Anda di halaman 1dari 3

Soalan 1 (a)

Pengenalan
Laporan ini adalah tentang kepentingan it dalam bidang komunikasi, Tujuan tugasan
ini dilaksanakan adalah untuk menilai pengetahuan pelajar dengan membincangkan kesan
ICT kepada orang ramai dan menilai kemahiran digital pelajar dalam menggunakan perisian
tertentu. Menurut Terry Brown, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) adalah istilah
menyeluruh yang merangkumi semua teknologi dan perkhidmatan yang terlibat dalam
pengkomputeran, pengurusan data, penyediaan telekomunikasi, dan internet. Teknologi ini
semuanya berkaitan dengan penghantaran dan penerimaan maklumat. Dengan adanya
teknologi ini, maka ia akan memberi manfaat kepada bidang komunikasi. Menurut Ahlam,
Perkhidmatan internet membolehkan kakitangan dalam organisasi untuk sentiasa berinteraksi
dan berkomunikasi dengan individu lain biar pun mereka tidak berada pada tempat yang
sama. Dengan itu, IT merupakan perkara yang penting dalam bidang komunikasi pada masa
kini.
Pada masa yang, penggunaan IT dalam bidang komunikasi telah berkembang dan
mewujudkan perubahan yang ketara pada bidang ini. Sejak pertengahan 1990-an, Internet
mempunyai kesan revolusioner pada komunikasi, termasuk peningkatan komunikasi segera
melalui surat elektronik, pesanan segera, dan sebagainya. Selain itu, internet juga telah
menjadikan komunikasi lebih mudah dan pantas, membolehkan kita terus berhubung dengan
orang tanpa mengira waktu dan lokasi. Ini mempercepat langkah perniagaan dan memperluas
kemungkinan dalam ruang perusahaan, membolehkan orang awam mencari suaranya dan
mengekspresikan diri melalui media social serta menghubungkan dan membahagikan kita
seperti sebelumnya (Sol Rogers). Sewajar dengan itu, penggunaan IT telah berkembang dari
semasa ke semasa dan memberikan faedah dalam bidang komunikasi.
Bidang komunikasi merupakan sebuah bidang yang banyak menggunakan IT dalam
apa sahaja tugasan yang dilaksanakan oleh sesebuah organisasi. Oleh sebab itu,kemahiran it
merupakan kemahiran yang sangat penting dalam bidang komunikasi. Antara kepentingannya
ialah, memudahkan cara kerja. Hal ini kerana, Mereka yang bekerja sebagai penjawat awam
sangat memerlukan kemahiran IT kerana segala tugasan yang dilakukan lebih kepada
penggunaan teknologi. Menurut Siti Nur Azwin, Para pentadbir dan pensyarah telah disuruh
untuk melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) secara atas talian di university
kerana ia adalah satu penyelesaian yang terbaik dalam memastikan pengajian tidak akan
terjejas akibat daripada penularan covid-19. Dengan adanya IT, maka segala urusan kerja
yang kita laksanakan tidak akan terjejas dan akan memudahkan cara kerja kita tanpa
menggunakan tenaga yang berlebihan.
Perbincangan
Menurut terry brown, ICT meresap semua aspek kehidupan, menyediakan cara yang
lebih baru, lebih baik, dan lebih cepat bagi orang untuk berinteraksi, rangkaian, meminta
pertolongan, mendapatkan akses kepada maklumat, dan belajar. Dengan itu, terdapat
beberapa kepentingan IT dalam bidang komunikasi dalam kehidupan sharian kita. Antara
kepentingannya ialah, dapat memudahkan kerja kita terutama bagi mereka yang bekerja
sebagai penjawat awam. Mereka yang bekerja sebagai penjawat awam sangat memerlukan
kemahiran IT kerana segala tugasan yang dilakukan lebih kepada penggunaan teknologi.
Menurut Siti Nur Azwin, Para pentadbir dan pensyarah telah disuruh untuk melaksanakan
sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) secara atas talian di university kerana ia adalah satu
penyelesaian yang terbaik dalam memastikan pengajian tidak akan terjejas akibat daripada
penularan covid-19. Dengan adanya IT, maka segala urusan kerja yang kita laksanakan tidak
akan terjejas dan akan memudahkan cara kerja kita tanpa menggunakan tenaga yang
berlebihan. Seterusnya, mudah untuk mendapatkan segala maklumat dan perkembangan
semasa yang terkini. Pada masa kini, kita perlu mendapatkan maklumat agar kita tidak akan
ketinggalan dengan isu terkini terutama tentang perkembang semasa penularan wabak covid-
19. Menurut Kurniawati, Perkembangan dunia hari ini menyaksikan maklumat bercambah
dan berubah dengan begitu pantas sekali. Dalam keadaan tertentu terutama suasana ancaman
seperti COVID-19, maklumat perlu disampaikan dan digarap dengan seberapa pantas yang
boleh. Kelewatan menerima maklumat boleh mencetuskan masalah dan kemudaratan lebih
besar. Oleh itu, IT adalah satu perkara yang sangat penting dalam bidang komunikasi dan
sekiranya bidang ini tiada, maka segala urusan kerja akan terjejas.
Dengan keadaan pandemik yang tidak menentu, penggunaan IT telah meningkat dari
semasa ke semasa. Oleh sebab itu, terdapat beberapa factor yang menyebabkan peningkatan
penggunaan IT ketika penularan wabak covid-19. Antara factor tersebut adalah dengan
pelaksanaan PDPR. Semasa berlakunya pandemic covid-19, pihak kerjaan telah
melaksanakan PDPR agar para pelajar tidak akan ketinggalan dalam memperoleh pendidik
yang secukupnya terutama bagi mereka yang tinggal di tempat yang jauh. Menurut sumber
daripada The Malaysian Insight, Sistem pendidikan negara perlu berubah ke arah pengajaran
dan pembelajaran yang dipandu teknologi digital dan menerima pakai pendekatan yang lebih
fleksibel dan interaktif. Oleh itu, PDPR adalah satu program yang mampu mengatasi masalah
ini dengan lebih efektif keana program ini adalah aktiviti pembelajaran dalam talian dan ia
bukan lagi satu pilihan tetapi sebagai keperluan yang kekal. Kemudian, untuk factor yang
seterusnya adalah dengan bekerja dari rumah. Kerja dari rumah adalah pelaksanaan kerja dari
murah untuk menggurangkan terkena jangkitan covid-19 terutama bagi mereka yang bekerja
sebagai penjabat awam. Menurut Dr Rusli, Konsep bekerja dari rumah semasa COVID-19
tidak sama ketika dilaksanakan dalam amalan biasa. Dalam konteks amalan biasa, wujud
aspek keluwesan (flexibility) yang tinggi antara majikan dan pekerja dan terdapat unsur
sukarela untuk melakukannya. Konsep ini boleh diaplikasikan dalam pelbagai jenis
pekerjaan. Bentuk dan mekanisme pelaksanaannya adalah pelbagai dan persetujuan dicapai
antara pihak-pihak yang terlibat. Bagi sektor awam, secara umum terdapat pekeliling am
untuk perkara ini. Kumpulan pekerja yang terlibat adalah satu kelompok tertentu sahaja dan
amalannya tidak meluas. Bagi pekerja sektor swasta, kerja dari rumah boleh dirujuk kepada
kerja-kerja yang ditawarkan oleh syarikat sama ada secara langsung atau melalui pihak ketiga
yang dijalankan secara individu atau kumpulan di premis tertentu yang digunakan.

