Anda di halaman 1dari 8

PENGENALAN

SEJARAH PERKEMBANGAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

Istilah "teknologi maklumat" muncul pada sekitar dekad 1970-an. Pada abad ke-20,
banyak industri bertumbuh dengan pesat dalam membangunkan sektor elektronik, sektor
pengkomputeran, dan juga bidang-bidang teknologi yang lain. Pada ketika itu, terdapat
banyak penyelidikan telah dilakukan bagi membiayai inovasi serta permbaharuan dalam
bidang jentera dan pengkomputan.Komputer komersil yang pertama ialah UNIVAC I
yang direka bentuk oleh J. Presper Eckert dan John Mauchly untuk Biro Banci Amerika
Syarikat. Pada akhir dekad 1970-an, penciptaan mikrokomputer dan diikuti oleh
penciptaan komputer peribadi IBM pada tahun 1981. Sejak itu, empat generasi komputer
telah berkembang, dengan setiap generasi melambangkan satu langkah yang dicirikan
oleh perkakasan yang semakin kecil dan dan mempunyai pelbagai fungsi.Pada ketika itu,
generasi pertama menggunakan tiub vakum, manakala generasi-generasi kedua dan
ketiga masing-masing menggunakan transistor dan litar bersepadu. Generasi keempat,
iaitu generasi terkini, menggunakan sistem-sistem yang lebih rumit seperti penyepaduan
skal sangat besar (VLSI).

DEFINISI TENTANG TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT)

Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau ICT (Information and Communication


Technology) merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Ruang
lingkup tajuknya sangat luas. Ia boleh berkenaan denagan segala aspek dalam pengurusan
dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudahnya adalah penggunaan komputer
dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat,
dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.

Teknologi Maklumat (Information Technology) atau IT dan Teknologi Maklumat dan


Komunikasi (Information and Communication Technology) atau ICT merupakan
teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Ruang lingkup tajuknya sangat luas:
berkenaan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan
mudah: penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi,
memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan
waktu.
Definisi teknologi maklumat boleh diringkaskan sebagai satu proses pengaliran,
penyebaran, pemprosesan dan penyimpanan maklumat menggunakan perantaraan
teknologi. Seperti yang diketahui umum, teknologi disifatkan sebagai satu bentuk
pemudah cara yang membolehkan pengaliran maklumat menjadi sangat pantas.
Sebenarnya teknologi maklumat tidak terhad kepda internet dan komputer sahaja tetapi ia
melibatkan televisyen, telefon, telefon mudah alih, fax, telegram, PDA dan sistem satelit
dalam menyampaikan maklumat kepada penerima.
Terdapat 3 asas penting dalam penggunaan teknologi maklumat.
Pertama teknologi maklumat adalah untuk mengumpul maklumat. Ia digunakan untuk
suntingan dengan menggunakan teknologi. Contoh,dengan menggunakan komputer ia
boleh merekod bunyi,imej dan sebagai pengesan gerakkan.
Kedua, adalah untuk memanipulasikan maklumat dan proses semula imej.
Ketiga, digunakan untuk berkomunikasi iaitu ia menjelaskan bagaimana teknologi
maklumat digunakan untuk berkomunikasi bagi mendapatkan maklumat daripada sumber
kepada penerima.

