Anda di halaman 1dari 9

1.

0 PENGENALAN

Komunikasi merupakan sebahagian perkara yang sangat penting di dalam kehidupan


seharian manusia dan ianya berlaku setiap masa. Kadang-kadang ianya terjadi tanpa kita
sendiri tidak menyedarinya. Seseorang akan apabila melibatkan diri di dalam komunikasi
melalui dua bentuk samada melalui secara lisan atau dengan cara bukan lisan. Di dalam
kehidupan seharian kita, komunikasi boleh dilihat dalam pelbagai bentuk tindakan.
Antara bentuk tindakan adalah seperti menonton filem, mendengar radio, berbual dan
sebagainya.

Secara etimologis, perkataan komunikasi merupakan perkataan yang berasal dari


Bahasa latin iaitu “communicare” yang bermaksud menyampaikan. Dalam konteks ini,
komunikasi bermaksud suatu proses penyampaian yang mempunyai makna dari satu entiti
atau kumpulan ke kumpulan yang lain dengan cara simbol atau semiotika yang mana
ianya boleh difahami antara satu sama lain. Walaubagaimanapun, sebenarnya terdapat
beberapa definisi bagi komunikasi yang diberikan oleh penulis-penulis yang terdahulu.
Byrnes (1975) menyatakan bahawa komunikasi merupakan suatu proses interaksi di
antara manusia yang mana ianya melibatkan pertukaran pendapat, pertuturan, gerak,
simbol dan juga isyarat. Hybels and Weaver (1992) membuat definisi bahawa komunikasi
merupakan suatu proses bagi perkongsian maklumat, memberi pendapat dan perasaan
dari individu ke individu yang lain. Gamble and Gamble (2002) mentakrifkan bahawa
komunikasi merupakan suatu proses pemindahan makna, samada ianya adalah tidak
sengaja atau sebaliknya.

Komunikasi sangat penting dan memberi banyak manfaat di dalam kehidupan


seharian kita. Secara umumnya, komunikasi berfungsi apabila bergantung kepada tujuan
yang ingin dilaksanakan. Dengan kata lain, ianya perlu dilihat berdasarkan dari sudut
perspektif yang berbeza-beza. Secara amanya, komunikasi bertindak untuk memberitahu,
belajar, memahami atau membuat keputusan bagi perkara-perkara tertentu. Namun, jika
ianya dilihat dari perspektif sosial, komunikasi berperanan sebagai menyumbang kepada
pengetahuan, memupuk kesatuan, hiburan dan juga proses sosialisasi
2.0 IMPLIKASI KOMUNIKASI TEKNOLOGI KE ATAS HUBUNGAN PERIBADI.

Sebelum adanya aplikasi seperti Facebook, Instagram dan sebagainya, hubungan peribadi
memerlukan seseorang berada berdekatan di antara satu sama lain bagi membolehkan sesama
kita bertemu dengan cara bersemuka. Dengan cara bersemuka, ia dapat membina suatu
perhubungan yang lebih baik. Wood (2001) sebaliknya, perhubungan jarak jauh akan
mewujudkan pelbagai dugaan dan cabaran dalam konteks perhubungan peribadi. Hari ni
dengan wujudknya perkembangan teknologi komunikasi yang begitu pesat, telah
menyumbang dan memberi kesan kepada masyarakat amnya dalam cara kita membentuk
hubungan. Jika dilihat teknologi komunikasi hari ini, kita dapat becakap dan bertemu dengan
rakan-rakan yang tinggal beribu-ribu kilometre dari kita yang mana secara tidak langsung
dapat mengekalkan hubungan dengan keluarga dan rakan-rakan.

2.1 Facebook dan Instagram


Dua aplikasi ini merupakan antara aplikasi yang paling popular di dunia pada
masa kini. Ianya sangat popular di kalangan masyarakat dan juga rakan-rakan.
Facebook dan Instagram merupakan aplikasi yang dicipta bertujuan untuk
memfasilitasi pengguna agar saling mengenali antara satu sama lain dan membina
dunia agar lebih terbuka serta sentiasa berhubung selari dengan misi mereka iaitu
to give people the power to share and make the world more open and connected “.
Mereka yang menggunakan Facebook dan Instagram akan sentiasa dapat
berhubung dan dapat mengetahui apa saja yang berlaku. Melalui aplikasi ini, para
pengguna dapat bertukar foto, gambar-gambar, video dengan ahli keluarga dan
sahabat hadai. Tidak dinafikan walaupun Facebook juga memberi kesan buruk
kepada sebahagian masyarakat, namun dalam konteks komunikasi, Facebook telah
memberi ruang dan peluang kepada mereka yang berada berjauhan untuk kekal
berhubung dan dapat mengekalkan perhubungan di antara satu sama lain.

