Anda di halaman 1dari 19

<KOD KURSUS>

IJAZAH SARJANA MUDA PENGURUSAN SUMBER MANUSIA (KEPUJIAN)

SEMESTER 5 - TAHUN : JANUARI 2021

CBCT2203

KONSEP ASAS TEKNOLOGI MAKLUMAT

NO. MATRIKULASI : 910106035897001


NO. KAD PENGNEALAN : 9101006-03-5897
NO. TELEFON : 019-774 6419
E-MEL : zulfahmi91@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN : BANTING

0
ARAHAN
 Jangan menyalin soalan dan arahan tugasan dalam jawapan anda.
 Sediakan jawapan tugasan anda mengikut susunan KRITERIA PENILAIAN
(ASSESSMENT CRITERIA) seperti tertunjuk dalam RUBRIK. Jika RUBRIK TIDAK
dibekalkan, ikut arahan/garispanduan yang ditetapkan oleh Open University Malaysia
(OUM) bagi tugasan kursus berkenaan.
 Tugasan anda hendaklah mematuhi bilangan patah perkataan seperti di
dalam arahan soalan tugasan dan TIDAK termasuk rujukan.
 Taipkan jawapan anda dengan menggunakan saiz fon 12 Times New Roman dan
langkau baris 1.5.
 Tunjukkan bilangan perkataan di hujung tugasan anda.
 Jadual dan gambar rajah jika ada, hendaklah menunjukkan tajuk yang wajar.
 Senaraikan secara berasingan, rujukan/referensi dalam muka surat APENDIKS.
ISI KANDUNGAN HALAMAN
1.0 PENGENALAN KEPADA TEKNOLOGI MAKLUMAT 3
2.0 KEPENTINGAN TEKNOLOGI DIGITAL DAN MAKLUMAT
DI MALAYSIA SEMASA PANDEMIK COVID-19 3
2.1 Kepentingan IT terhadap Penyampaian Maklumat 4
Rajah 1.0 Penyebaran Maklumat Berkaitan Covid-19
di Televisyen 4
2.2 Kepentingan IT Terhadap Sektor Keusahawanan 4-5
Rajah 2.0 Pendemik COVID-19 Memberi Impak
Kepada Usahawan 5
2.3 Kepentingan IT Terhadap Sektor Pendidikan Malaysia 5-6
Rajah 3.0 Persidangan Dalam Talian Memudahkan
Proses Pengajaran Dan Pembelajaran 6
2.4 Kepentingan IT Terhadap Sektor Kesihatan Malaysia 6-7
Rajah 4.0 Penggunanaan MySejahtera Dapat Membendung
Penularan Wabak Covid 19 7
3.0 BAGAIMANA MASYARAKAT MENGGUNAKAN TEKNOLOGI
MAKLUMAT 7-8
3.1 Sektor Pendidikan 8
Rajah 1.0 Contoh Penggunaan Zoom atau Google Meet
Ketika Sesi Pembelajaran 9
3.2 Sektor Kesihatan 9
Rajah 2.0 Aplikasi MySejahtera Untuk Mengetahui status
Vaksin COVID-19 10
3.3 Sektor Perniagaan 10
Rajah 3.0 Pembelian Secara E-Dagang Dapat Mengurangkan
Penularan COVID-19 11
3.1 JUSTIFIKASI TENTANG BAGAIMANA TEKNOLOGI INI
DIGUNAKAN DI KALANGAN MASYARAKAT 11

