Anda di halaman 1dari 1

DOA SEMPENA HARI KANAK-KANAK

‫ِبْس ِم اِهلل الَّر َمْحِن الَّر ِح ْيِم‬


‫ِه ِع‬ ‫ِلِه‬ ‫ٍد‬ ‫ِد‬ ‫ِم‬ ‫ِل ِه‬
‫ َو الَّص َالةُ َو الَّسَالُم َعَلى َس ِّي َنا َحُمَّم َو َعَلى آ َو َأْص َح اِب َأَمْج َنْي‬, ‫َاَحْلْم ُد َّل َر ِّب اْلَعاَل َنْي‬
Ya Allah ya Karim

Kami ingin merafakkan kesyukuran kepada-Mu atas pertemuan kami pada hari ini.
Jadikanlah kami hamba-hamba-Mu ini sentiasa bersyukur terhadap rezeki dan kurniaan-Mu.
Sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha Pemberi

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Kami berhimpun hari ini untuk menjayakan majlis Sambutan Hari Kanak-kanak
Peringkat Sekolah ________________________ pada tahun ini.
Maka kau permudahkanlah majlis ini supaya ia berjalan dengan lancar.
Kami ingin menimba ilmu sebanyak mungkin supaya kami mampu memperkembangkan
potensi kami sehingga menjadi hamba-Mu yang Kau redai. Ya Allah kurniakanlah ilmu
kepada kami, Sinarilah hati-hati kami dengan cahaya dan hidayah-Mu. Sesungguhnya
Engkaulah Tuhan yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui

Ya Allah Ya Zal Jalali Wal Ikram,

Hadiahkanlah kepada kami kesihatan badan, kecerdasan minda, ketenangan jiwa dan
kekuatan semangat. Kami memohon kepada Engkau Ya Allah, Bantulah kami dalam
menghadapi segala cabaran, Ringanlah beban kami, Sesungguhnya Engkaulah yang Maha
Berkuasa.
Ya Allah, perbaikilah diri antara kami, jinakkanlah antara hati kami, tunjukkanlah kami jalan
yang selamat, selamatkan kami daripada kegelapan kepada yang terang, jauhkanlah kami
daripada perbuatan keji, baik yang nampak, mahupun yang tersembunyi, ya Allah, limpahkan
keberkatan kepada kami, pendengaran dan penglihatan kami, sahabat handai dan rakan taulan
kami serta guru-guru kami yang telah berjasa kepada kami.

ِ‫َر َّبَنا َءاِتَنا يِف الُّد ْنَيا َح َس َنةً َو يِف األِخ َر ِة َح َس َنةً َو ِقَنا َعَذ اَب الَّنار‬
‫ِم‬ ‫ِل ِه‬ ‫ِه‬ ‫ِلِه‬ ‫ٍد‬ ‫ِد‬
‫ َو اَحْلْم ُد َّل َر ِّب الَعاَل َنْي‬، ‫َو َص َّلى اُهلل َعَلى َس ِّي َنا َحُمَّم َو َعَلى َءا َو َصْح ِب َو َس َّلَم‬

Anda mungkin juga menyukai