Soalan1 (b)
Whatsapp
Whatsapp adalah sebuah applikasi yang digunakan untuk berkomunikasi dengan
orang yang tinggal jauh dari tempat kita. Menurut Nabilah, WhatsApp Messenger atau
WhatsApp adalah aplikasi pesanan segera dan lintas platform pada telefon pintar yang
membolehkan pengguna menghantar dan menerima mesej seperti SMS tanpa menggunakan
denyut tetapi sambungan internet. WhatsApp mempunyai asas yang serupa dengan
BlackBerry Messenger. WhatsApp dikeluarkan pada Januari 2009. Namun, pada tahun 2014,
WhatsApp secara rasmi menjadi milik Facebook setelah melalui proses pemerolehan selama
8 bulan. Di WhatsApp, anda dapat mengirim teks, foto, audio, fail dan gambar kepada
pengguna lain, membuat panggilan, panggilan video, dan membuat cerita. Untuk
menggunakan WhatsApp, yang perlu anda lakukan ialah mendaftar menggunakan nombor
telefon bimbit anda. WhatsApp boleh dijalankan di beberapa platform, iaitu Android,
BlackBerry 10, BlackBerry OS, iOS, Series 40, Windows Phone, Symbian, dan Web-Based.
Dengan kata lain, whatsapp adalah sebuah applikasi yang penting dalam bidang komunikasi.
Applikasi ini adalah salah satu applikasi yang saya gunakan dalam kehidupan
seharian saya. Dengan itu, terdapat beberapa sebab menggunakan applikasi ini. antaranya
ialah, dapat berkomunikasi dengan kenalan yang tinggal berjauhan, bercerita dengan rakan
ataupun keluarga sendiri dalam satu tempat sahaja. Dan dapat menyebarkan maklumat yang
terkini, gambar atau video sebagai kenangan dan sebagainya. Dalam applikasi ini, saya dapat
berkomunikasi dengan orang hanya dengan meng

Anda mungkin juga menyukai