2.2 Covid -19


Pandemik Covid -19 telah memberi kesan yang sangat teruk kepada dunia dan
Malaysia tidak terkecuali. Covid-19 berpunca dari penyakit koronovirus 2019.
Covid-19 merupakan singkatan co bermaksud ‘korona’, vi (virus)
dan d (penyakit) Tedros(2019). Pada bulan Januari tahun 2020, virus ini disahkan
telah menular di Malaysia. Mengikut pihak Kementerian Kesihatan Malaysia,
virus ini berpunca apabila pelancong dari China yang memasuki Malaysia telah
dikesan positif Covid -19. Dengan menularnya kes Covid-19 di Malaysia,
kesanya, pelbagai aktiviti-aktiviti telah disekat dan rentas sempadan telah
dikuatkankuasakan bagi mengekang penularan virus tersebut. Hal ini telah
memberi kesan yang signifikan kepada rakyat Malaysia amnya. Sebagai contoh
ahli keluarga tidak dapat menziarahi ahli keluarga di kampung, mesyuarat tidak
dapat dijalankan di pejabat, sahabat handai tidak dapat bertemu dan sebagainya.

Namum begitu, melalui teknologi yang wujud pada masa kini, kita boleh
menggunakan manfaatnya dengan sebaik mungkin dalam mengeratkan hubungan
samada di antara ahli keluarga dan juga rakan-rakan. Sebagai contoh, kita oleh
menggunakan platform daripada sumber terbuka menerusi perkakasan mudah alih
sewaktu musim Covid-19. Sebagai contoh, melalui aplikasi whatssup dan
telegram yang mana secara tidak langung kita dapat mengurangkan berlakunya
pergerakkan di luar rumah namum pada masa yang sama masih lagi dapat
meluangkan masa dan juga mengekalkan hubungan di antara satu sama lain.
Selain itu juga,melalui kemudahan teknologi juga, nenek dan datuk serta ahli
keluarga dan rakan-rakan mereka masih lagi dapat berkomunikasi melalui
platform media sosial seperti Zoom dan juga Skype secara digital.

3.0 Kelebihan dan keburukkan


Perkembangan teknologi komunikasi yang pesat telah memberi pelbagai kesan terhadap
pekerja dan juga sesebuah organisasi. Kini melalui penggunaan penggunaan teknologi
komunikasi ianya bukan sahaja dapat memudahkan hubungan interaksi di antara pekerja
malah dapat membantu dalam melancarkan lagi tugas-tugas di dalam sesebuah organisasi.
Namunbegitu, adakalanya, teknologi yang dicipta memberi banyak impak negatif
terhadap masyarakat umumnya. Banyak kemudahan-kemudahan teknologi digunapakai
untuk perkara yang tidak baik seterusnya mewujudkan pelbagai masalah dan jenayah.

3.1 Kelebihan teknologi komunikasi di tempat kerja


3.1.1 Urusan organisasi menjadi cepat.
Kajian yang telah dijalankan oleh Siti Zobidah et al. (2008)
menyatakan bahawa kelebihan penggunaan teknologi komunikasi
seperti e-mel boleh membantu di dalam urusan-urusan rasmi di dalam
sesebuah organisasi yang mana penggunaan e-mel ini dapat
dipercepatkan dan dipermudahkan lagi. Kebiasaanya, pihak
pengurusan atasan di dalam sesebuah organisasi akan dilengkapi
komputer dan e-mil bagi memudahkan mereka untuk berkomunikasi.
Zimmerman et al. (2008) dalam kajiannya menyatakan bahawa
walaupun komunikasi secara bersemuka merupakan asas untuk
berinteraksi antara manusia, namun ia boleh lagi dipertingkatkan.
Beliau berpendapat bahawa komunikasi melalui cara bersemuka masih
lagi memerlukan sokongan dari teknologi komunikasi. Hal ini kerana
menurut beliau, melalui teknologi di tempat kerja ia dapat memastikan
komunikasi di semua jabatan atau di semua peringkat dapat bergerak
dengan lebih lancer dan pantas seterusnya dapat meningkatkan
kerberkesanan di tempat kerja. Sebagai contoh, teknologi seperti
ZOOM dan Skype berfungsi dalam memastikan komunikasi di antara
kakitangan yang berada di tempat yang jauh atau yang berada di luar
negara dapat dilakukan tanpa memgeluarkan wang yang banyak dan
seterusnya dapat menjimatkan masa dan tenaga.

