KK PAM - Contoh - 014450
KK PAM - Contoh - 014450
ABSTRAK
Tajuk yang dipilih oleh pengkaji adalah Penggunaan Aplikasi Whatsapp sebagai
Medium Komunikasi dalam Kalangan Pelajar SMK Konven ST Cecilia, Sandakan. Terdapat
dua objektif kajian iaitu mengenal pasti ciri-ciri yang terdapat dalam aplikasi Whatsapp yang
memudahkan komunikasi dalam kalangan pelajar SMK Konven ST Cecilia, Sandakan dan
mengkaji kelebihan dalam penggunaan aplikasi WhatsApp terhadap pelajar SMK Konven St
Cecilia. Lokasi kajian ialah di SMK Konven ST Cecilia, Sandakan. Kaedah kajian yang
digunakan oleh pengkaji ialah kaedah soal selidik dan kepustakaan. Responden terdiri
daripada 30 orang pelajar SMK Konven ST Cecilia yang dipilih secara persampelan rawak
mudah. Data-data yang diperoleh dipaparkan menggunakan jadual kekerapan dan graf bar,
dan dianalisis menggunakan bilangan dan peratusan responden. Berdasarkan kajian yang
telah dianalisis, ciri-ciri utama yang kerap digunakan oleh pelajar SMK Konven ST Cecilia
bagi memudahkan komunikasi dalam kalangan mereka ialah aplikasi Whatsapp boleh
membuat penghantaran mesej. Kekerapan penggunaan ciri-ciri Whatsapp tersebut adalah
kerana membolehkan pelajar menghantar mesej antara satu sama lain walaupun berada di
mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa sahaja. Kesimpulannya, kewujudan ciri-ciri
aplikasi Whatsapp yang sentiasa berkembang dari semasa ke semasa telah memudahkan
komunikasi dalam kalangan pelajar SMK Konven ST Cecilia, Sandakan.
1
050608-12-1042
SENARAI KANDUNGAN
2
050608-12-1042
PENGHARGAAN
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga saya tujukan kepada kedua ibu bapa
atau penjaga saya iaitu Amir bin Bennu dan Darmini binti Zainal yang telah
membantu saya tidak kira dari segi kewangan, pendapat dan juga sokongan dalam
menjayakan Kerja Kursus Pengajian Am (900/4) Penggal 2 Tahun 2024 yang bertajuk
“Kajian tentang Penggunaan Aplikasi Whatsapp sebagai Medium Komunikasi dalam
kalangan pelajar SMK Konven ST Cecilia, Sandakan.”.
Seterusnya, ribuan terima kasih saya ucapkan kepada Encik Hamdan bin Abdul
Samad selaku guru mata pelajaran Pengajian Am saya yang tidak jemu
memberi dorongan, motivasi dan bimbingan mengenai cara untuk melaksanakan kerja
kursus mengikut kriteria yang ditetapkan. Beliau juga turut menyemak data, laporan
dan memberi komen terhadap kajian saya agar memperoleh hasil kajian yang
cemerlang.
Terima kasih juga saya ucapkan kepada rakan-rakan sekelas yang terlibat secara
langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan tugasan ini. Sumbangan dari
segi tenaga dan pendapat amatlah saya hargai dan sangat membantu dalam
menjayakan tugasan yang diberikan ini.
Akhir sekali, terima kasih juga saya ucapkan kepada pihak-pihak lain yang
terlibat sama ada secara langsung ataupun tidak langsung. Sumbangan yang diberikan
oleh pihak-pihak ini amat saya hargai.
Terdapat pelbagai halangan dan juga cabaran sewaktu menjalankan tugasan ini.
Namun dengan bantuan dan sokongan yang diberikan oleh pihak-pihak di atas,
halangan dan cabaran dalam menyiapkan kerja kursus ini dapat saya tempuhi dan
akhirnya Kerja Kursus Pengajian Am (900/4) Penggal 2 Tahun 2024 yang bertajuk
“Kajian tentang Penggunaan Aplikasi Whatsapp sebagai Medium Komunikasi dalam
kalangan pelajar SMK Konven ST Cecilia, Sandakan” dapat saya selesaikan dan
siapkan dengan jayanya.
Yang Benar
Syazwany
(NURUL SYAZWANY BINTI AMIR)
3
050608-12-1042
1.0 PENGENALAN
Berdasarkan Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, sains bermaksud ilmu pengetahuan
yang teratur secara sistematik yang boleh diuji atau dibuktikan kebenarannya. Sains
merupakan cabang ilmu pengetahuan yang berdasarkan kebenaran atau kenyataan semata-
mata.