1
3.2 SOKONGAN DENGAN ARTIKEL YANG BERKAITAN
Rajah 1.0 Mendepani Cabaran Pembelajaran secara Dalam Talian 12
4.0 TIGA CONTOH APLIKASI ATAU SISTEM YANG BANYAK
DIGUNAKAN SEMASA PANDEMIK COVOD-19
4.1 Aplikasi Whatsapp
4.1.1 Pengenalan dan Latar Belakang whatsapp 12
4.1.2 Fungsi Whatsapp 13
4.1.3 Faedah Penggunaan Whatsapp 13
Rajah 1.0 Aplikasi Whatsapp 13
4.2 Aplikasi Facebook
4.1.1 Pengenalan dan Latar Belakang Facebook 14
4.1.2 Fungsi Facebook 14
4.1.3 Faedah Penggunaan Facebook 14
Rajah 1.0 Aplikasi Facebook 14
4.1 Aplikasi MySejahtera
4.1.1 Pengenalan dan Latar Belakang MySejahtera 15
4.1.2 Fungsi MySejahtera 15
4.1.3 Faedah Penggunaan MySejahtera 15
Rajah 1.0 Aplikasi MySejahtera 15
5.0 KESIMPULAN 16

2
1.0 PENGENALAN KEPADA TEKNOLOGI MAKLUMAT

Teknologi maklumat mula muncul pada sekitar dekad 1970-an dahulu. Teknologi
maklumat atau lebih dikenali sebagai IT (Information Tecnology) merupakan suatu teknologi
yang diperlukan untuk pemprosesan data. Penggunaan teknologi maklumat sangat diperlukan
lebih-lebih lagi semasa pandemik COVID-19 melanda dunia. Sejak tercetusnya wabak
COVID-19 di Wuhan, China pada November 2019 yang lalu, saban hari masyarakat dunia
dipersembahkan dengan berita yang menggemparkan mengenai penularan wabak ini. Sejak
itu COVID-19 mula mejadi topik perbincangan harian dan menjadi sebati dengan kehidupan
hari ini. Pengetahuan tentang COVID-19 kebanyakannya melalui media massa. Melalui
media, pelbagai akromin dan istilah yang jarang atau tidak pernah didengar sebelum
tercetusnya pandemik COVID-19. Cuba bayangkan sekiranya pandemik COVID-19 melanda
ke seluruh dunia pada ketika awal 80-an sebelum wujudnya ledakan teknologi maklumat.
Semestinya berlaku kesulitan pihak kerajaan dalam mengawal penularan wabak ini kerana
terdapat banyak kekangan untuk penyebaran maklumat mengenai penyakit yang merbahaya
ini. Sekiranya masyarakat dahulu hanya bergantung kepada sumber telekomunikasi seperti
televisyen dan radio untuk mendapatkan maklumat, namun perkembangan teknologi pada
hari ini membuatkan segala maklumat yang ingin diketahui berada dihujung jari.

2.0 KEPENTINGAN TEKNOLOGI DIGITAL DAN MAKLUMAT DI MALAYSIA


SEMASA PANDEMIK COVID-19

Sejak laporan pertama penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) yang dikeluarkan


pada bulan Disember 2019 di Wuhan, China sekali gus mempengaruhi lebih 200 buah Negara
dan wilayah di seluruh dunia dengan dua juta kes dan telah mengorbankan nyawa sebanyak
120,000 kematian yang dicatatkan sehingga bulan April 2020. Sesungguhnya wabak ini
sangat merbahaya dan ianya dapat menyerang sesiapa sahaja tanpa menunjukkan symptom-
simptom yang nyata. Dalam memerangi wabak yang tidak dapat dilihat ini, sains dan
teknologi memainkan peranan yang sangat penting. Sebagai contoh di awal penularan wabak
Negara China telah memulakan tindak balasnya dengan menumpukan kepada beberapa aspek
iaitu kecerdasan buatan menggunakan kamera pengenalan wajah yang bertujuan untuk
mengesan pesakit yang dijangkiti, mencipta robot penghantar makanan dan ubat-ubatan
kepada pesakit COVID-19, mencipta drone pembasmi kuman di kawasan awam dan juga
mencipta drone peronda dan penyiaran mesej audio kepada orang ramai supaya kekal berada
dirumah.
3
2.1 Kepentingan IT Terhadap Penyampaian Maklumat

