Anda di halaman 1dari 42

SYD12002: APLIKASI TM

DALAM PENG. ISLAM

Pengenalan TM
SEJARAH PERKEMBANGAN TEKNOLOGI
MAKLUMAT
1. Istilah "teknologi maklumat" muncul pada sekitar
dekad 1970-an.
2. Pada abad ke-20, banyak industri tumbuh
dengan pesat dalam membangunkan sektor
elektronik, sektor pengkomputeran, dan juga
bidang-bidang teknologi yang lain.
SEJARAH PERKEMBANGAN TEKNOLOGI
MAKLUMAT
3. Pada ketika itu, terdapat banyak penyelidikan
telah dilakukan bagi membiayai inovasi serta
pembaharuan dalam bidang jentera dan
pengkomputan.
4. Komputer komersil yang pertama ialah UNIVAC I
yang direka bentuk oleh J. Presper Eckert dan
John Mauchly untuk Biro Banci Amerika Syarikat.
SEJARAH PERKEMBANGAN TEKNOLOGI
MAKLUMAT
5. Pada akhir dekad 1970-an, penciptaan
mikrokomputer dan diikuti oleh penciptaan
komputer peribadi IBM pada tahun 1981.
SEJARAH PERKEMBANGAN TEKNOLOGI
MAKLUMAT
6. Sejak itu, empat generasi komputer telah
berkembang, dengan setiap generasi
melambangkan satu langkah yang dicirikan
oleh perkakasan yang semakin kecil dan dan
mempunyai pelbagai fungsi.
SEJARAH PERKEMBANGAN TEKNOLOGI
MAKLUMAT

7. Generasi pertama menggunakan tiub vakum.


8. Generasi-generasi kedua dan ketiga masing-
masing menggunakan transistor dan litar
bersepadu.
9. Generasi keempat, iaitu generasi terkini,
menggunakan sistem-sistem yang lebih rumit
seperti penyepaduan skala sangat besar
(VLSI).
SEJARAH PERKEMBANGAN TEKNOLOGI
MAKLUMAT

LSI = large scale intergrated


VLSI = Very large scale intergrated
SEJARAH PERKEMBANGAN TEKNOLOGI
MAKLUMAT

LSI = large scale intergrated


VLSI = Very large scale intergrated
DEFINISI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN
KOMUNIKASI (ICT)
Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau ICT
(Information and Communication Technology)
merupakan teknologi yang diperlukan untuk
pemprosesan data.
Ruang lingkup tajuknya sangat luas. Ia boleh
berkenaan dengan segala aspek dalam pengurusan
dan pemprosesan maklumat.
DEFINISI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN
KOMUNIKASI (ICT)
Secara tepat dan mudahnya adalah penggunaan
komputer dan perisian untuk mengubah,
menyimpan, melindungi, memproses, memindah,
melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa
mengira tempat dan waktu.
DEFINISI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN
KOMUNIKASI (ICT)
Definisi teknologi maklumat boleh diringkaskan
sebagai:
 satu proses pengaliran, penyebaran,
pemprosesan dan penyimpanan maklumat
menggunakan perantaraan teknologi.
Seperti yang diketahui umum, teknologi disifatkan
sebagai satu bentuk pemudah cara yang
membolehkan pengaliran maklumat menjadi
sangat pantas.
DEFINISI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN
KOMUNIKASI (ICT)
Sebenarnya teknologi maklumat tidak terhad kepda
internet dan komputer sahaja tetapi ia melibatkan
televisyen, telefon, telefon mudah alih, fax,
telegram, PDA dan sistem satelit dalam
menyampaikan maklumat kepada penerima.
Istilah teknologi maklumat telah diperluas untuk
merangkumi pelbagai aspek pengkomputeran dan
teknologi.
TEKNOLOGI MAKLUMAT PADA MASA KINI
Para profesional melakukan pelbagai tugas yang
berbeza-beza dari aspek pemasangan perisian
penggunaan teknologi serta perekaan bentuk
rangkaian komputer dan juga pangkalan data
maklumat. Antara tugas yang dilakukan teknologi
maklumat adalah pengurusan data, pengurusan
sistem, perangkaian komputer, perekaan bentuk
perisian, perekaan bentuk sistem pangkalan data
serta sistem maklumat pengurusan (MIS).

