Anda di halaman 1dari 15

PERKEMBANGAN MEDIA KOMUNIKASI DAN PERANANNYA KEPADA MASYARAKAT\ ISLAM DI

SABAH .

PENGENALAN

PERMASALAHAN KAJIAN

OBJEKTIF KAJIAN

PERSOALAN KAJIAN

SKOP KAJIAN

METODOLOGI KAJIAN
SUMMARY

Abad Ke21 ini menyaksikan komuniksi sosial maya yang berasaskan internet yang
dikongsikan melalui media sosial yang semakin pesat dan digemari masa kini (Nur
Nadhira,2017; Uzlec 2011). Penggunaan medium komunikasi (MK) maya seperti
penggunaan Whatapps, Instigram, Facebook, Youtube dan Twitter di gajet telefon mudah
alih (HP) atau Tab telah mendapat sambutan hebat penggunaannya di kebanyakan negara
termasuk Malaysia. Penggunaan jalur lebar meningkat di negara ini iaitu dari 96.3% (2016)
kepada 96.5%(2018) dengan aplikasi rangkaian sosial Facebook antara yang popular diikuti
Instagram. Bagi apalikasi komunikasi maya yang banyak digunakan ialah Whatapps (98.1%)
dan Facebook Messenger (55.6) (SKMM,2018). Perkembangan dan salah guna dalam
rangkaian sosial komunikasi maya ini mengganggu gugat keharmonian masyarakat
setempat, juga memberi cabaran kepada system nilai dalam agama dan budaya setempat.
Selari dengan perkembngan ini, individu atau kumpulan individu dan masyarakat perlu
mempunyai kekuatan dalaman dalam menghadapi arus perkembangan komunikasi maya ini.
Menurut Shabr (2011) kelemahan dan ketidakbolehan individu dalam memahami fungsi,
sebab dan musabab membuat individu lemah dalam memahami hakikat keperluan sesuatu.
Rangkaian medium komunikasi (MK) adalah antara penyumbang kepada perkara ini.
Penggunaannya menjangkaui kepada perbahasan berkaitan agama (Fadzli et al, 2015).
Selain itu, komunikasi maya ini juga digunakan sebagai medium dakwah oleh penganut dan
pengamal dakwah pelbagai agama (seperti Kristian, Hindu, Yahudi, Budha, dan Islam (Bunt,
2003; Graf, 2008; Umar & Shamsudin, 2010; Campbell, 2006; Helland, 2000,2005). Kajian
terhadap implikasi penggunaan rangkaian MK sosial maya sememangnya banyak dilakukan
pengkaji pelbgai bidang, namun pengkajian secara menyeluruh dalam aspek agama dan
budaya setempat masih kurang dilaksanakan khususnya di Sabah. Justeru itu, pengkajian ini
berfokus kepada tiga objektif (i) Mengenalpasti nilai golongan belia dalam (MK), (ii)
Meninjau respon terhadap nilai yang ada dalam (MK), dan (iii) Menilai kesan pertembungan
‘nilai’ (MK) sosial maya dengan praktis agama dan budaya. (290PP).

PROBLEM STATEMENT

Abad Ke21 ini menyaksikan komuniksi sosial maya yang berasaskan internet yang
dikongsikan melalui media sosial yang semakin pesat dan digemari masa kini (Nur
Nadhira,2017; Uzlec 2011). Penggunaan medium komunikasi (MK) maya seperti
penggunaan Whatapps, Instigram, Facebook, Youtube dan Twitter di gajet telefon mudah
alih (HP) atau Tab telah mendapat sambutan hebat penggunaannya di kebanyakan negara
termasuk Malaysia. Penggunaan jalur lebar meningkat di negara ini iaitu dari 96.3% (2016)
kepada 96.5%(2018) dengan aplikasi rangkaian sosial Facebook antara yang popular diikuti
Instagram. Bagi apalikasi komunikasi maya yang banyak digunakan ialah Whatapps (98.1%)
dan Facebook Messenger (55.6) (SKMM,2018). Perkembangan dan salah guna dalam
rangkaian sosial komunikasi maya ini mengganggu gugat keharmonian masyarakat
setempat, juga memberi cabaran kepada system nilai dalam agama dan budaya setempat.
Selari dengan perkembngan ini, individu atau kumpulan individu dan masyarakat perlu
mempunyai kekuatan dalaman dalam menghadapi arus perkembangan komunikasi maya ini.
Menurut Shabr (2011) kelemahan dan ketidakbolehan individu dalam memahami fungsi,
sebab dan musabab membuat individu lemah dalam memahami hakikat keperluan sesuatu.
Rangkaian medium komunikasi (MK) adalah antara penyumbang kepada perkara ini.
Penggunaannya menjangkaui kepada perbahasan berkaitan agama (Fadzli et al, 2015).
Selain itu, komunikasi maya ini juga digunakan sebagai medium dakwah oleh penganut dan
pengamal dakwah pelbagai agama (seperti Kristian, Hindu, Yahudi, Budha, dan Islam (Bunt,
2003; Graf, 2008; Umar & Shamsudin, 2010; Campbell, 2006; Helland, 2000,2005). Kajian
terhadap implikasi penggunaan rangkaian MK sosial maya sememangnya banyak dilakukan
pengkaji pelbgai bidang, namun pengkajian secara menyeluruh dalam aspek agama dan
budaya setempat masih kurang dilaksanakan khususnya di Sabah. Justeru itu, pengkajian ini
berfokus kepada tiga objektif (i) Mengenalpasti nilai golongan belia dalam (MK), (ii)
Meninjau respon terhadap nilai yang ada dalam (MK), dan (iii) Menilai kesan pertembungan
‘nilai’ (MK) sosial maya dengan praktis agama dan budaya. (290PP).