FUNGSI-FUNGSI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

Teknologi ini wujud sebagai satu perantaraan untuk mengedarkan pelbagai jenis
maklumat untuk tujuan yang berlainan. Contohnya bagi pendidikan, pengiklanan,
pemberitahuan, telekomunikasi dan sebagainya untuk memperoleh maklumat,
menyimpan maklumat, mengambil semula maklumat, memproses maklumat dan
menyebarkan maklumat.
1. Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dapat membantu pengurus pendidikan
dalam membuat keputusan, menyesuaikan diri dengan perubahan dan selanjutnya dapat
meningkatkan komunikasi dalam organisasinya. Hakikatnya ICT sangat membantu dan
menolong mereka (pengurus sekolah) untuk berfungsi dengan lebih cekap, berkesan,
mudah, cepat dan membuat keputusan yang baik yang melibatkan maklumat, proses dan
kerja seperti pendaftaran pelajar, pelbagai rekod, kawalan inventori, jadual waktu, opsyen
guru, bilangan waktu mengajar, hal yang berkaitan peperiksaan, pembelian stok dan
sebagainya. Ini bersesuaian dengan pendapat Laudon dan Laudon ( 1997 ) yang
menyatakan sistem maklumat dan komunikasi adalah komponen-komponen yang
bersepadu yang mengumpul dan menyimpan maklumat bagi membantu organisasi
membuat keputusan, merancang, mengawal dan menganalis.
2. Guru-guru juga boleh memperolehi maklumat daripada pelbagai sumber melalui ICT
untuk tujuan pembelajaran dan pengajaran ( P & P ) dan tahu menggunakan teknologi
komunikasi seperti CD Rom, cakera padat, video, komputer, komputer bimbit, dan
perisian-perisian aplikasi komputer seperti e-mail, pengkalan data, pemprosesan
perkataan, hamparan eletronik, internet, perisian persembahan dan lain-lainnya.Menurut
Stair dan Reynolds ( 1999 ), tujuan utama sistem maklumat dan komunikasi adalah untuk
membantu organisasi mencapai matlamat-matlamatnya dengan membekalkan pengurus-
pengurus dengan insight ke atas operasi organisasi supaya mereka dapat mengawal,
mengelola dan merancang dengan lebih berkesan dan lebih cekap.
3. Pendidikan jarak jauh dibolehkan dengan wujudnya rangkaian pendidikan yang
lengkap. Tren semasa semakin menampakkan masa depan pengajaran dengan cara jarak
jauh tetapi ini tidak bermakna pendidikan konvensional perlu dihapuskan sama sekali.
Sesetengah daripadanya perlu dikekalkan bagi membolehkan pelajar membelajari
kemahiran tertentu yang tidak boleh diperolehi melalui teknologi maklumat. Contohnya
cara persembahan menggunakan komputer amat berbeza dengan cara konvensional.
Namun kita tidak harus bergantung sepenuhnya kepada komputer dan melahirkan
golongan yang tidak mampu berinteraksi tanpa komputer.
4. Masa kini, semakin banyak bahan-bahan ditukarkan kepada bit-bit dalam komputer.
Penukaran ini akan mencetuskan perubahan yang besar dalam penggunaan ruang di
bandar. Misalnya penduduk bandar tidak perlu berada di sesuatu lokasi tetapi dapat
merasai situasi tersebut melalui internet. Kes yang sama berlaku terhadap perpustakaan,
apabila lebih banyak teks ditukarkan dalam bentuk bit. Pelajar atau penduduk tidak perlu
sampai ke perpustakaan untuk mendapatkan bahan rujukan tersebut.
5. Perdagangan elektronik ditakrifkan sebagai penggunaan telekomunikasi atau rangkaian
yang luas untuk melaksanakan pemindahan kewangan. Dengan berkembangnya
perkhidmatan sedemikian pada masa depan, pengguna tidak perlu melangkah keluar dari
rumah untuk membeli-belah. Di samping itu, mereka boleh membeli-belah 24 jam sehari
tanpa gangguan kesesakan, cuaca dan jurujual yang membosankan. Selain itu, lokasi juga
tidak menjadi masalah kerana perkhidmatan yang dibekalkan akan menjamin pembelian
tersebut dijalankan dengan senang. Halangan yang wujud cumalah kos penghantaran
yang mahal bagi lokasi yang jauh.
6. Dengan adanya rangkaian teknologi maklumat juga membolehkan aktiviti perbankan
dan pasaran dijalankan. Ini akan memberi pengaruh yang besar ke atas guna tanah
kawasan perdagangan pusat. Aktiviti tersebut sentiasa berkait dengan kesesakan di lokasi
perletakan bank atau bursa saham. Namun dengan adanya rangkaian maklumat yang
membolehkan aktiviti tersebut dijalankan dengan selamat maka penduduk bandar dengan
sukarela akan memilih rangkaian tersebut berbanding dengan cara konvensional yang
tidak berkesan serta membazirkan masa dan tenaga.

PERANAN TEKNOLOGI MAKLUMAT


Di dalam dunia yang bertambah maju ini, teknologi maklumat telah menjadi sebahagian
daripada kehidupan kita. Ia juga memainkan peranan yang penting di dalam kerja-kerja
seharian kita. Sejak telefon diciptakan, manusia telah menyaksikan kemunculan pelbagai
ciptaan-ciptaan saintifik yang lebih canggih seperti radio, televisyen, komputer, video dan
sistem faksimili.Misalnya bagi komputer dapat memberi, menyimpan dokumen-dokumen
atau data-data yang diingini. Dengan ada kelebihan ini, ia dapat membantu manusia
dalam bekerja yang lebih pantas dan sempurna dalam mengendalikan penyimpanan data-
data yang penting.

Media massa juga memainkan peranan penting dalam membuka minda kita supaya kita
tidak lagi jahil bak katak di bawah tempurung. Melalui televisyen, kita dibawa ke sistem
video yang begitu canggih. Sistem ini berupaya merakamkan peristiwa-peristiwa yang
menarik serta dapat dimainkan semula ke televisyen dalam bentuk video kaset ataupun
cakera padat. Satu pencapaian besar dalam teknologi komunikasi mungkin adalah dengan
terciptanya telefon bimbit. Ia dapat menghubungkan dua nadi suria yang dapat dicapai
walaupun berkilometer jauhnya. Manusia telah memanfaatkan kaedah ini untuk saling
berhubungan sesama sendiri dengan keselesaan membawanya ke mana sahaja mereka
berada.
Tambahan pula, bagi sistem faksimili bukan sahaja menjimatkan waktu dan tenaga,
bahkan maklumat akan tersiar melalui hitam putih yang akan memudahkan kerja bagi
penerimanya.Namun begitu, setiap yang sempurna pasti ada kecacatannya. Teknologi
maklumat juga menimbulkan masalah sosial yang tidak diingini. Kita boleh melihat
banyak jenayah yang dilaporkan di akhbar-akhbar.Rancangan-rancangan yang disiarkan
melalui media elektronik seperti televisyen mahupun radio masih mempunyai banyak
ruang untuk diperbaiki. Memandangkan kehidupan kita banyak dipengaruhi oleh
teknologi maklumat, kemungkinan besar kita juga akan terikut-ikut dengan gejala-gejala
negatif yang begitu berleluasa.
Kesimpulannya, teknologi maklumat memainkan peranan yang penting dalam menjamin
kehidupan yang lebih selesa. Namun begitu, kita harus memanfaatkan pengetahuan kita
untuk tujuan yang positif. Ini adalah untuk memastikan bahawa masyarakat Singapura
dapat membangun dengan fikiran yang inovatif, kreatif dan berhati mulia.

