Anda di halaman 1dari 2

SK TANJUNG PUTERI RESORT

Jalan Lampam, Taman Tanjung Puteri Resort


81700 Pasir Gudang, Johor.
Tel : 07-2175955, Fax: 07-2513509
___________________________________________________________________________

Ruj.Kami:JBA1125.700-6/3/7( )
Tarikh : 20 April 2022
TUAN PEGAWAI,
KETUA BALAI BOMBA,
PASUKAN BOMBA & PENYELAMAT PASIR GUDANG,
81700 PASIR GUDANG, JOHOR.

Tuan

MOHON KHIDMAT PEGAWAI BOMBA BAGI LATIHAN KEBAKARAN

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2. Adalah dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan Latihan Kecemasan


Kebakaran 2022, mengikut ketetapan berikut :

2.1 Tarikh : 30 Nov 2022 (RABU)


2.2 Tempat : Sek. Keb. Tanjung Puteri resort, Pasir Gudang.
2.3 Aturcara
10.00pagi : Loceng kecemasan kebakaran dibunyikan.
: Membuat panggilan kecemasan ke balai bomba.

: Latihan kecemasan kebakaran dimulakan.

: Pemantauan /pemerhatian oleh pasukan bomba


terhadap perjalanan latihan.

11.00 pagi : Demontrasi memadam api-Penilaian oleh bomba.

12.30 t/hari : Bersurai dan pemberian cenderahati/ jamuan pegawai.

3 Oleh yang demikian kami amat berharap sekiranya pihak tuan dapat menyediakan
pegawai untuk memantau dan memberi reaksi terhadap latihan kecemasan tersebut. Sebarang
maklumat, hubungi En Azrol Bin Abu Bakar di talian 014-3133927.

4. Segala kerjasama dan keprihatinan tuan, amatlah dihargai dan saya dahului dengan
ucapan ribuan terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

………………………………

(JAIDI BIN ALI)


Guru Besar
Sk Tg Puteri Resort

Anda mungkin juga menyukai