Namun di Malaysia, kegunaan teknologi maklumat semasa pandemik COVID-19 juga


tidak kurang hebatnya. Penggunaannya adalah bertujuan untuk menghindari daripada
bersentuhan dengan orang ramai dan berada di tempat yang sesak. Oleh itu, kerajaan telah
mengambil langkah berjaga-jaga demi memastikan keselamatan rakyat terjaga dan
memastikan ianya berjaya dalam usaha memutuskan rantaian COVID-19. Pihak Kementerian
Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah bertindak mewakili kerajaan Malaysia
sebagai usaha memberikan input dan maklumat kepada rakyat melalui televisyen dan radio
berkaitan dengan pandemik COVID-19. Langkah tersebut serba sedikit dapat membantu
rakyat dalam menangani wabak tersebut.

Rajah 1.0 Penyebaran Maklumat Berkaitan COVID-19 di Televisyen

2.2 Kepentingan IT Terhadap Sektor Keusahawanan

Selain itu, penggunaan teknologi maklumat semasa pandemik juga memberikan


manfaat yang cukup besar dari segi keusahawanan. Para usahawan dapat meneruskan
kelangsungan hidup semasa pandemik melanda dunia. Pada ketika itu, banyak perniagaan
terpaksa ditutup akibat daripada COVID-19. Namun dengan adanya teknologi maklumat,
perdagangan sosial atau perdagangan dalam talian pula digunakan. Dengan menggunakan
medium ini perniagaan akan terus maju dan mendapat keuntungan melaluinya.
Keusahawanan digital merujuk kepada penciptaan sesuatu usaha baharu dan membuat

4
transformasi perniagaan sedia ada dengan menggunakan teknologi digital terkini. Oleh yang
demikian, perkembangan teknologi membawa perubahan besar kepada sektor perniagaan
semasa pandemik COVID-19. Sekali gus peralihan ekonomi digital mempercepatkan lagi
pertumbuhan ekonomi tempatan dan nasional. Secara tidak langsung dapat memberi tumpuan
penting untuk meningkatkan dan merangsang daya tahan ekonomi digital negara, seterusnya
dapat membantu rakyat yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

Rajah 2.0 Pandemik COVID-19 Memberi Impak Kepada Usahawan


Sumber: https://www.insken.gov.my/article/kesan-pandemik-covid-19-kepada-usahawan/

2.3 Kepentingan IT Terhadap Sektor Pendidikan Malaysia

Kehadiran virus COVID-19 seakan-akan mengasak masyarakat dunia termasuk


Malaysia ke arah penggunaan teknologi digital secara meluas dan secara tidak langsung akan
menyebabkan satu lonjatan digital di Malaysia. Konsep digital dalam sektor pendidikan
Malaysia merupakan perkara yang baharu kerana ia telah lama dibincangkan dengan
pelancaran Pelan Pembangunan Pendidikan Negara pada tahun 2013. Apabila munculnya
pandemik COVID-19 ini, kerajaan telah mewajibkan kepada semua sektor lebih-lebih lagi
dalam sektor pendidikan supaya menggunakan sepenuhnya kemudahan teknologi maklumat
yang ada dalam proses menuntut ilmu. Sebagai contoh, Institut Pengajian Tinggi Malaysia
mengambil inisiatif memperkasakan platform pembelajaran dalaman dan juga melanggan
beberapa platform yang menyokong fungsi persidangan dalam talian untuk memudahkan
proses pengajaran dan pembelajaran (p&p). Dengan pelaksanaan pembelajaran berdasarkan

5
norma baharu perlu terus kehadapan demi memastikan proses menuntut ilmu di institusi
pengajian tinggi dapat terus mendukung aspirasi Negara.