3.1.2 Organisasi menjadi lebih berdaya saing


Di samping itu juga, melalui penggunaan teknologi kemunikasi di
dalam aktiviti-aktiviti yang melibatkan pengurusan organisasi, ianya
dapat mempertingkatkan serta memperbaiki hubungan di antara
pelanggan. Sebagai contoh, ia dapat menjadikanya sebagai salah satu
kekuatan kepada sesebuah organisasi di dalam menawarkan
perkhidmatan, servis dan produk masing-masing. Justeru, boleh
dikatakan bahawa, kekuatan daya saing bagi tempat kerja atau
organisasi merujuk kepada keupayaan organisasi dalam merangka dan
mewujudkan suatu stratergi komunikasi yang dapat menarik perhatian
ekosistem perniagaan. Sesebuah organisasi melalui penggunaan laman
web boleh dijadikan medium yang baik untuk komunikasi dalam
membantu memperkenalkan organisasi tersebut ke persekitaran luaran.
Hal ini disokong oleh Stephens (2007) di dalam satu kajianya yang
menyatakan bahawa laman web organisasi dapat membantu
memperkenalkan sesebuah syarikat dan tempat kerja kepada dunia
luar, menjaga reputasi organisasi dan secara tidak langsung dapat
meningkatkan perkhidmatan dan servis yang cemerlang kepada pada
pelanggan. Kecemerlangan yang ada pada sesebuah organisasi di era
kepesatan teknologi bukan hanya semata-mata pada bergantung kepada
objektif semata-mata, namum kewujudan dan bantuan dari teknologi
komunikasi yang baik dan pengurusan organisasi yang teratur serta
berkesan turut memainkan peranan yang penting (Romero et al. 2011).

3.2 keburukkan teknologi komunikasi di tempat kerja

3.2.1 Berlakunya Jenayah Siber


Teknologi canggih yang pesat berkembang telah melahirkan kelompok
manusia yang hidup di dalam serba mudah dan ringkas. Namun,
penyalahgunaan kemudahan teknologi telah memberi satu masalah
yang signifikan. Penyalahgunaan kemudahan teknologi ini dipanggil
sebagai jenayah siber. Kajian yang telah dijalankan oleh Amri Abdul
Rahman dan Mazlan Osman dari UiTM, menyatakan bahawa jenayah
siber merupakan aktiviti jenayah yang melibatkan teknologi dan
komputer menerusi Internet. Dalam kajian itu, para pengguna internet
dapat melakukan pelbagai jenis jenayah siber antaranya, kerosakan,
penipuan atau pengubahsuaian ke atas program, kecurian maklumat,
capaian secara tidak sah ke atas system dan sebagainya.
Kebanyakkanya berlaku di kalangan mereka yang bekerjaya. Berita
Harian Online (22 May 2012) telah melaporkan bahawa kadar jenayah
siber semangkin meningkat saban tahun yang mana peningkatan 88
peratus iaitu 8090 kes pada tahun. Antara contoh yang pernah berlaku
di Malaysia ialah, pada tahun 1990 seorang pegawai bank telah
mencuri 1 sen duit duit pelanggannya sehingga menjadi jutawan.
Semuanya bermula apabila Aman Shah yang juga merupakan  Ketua
Jabatan pemprosesan Sistem Pemindahan Elektronik Untuk Dana dan
Sekuriti (SPEED) di Hock Hua Bank telah bertindak memberi arahan
palsu melalui sistem SPEED serta memperdayakan pihak pengurusan
Bank Negara sendiri. Melalui kegiatan itu, beliau telah berjaya
mencuri hampir RM41 juta dari akaun pelanggan.

