Anda di halaman 1dari 1

KARNIVAL PENDIDIKAN SAINS DAN TEKNOLOGI

PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG


MATHS MAGIC

PENGENALAN
1. Maths Magic adalah permainan berdasarkan persamaan matematik
yang mesti dibentuk di atas papan permainan.
2. Untuk melakukan ini, pemain menggunakan papan permainan dengan
petak normal (petak putih), petak sekatan (petak biru) dan petak anugerah
(petak ungu ditandakan 2x dan oren ditandakan 3x, serta 106
token bernombor.
3. Pemain yang di akhir permainan telah mendapat markah yang paling tinggi
akan diisytiharkan pemenang.

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
1. Pertandingan ini adalah pertandingan individu.
2. Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar Tahun 4 dan 5.
3. Setiap sekolah diwakili dua(2) orang peserta.
4. Peserta hendaklah diiringi oleh seorang guru pembimbing.
5. Semasa pertandingan berlangsung, guru pembimbing tidak dibenarkan
membantu. Pihak pengajur berhak membatalkan penyertaan peserta yang
dibantu oleh guru pembimbing.
6. Peserta tidak dibenarkan menggunakan mesin kira.
7. Setiap peserta diminta membawa alat tulis masing-masing. Pihak penganjur
akan menyediakan kertas putih A4 sahaja.
8. Pihak penganjur berhak meminda mana-mana syarat atau
kriteria pertandingan dari masa ke semasa demi kepentingan
pengurusan dan objektif pertandingan berdasarkan keputusan mesyuarat
bersama guru pembimbing.
9. Para peserta dibenarkan memakai kemeja-T berlogo sekolah, topi, seluar dan
kasut sukan semasa pertandingan dijalankan.
10. Keputusan hakim adalah muktamad.

Anda mungkin juga menyukai