Rajah 3.0 Persidangan Dalam Talian Memudahkan Proses Pengajaran Dan Pembelajaran
Sumber: https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2020/03/666065/kuliah-dalam-
talian-elak-jangkitan

2.4 Kepentingan IT Terhadap Sektor Kesihatan Malaysia

Kerajaan telah mengambil langkah dan usaha dalam menangani penularan wabak
COVID-19 dengan menggunakan teknologi maklumat yang sedia ada. Dengan kemunculan
wabak COVID-19 di Malaysia telah mempercepatkan lagi keperluan inovasi baharu dalam
memastikan proses dan operasi kerajaan berjalan dengan lancar ketika krisis melanda.
Pendekatan yang telah diambil oleh kerajaan adalah seperti penggunaan Kecerdasan Buatan
(AI) dalam bidang kesihatan dalam menghadapi COVID-19 boleh digunakan dalam fas
pengesahan, penyebaran, pengurusan dan pemulihan. Sebagai contoh, pada awal kewujudan
COVID-19 model AI yang dibina oleh negara Kanada untuk pengawasan penyakit berjangkit

6
yang mengeluarkan amaran awal seminggu sebelum berlakunya pandemik sebelum World
Health Organization (WHO) mengeluarkan amaran mengenai penyakit yang berlaku di
Wuhan, China. Oleh sebab itu, AI boleh digunakan untuk membangunkan model penilaian
risiko dalam mengenal pasti potensi seseorang dijangkiti virus tersebut berdasarkan data yang
dikaji seperti symptom penyakit, pendedahan kepada penyakit dan sejarah penyakit
(comorbid). Oleh yang demikian, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah
menubuhkan sistem baharu yang dikenali sebagai COVID-19 Health Assesmnet and Self
Evaluation System (ChaSE) dimana ianya menggabungkan analitik data dan computer sains,
kepakaran bidang perubatan serta pengalaman daripada pihak petugas barisan hadapan.
Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memperkenalkan aplikasi
MySejahtera yang bertujuan untuk penilaian risiko seseorang individu dan dapat mengesan
kontak rapat dengan setiap pengguna aplikasi tersebut.

Rajah 4.0 Penggunaan MySejahtera Dapat Membendung Penularan Wabak COVID-19


Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/03/669648/covid-19-aplikasi-
telefon-pintar-kesan-pergerakan

3.0 BAGAIMANA MASYARAKAT MENGGUNAKAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

Kini lebih setahun gelombang pandemik COVID-19 melanda dunia dan ianya
memberi impak yang besar kepada kehidupan seharian manusia. Impak dari virus ini,
kesemua masyarakat didunia terpaksa menjalani kehidupan dengan berlandaskan norma
7
baharu dan juga terpaksa beralih kepada penggunaan elemen digital dalam memastikan
kehidupan bebas dari wabak tersebut. Oleh yang demikian, pada situasi yang sangat getir dan
membimbangkan, teknologi maklumat sangat membantu masyarakat dalam melaksanakan
rutin harian mereka. Ia juga dapat mempercepatkan dan memudahkan masyarakat dalam
sesuatu urusan. Dalam keadaan pandemik COVID-19 ini, banyak sektor di Malaysia telah
mengambil langkah dengan menggunakan teknologi maklumat untuk memastikan masyarakat
sentiasa mendapat manfaat seperti di sektor kesihatan, sektor perniagaan, sektor pendidikan
dan sebagainya.

3.1 Sektor Pendidikan

Penggunaan teknologi maklumat dalam sektor pendidikan menunjukkan kesan yang


sangat positif kepada masyarakat. Menurut Ts. Dr Hafiza Abas (2020) menyatakan e-
pembelajaran merupakan prasarana yang merupakan tulang belakang dan faktor untuk
menjayakan penggunaan e-pembelajaran, aplikasi, kaedah pembelajaran dan proses
pengendalian e-pembelajaran juga turut memberi sumbangan faktor kejayaan sesebuah laman
atau aplikasi e-pembelajaran. Dengan adanya e-pembelajaran ini, pergerakan manusia semasa
penularan wabak COVID-19 akan menjadi terhad dan tidak akan bersentuhan dengan sesiapa
yang boleh memudaratkan diri sendiri. Pelaksanaan e-pembelajaran sangat wajar
dimanfaatkan sebaiknya dengan keterbatasan pergerakan dan hubungan pada musim COVID-
19. Antara contoh e-pembelajaran adalah seperti pelajar boleh menggunakan Zoom atau
Google Meet untuk berhubung dan berinteraksi sesama mereka dan juga dengan pensyarah.