SOROTAN LITERATUR

Era teknologi masa kini menyaksikan cetusan kaedah komunikasi berasaskan Internet yang
dikongsikan melalui media sosial. Aplikasi Instagram adalah salah satu platform media sosial
yang digemari masa kini. Aplikasi ini bukan sahaja boleh digunakan untuk tujuan sosial,
malah turut dimanfaatkan untuk tujuan pendidikan (Nur Nadhira Ahmad Rashidi et.al.
2017 ). Abad ke-21 kini menyaksikan cetusan komunikasi berasaskan Internet dihantar
melalui media. Ia telah menjadi faktor utama dalam mempengaruhi pelbagai aspek tingkah
laku pengguna termasuk kesedaran, perolehan maklumat, pendapat, sikap, tingkah laku
pembelian, komunikasi dan penilaian.

Media sosial boleh dianggap sebagai platform yang menyediakan ruang untuk berkolaborasi
(Uzelac, 2011), kerana interaksi di kalangan pengguna adalah berdasarkan pertukaran
bebas kandungannya yang bertentangan dengan media tradisional. Dalam dunia teknologi
hari ini, rangkaian media sosial telah menjadi satu ruang khususnya para peniaga boleh
memperluaskan kempen pemasaran mereka kepada persekitaran yang lebih luas
penggunanya. Media kini bukan hanya alat bagi kemudahan pengedaran, pengarkiban, dan
berasaskan teks, tetapi kini menjadi alat bagi media sosial yang berkeupayaan untuk
menyampaikan kandungan media yang bertujuan untuk penyampaian maklumat.

Rangkaian media sosial juga digunakan untuk pelbagai tujuan dan dikatakan bahawa remaja
seawal usia 12 tahun mempunyai sekurang-kurangnya satu akaun rangkaian sosial (Endres,
2013). Perkembangan teknologi telah memperlihatkan peningkatan terhadap penerimaan
teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam dunia perniagaan masa kini. Bermula
dengan penerimaan teknologi Internet, ia mula terarah kepada medium yang lebih fokus
dan bersifat persendirian iaitu teknologi e-mel. Kemudian, melalui proses transformasi
teknologi, media sosial dilihat semakin diterima untuk tujuan kelangsungan perniagaan
(Gunelius, 2011). Kini, penerimaan media sosial dalam perniagaan dapat dilihat melalui
medium seperti Facebook, Twitter, YouTube, LinkedIn dan blog (Au, 2010; Gunelius, 2011).

Dunia semakin pantas dengan pelbagai teknologi terkini, hardware dan software terkini,
media sosial seperti Facebook, Wechat, Skype, Twitter, Whatsapp, emel menjadi kegilaan
ramai termasuklah fenomena terkini iaitu aplikasi Instagram. Media sosial ditakrifkan
sebagai "sekumpulan aplikasi berasaskan Internet yang membina di atas asas ideologi dan
teknologi Web 2.0, dan yang membolehkan penciptaan dan pertukaran Kandungan Janaan
Pengguna" (Kaplan & Haenlein, 2010). Kepentingan media sosial untuk tujuan melariskan
dan memajukan perniagaan pada hari ini tidak dapat dinafikan lagi. Ia semakin diterima
oleh kebanyakan organisasi dalam pelbagai industri sebagai medium pemasaran baharu.
Kini, orang ramai mula menggunakan media sosial sebagai platform urus niaga untuk aktiviti
pembelian, membuat pertanyaan dan untuk mendapatkan maklum balas (Gunelius, 2011).

