedur Senarai Hitam bagi Pembekal dan Kontraktor TNB

1. Kategori Kesalahan

Terdapat empat (4) kategori kesalahan yang membolehkan tindakan senarai hitam
diambil ke atas pembekal/kontraktor seperti berikut:-

1) Kesalahan perlanggaran (violation) dan kesalahan atau kegagalan melaksanakan


kontrak/pesanan belian mengikut terma dan syarat kontrak.

2) Kesalahan penarikan balik tender/sebutharga selepas tarikh tutup tender/sebutharga


dan penolakan anugerah tawaran kontrak/pesanan belian berdasarkan tawaran asal
petender semasa di dalam tempoh sahlaku.

3) Kesalahan yang melibatkan isu-isu keselamatan, kesihatan pekerjaan dan alam


sekitar.

4) Kesalahan melibatkan kes mahkamah/litigasi, penggulungan syarikat


pembekal/kontraktor dan pemegang saham diisytiharkan muflis.

2. Contoh–Contoh Kesalahan bagi Kategori Kesalahan Nombor 1

 Perlanggaran peraturan TNB, peraturan dan amalan keselamatan, etika bisnes dan
integriti.

 Perlanggaran undang-undang dan/atau akta yang berkaitan.

 Kelakuan atau tingkah laku yang menyalahi undang–undang oleh anggota kerja
syarikat pembekal/kontraktor dan/atau syarikat pembekal/kontraktor. Contohnya
tuntutan insuran lebih dari tiga (3) kali disebabkan kecuaian pihak kontraktor yang
menyebabkan tuntutan kerugian oleh pihak ketiga.

 Melibatkan kes yang berkaitan kerosakan peralatan TNB dan kecuaian pihak
pembekal/ kontraktor.

 Kegagalan melaksanakan kontrak/pesanan belian menurut terma dan syarat kontrak/


pesanan belian.

 Gagal atau lewat menjelaskan kompaun yang dikenakan dari pihak berkuasa yang
menyebabkan reputasi TNB terjejas serta menyebabkan kerja yang seterusnya
terganggu.

1
SUPPLY BASE MANAGEMENT UNIT
PROCUREMENT & SUPPLY CHAIN DIVISION

 Disabitkan bersalah kerana telah memberikan maklumat palsu, mengemukakan


dokumen palsu, atau membuat tuntutan pembayaran palsu.

 Gagal untuk mematuhi kriteria kelayakan sepanjang masa.

 Ditarik lesen yang menjadi syarat-syarat Kontraktor Kerja/Panel Bumiputera oleh


Suruhanjaya Tenaga.

 Didapati bersalah oleh mahkamah kerana melibatkan jenayah atau kegiatan yang
salah disisi undang-undang.

3. Makluman Lain

 Semua Kontraktor Kerja Bumiputera (KKB) yang telah tamat tempoh senarai hitam,
akan diproses sebagai permohonan baru sebelum dipertimbangkan semula untuk
pelantikan sebagai KKB.

 Secara umumnya, tiada kes rayuan yang akan dipertimbangkan oleh TNB.

4. Implikasi Senarai Hitam

 Pembekal/Kontraktor yang telah disenarai hitam tidak boleh menyertai sebarang


aktiviti perolehan TNB sepanjang tempoh senarai hitam berkuatkuasa.

 Pembekal/Kontraktor yang telah disenarai hitam tidak boleh dianugerah sebarang


Kontrak/Pesanan Belian Tanpa Kontrak dalam tempoh senarai hitam berkuatkuasa.

 Bagi Kontrak/Pesanan Belian Tanpa Kontrak yang menggunapakai Senarai Jadual


Harga Tetap (SJHT), Pesanan Belian baru tidak boleh dikeluarkan lagi.
Walaubagaimanapun, bagi pesanan belian dengan kontrak/tanpa kontrak yang telah
diwujudkan sebelum senaraihitam berkuatkuasa, kerja-kerja tersebut perlu
diselesaikan.

 Kontrak/Pesanan Belian Tanpa Kontrak sediada boleh diteruskan sehingga tamat


tempoh kontrak.

Sebarang penjelasan atau keterangan lanjut berhubung pelaksanaan senarai hitam ini boleh
dikemukakan melalui email kepada: P&SC-SBM@tnb.com.my

Anda mungkin juga menyukai