8
Rajah 1.0 Contoh Pengunaan Zoom atau Google Meet Ketika Sesi Pembelajaran

3.2 Sektor Kesihatan

Seterusnya dalam sektor kesihatan ianya memainkan peranan yang sangat penting
dalam menyampaikan maklumat yang terkini kepada masyarakat tentang COVID-19.
Langkah yang diambil oleh kerajaan adalah dengan menubuhkan aplikasi MySejahtera
melalui kerjasama agensi kerajaan untuk membantu dalam pengawasan penularan wabak
COVID-19. Menurut Noor Hisham Abdullah (2020), aplikasi berkenaan dibangunkan dengan
pelbagai fungsi teknologi dalam usaha membendung pandemik COVID-19 di Malaysia.
Penggunaan aplikasi MySejahtera dapat membantu masyarakat mengetahui lebih terperinci
tentang dimana berlakunya kes COVID-19 dalam radius satu kilometer dan juga mengetahui
status vaksin COVID-19. Oleh yang demikian, semua lapisan masyarakat telah mengambil
peluang untuk menggunakan aplikasi ini supaya dapat melindungi diri dan keluarga dari
jangkitan virus tersebut.

9
Rajah 2.0 Aplikasi MySejahtera Untuk Mengetahui Status Vaksin COVID-19

3.3 Sektor Perniagaan

Penggunaan teknologi maklumat dalam sektor perniagaan juga tidak ketinggalan.


Semenjak wabak COVID-19 berleluasa di negara ini, makin ramai pengguna yang
melaksanakan perniagaan dalam talian atau e-dagang. Menurut Gunelius (2011), proses
transformasi Internet terus berlaku dari semasa ke semasa sehingga ia bergerak daripada
medium transaksi kepada medium sosial yang menawakan komunikasi dua hala. Walaupun
keadaan masih belum stabil namun ekonomi negara masih lagi mampu bertahan kerana boleh
melaksanakan proses jual beli secara maya dengan pelanggan. Ianya sangat menguntungkan
kerana seseorang itu dapat menjimatkan kos pengambilan dan penghantaran,dapat menjaga
keselamatan diri dan dapat menghindari diri dari berada di tempat yang sesak. Dengan ini
mereka akan dapat menjauhi diri dari jangkitan virus COVID-19. Sebagai contoh,
penggunaan e-dagang semasa pandemik COVID-19, sesebuah syarikat atau individu boleh
melakukan transaksi jual beli di mana-mana sahaja. E-dagang menggunakan internet untuk
mewujudkan satu rangkaian yang menyatukan pelanggan, penjual dan pihak ketiga seperti
bank dan syarikat kewangan yang lain. E-dagang kini digunakan secara meluas lebih-lebih
lagi semasa musim pandemik yang melanda dunia.

10
Rajah 3.0 Pembelian secara e-dagang dapat mengurangkan penularan COVID-19

3.1 JUSTIFIKASI TENTANG BAGAIMANA TEKNOLOGI INI DIGUNAKAN DI


KALANGAN MASYARAKAT.

Pada musim pendemik COVID-19 ini masyarakat sentiasa berwasapada dan akan
menggunakan teknologi yang disediakan dengan baik sebagai contoh aplikasi
MYSEJAHTERA. Dengan adanya aplikasi ini masyarakat akan menggunakan ianya di mana
sahaja mereka pergi. Teknologi yang dicipta pada zaman kini sangat bagus dan baik untuk
masyarakat kerana ianya memberi banyak kebaikan kepada masyarakat. Tanpa teknologi
terkini masyarakat susah untuk berhubung antara satu sama lain ketika musim pandemik ini.
Dengan adanya aplikasi-aplikasi teknologi terkini ini masyarakat dapat bekerja dengan baik
ketika musim PKP dan mudah juga untuk anak-anak belajar secara online.