Dari sudut organisasi perniagaan, media sosial membolehkan aktiviti seperti penyampaian
maklumat, promosi dan proses mendapatkan maklum balas daripada pelanggan
dilaksanakan dengan lebih baik (Sin, Khalil & Al-Agaga, 2012). Jadi, tidak hairanlah
sekiranya dapat kita lihat pada hari ini hampir setiap perniagaan akan menggunakan
manfaat daripada perkembangan teknologi ini sebagai peluang untuk mereka
mempromosikan produk dan perkhidmatan kearah lebih maju (Yusniza, 2007; Buhalis &
Law, 2008) Media sosial adalah rangkaian yang penting untuk berkomunikasi dalam
masyarakat setempat. Media rangkaian sosial mempunyai aplikasi yang luas dalam
masyarakat hari ini (Casimir & Doris, 2011). Media sosial juga memudahkan cara
penyampaian pembelajaran di zaman serba canggih kini (Collin et al.,2011) dan Baruah
(2012) pula mengatakan antara kepentingan penggunaan media sosial ialah untuk
perkongsian pengetahuan dan maklumat atas talian dalam pelbagai kumpulan yang
menggalakkan kemahiran berkomunikasi terutamanya antara pelajar dengan institusi
pendidikan.

Perkembangan semasa menunjukkan pengguna semakin dekat dengan media baru dan
penggunaannya telah menjangkau kepada perbahasan yang berkaitan dengan agama serta
keperluannya dalam kehidupan seharian (Fadzli et.al. 2015) Internet adalah ungkapan
umum bagi dunia komunikasi dan maklumat pada masa ini. Media baru ini telah dianggap
sebagai kuasa besar kerana kekuatannya dalam menyampaikan mesej merentasi sempadan
masa dan tempat dengan kapasiti yang besar dan pantas. Pelbagai transaksi,
perkembangan ekonomi, politik, pendidikan, keagamaan dan sosial boleh dilakukan selama
24 jam tanpa batas. Perbincangan mengenai media baru sangat menarik kerana ia
menawarkan pelbagai bentuk maklumat baru seperti dialog dan perkongsian maklumat,
blog, forum, wiki, chat, rangkaian sosial, dan lain-lain perisian yang membolehkan pelbagai
pilihan dilakukan (Kubiszewski, Noordewier & Costanza, 2011). Justeru, tidak hairan jika
media baru ini telah dimanipulasikan sebagai medium dakwah oleh pelbagai agama seperti
Yahudi, Kristian, Hindu, Budha dan Islam (Bunt, 2003; Graf 2008; Umar & Samsudin, 2010).
Dewasa ini media baru telah dijadikan kilang terbesar untuk propaganda agama dan ruang
ini telah dimanfaatkan sebagai prasarana penyebaran agama dan komunikasi antara umat
terutamanya oleh masyarakat Barat (Campbell, 2006; Helland, 2000; 2005; Bunt; 2003).

Aplikasi-aplikasi yang dibangunkan merancakkan lagi pembentukan masyarakat jaringan,


jaringan sosial dan proses komunikasi secara dalam talian. Sebagai contoh aplikasi media
sosial seperti Facebook, Whatsapp, Instagram dan Twitter memberi kesan baharu kepada
pengguna untuk lebih aktif berinteraksi dengan pelbagai khalayak. Walau bagaimana pun,
penggunaan media sosial telah mewujudkan satu fenomena baharu iaitu isu pengawasan.
Pengawasan melalui media sosial bukan sahaja membawa kebaikan, malah juga
menimbulkan kesan yang negatif. (Mohd Azrul, 2017). pelbagai aplikasi dibangunkan untuk
memberi peluang kepada pengguna berkomunikasi, mengakses, berkongsi, serta
menyebarkan informasi kepada pengguna lain diseluruh dunia. pembangunan sistem atau
aplikasi secara dalam talian juga membawa perubahan kepada kehidupan harian
masyarakat dalam memproses, berkongsi dan penyebaran maklumat (Mohd Azul Mohamad
Salleh et al. 2016). Selain itu, pembangunan teknologi sebegini juga merancakan lagi
pembentukan sebuah masyarakat abad ke 21 yang baharu, iaitu masyarakat digital atau
masyarakat jaringan. Menurut Castells (Castells, 2000), masyarakat jaringan merujuk
kepada struktur asas masyarakat yang berkait rapat dengan masyarakat bermaklumat yang
mengguna infrastruktur dan aplikasi teknologi komunikasi untuk melaksanakan kerja harian
mereka.

Kaplan dan Haenlein (2010) menyifatkan aplikasi media sosial merupakan satu media yang
dibentuk berasaskan interaksi sosial, dan dibangun untuk memudahkan proses capaian dan
akses kepada maklumat yang dikongsi. Media sosial yang berasaskan penggunaan Internet
dan teknologi Web membolehkan sistem penyiaran media yang sehala ditransformasikan
kepada sistem dialog yang lebih aktif dan interaktif. Sifat media sosial yang lebih interaktif
dengan adanya ciri interaktiviti dapat mempertingkatkan kepuasan komunikasi secara dalam
talian (Mohd Azul Mohamad Salleh 2012), dan menyebabkan ianya menjadi unik dan lebih
dinamik kandungannya berbanding dengan media lain. Media sosial juga memberikan ruang
dan kuasa kepada pengguna untuk mengekspresikan diri sendiri dan berhubung dengan
individu lain dengan mudah. Pew Research Center (2013) menyatakan bahawa pengguna
laman sosial cenderung untuk berkongsi pelbagai maklumat peribadi secara dalam talian.
Seterusnya, Madden et. al (2013) pula menyatakan pengguna mengelak daripada
menggunakan beberapa aplikasi di telefon pintar dan tablet disebabkan kegusaran
mengenai aspek keselamatan seperti privasi ketika berkomunikasi dan berkongsi maklumat
secara dalam talian.