Selain itu, perkataan teknologi bermaksud aktiviti atau kajian yang menggunakan
pengetahuan sains untuk tujuan praktis dalam industri, pertanian, perubatan, perniagaan dan
lain-lain. Sehubungan dengan itu, teknologi ialah kaedah atau proses menangani sesuatu
masalah teknikal. Maklumat teknologi yang berkaitan dengan pemerolehan, penyimpanan,
pemprosesan dan penyebaran maklumat secara elektronik.
Media sosial merupakan satu platform yang digunakan untuk menyampaikan segala
informasi atau maklumat kepada orang ramai dalam waktu yang cepat dan pantas. Terdapat
banyak cara yang boleh disampaikan sama ada dari bentuk penulisan, video atau gambar.
Ramai orang telah menjadikan media sosial sebagai satu pilihan utama untuk berhubung
dengan saudara-mara yang jauh tanpa mengira had umur sama ada generasi kini ataupun
yang sudah berumur. Malahan, media sosial juga telah dijadikan sebagai satu kerjaya untuk
mendapatkan wang pendapatan bagi menyara kehidupan masing-masing. Penggunaan media
sosial adalah bersifat menyeluruh iaitu digunakan di setiap peringkat umur sama ada kanak-
kanak, remaja, dewasa mahupun warga emas. Kemudahan jaringan Internet yang semakin
meluas dan tanpa sempadan menyebabkan berlakunya peningkatan penggunaannya setiap
tahun. Kewujudan media sosial adalah disebabkan berlakunya perkembangan teknologi
digital dalam dunia siber. Media sosial juga boleh dikategorikan sebagai ‘Media Baharu’ iaitu
merujuk kepada media interaktif atau multimedia serta tidak menghadapi apa juga sekatan ke
atas transmisi yang melampaui jarak dan waktu. Media baharu merupakan platform
pendidikan yang unik dan fleksibel dalam penyampaian ilmu secara berkesan. Antara
platform media sosial yang digunakan oleh masyarakat dalam kehidupan seharian
termasuklah Facebook, Instagram, WhatsApp, Telegram, TikTok, YouTube, Blog dan
sebagainya. Dengan kewujudan media baharu ini, ia lebih memudahkan masyarakat untuk
berinteraksi antara satu sama lain tanpa perlu bersemuka dan boleh dilakukan secara dalam
talian.
WhatsApp merupakan salah satu platform media sosial yang membolehkan
penggunanya berkomunikasi secara maya atau jarak jauh. WhatsApp atau juga dikenali
4
050608-12-1042
sebagai WhatsApp Messenger dimiliki oleh syarikat teknologi Amerika Syarikat iaitu Meta
Platforms. Pengguna aplikasi WhatsApp boleh menghantar mesej dalam bentuk teks, imej,
video, mesej audio, dan berkongsi fail atau dokumen penting serta boleh membentuk
kumpulan tertentu melaluinya. Aplikasi WhatsApp memerlukan penggunaan data selular dan
dapat diakses dari komputer. Perkhidmatan dalam aplikasi ini memerlukan pengguna untuk
menyediakan nombor mudah alih selular standard.
Bukan itu sahaja, penggunaan media sosial dan aplikasi mesej segera seperti
WhatsApp telah menjadi medium utama komunikasi dalam organisasi kerana pengguna dapat
berinteraksi dengan cepat dan mendapat maklumat serta maklum balas dengan segera.
Pengguna aplikasi WhatsApp boleh menghantar mesej dalam bentuk teks, imej, video, dan
mesej audio serta boleh membentuk kumpulan tertentu melaluinya. Dengan keupayaan
aplikasi seperti penghantaran teks, imej, video dan mesej audio serta perkongsian fail ini
yang membolehkan interaksi berlaku dengan pantas, maka ianya telah digunakan secara
meluas sebagai medium komunikasi dalaman organisasi. Aplikasi WhatsApp ini digunakan
dalam organisasi dan kemampuannya boleh bertindak sebagai alat komunikasi formal. Secara
keseluruhannya, aplikasi ini telah digunakan secara meluas dan ia membantu dalam
perkongsian maklumat dan membuat keputusan kecil dengan cepat dan berkesan dalam
kalangan sebuah organisasi. Tambahan lagi, aplikasi WhatsApp mampu untuk menjadi
alternatif kepada alat komunikasi formal organisasi dengan penambahbaikan yang berlaku
dari semasa ke semasa.
Pada asalnya, pengguna hanya boleh berkomunikasi dengan orang lain secara individu
atau dalam kumpulan pengguna individu, tetapi pada September 2017, WhatsApp
mengumumkan platform perniagaan yang akan membolehkan syarikat menyediakan khidmat
pelanggan kepada pengguna pada skala. Menjelang Februari 2018, WhatsApp mempunyai
pangkalan pengguna lebih dari satu setengah bilion, menjadikannya aplikasi permesejan yang
paling popular pada masa itu. WhatsApp telah berkembang di beberapa negara,
termasuk Brazil, India, dan sebahagian besar Eropah, termasuk United
Kingdom dan Perancis.