http://jomkepoh.blogspot.com/2009/07/definisi-tentang-teknologi-
maklumat-dan.html
KOMPONEN TEKNOLOGI MAKLUMAT
Teknologi Maklumat boleh dipecah kepada
komponen atau bahagian untuk memudahkan
kajian dalam bidang ini. Komponen tersebut adalah
1. Teknologi,
2. Organisasi dan
3. Pengguna.
Selain daripada itu terdapat juga tafsiran di mana
komponen utama teknologi maklumat ialah
computer (perisian, maklumat, tatacara, manusia),
rangkaian komunikasi dan tahu-guna( know-how ).
KOMPONEN TEKNOLOGI MAKLUMAT
PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
DAN KOMUNIKASI (ICT)
Terdapat 3 asas penting dalam penggunaan
teknologi maklumat.
 Pertama teknologi maklumat adalah untuk
mengumpul maklumat. Ia digunakan untuk
suntingan dengan menggunakan teknologi.
Contoh, dengan menggunakan komputer ia
boleh merekod bunyi, imej dan sebagai
pengesan gerakkan.
PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
DAN KOMUNIKASI (ICT)
 Kedua, adalah untuk memanipulasikan
maklumat dan proses semula imej.
 Ketiga, digunakan untuk berkomunikasi iaitu ia
menjelaskan bagaimana teknologi maklumat
digunakan untuk berkomunikasi bagi
mendapatkan maklumat daripada sumber
kepada penerima.
FUNGSI-FUNGSI TEKNOLOGI MAKLUMAT
DAN KOMUNIKASI
Teknologi ini wujud sebagai satu perantaraan untuk
mengedarkan pelbagai jenis maklumat untuk tujuan
yang berlainan. Contohnya bagi pendidikan,
pengiklanan, pemberitahuan, telekomunikasi dan
sebagainya untuk memperoleh maklumat,
menyimpan maklumat, mengambil semula
maklumat, memproses maklumat dan menyebarkan
maklumat.
FUNGSI-FUNGSI TEKNOLOGI MAKLUMAT
DAN KOMUNIKASI
1. Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dapat
membantu pengurus pendidikan dalam membuat
keputusan. Membantu mereka (pengurus sekolah)
untuk berfungsi dengan lebih cekap, melibatkan
maklumat, seperti pendaftaran pelajar, pelbagai
rekod, kawalan inventori, jadual waktu, opsyen guru,
bilangan waktu mengajar, hal yang berkaitan
peperiksaan, pembelian stok dan sebagainya.
FUNGSI-FUNGSI TEKNOLOGI MAKLUMAT
DAN KOMUNIKASI
Ini bersesuaian dengan pendapat Laudon dan
Laudon ( 1997 ) yang menyatakan sistem maklumat
dan komunikasi adalah komponen-komponen yang
bersepadu yang mengumpul dan menyimpan
maklumat bagi membantu organisasi membuat
keputusan, merancang, mengawal dan
menganalis.
FUNGSI-FUNGSI TEKNOLOGI MAKLUMAT
DAN KOMUNIKASI
2. Guru-guru juga boleh memperolehi maklumat
daripada pelbagai sumber melalui ICT untuk tujuan
pembelajaran dan pengajaran ( P & P ) dan tahu
menggunakan teknologi komunikasi seperti CD
Rom, cakera padat, video, komputer, komputer
bimbit, dan perisian-perisian aplikasi komputer
seperti e-mail, pengkalan data, pemprosesan
perkataan, hamparan eletronik, internet, perisian
persembahan dan lain-lainnya.
FUNGSI-FUNGSI TEKNOLOGI MAKLUMAT
DAN KOMUNIKASI
Menurut Stair dan Reynolds ( 1999 ), tujuan
utama sistem maklumat dan komunikasi adalah
untuk membantu organisasi mencapai
matlamat-matlamatnya dengan membekalkan
pengurus-pengurus dengan “insight” ke atas
operasi organisasi supaya mereka dapat
mengawal, mengelola dan merancang dengan
lebih berkesan dan lebih cekap.
FUNGSI-FUNGSI TEKNOLOGI MAKLUMAT
DAN KOMUNIKASI
3. Pendidikan jarak jauh & Pendidikan sepanjang
hayat boleh dilaksanakan dengan wujudnya
rangkaian pendidikan atas talian yang lengkap.
Tren menunjukkan masa depan yang cerah
terhadap pengajaran atas talian, tetapi ini tidak
bermakna pendidikan konvensional perlu
dihapuskan sama sekali. Sesetengah daripadanya
perlu dikekalkan bagi membolehkan pelajar
membelajari kemahiran tertentu yang tidak boleh
diperolehi melalui teknologi maklumat.
FUNGSI-FUNGSI TEKNOLOGI MAKLUMAT
DAN KOMUNIKASI
4. Merubah ruang krn. semakin banyak bahan-
bahan ditukarkan kepada bit-bit dalam komputer.
Penukaran ini mencetuskan perubahan yang besar
dalam penggunaan ruang manusia. Misalnya