Media massa dan media sosial telah memberi kesan kepada pembangunan diri khususnya
berkaitan aspek sosio-psikologi generasi muda. Antara alasan yang sering digunakan ialah
hak dan kebebasan seperti hak dalam demokrasi, kebebasan bersuara dan juga hak individu
bagi membolehkan mereka melaksanakan berbagai-bagai bentuk rancangan dan
program.Akibat daripada impak globalisasi dan dunia tanpa sempadan, data menunjukkan
jumlah pengguna internet dan media sosial di Malaysia adalah antara yang tertinggi di
dunia. Pada tahun 2015, terdapat 10.4 juta pengguna aktif Facebook sahaja di Malaysia.
Data menunjukkan bahawa 21.9 juta (73%) penduduk Malaysia menggunakan aplikasi
Whatsapp yang merupakan pengguna ketiga tertinggi di seluruh dunia berdasarkan nisbah
penduduk. Data keseluruhan menunjukkan 16.5 juta (55%) penduduk Malaysia adalah
pengguna aktif dalam media sosial. Terdapat dua cabaran utama yang perlu ditangani oleh
para pendidik iaitu i) jurang persepsi dan ilmu antara guru dengan generasi dan ii)
pembangunan akidah yang sahih dalam kalangan generasi muda, (Abdul Halim & Hanani,
2016).

Kewujudan media massa khususnya media baru telah membuka ruang yang tidak terbatas
informasi serta maklumat yang berbagai-bagai sehingga membawa kepada masalah akhlak
dan turut ancaman akidah umat Islam terutama kepada generasi muda yang tidak
mempunyai asas Islam yang mantap (Ab. Halim dan Zarin, 2009). Kekurangan dan
kecetekan agama adalah faktor utama berlakunya masalah akidah dan terdapat mereka
yang terlibat menjelaskan bahawa mereka tidak begitu memahami memahami konsep
keimanan kepada Allah dan Rasul yang seharusnya menjadi benteng kepada kemaksiatan
(Norsaleha Mohd Salleh, 2015). Kefahaman yang syumul turut menjadi satu persoalan yang
utama. Apakah mereka dapat memahami Islam sebagai satu Din yang syumul atau sekadar
memahami Islam sebagai masyarakat sekular memahami agama dalam ruang lingkup yang
amat sempit sekali? Kegagalan mematuhi segala perintah Allah adalah berasaskan
kelemahan atau ketiadaan iman kepada Allah SWT, (Abdul Halim & Hanani, 2016).

Walaubagaimanapun,dalam konteks Malaysia, media baru mula memainkan peranan penting


sebagai agen transformasi dakwah dan telah digunakan sebagai bahan rujukan dan
pembelajaran agama oleh masyarakat dengan keupayaannya menyediakan pelbagai
maklumat mengenai Islam (Umar & Samsudin, 2010), Medium dakwah ini mula berhadapan
dengan perubahan ruang dan masa serta beberapa nilai baru yang muncul dalam khalayak
manusia (Zulkifle Ghani, 2010). Laman sesawang ini bukan sahaja diakses untuk tujuan
kebaikan bahkan kandungan maklumatnya juga berbaur dengan pelbagai keburukan di
dalamnya (Rahmat, 2010) termasuklah isu-isu berkaitan agama seperti propaganda agama,
liberalisasi agama dan isu sinkritisme dalam agama.

Masyarakat Islam perlu sedar bahawa teknologi adalah pemudah cara, keberadaan teknologi
maklumat menjadikan dakwah dapat disampaikan dalam pelbagai bentuk dan ia dilihat lebih
pantas dalam menyampaikan sesuatu nasihat atau ilmu serta mampu dikongsikan kepada
seluruh dunia lantas bersifat lebih global (Muhamad Asyraf, Khairul Azhar dan Rushdi,
2013). Penggunaan teknologi dalam dakwah bukan semata-mata sebagai pengantara atau
alat tetapi berfungsi lebih dari itu. Media dakwah berkembang secara evolusi menjalani fasa-
fasa tertentu dan sehingga kini dilihat lebih sistematik dengan reka bentuk yang menarik
dilengkapi dengan kombinasi sumber-sumber manusia dan bukan manusia untuk
menghasilkan dakwah yang lebih efektif. Media sememangnya diperakui sentiasa
memainkan peranan penting sebagai alat sebaran maklumat termasuklah media Islam. Apa
yang dimaksudkan dengan media baru adalah alat untuk menyampaikan perkhabaran, isi
dan pemikiran kepada sasaran yang juga dalam bahasa Arab merujuk kepada perkataan
wasa‟il. Alat dakwah haruslah digunakan sepenuhnya dalam aktiviti dakwah dan penentuan
samada baik atau tidak adalah diserahkan kepada pengguna (Aziz, 1995).