Pada mulanya, WhatsApp dibuat untuk pengguna iPhone sahaja, kemudian seiring dengan
perkembangannya, aplikasi WhatsApp juga tersedia untuk versi BlackBerry, Android,
Windows Phone dan Symbian. Sehingga November 2010, WhatsApp menduduki tempat ke-
3, aplikasi terlaris yang dimuat turun melalui Nokia Ovi Store, selepas Swype dan pusat
permainan NHL premium.
5
050608-12-1042
6
050608-12-1042
dihasilkan dalam aplikasi WhatsApp amatlah bermanfaat kepada masyarakat sama ada
seseorang yang bekerjaya mahupun pelajar sekolah sehingga ke hari ini.
Dalam kajian ini, pengkaji mempersoalkan ciri-ciri yang terdapat dalam aplikasi
WhatsApp sehinggakan mampu memudahkan komunikasi dalam kalangan pelajar SMK
Konven St Cecilia. Sehubungan dengan itu, pengkaji dapat mengetahui apakah ciri-ciri
aplikasi WhatsApp yang menyebabkan pelajar SMK Konven St Cecilia menggunakannya
sebagai medium komunikasi. Oleh itu, bagi mendapatkan maklumat berkaitan persoalan
tersebut, pengkaji melakukan beberapa soal selidik terhadap pelajar di SMK Konven St
Cecilia.
Selain itu, pengkaji turut mempersoalkan kelebihan penggunaan aplikasi WhatsApp
kepada pelajar SMK Konven St Cecilia. Pengkaji akan memerihalkan kelebihan yang
diperoleh daripada pelajar SMK Konven St Cecilia. Oleh hal yang demikian, pengkaji juga
akan melakukan beberapa soal selidik terhadap pelajar di SMK Konven St Cecilia untuk
mendapatkan jawapan terhadap persoalan yang dikemukakan.
Rasional pengkaji membuat kajian ini kerana penggunaan media sosial terutamanya
aplikasi WhatsApp semakin meningkat dalam kalangan pelajar di SMK Konven St Cecilia.
Hal ini menyebabkan pelajar memilih aplikasi untuk berkomunikasi antara satu sama lain
secara maya dalam kehidupan seharian.
7
050608-12-1042
8
050608-12-1042
9
050608-12-1042
10
050608-12-1042
Tujuan penyediaan metodologi kajian adalah untuk memperlihatkan dengan lebih mendalam
tentang perkaitan antara objektif kajian dan dapatan kajian yang akan disediakan oleh
pengkaji. Pada bahagian ini, pengkaji akan membincangkan persampelan, reka bentuk kajian,
instrumen-instrumen dan teknik menganalisis data.
11
050608-12-1042
adalah bertujuan mendapatkan pandangan daripada pelajar SMK Konven St Cecilia terhadap
aplikasi WhatsApp. Proses soal selidik memerlukan sebanyak 30 orang responden. Oleh itu,
pengkaji perlu menyediakan 30 set soalan untuk dijawab oleh responden yang akan dipilih
oleh pengkaji.
4.4.2 KEPUSTAKAAN
Pengkaji turut menggunakan kaedah kepustakaan. Hasil kajian ini juga diperoleh daripada
pelbagai sumber rujukan. Pengkaji merujuk bahan-bahan bercetak yang sudah diterbitkan
seperti buku-buku, majalah dan akhbar. Pengkaji mencari bahan rujukan bercetak di
Perpustakaan Negeri Sabah, Sandakan. Bahan bukan bercetak pula adalah seperti internet dan
12
050608-12-1042
responden daripada kalangan pelajar SMK Konven St Cecilia bagi mendapatkan maklumat
berkenaan kajian yang dijalankan oleh pengkaji.
Setelah semua data direkodkan oleh pengkaji, analisis secara deskriptif akan dijalankan oleh
pengkaji. Dengan kaedah soal selidik, Analisis secara kuantitatif akan digunakan. Data yang
diperoleh daripada borang soal selidik akan ditunjukkan dalam bentuk jadual kekerapan yang
mengandungi peratus dan kekerapan. Setelah itu, data akan dipersembahkan dalam bentuk
graf dan carta. Pengkaji menggunakan skala likert yang berbentuk 5 poin dalam soal selidik.