manusia tidak perlu berada di sesuatu lokasi tertentu
tetapi dapat merasai situasi tersebut melalui
internet. Contonnya perpustakaan, apabila lebih
banyak teks ditukarkan dalam bentuk bit, pelajar
tidak perlu lagi ke perpustakaan untuk
mendapatkan bahan rujukan.
FUNGSI-FUNGSI TEKNOLOGI MAKLUMAT
DAN KOMUNIKASI
FUNGSI-FUNGSI TEKNOLOGI MAKLUMAT
DAN KOMUNIKASI
5. Perdagangan elektronik ditakrifkan sebagai
penggunaan telekomunikasi atau rangkaian yang
luas untuk melaksanakan pemindahan kewangan.
Dengan berkembangnya perkhidmatan sedemikian
pada masa depan, pengguna tidak perlu
melangkah keluar dari rumah untuk membeli-belah.
Di samping itu, mereka boleh membeli-belah 24 jam
sehari tanpa gangguan kesesakan, cuaca dan
jurujual yang membosankan. Halangan yang wujud
cumalah kos penghantaran yang mahal bagi lokasi
yang jauh.
FUNGSI-FUNGSI TEKNOLOGI MAKLUMAT
DAN KOMUNIKASI
6. Aktiviti perbankan dan pasaran dijalankan
dengan mudah tanpa kesesakan di kawasan lokasi
bank atau bursa saham. Dengan adanya rangkaian
maklumat yang membolehkan aktiviti tersebut
dijalankan dengan selamat maka penduduk akan
memilih kaedah rangkaian atas talian tersebut
berbanding dengan cara konvensional yang tidak
berkesan serta membazirkan masa dan tenaga.
PERANAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
Di dalam dunia yang maju ini, teknologi maklumat
telah menjadi sebahagian daripada kehidupan kita.
Sejak telefon diciptakan, manusia telah berjaya
mencipta pelbagai ciptaan lain yang lebih canggih
seperti radio, televisyen, video, telefon bimbit, sistem
faksimili dan terkini sistem komputer serta rangkaian
internet.
PERANAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
Media massa ini berjaya membuka minda manusia
melalui perkongsian maklumat dengan cepat dan
pantas.
Televisyen, dan sistem video berupaya merakamkan
peristiwa menarik dan dapat dimainkan semula
untuk dikongsi. Satu lagi pencapaian besar dalam
teknologi komunikasi ialah penciptaan telefon
bimbit. Ia dapat menghubungkan manusia dengan
pantas. Manusia telah memanfaatkan kaedah ini
untuk saling berhubung dan bertukar maklumat.
PERANAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
Sistem faksimili bukan sahaja menjimatkan waktu
dan tenaga, bahkan maklumat akan tersebar
dengan pantas bagi memudahkan kerja.
Komputer misalnya dapat menyimpan dokumen-
dokumen atau data-data yang diingini. Dengan
ada kemudahan ini, ia dapat membantu manusia
bekerja dengan lebih pantas dan sempurna dalam
mengendalikan penyimpanan data-data yang
penting.
KESAN POSITIF TEKNOLOGI MAKLUMAT
Antara contoh kebaikan TM ialah ‘MyEg Service’
oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi
memudahkan orang ramai membaharui cukai jalan
kenderaan secara ‘online’. Syarikat insuran telah
menawarkan perkhidmatan membaharui insuran
kenderaan secara online dan melalui MyEG ia lebih
dipermudahkan.
Selain itu beberapa agensi kerajaan lain juga sudah
mengorak langkah memanfaatkan teknologi ICT
misalnya LHDN yang menggunakan sistem E-Filing.
Ini secara tidak langsung dapat menjimatkan masa
dan kertas dalam urusan pembayaran cukai
pendapatan.
KESAN POSITIF TEKNOLOGI MAKLUMAT
Penerbangan Malaysia (MAS) pula menggunakan
sistem ‘E- Ticketing’ dan menawarkan tambang
murah bagi menyaingi Air Asia. Pada masa akan
datang semua sistem pengangkutan boleh
menggunakan sistem ini bagi memudahkan orang
ramai membuat tempahan tanpa perlu pergi ke
kaunter tiket.
Bagi industri perbankan pula Maybank Berhad
mendahului bank lain dalam menawarkan sistem
online dengan jenama maybank2u. Urusan
pemindahan wang dan pembayaran bil dapat
dilakukan dengan mudah dan cepat.
KESAN NEGETIF TEKNOLOGI MAKLUMAT
Namun begitu, penggunaan teknologi maklumat
juga tidak sunyi daripada kesan negetif. Masalah
sosial yang berlaku sebahagiannya berpunca
daripada kecanggihan teknologi.