Manusia masa kini amat terpesona dengan diri mereka. Apa yang mereka mahu dan ingin
lakukan akan dilakukan tanpa banyak halangan yang menghalang. Penggunaan medium
komunikasi (MK) maya seperti penggunaan Whatapps, Instigram, Facebook, Youtube dan
Twitter di gajet telefon mudah alih (HP) atau Tab telah mendapat sambutan hebat
penggunaannya di negara ini. MK dari persepektif ini secara teori boleh memberi kesan
psikologi, spiritual bagi fizikal kepada pengguna tegar yang menggunakannya. Dalam
laporan yang dikemukan oleh Surahanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)
pada tahun 2018 menunjukkan penggunaan jalur lebar bagi tujuan berkomunikasi melalui
teks telah meningkat dari 96.3% pada tahun 2016 kepada 96.5% bagi tahun 2018. Aplikasi
rangkaian sosial maya ‘Facebook’ masih mengungguli sebagai rangkaian sosial yang popular
dengan kedudukan 97.3% dari jumlah pengguna rangkaian sosial maya di negara ini dan
diikuti oleh Instagram 57%. Manakala aplikasi komunikasi maya yang paling banyak
digunakan adalah Whatapps sebanyak 98.1% dan diikuti oleh Facebook Messenger
sebanyak 55.6%. [https://www. mcmc.gov.my, (28/01/2019)]

Apa yang manusia suka lakukan tidak semestinya baik kepada manusia dan begitulah
disebaliknya. Disebut dalam al-Quran: “Moga-moga apa yang kamu benci sesungguhnya
pekara tersebut adalah baik untuk kamu dan moga-moga apa yang kamu suka adalah tidak
baik untuk kamu” (Surah al-Baqarah: 612). Kesukaan atau kecenderungan yang kuat pada
sesuatu tidak bermaksud akan memberi kesan yang baik kepada pelakunyan (Shabr (Al-
Akhlaq, 2011). Pada lazimnya, kedua-dua perkara ini selalu didalangi oleh nafsu (al-nafs)
tetapi bukan dari kesedaran yang tulus (positive mind consciousness). Ramai yang tidak
sedar kewujudan perkara ini dalam diri mereka dan menganggap kesukaan dan
kecenderungan dalam konteks ini adalah perkara biasa. Nafsu yang tidak berdiri kukuh di
landasan akhlak biasanya akan membawa manusia kepada kesulitan dan kepayahan dalam
perlakuan dan kehidupan. Kesukaan dan kecenderungan yang tidak terkawal boleh
menjadikan sesuatu individu ketagihan dengan perlakuanya. Pengguna aplikasi komunikasi
dan jaringan sosial maya yang berada dalam tahap ketagihan sudah pasti tidak sedar
bahawa nafsu dan hawanya telah mendorong dirinya kearah kehidupan yang kurang baik.
Ibn Maskawih (Tahzib, 1922).

Kebolehahan individu untuk berubah ke arah yang lebih positif atau negatif turut berkait
dengan perkara-perkara yang mendokong perkara-perkara tersebut Apakah boleh dikatakan
aplikasi rangkaian dan hubungan sosial seperti ‘Facebook’ dan ‘Whatapps’ mampu
membawa penggunanya kepada sesuatu bentuk perubahan diri dalaman dan luaran? Dalam
konteks ini apakah nilai (Nilai A) yang terhasil dari penggunaan aplikasi rangkaian dan
hubungan sosial secara aksesif mempengaruhi golongan belia yang menggunakannya.
Barrett (Building, 2006). Dalam pandangan umum golongan belia di negara ini dan mungkin
juga di negara luar tidak menapis data yang mereka terima dalam aplikasi rangkaian dan
hubungan sosial. Maklumat yang diterima biasanya dibaca sahaja. Jika maklumat itu
menarik perhatian, maklumat ini akan dikongsi (share) dengan rakan yang lain. Ini seakan-
akan memberi indikasi, para belia seakan-akan dilatih untuk hanya menerima, baca, delete
atau share. Semakin menarik maklumat atau data yang diterima semakin banyak pula
maklumat tersebut akan dikongsikan bersama dengan pengguna aplikasi rangkaian dan
hubungan sosial yang lain tanpa mengambil kira samada apa yang dikongsikan itu benar
ataupun tidak, boleh atau tidak boleh, terlarang atau dibenarkan. Hendro, (Pengaruh,
2016).