KOMPONEN TEKNOLOGI MAKLUMAT

Teknologi Maklumat boleh dipecah kepada komponen atau bahagian untuk memudahkan
kajian dalam bidang ini. Komponen tersebut adalah Teknologi, Organisasi dan Pengguna.
Selain daripada itu terdapat juga tafsiran di mana komponen utama teknologi maklumat
ialah komputer(perisian,maklumat,tatacara,manusia), rangkaian komunikasi dan tahu-
guna( know-how ). Ia boleh digambarkan seperti berikut
TEKNOLOGI
MAKLUMAT
PADA MASA
KINI

Dalam zaman yang


serba moden ini,
istilah teknologi maklumat telah diperluas untuk merangkumi pelbagai aspek
pengkomputeran dan teknologi. Ahli-ahi profesional melakukan pelbagai tugas yang
berbeza-beza dari segi pemasangan perisian penggunaan teknologi serta perekaan bentuk
rangkaian komputer dan juga pangkalan data maklumat.Kini, tugas yang dilakukan oleh
mereka melalui teknologi maklumat adalah seperti yang berikut. Iaitu termasuklah
pengurusan data, pengurusan sistem, perangkaian komputer, perekaan bentuk perisian,
perekaan bentuk sistem pangkalan data serta sistem maklumat pengurusan (MIS) .

sumber rujukan:
http://jomkepoh.blogspot.com/2009/07/definisi-tentang-teknologi-maklumat-
dan.html

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Perhubungan Maklumat (ICT)

Antara iklan terbaru dalam blog abuaslam ialah iklan MyEg Service oleh Jabatan
Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi memudahkan orang ramai membaharui cukai jalan
kenderaan secara internet online. Sebelum ini syarikat-syarikat insuran telah
menawarkan perkhidmatan tersebut untuk membaharui insuran kenderaan secara online
tetapi para pemilik kenderaan terpaksa pergi ke JPJ atau Pejabat Pos Malaysia bagi
membaharui cukai jalan masing-masing.

Selain itu beberapa agensi kerajaan lain juga sudah mengorak langkah memanfaatkan
teknologi ICT misalnya LHDN yang menggunakan sistem E-Filing. Ini secara tidak
langsung dapat menjimatkan masa dan kertas dalam urusan pembayaran cukai
pendapatan.

Terbaru, pihak Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) juga sudah menggunakan sistem E-
Ticketing dan menawarkan tambang murah bagi menyaingi Air Asia. Justeru ada baiknya
semua sistem pengangkutan terutama bas Ekspress turut menawarkan sistem sedemikian
kerana ia memudahkan orang ramai membuat tempahan tanpa perlu pergi ke kaunter
tiket.

Bagi industri perbankan pula Maybank Berhad mendahului bank lain dalam menawarkan
sistem online dengan jenama maybank2u. Urusan pemindahan wang dan pembayaran bil
dapat dilakukan dengan mudah dan cepat iaitu hanya di hujung jari.

Di sebalik kemudahan-kemudahan tersebut terdapat juga keburukannya antaranya


peluang pekerjaan sebagai ajen insuran kenderaan dan pekerja di kaunter bank dan tiket
pasti berkurangan. Ini akan menambahkan kadar pengangguran dalam negara. Justeru
tenaga kerja yang ada perlu disalurkan ketempat yang sesuai bagi mengurangkan masalah
tersebut. Ini kerana warganegara Malaysia tidak lagi berminat bekerja sebagai buruh
kasar dan pembantu rumah atau pelayan restoran.

sebenarnya banyak ilmu dan manfaat yang boleh digunakan dengan kewujudan teknologi
ICT tetapi bila disalahgunakan terutama medium internet menyebabkan semua lapisan
masyarakat termasuk remaja dan kanak-kanak turut terdedah kepada bahan lucah/porno.
Ini seterusnya akan menambahkan gejala sosial seperti seks bebas dan jenayah berkaintan
seks seperti rogol dan lain-lain.

Diharap samada kerajaan ataupun pihak swasta dapat berganding bersama bagi
menghasilkan suatu rumusan dan pelan tindakan bagi membendung masalah dan kesan
negatif dari ICT terutama peningkatan jenayah siber dan laman-laman sesawang yang
berunsur lucah

Anda mungkin juga menyukai