Rancangan-rancangan yang disiarkan melalui


media elektronik seperti televisyen dan radio
mampu mempengaruhi minda masyarakat.
KESAN NEGETIF TEKNOLOGI MAKLUMAT
Jika rancangan yang disajikan mempunyai unsur-
unsur negetif ia mampu mencetuskan masalah
moral kepada manusia.

Memandangkan kehidupan kita banyak


dipengaruhi oleh teknologi maklumat, unsur negatif
yang dicetuskan oleh teknologi ini mampu memberi
impak kepada gejala-gejala social dalam
masyarakat.
KESAN NEGETIF TEKNOLOGI MAKLUMAT
Penyalahgunaan internet menyebabkan
masyarakat termasuk remaja dan kanak-kanak turut
terdedah kepada bahan lucah/porno. Ini akan
menimbulkan gejala sosial seperti seks bebas dan
jenayah berkaintan seks seperti rogol dan lain-lain.
Pihak kerajaan dan swasta perlu berkerjasama bagi
membendung masalah dan kesan negatif dari ICT
terutama peningkatan jenayah siber dan laman-
laman sesawang yang berunsur lucah
KESAN NEGETIF TEKNOLOGI MAKLUMAT
Selain dari itu, kesan negetifnya turut melibatkan isu
penawaran kerja krn. peluang pekerjaan sebagai
ejen insuran kenderaan, pekerja di kaunter bank dan
tiket pasti berkurangan. Ini akan menambahkan
kadar pengangguran dalam negara.
Justeru tenaga kerja yang ada perlu disalurkan
ketempat yang sesuai bagi mengurangkan masalah
tersebut. Ini kerana warganegara Malaysia tidak lagi
berminat bekerja sebagai buruh kasar dan
pembantu rumah atau pelayan restoran.
Sumber: http://kumpulan1kawan.blogspot.my/p/test.html

Anda mungkin juga menyukai