Tindakan seumpama ini merupakan satu bentuk nilai dalam sistem akhlak manusia kurun
ini. Namun, jelasnya bentuk nilai ini (Nilai A) bersalahan dengan norma agama dan budaya.
Dalam sistem agama dan budaya pada lazimnya sesuatu maklumat akan ditapis dahulu.
Ditapis samada betul atau tidak, perlu diwar-warkan ataupun tidak. Sikap yang suka
berkongsi maklumat tanpa mengambil kira akan undang-undang akhlak kadang-kala
mengundang perkara yang tidak diingini yang boleh memberi kesan negatif kepada banyak
individu seperti yang di sebut dalam al-Quran, Hujurat: 6 “Wahai orang-orang yang
beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah
(untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan
perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga
menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan”. Perkara yang sama juga ada
dinyatakan dalam Bible, 1 Corinthians 13:12 (KJV) “Pada ketika ini kami melihat melalui kaca
(cermin), kelihatan gelap (kabur); kemudian kami nampak dari muka ke muka:
sebahagiannya aku dikenali; sepatutnya bolehkah aku tahu (mengenali) sebagaimana aku
dikenali”. Ariane & Shanta (Sharing Value, 2011)

Nilai A seperti di atas yang menjadi amalan atau anutan oleh ramai pengguna aplikasi
komunikasi dan jaringan sosial maya khususnya golongan remaja. Ini tidak boleh dipandang
remeh-temeh oleh pihak berwajib. Dalam pemerhatian pengkaji secara rawak dari tahun
2010-2018 lebih dari seribu pelajar yang mengambil subjek Etika dan Akhlak (UE00902) di
UMS menunjukkan pelajar-pelajar dalam lingkungan umur 19-20 tahun amat terpengaruh
dengan nilai A yang lebih condong kepada unsur-unsur negatif. Unsur-unsur ini seperti
terjebak dengan gosip-gosip yang tidak berfaedah, memanjangkan maklumat yang berunsur
fitnah, berkongsi maklumat tanpa mengklasifikasikannya terlebih dahulu, menyebarkan
gambar-gambar yang mengaibkan bagi orang lain, tidak bertanggung jawab dengan apa
yang disebarkan, menjadikan info ringkas sebagai satu yang autentik walaupun dalam
bidang ilmu dan memupuk sikap malas di kalangan golongan ini untuk membuat pencarian,
pertanyaan dan pemilihan terhadap perkara yang terbaik. Al-Mubarak (Akhlak, 1924).

Malah perkara yang lebih teruk dari ini adalah kelemahan dalam menggunakan konsep
‘sebab dan musabab’ (logic, reason, and reasoning) pelajar-pelajar ini semakin hari semakin
lemah. Sebastian (Kant,2003). Disebut dalam al-Quran, al-Kahfi: 84-85 “Sesungguhnya Kami
telah memberikan kepadanya kekuasaan memerintah di bumi, dan Kami beri kepadanya
sebab bagi menjayakan tiap-tiap sesuatu yang diperlukannya. Lalu ia menurut cara (sebab
musabab dalam melaksanakannya)”. Manakala dalam Bible menyatakan, Isaiah 43:23 “
Letakan akan Daku dalam ingatan, biarkan kita berbahas hal kita bersama; Nyatakan sebab
(reason) yang menyokong kebenaran diri anda”. Kelemahan para pelajar dalam
mengggunakan, mencari, berdebat dan mempertikaikan ‘logic, reason dan reasoning’, ini
bermaksud, besar kemungkinan sebahagian generasi akan datang (dalam 30 tahun akan
datang) merupakan generasi yang mudah dipengaruhi, diperkotak-katikkan dan tidak tahan
diuji oleh apa jua pun. Singer (Practical, 1999).

Kesimpulannya, golongan remaja perlu merubah diri agar tidak keterlaluan dalam
menggunakan aplikasi komunikasi dan jaringan sosial maya. Pengunaan yang tidak terkawal
boleh menyebabkan timbulnya ketagihan yang tidak disangka. Ini akan mendorong para
remaja melakukan perkara yang bertentangan dengan prinsip agama dan budaya seperti
terjebak dengan gosip-gosip yang tidak berfaedah, memanjangkan maklumat yang berunsur
fitnah, berkongsi maklumat tanpa mengklasifikasikannya terlebih dahulu, menyebarkan
gambar-gambar yang mengaibkan bagi orang lain, tidak bertanggung jawab dengan apa
yang disebarkan, menjadikan info ringkas sebagai satu yang autentik walaupun dalam
bidang ilmu dan memupuk sikap malas di kalangan golongan ini untuk membuat pencarian,
pertanyaan dan pemilihan terhadap perkara yang terbaik.