Anak-anak yang bersekolah hanya menjalani pembelajaran atas talian. Dengan adanya
teknologi seperti GoogleMeet dan Zoom dapat membantu anak-anak belajar dengan baik. Ibu
bapa juga perlu memainkan peranan penting dalam menyediakan internet dan komputer
untuk melancarkan lagi proses pembelajaran anak-anak di rumah. Oleh sebab itu,
perkembangan teknologi amat penting pada zaman kini kerana apabila berlakunya sesuatu
situasi yang di luar jangkaan seperti COVID-19 ini teknologi memainkan peranan penting
untuk kita berhubung antara satu sama lain. Namun secanggih mana teknologi kita perlu tahu
kebaikan dan keburukannya pada keluarga dan masyarakat.
11
3.2 SOKONGAN DENGAN ARTIKEL YANG BERKAITAN.

Rajah 1.0 Mendepani Cabaran Pembelajaran Secara Dalam Talian


Sumber: https://www.bernama.com/bm/tintaminda/news.php?id=1907464

4.0 TIGA CONTOH APLIKASI ATAU SISTEM YANG BANYAK DIGUNAKAN


SEMASA PANDEMIK COVID-19

4.1 Aplikasi WhatsApp

4.1.1 Pengenalan dan Latar Belakang WhatsApp

Aplikasi WhatsApp adalah merupakan perkhidmatan mesej perisian percuma


dan platform terus dan suara IP (VoIP) yang dimiliki oleh Facebook.

12
4.1.2 Fungsi WhatsApp

Aplikasi WhatsApp ini membolehkan penghantaran mesej, dokumen, lokasi


pengguna, imej, panggilan suara serta panggilan video secara percuma. Selain itu,
aplikasi WhatsApp juga merupakan platform perniagaan yang akan membolehkan
syarikat menyediakan khidmat pelanggan kepada pengguna pada skala.

4.1.3 Faedah Penggunaan WhatsApp

Semasa pasca pandemik COVID-19, aplikasi WhatsApp memain peranan


penting dalam penyebaran maklumat berkaitan COVID-19. Hal ini kerana majoriti
lapisan masyarakat di serata dunia menggunakan aplikasi WhatsApp dalam kehidupan
seharian. Jadi, penyampaian maklumat akan menjadi mudah dan semua orang akan
memperolehi maklumat tersebut dengan mudah, cepat dan pantas. Selain itu juga,
penggunaan aplikasi ini dapat membantu masyarakat berhubung dengan keluarga
mereka seperti membuat penggilan video disaat kerajaan mengisytiharkan Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negeri bagi menghentikan penularan wabak
COVID-19.

Rajah 1.0 Aplikasi WhatsApp

13
4.2 Aplikasi Facebook

4.2.1 Pengenalan dan Latar Belakang Facebook

Aplikasi Facebook adalah merupakan sebuah rangkaian sosial yang


dikendalikan dan dimiliki sepenuhnya oleh Mark Zuckerberg. Facebook

4.2.2 Fungsi Facebook

Aplikasi Facebook ini membolehkan panghantaran mesej, dokumen, lokasi


pengguna, imej, panggilan suara serta panggilan video secara percuma. Selain itu,
aplikasi Facebook juga merupakan platform perniagaan yang akan membolehkan
syarikat menyediakan khidmat pelanggan kepada pengguna pada skala terutama
sekali sewaktu pandemik COVID-19..

4.1.3 Faedah Penggunaan Facebook

Semasa pasca pandemik COVID-19, aplikasi Facebook memainkan peranan


penting dalam penyebaran maklumat berkaitan COVID-19. Hal ini kerana majoriti
lapisan masyarakat di serata dunia menggunakan aplikasi Facebook dalam kehidupan
seharian. Jadi, penyampaian maklumat akan menjadi mudah dan semua orang akan
memperolehi maklumat tersebut dengan mudah, cepat dan pantas. Selain itu juga,
penggunaan aplikasi ini dapat membantu masyarakat mendapat maklumat yang lebih
terperinci melalui perkongsian yang diberikan sama ada dari Kementerian Kesihatan
Malaysia atau dari masyarakat sekitar yang mempunyai info yang tepat.