Poin dalam skala likert adalah seperti berikut:
SKALA 1 2 3 4 5
13
050608-12-1042
14
050608-12-1042
15
050608-12-1042
16
050608-12-1042
1 Boleh membuat 0 0 0 9 21
penghantaran mesej (0%) (0%) (0%) (30%) (70%)
3 Boleh membuat 0 0 1 15 14
penghantaran audio mesej (0%) (0%) (3.33%) (50%) (46.67%)
suara
4 Boleh membuat 0 0 0 11 19
penghantaran gambar dan (0%) (0%) (0%) (36.67%) (63.33%)
video
Tidak Setuju 0 0
Tidak Pasti 0 0
17
050608-12-1042
Setuju 9 30
Sangat Setuju 21 70
Berdasarkan kaedah soal selidik yang telah dijalankan ke atas 30 orang responden,
terdapat 21 orang responden bersamaan 70% yang Sangat Setuju dengan ciri-ciri yang
terdapat dalam aplikasi Whatsapp iaitu boleh membuat penghantaran mesej dalam kalangan
pelajar. Manakala 9 orang lagi responden bersamaan 30% yang Setuju tentang ciri-ciri
aplikasi Whatsapp tersebut. Tidak ada responden yang mencatat tiga lagi bahagian iaitu
Tidak Pasti, Tidak Setuju dan Sangat Tidak Setuju menandakan ketiga-tiga bahagian tersebut
adalah 0%.
Berdasarkan soal selidik, jelas terbukti bahawa majoriti pelajar SMK Konven ST
Cecilia, Sandakan sangat bersetuju bahawa ciri-ciri aplikasi Whatsapp yang memudahkan
komunikasi mereka adalah membolehkan mereka untuk membuat penghantaran mesej antara
satu sama lain.
18
050608-12-1042
Tidak Setuju 0 0
19
050608-12-1042
Setuju 14 46.67
Berdasarkan kaedah soal selidik yang telah dijalankan ke atas 30 orang responden,
terdapat bilangan responden yang sama memilih Sangat Setuju dan Setuju iaitu 14 orang
responden bersamaan 46.67% bagi ciri-ciri yang terdapat dalam aplikasi Whatsapp iaitu
boleh mengedit mesej. Manakala terdapat 2 orang lagi responden bersamaan 6.67% yang
Tidak Pasti dengan ciri-ciri aplikasi Whatsapp yang membolehkan pengeditan mesej.
Bilangan responden yang mencatat Tidak Setuju dan Sangat Tidak Setuju adalah sifar iaitu
0% bagi ciri-ciri aplikasi Whatsapp tersebut.
Berdasarkan soal selidik, jelas terbukti bahawa majoriti pelajar di SMK Konven ST
Cecilia, Sandakan bersetuju dengan ciri-ciri aplikasi Whatsapp yang memudahkan
20
050608-12-1042
komunikasi dalam kalangan mereka kerana mereka dapat mengedit mesej yang telah dihantar
kepada orang lain.
21
050608-12-1042
Tidak Setuju 0 0
Setuju 15 50
22
050608-12-1042
Berdasarkan soal selidik, jelas terbukti bahawa majoriti pelajar di SMK Konven
ST Cecilia, Sandakan bersetuju dengan ciri-ciri yang terdapat dalam aplikasi Whatsapp yang
memudahkan komunikasi dalam kalangan mereka kerana aplikasi tersebut membolehkan
pengguna untuk menghantar audio mesej suara.
23
050608-12-1042
Tidak Setuju 0 0
Tidak Pasti 0 0
Setuju 11 36.67
Berdasarkan kaedah soal selidik yang telah dijalankan ke atas 30 orang responden,
terdapat 19 orang responden bersamaan 63.33% yang Sangat Setuju dengan ciri-ciri yang
terdapat dalam aplikasi Whatsapp iaitu boleh membuat penghantaran gambar dan video.
Manakala terdapat 11 orang lagi responden bersamaan 36.67% yang Setuju dengan ciri-ciri
aplikasi Whatsapp tersebut. Bilangan responden yang memilih Tidak Pasti, Tidak Setuju dan
Sangat Tidak Setuju adalah sifar bersamaan dengan 0% terhadap ciri-ciri aplikasi Whatsapp
yang telah dinyatakan.
24
050608-12-1042
Berdasarkan soal selidik, jelas terbukti bahawa majoriti pelajar di SMK Konven ST
Cecilia, Sandakan sangat bersetuju dengan ciri-ciri yang terdapat dalam aplikasi Whatsapp
yang memudahkan komunikasi mereka kerana mereka dapat membuat penghantaran gambar
dan video dengan rakan yang lain.