5. Relevance to Government Policy (if any)

i. Pengkajian isu-isu dalam sistem rangkaian sosial maya masa kini penting bagi meneliti
implikasi kepada perkembangan dan kestabilan serta kekukuhan masyarakat, kepimpinan
dan negara

ii. Tidak wujud satu pengkajian khusus dalam membangunkan serta melihat perkembangan
rangkaian medium sosial maya dalam konteks agama dan budaya

iii. Hasil penelitian pengkajian ini menjadi platform dalam pengkajian kesan perkembangan
rangkaian medium sosial maya kepada konteks agama sekaligus memperlihatkan cakupan
bidang keagamaan yang luas dalam meneliti isu seumpama ini.

iv. Hasil penelitian ini melalui perkongsian hasil penyelidikan menyumbang kepada
pembentukan polisi dan dasar berkaitan rangkaian medium sosial maya ke atas agama dan
budaya setempat agar masyarakat tidak pincang dan kepimpinan kukuh boleh dibentuk.
(b) References*

Ab. Halim Tamuri dan Zarin Ismail. 2009. Hubungan Antara Pegangan Nilai Moral Dengan
Media Masa: Tinjauan Ke Atas Remaja Melayu Luar Bandar. SARI. 27(1): 199-212.

Abd. Aziz Mohd. Zin. 1995. Minhaj Dakwah Masakini: Suatu Pengenalan. Jurnal Usuluddin,
3: 77-102.

Abdul Halim Tamuri, Nur Hanani Hussin. 2016. Cabaran Pendidikan Islam Di Era Media
Sosial. Malaysian Online Journal of Education. Vol. 1. No. 2 (2017), 37-43

Bunt, G. R. 2003. Islam in the Digital Age: e-Jihad, Online Fatwas and Cyber Islamic
Environments. London: Pluto Press.

Cambell, H. Religion And The Internet. A Quarterly Review of Communication Research.


1(25): 1-43.

Castells, M. 2000. The rise of the network society. USA: Blackwell Publishers Inc.

Endres, H. (2013). Sheddz a Clothing Brand: Creating a Marketing Plan through Social Media
and Traditional Marketing Research. Faculty of the Journalism Department, California
Polytechnic State University San Luis Obispo.

Fadzli Adam , Ab Hamid Ali , Marhana Mohamed Anuar, Engku Muhammad Tajuddin Engku
Ali. 2015. Cabaran Media Baru Sebagai Medium Pembelajaran Agama Dan Penyelesaiannya
Dari Perspektif Islam. Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari, Unisza.

Helland, C. (2005). Online Religion as Lived Religion: Methodological Issues in the Study of
Religious Participation on the Internet. Online-Heidelberg Journal of Religions on the
Internet, 1(1).

http://journals.ub.uni-heidelberg.de/index.php/religions/search/-retreived 18/4/12.

Kaplan, A. & Haenlein, M. (2010), “Users of the world, unite! The challenges and
opportunities of social media,” Business Horizons, 53(1), pp. 59-68.

Kaplan, A. M. & Haenlein, M. 2010. Users of The World, Unite! The Challengers and
Oppoturnities of Social Media. Business Horizons. 53 (1).
Kubiszewski, I., Noordewier, T., & Costanza, R. 2011. Perceived Credibility of Internet
Encyclopedias. Computers & Education, 56 (3): 659-667.

Mohd Azul Mohamad Salleh dan Nurul Madiha Mohd Ilham. 2017. Pengalaman dan
Kesedaran Pengguna Dewasa terhadap Isu Pengawasan di Media Sosial. Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Mohd Azul Mohamad Salleh. 2012. The impact of interactivity features in enhancing online
communication satisfaction. Malaysian Journal of Communication. 28 (2). 21-26.

Muhamad Asyraf, Khairul Azhar dan Rushdi Ramli. 15-16 Mei 2013. Dakwah Siber: Etika dan
Akhlak. Prosiding Seminar Antarabangsa Dakwah dan Pembangunan Insan: Isu-isu Dakwah
Semasa. 455-485.

Norsaleha Mohd. Salleh. 2015.Penghayatan akidah, ketenangan hati dan ketenangan rohani
pelajar sekolah menengah kebangsaan di Malaysia. (Tesis Ph.D). Fakulti Pendidikan,
Universiti Kebangsaan Malaysia

Nur Nadhira Ahmad Rashidi, Fariza Khalid, Mohd Jasmy Abd Rahman. 2017. Penggunaan
Instagram Sebagai Platform Promosi Pendidikan.. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan
Malaysia .

PewResearchCenter. 2013. Teens, Social Media, and Privacy. The Berkman Center for
Internet & Society. Harvard University.

Rahmat Ghazali. 2010. Cabaran daripada kewartawanan internet. Pemikir. Kuala Lumpur:
Utusan Publications & Distributor Sdn Bhd.