3.2.2 Pekerja Terpaksa Bekerja Diluar Waktu Pejabat


Tidak dinafikan teknologi memberi banyak kemudahan, namun jika
mengamati dengan mendalam, didapati penggunaan teknologi
memberi kesan negatif yang mana tanpa kita sedari iaitu ruang masa
pekerja telah terjejas. Menurut kajian dijalankan oleh Wiliam Belk
menyatakan 58 % penggiat teratas mahu privasi. Sebelum wujudnya
kemudahan teknologi, para pekerja hanya perlu bekerja sampai petang
sahaja sebaliknya apabila munculnya kemudahan teknologi telah
menyebabkan para pekerja perlu bekerja dengan lebih masa yang
secara tiba-tiba mendapat tugasan daripada pihak majikan. Perkara ini
telah mewujudkan suasana yang tidak baik di tempat kerja dan boleh
menimbulkan konflik yang lebih besar di dalam sesebuah organisasi.
Di samping itu, melalui kemudahan teknologi maklumat yang wujud
membolehkan pekerja menerima arahan hanya melalui rangkaian
media sosial seperti Whatsapp yang boleh diakses menggunakan
telefon mudah alih sahaje(Derks et al. 2016) . Hal ini akan
meningkatkan konflik di antara kerja dan keluarga. Kadang kala, ada
segelintir majikan memberi arahan dan tugasan melalui media sosial
sedangkan pada waktu itu pekerja tersebut sedang bercuti. Hal ini
secara tidak langsung akan mewujudkan konflik terhadap peranan,
masa dan tekanan. Keadaan ini mempengaruhi emosi pekerja dan
mengakibatkan ketegangan dalam keluarga seterusnya boleh
menyebabkan kadar produktiviti seseorang pekerja akan berkurang.
Justifikasinya boleh dikatakan bahawa kemudahan teknologi yang
wujud pada masa kini boleh memberikan banyak kesan yang negatif
terhadap corak pekerjaan dalam sesebuah organisasi dan tempat kerja.