25
050608-12-1042
Tidak Pasti 0 0
Setuju 12 40
Berdasarkan kaedah soal selidik yang telah dijalankan ke atas 30 orang responden,
terdapat 17 orang responden bersamaan 56.67% yang Sangat Setuju dengan ciri-ciri aplikasi
Whatsapp iaitu boleh membuat panggilan suara. Manakala terdapat seramai 12 orang
responden bersamaan 40% yang Setuju dengan ciri-ciri yang terdapat dalam aplikasi
Whatsapp tersebut. Seterusnya, 1 orang responden bersamaan 3.33% Tidak Setuju dengan
ciri-ciri aplikasi Whatsapp yang membolehkan panggilan suara dilakukan. Bilangan
26
050608-12-1042
responden yang mencatat Tidak Pasti dan Sangat Tidak Setuju adalah sifar bersamaan 0%
bagi ciri-ciri aplikasi Whatsapp tersebut.
Berdasarkan soal selidik, jelas terbukti bahawa majoriti pelajar di SMK Konven
ST Cecilia, Sandakan sangat bersetuju dengan ciri-ciri yang terdapat dalam aplikasi
Whatsapp yang memudahkan komunikasi dalam kalangan mereka kerana aplikasi tersebut
membolehkan mereka untuk membuat panggilan suara antara satu sama lain.
27
050608-12-1042
Tidak Pasti 0 0
Setuju 14 46.67
Sangat Setuju 15 50
Berdasarkan kaedah soal selidik yang telah dijalankan ke atas 30 orang responden,
terdapat 15 orang responden bersamaan 50% yang Sangat Setuju dengan ciri-ciri aplikasi
Whatsapp iaitu boleh membuat panggilan video. Manakala 14 orang responden lagi
bersamaan 46.67% Setuju dengan ciri-ciri yang terdapat dalam aplikasi Whatsapp tersebut.
Seterusnya, terdapat 1 orang responden bersamaan 3.33% Tidak Setuju dengan ciri-ciri
aplikasi Whatsapp yang boleh membuat panggilan video. Bilangan responden yang mencatat
28
050608-12-1042
Tidak Pasti dan Sangat Tidak Setuju adalah sifar bersamaan 0% bagi ciri-ciri aplikasi
Whatsapp tersebut.
Berdasarkan soal selidik, jelas terbukti bahawa majoriti pelajar di SMK Konven
ST Cecilia, Sandakan sangat bersetuju dengan ciri-ciri yang terdapat dalam aplikasi
Whatsapp yang memudahkan komunikasi dalam kalangan mereka kerana aplikasi tersebut
membolehkan mereka untuk membuat panggilan video antara satu sama lain.
29
050608-12-1042
aplikasi Whatsapp kepada pelajar SMK Konven ST Cecilia, Sandakan. Jadual yang
disediakan di bawah adalah hasil daripada data yang diperoleh.
1 Pemasangan aplikasi 1 4 2 12 11
Whatsapp di telefon pintar (3.33%) (13.33% (6.67%) (40%) (36.67%)
adalah secara percuma )
30
050608-12-1042
Setuju 12 40
Berdasarkan kaedah soal selidik yang telah dijalankan ke atas 30 orang responden,
terdapat 11 orang responden bersamaan 36.67% yang Sangat Setuju dengan kelebihan
penggunaan aplikasi Whatsapp kepada pelajar iaitu pemasangan aplikasi Whatsapp adalah
secara percuma. Manakala seramai 12 orang responden bersamaan 40% Setuju dengan
kelebihan penggunaan aplikasi Whatsapp yang telah dinyatakan. Seterusnya, terdapat 2 orang
31
050608-12-1042
responden bersamaan 6.67% Tidak Pasti dengan kelebihan aplikasi Whatsapp tersebut. Selain
itu, terdapat 4 orang lagi responden bersamaan 13.33% Tidak Setuju dan 1 orang responden
bersamaan 3.33% Sangat Tidak Setuju dengan kelebihan penggunaan aplikasi tersebut.
Berdasarkan soal selidik, jelas terbukti bahawa majoriti pelajar di SMK Konven ST
Cecilia, Sandakan bersetuju bahawa kelebihan penggunaan aplikasi Whatsapp kepada pelajar
ialah pemasangan aplikasi Whatsapp adalah secara percuma sama ada di telefon pintar atau
peranti yang lain.
5.3.2 Boleh menghantar mesej, gambar, video dan audio tanpa kos yang tinggi
Jadual di bawah menunjukkan pernyataan dalam kalangan pelajar SMK Konven ST Cecilia
mengenai kelebihan penggunaan aplikasi Whatsapp yang diperoleh pelajar iaitu boleh
menghantar mesej, gambar, video dan audio tanpa kos yang tinggi.