Rajah 2.0 Aplikasi Facebook

14
4.3 Aplikasi MySejahtera

4.3.1 Pengenalan dan Latar Belakang MySejahtera

Aplikasi MySejahtera berkenaan dibangunkan pada awal tahun 2020 dengan


pelbagai fungsi teknologi dalam usaha membendung pandemik COVID-19 di
Malaysia.

4.3.2 Fungsi MySejahtera

Aplikasi MySejahtera dapat membantu masyarakat mengetahui lebih


terperinci tentang dimana berlakunya kes COVID-19 dalam radius satu kilometer
serta menilai risiko seseorang dan dapat mengesan kontak rapat dengan setiap
pengguna yang menggunakan aplikasi tersebut di telefon pintar masing-masing.

4.3.3 Faedah Penggunaan MySejahtera

Aplikasi MySejahtera bertujuan untuk mengesan kedudukan kontak rapat


COVID-19. Selain itu juga, ia memudahkan masyarakat untuk menggunakan aplikasi
ini ketika membeli barang dan mencari barang keperluan harian di pasaraya.
Masyarakat hanya menggunakan telefon pintar sahaja untuk scan bar code
MySejahtera di mana-mana premis.

Rajah 3.0 Aplikasi MySejahtera

15
5.0 KESIMPULAN

Media baru sememangnya mempunyai banyak kebaikan dan kelebihan kepada


individu, masyarakat dan negara. Teknologi komunikasi membantu menjadikan Malaysia
sebuah negara yang pesat membangun. Ia juga banyak membantu dari segi pendidikan,
perubatan, pertanian dan sebagainya. Selain itu, ia juga dapat melahirkan generasi muda yang
celik IT dan mampu berdaya saing dengan yang lain. Generasi muda adalah merupakan aset
terpenting negara kerana mereka adalah bakal memimpin negara kelak. Dalam melahirkan
generasi muda yang berjaya, seharusnya mereka diberi pendidikan dan pendedahan yang
secukupnya tentang teknologi kerana dikuatiri akan terpengaruh dengan kesan negatif media
baru pada zaman ini. Oleh yang demikian, semua pihak perlu bertangungjawab dalam
memerangi penyalahgunaan media sosial dalam kalangan masyarakat. Akhir sekali, semua
pihak hendaklah menggunakan teknologi dengan sebaik mungkin bagi mengelakkan
penyalahgunaan teknologi yang sedia ada kerana masa depan negara terletak pada golongan
muda masa kini.

(2,933 patah perkataan)

16
APENDIKS

RUJUKAN / REFERENSI

Saad Al Kahtani (1999). Electronic portfolios in ESL writing: An Alternative Approach.


Computer Assisted Language Learning. 12 (3), 261-268

Jeong-Bae Son (2006). Using online discussion groups in a CALL teacher training course.
Regional Language Centre journal. 37(1), 123-135

Stallard, C. (1998). Factors that influence the integration of technologu into the secondry
curriculum. http://ed.info.apple.com/education/techlearn/adptfactors.html.

Sinar Harian (26 Mac, 2020) COVID-19: Aplikasi telefon pintar kesan pergerakan. Retrieved
from https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/03/669648/covid-19-
aplikasi-telefon-pintar-kesan-pergerakan.

Lister, M. Dovey, J. Giddings, S. Grant, I. & Kelly, K. (2009). New media: a critical
introduction 2nd edition, New York: Routledge.

Maimunah Osman. (2000). Hubungan berkesan: Hubungan interpersonal. INTAN: Kuala


Lumpur

Mohamad Hafizi (n.d.). Impak Media Baru. Dimuat turun daipada


https://mohamadhafizi.weebly.com/impak-media-baru.html

17

Anda mungkin juga menyukai