4.0 Analisis kepentingan etika media di Malaysia


4.1 Tugas utama wartawan adalah melaporkan kebenaran dan menghormati hak orang ramai
untuk mendapatkan maklumat yang benar.
Sebelum menjalankan tugas wartawan perlu mengetahui hak kebebasannya. Hak bagi
wartawan menghadiri perbicaraan di mahkamah, mesyuarat dan persidangan sama sahaja
dengan hak yang ada pada orang ramai. Jika meja dan kerusi disediakan khas untuk
wartawan di sesuatu majlis ialah kerana penganjur atau pihak berkuasa menghargai
peranan wartawan.
Kadangkala wartawan mendapat keistimewaan yang tidak diberikan kepada orang ramai.
Misalnya, menghadiri mahkamah juvana. Ada wartawan mendesak supaya ia dibenarkan
mengikuti perbicaraan juvana itu walaupun ia diberitahu tidak ada perkara penting yang
hendak dilaporkan. Bagaimanapun, tuntutan itu dikemukakan sekadar mengingatkan
pihak berkuasa tentang adanya hak wartawan.
Kadangkala wartawan dilarang menghadiri sesuatu majlis atau mesyuarat. Hal ini berlaku
apabila majlis itu dikhaskan kepada ahli-ahli pertubuhan berkenaan.
Wartawan perlu mengetahui perbezaan antara mesyuarat terbuka kepada orang ramai dan
mesyuarat terhad kepada ahli-ahli persatuan. Mesyuarat agung merupakan mesyuarat
terhad dan pengerusi mesyuarat boleh membatasi kehadiran wartawan. Bagaimanapun,
tindakan menghalang wartawan daripada menghadiri sesuatu perhimpunan terbuka
kepada orang ramai adalah perbuatan menghalang wartawan daripada menjalankan
tugasnya untuk kepentingan orang ramai.
Sesungguhnya, tidak ada pihak yang mahu menghalang wartawan menghadiri mesyuarat
atau perhimpunannya kecuali ada sesuatu yang hendak dirahsiakan kepada orang ramai.
(2) Dalam melaksanakan tugasnya dia menghayati kebebasan memungut dan
menyiarkan berita secara jujur serta berhak membuat ulasan dan kritikan yang
saksama.
Kebebasan memungut dan menyiarkan berita sering dikaitkan dengan kebebasan akhbar.
Definisi kebebasan adalah berbeza dari suatu Negara dengan negara yang lain mengikut
keadaan setempat. Sebenarnya tidak ada kebebasan akhbar secara mutlak. Kebebasan
akhbar di Malaysia ialah kebebasan yang disertai dengan tanggungjawab terhadap negara
dan masyarakat, sesuai dengan prinsip dan semangat Rukun Negara.
Kebebasan akhbar secara mutlak tanpa rasa tanggungjawab boleh mengancam kestabilan
negara terutama apabila media menyalahgunakan kebebasannya dan setelah pemikiran
dan pandangan masyarakat menjadi tidak menentu akibat daripada kebebasan akhbar
yang ekstrim dan melampau.
Media di Barat, terutama sekali, giat memperjuangkan prinsip kebebasan akhbar
sedangkan mereka belum pasti dapat mengamalkan apa yang diperjuangkan kerana
mereka pasti akan mempertahankan dasar dan kepentingan pemilik medianya atau untuk
kepentingan golongan yang diwakilinya.
Dalam menghayati kebebasan akhbar wartawan hendaklah membuat ulasan dan kritikan
membina dan saksama supaya kritikan itu tidak melulu dan dianggap bermuslihat.
Dalam keghairahan wartawan melaporkan berita perlu diingat adanya beberapa akta
seperti Akta Rahsia Rasmi, Akta Hasutan, Akta Fitnah dan lain-lain yang ada kaitan
secara langsung dengan profesion kewartawanan.
(3) Wartawan hendaklah menggunakan cara yang wajar untuk mendapatkan
berita, gambar, filem dan dokumen.
Pelbagai cara boleh digunakan untuk mendapatkan berita selagi cara yang dijalankan itu
wajar dan untuk kepentingan orang ramai. Wartawan yang menyamar ketika mencari
berita hendaklah menghormati batas kesopanan dan kuasa undang-undang. Menyamar
sebagai pegawai polis atau tentera atau doktor dan sebagainya bukanlah cara yang wajar
kerana profesion yang disamari mempunyai bidang kuasa dan peraturan tertentu bagi
penyandangnya.
Ketika bertugas wartawan hendaklah mengenalkan diri dan nama akhbar yang diwakili
sama ada ia diminta berbuat demikian atau tidak. Tujuannya untuk memberi keyakinan
kepada orang yang ditemui supaya sedar bahawa ia berhadapan dengan wartawan ketika
membuat keterangan.
Perbuatan menyamar diri kadangkala dilakukan wartawan apabila bertugas membuat
laporan penyiasatan (investigative reporting) dan menghadapi kesulitan untuk mendapat
fakta-fakta yang perlu dan penting bagi melengkapkan kandungan laporannya. Banyak
berita yang menggemparkan dihasilkan oleh wartawan bertugas secara menyamar.
Bagaimanapun, sedapat mungkin elakkanlah perbuatan menyamar ketika bertugas kecuali
dalam keadaan tertentu atau terdesak.
Dalam mencari berita wartawan mempunyai hak yang sama pada orang ramai. Kesalahan
melanggar kawasan (trespassing), misalnya, meliputi semua orang termasuk wartawan,
kecuali mereka yang diberi kebenaran.
Dalam suatu kemalangan jalan raya misalnya, wartawan bergerak bebas menjalankan
tugasnya di kawasan kemalangan sedangkan orang ramai biasanya dilarang berbuat
demikian. Tetapi wartawan sayugia faham bahawa ia, seperti jua orang ramai, tanpa
kebenaran khas dan bergerak bebas di kawasan kemalangan itu mungkin kerana pihak
berkuasa menghargai peranan media untuk menyampaikan maklumat yang benar kepada
orang ramai. Pihak berkuasa boleh menghalang wartawan memasuki kawasan larangan
jika dirasakan perlu.
Di kawasan terbuka kepada orang ramai wartawan boleh bergerak bebas menjalankan
tugas tanpa perlu mendapat kebenaran. Wartawan foto juga berhak untuk merekodkan
peristiwa yang berlaku di kawasan umum (public area) tanpa diganggu atau dihalang.
Objek yang menjadi fokusnya hanya boleh melindungkan diri tetapi tidak boleh bertindak
menghalang wartawan daripada menjalankan tugasnya, misalnya, dengan menutup lens
foto atau merampas atau memusnahkan kamera wartawan. Jika mereka berbuat demikian
wartawan terlibat boleh membuat aduan polis. Begitu juga dengan wartawan yang
dikasari hingga cedera untuk menghalang mereka daripada membuat liputan.

Anda mungkin juga menyukai