32
050608-12-1042
Jadual 11 : Boleh menghantar mesej, gambar, video dan audio tanpa kos yang tinggi
Setuju 13 43.33
Sangat Setuju 12 40
Rajah 10 : Boleh menghantar mesej, gambar, video dan audio tanpa kos yang tinggi
Sumber : Borang Soal Selidik Kajian Lapangan 2024
Berdasarkan kaedah soal selidik yang telah dijalankan ke atas 30 orang responden,
terdapat 12 orang responden bersamaan 40% yang Sangat Setuju dengan kelebihan
penggunaan aplikasi Whatsapp kepada pelajar iaitu boleh menghantar mesej, gambar, video
dan audio tanpa kos yang tinggi. Manakala seramai 13 orang responden bersamaan 43.33%
Setuju dengan kelebihan penggunaan aplikasi Whatsapp tersebut. Seterusnya, terdapat 4
33
050608-12-1042
orang responden bersamaan 13.33% Tidak Pasti dengan kelebihan aplikasi Whatsapp yang
telah dinyatakan. Selain itu, terdapat 1 orang responden bersamaan 3.33% Tidak Setuju
dengan kelebihan penggunaan aplikasi tersebut. Bilangan responden yang mencatat Sangat
Tidak Setuju adalah sifar bersamaan 0%.
Berdasarkan soal selidik, jelas terbukti bahawa majoriti pelajar di SMK Konven ST
Cecilia, Sandakan bersetuju bahawa kelebihan penggunaan aplikasi Whatsapp kepada pelajar
ialah boleh menghantar mesej, gambar, video dan audio dalam kalangan pelajar tanpa
memerlukan kos yang tinggi.
5.3.3 Boleh berkomunikasi dengan lebih 50 orang rakan dalam ruangan ‘group’
Jadual di bawah menunjukkan pernyataan dalam kalangan pelajar SMK Konven ST Cecilia
mengenai kelebihan penggunaan aplikasi Whatsapp yang diperoleh pelajar iaitu boleh
berkomunikasi dengan lebih 50 orang rakan dalam ruangan ‘group’.
34
050608-12-1042
Jadual 12 : Boleh berkomunikasi dengan lebih 50 orang rakan dalam ruangan ‘group’
Setuju 13 43.33
Sangat Setuju 9 30
Rajah 11 : Boleh berkomunikasi dengan lebih 50 orang rakan dalam ruangan ‘group’
Sumber : Borang Soal Selidik Kajian Lapangan 2024
Berdasarkan kaedah soal selidik yang telah dijalankan ke atas 30 orang responden,
terdapat 9 orang responden bersamaan 30% yang Sangat Setuju dengan kelebihan
penggunaan aplikasi Whatsapp kepada pelajar iaitu boleh berkomunikasi dengan lebih 50
orang rakan dalam ruangan ‘group’. Manakala seramai 13 orang responden bersamaan
35
050608-12-1042
36
050608-12-1042
Setuju 15 50
Sangat Setuju 9 30
37
050608-12-1042
dinyatakan. Selain itu, terdapat 2 orang responden bersamaan 6.67% Tidak Setuju dengan
kelebihan penggunaan aplikasi tersebut. Bilangan responden yang mencatat Sangat Tidak
Setuju adalah sifar bersamaan 0%.
Berdasarkan soal selidik, jelas terbukti bahawa majoriti pelajar di SMK Konven ST
Cecilia, Sandakan bersetuju bahawa kelebihan penggunaan aplikasi Whatsapp kepada pelajar
kerana mereka boleh berkongsi fail atau dokumen dalam bentuk Words, PDF atau
Powerpoint dengan ukuran saiz yang besar.
38
050608-12-1042
Tidak Pasti 0 0
Setuju 13 43.33
Berdasarkan kaedah soal selidik yang telah dijalankan ke atas 30 orang responden,
seramai 16 orang responden bersamaan 63.33% yang Sangat Setuju dengan kelebihan
penggunaan aplikasi Whatsapp kepada pelajar iaitu boleh menghantar maklumat dengan
39
050608-12-1042
pantas. Manakala seramai 13 orang responden bersamaan 43.33% Setuju dengan kelebihan
penggunaan aplikasi Whatsapp tersebut. Seterusnya, 1 orang responden bersamaan 3.33%
Tidak Setuju dengan kelebihan aplikasi Whatsapp yang telah dinyatakan. Bilangan responden
yang mencatat Tidak Pasti dan Sangat Tidak Setuju adalah sifar bersamaan 0%.
Berdasarkan soal selidik, jelas terbukti bahawa majoriti pelajar di SMK Konven ST
Cecilia, Sandakan sangat bersetuju bahawa kelebihan penggunaan aplikasi Whatsapp kepada
pelajar boleh menghantar maklumat dengan pantas kerana pelajar dapat menghantar dan
menerima maklumat daripada orang lain pada masa yang sama secara dalam talian.
40
050608-12-1042
Tidak Setuju 3 10
Setuju 13 43.33
41
050608-12-1042
kelebihan aplikasi Whatsapp tersebut kepada para pelajar. Bilangan responden yang mencatat
Sangat Tidak Setuju adalah sifar bersamaan 0%.
Berdasarkan soal selidik, jelas terbukti bahawa majoriti pelajar di SMK Konven ST
Cecilia, Sandakan bersetuju bahawa kelebihan penggunaan aplikasi Whatsapp kepada pelajar
berkaitan penggunaan data yang lebih kecil berbanding aplikasi-aplikasi lain menyebabkan
pelajar kerap menggunakan aplikasi tersebut untuk keperluan pembelajaran.
42
050608-12-1042
43
050608-12-1042
Cecilia. Hal ini memudahkan pelajar untuk membuat perbincangan bersama-sama secara
dalam talian. Hal ini kerana mereka dapat menunjukkan diri mereka dalam panggilan video
tersebut. Ciri ini menjadi salah satu kaedah lain untuk menerangkan pembelajaran dalam
kalangan sesama pelajar. Melalui panggilan yang dibuat sama ada secara suara atau video, ia
boleh melibatkan lebih daripada dua orang dalam satu panggilan tersebut. Oleh hal yang
demikian, ciri ini sememangnya dapat memudahkan komunikasi dalam kalangan pelajar
SMK Konven ST Cecilia atau dari sekolah yang berbeza.
Akhir sekali, ciri-ciri yang terdapat dalam aplikasi Whatsapp iaitu boleh mengedit
mesej dan boleh membuat penghantaran audio mesej suara masing-masing merupakan kelima
dan keenam tertinggi yang kerap digunakan oleh pelajar SMK Konven ST Cecilia, Sandakan.
Hal ini kerana pelajar masih boleh mengedit mesej walaupun telah dihantar kepada orang
lain. Perkara ini memudahkan pelajar sekiranya berlaku kesalahan pada mesej yang ingin
dihantar. Pelajar juga boleh menghantar audio suara untuk berkomunikasi dengan orang lain
melalui aplikasi Whatsapp. Oleh hal yang demikian, secara keseluruhannya, pelajar SMK
Konven ST Cecilia, Sandakan telah menggunakan kesemua ciri yang wujud dalam aplikasi
Whatsapp bagi memudahkan mereka untuk berkomunikasi.
6.2 Mengkaji kelebihan dalam penggunaan aplikasi Whatsapp kepada pelajar SMK
Konven ST Cecilia, Sandakan
44
050608-12-1042
Berdasarkan kajian yang telah dijalankan juga, pengkaji mendapati bahawa ciri-ciri
yang terdapat dalam aplikasi Whatsapp memberikan kelebihan kepada pelajar SMK Konven
ST Cecilia, Sandakan. Majoriti pelajar ini bersetuju dengan salah satu kelebihan penggunaan
aplikasi Whatsapp iaitu mereka boleh menghantar maklumat dengan pantas. Hal ini demikian
kerana maklumat yang dikongsikan akan diterima oleh orang lain pada masa yang sama
dengan adanya penggunaan data yang maksimum. Perkara ini telah memudahkan pelajar
untuk berkongsi apa-apa maklumat dalam waktu yang singkat.
Kelebihan yang seterusnya ialah pelajar boleh menghantar mesej, gambar, video dan
audio tanpa kos yang tinggi. Hal ini kerana semua perkara tersebut dapat dilaukan melalui
aplikasi Whatsapp tanpa perlu menambah apa-apa bayaran. Oleh hal yang demikian, pelajar
dapat berkomunikasi dan berkongsi pelbagai bahan dengan pelbagai cara yang wujud dalam
aplikasi Whatsapp. Sehubungan dengan itu, kelebihan ini telah memudahkan pelajar untuk
berinteraksi dengan orang yang berjauhan dengan mereka.
Pengkaji juga mendapati bahawa kelebihan penggunaan aplikasi Whatsapp ialah
pemasangan aplikasi Whatsapp di telefon pintar adalah secara percuma. Hal ini dikatakan
demikian kerana pelajar hanya perlu memuat turun aplikasi Whatsapp melalui PlayStore atau
AppStore tanpa perlu membuat pembayaran. Aplikasi Whatsapp juga kerap berlaku
peningkatan yang perlu dikemas kini oleh pengguna. Oleh hal yang demikian, pelajar hanya
perlu membuat pengemaskinian tanpa bayaran. Maka, hal ini memberikan kemudahan kepada
para pelajar untuk menggunakan aplikasi Whatsapp dalam kehidupan seharian tanpa perlu
mengeluarkan kos.
Dalam masa yang sama, aplikasi Whatsapp membolehkan pelajar untuk berkomunikasi
dengan lebih 50 orang dalam suatu ruangan ‘group’. Dalam ruangan tersebut, ahlinya boleh
terdiri daripada pelajar-pelajar dari sekolah yang sama atau campuran. Dengan ini, pelajar
dapat berkongsi pendapat dengan pelajar sekolah lain. Bukan itu sahaja, pelajar dapat saling
berkongsi bahan pembelajaran yang dipelajari di sekolah masing-masing untuk dijadikan
rujukan tambahan. Pelajar juga boleh berkongsi fail atau dokumen berukuran besar melalui
aplikasi Whatsapp. Hal ini bermaksud pelajar bukan sahaja dapat berkongsi nota dalam
bentuk gambar atau video, tetapi juga dalam bentuk fail. Kelebihan lain aplikasi Whatsapp
adalah penggunaan adat yang kecil berbanding dengan aplikasi-aplikasi lain. Hal ini kerana
aplikasi lain memerlukan kekuatan internet yang lebih berbanding aplikasi Whatsapp.
KESIMPULAN
Kajian ini telah membawa penemuan yang penting tentang penggunaan aplikasi
Whatsapp dalam kalangan pelajar SMK Konven ST Cecilia, Sandakan merupakan salah satu
45
050608-12-1042
medium penting bagi memudahkan komunikasi dalam kalangan pelajar di sekolah itu.
Melalui penggunaan aplikasi Whatsapp oleh pelajar SMK Konven ST Cecilia dalam
kehidupan seharian mereka, telah memberi kemudahan kepada mereka untuk berkomunikasi
antara satu sama lain untuk membincangkan perkara berkaitan pembelajaran dan hal-hal lain.
Perkongsian maklumat yang dibuat menggunakan aplikasi Whatsapp juga memberikan
manfaat kepada pelajar yang memerlukan sumber rujukan tambahan. Oleh itu, pelajar lain
juga seharusnya menggunakan aplikasi Whatsapp dengan betul ke arah perkara yang positif
agar dapat menjadi seorang pelejar yang berkualiti dan bersahsiah baik.
Kesimpulannya, pengkaji menyarankan agar semua pelajar atau remaja menggunakan
aplikasi Whatsapp untuk keperluan penting sahaja. Hal ini kerana aplikasi tersebut akan
sentiasa memberikan kelebihan yang positif selagi digunakan dengan tujuan yang baik. Oleh
itu, pelajar perlulah memanfaatkan ciri-ciri yang ada dalam aplikasi Whatsapp untuk
memudahkan urusan dalam kehidupan seharian serta memperoleh pelbagai kelebihan.
7.0 RUJUKAN
46
050608-12-1042
KARYA PENULIS
Mustapha KS, Mohd Noor Yusof, 2018, Ace Ahead Teks STPM Pengajian Am, Selangor
Darul Ehsan
Siti Ezaleila Mustafa, 2015, Media Jaringan Sosial: Penggunaan dan Pengaruhnya, University
of Malaya
BAHAN INTERNET
Wikipedia Ensiklopedia Bebas Bahasa Melayu, “Definisi Whatsapp”
https://ms.wikipedia.org/wiki/WhatsApp
8.0 LAMPIRAN
47
050608-12-1042
Soal selidik ini adalah bagi memenuhi keperluan penilaian berasaskan sekolah
untuk mata pelajaran pengajian am 900/4. Soal selidik ini bertujuan untuk
mengenal pasti ciri-ciri yang terdapat dalam aplikasi Whatsapp yang
memudahkan komunikasi dalam kalangan pelajar SMK Konven ST Cecilia
dan mengkaji kelebihan penggunaan aplikasi Whatsapp kepada pelajar SMK
Konven ST Cecilia, Sandakan.
Menengah rendah
Menengah atas
Arahan: Sila baca setiap item soalan dengan teliti dan tandakan (✓) pada ruang kosong.
Sila pilih ciri-ciri aplikasi Whatsapp yang anda gunakan.
48
050608-12-1042
Arahan: Sila baca setiap item soalan dengan teliti dan tandakan (✓) jawapan pada ruang
kosong yang menggambarkan penyataan atau kelebihan penggunaan aplikasi WhatsApp
kepada pelajar. Sila pilih kelebihan aplikasi WhatsApp yang anda dapati apabila
menggunakan aplikasi tersebut.
Bil. PERNYATAAN 1 2 3 4 5
49
050608-12-1042
50