Umar Halim & Samsudin A. Rahim. 2010. Penglibatan Digital: Akses dan Penggunaan e-
Agama Dalam Kalangan Generasi Muda Muslim. Jurnal Komunikasi Malaysia. 27(2): 121-
135.

Umar Halim & Samsudin A. Rahim. 2010. Penglibatan Digital: Akses dan Penggunaan e-
Agama Dalam Kalangan Generasi Muda Muslim. Jurnal Komunikasi Malaysia. 27(2): 121-
135.

Uzelac, E. (2011). Mastering Social Media. Research, 34(8), 44-47.

Al-Quran, Majma’ al-Malik Fahd, al-Madinah al-Munawarah, 2018.

The Bible (KJV), https://www.kingjamesbibleonline.org/, 29/01/2019.

Ibn Maskawayh. Abu ‘Ali Ahmad b. Muhammad b. Ya ‘qub, Tahzib al-Akhlaq, Manshurat al-
Jamal, Beirut, 2011.

Shabar. Al-Sayyid ‘Abd Allah, Al-Akhlaq, Al-’Atbah Al-Husayniyyah, Iraq, 2008.

Ariane H. C. & Shant P., Sharing Values: A Hermeneutics For Global Ethics, Globalethic.net,
Series. No.4, Geneva, 2011.

Hendro Kusumo Eko Prasetyo Moro, Pengaruh Penggunaan Whats Apps Messenger
Terhadap Prestasi Belajar Mahasiswa Kelas KKH di PBIO FKIP UAD,
https://www.researchgate.net/publication/306237542, 29/01/2019.

Mubarak. Zaki, Al-Akhlak Inda Al-Ghazali, Dar al-Sha‘ab, Cairo, 1924.


Peter. Singer, Practical Ethics (2ed.),Cambrige University Press, United Kingdom, 1999.

Sebastian. Gardner, Kant and the Critique of Pure Reason, Routledge, London, 2003.

Barrett. Richard, Building a Value-Driven Organisation, Elsevier, London, 2006.

(https://www. mcmc.gov.my/skmmgovmy/media/General/pdf/Internet-Users-Survey-
2018.pdf, 28/01/2019).

(c) Objective(s) of the Research*

(i) Mengenalpasti nilai yang digunakan oleh golongan belia dalam medium komunikasi
(MK) samada sesuai atau selari dengan fahaman agama dan budaya.

(ii) Meninjau respon belia terhadap nilai yang ada dalam medium komunikasi (MK)
mengikut konteks fahaman agama dan budaya.

(iii) Menilai kesan pertembungan ‘nilai’ medium komunikasi (MK) sosial maya dengan
praktis agama dan budaya.

(d) Methodology:

1. Description of Methodology*

Penyelidikan ini berfokus kepada kumpulan remaja (13-25 tahun) di daerah Kota Kinabalu
sahaja. Pemilihan kriteria daerah Kota Kinabalu adalah atas faktor kepelbagaian etnik,
penduduk lebih terdedah dalam penggunaan komunikasi maya dan kepadatan penduduk
yang ramai. Untuk menjayakan kajian ini, metode kajian campuran akan digunakan (Mixed
Methods). Sejumlah 4000 orang sampel daripada kumpulan remaja dipilih secara rawak
yang mewakili kira-kira 10% dari jumlah penduduk kumpulan umur remaja di daerah Kota
Kinabalu. Pengumpulan data dilakukan dengan mengedar borang soal selidik, temubual
mendalam, pemerhatian, dan expert survey kepada semua responden yang dikenalpasti.
Selain daripada itu, pengumpulan data nilai (MK) juga diperolehi secara terperinci melalui
jabatan-jabatan kerajaan, pasaraya-pasaraya dan perusahaan-perusahaan. Perbincangan,
taklimat, temubual mendalam dan tinjauan pakar kepada pihak berkaitan juga digunakan
bagi memperolehi data. Hasil kajian dianalisis menggunakan perisian SPSS, SmartPLS3.
Antara analisis yang digunakan dalam penyelidikan ini adalah seperti crosstabs, korelasi, khi
kuasa dua dan means serta diteliti mengikut analisis yang bersesuaian. Hasil data turut
disokong melalui rakaman audio dan visual penyelidikan.

Jadual 1 menunjukkan pendekatan penyelidikan, kaedah pengumpulan data dan jenis data
yang dikumpul mengikut setiap objektif penyelidikan (Rujuk Lampiran 1). Jadual 2 (Rujuk
Lampiran 2) pula menunjukkan pembahagian sampel bagi setiap lokasi kajian. Penyelidikan
ini terdiri daripada empat fasa penyelidikan seperti Jadual 3 (Lampiran 3). Carta aliran
penyelidikan (flow chart) ditunjukkan dalam Rajah 1 (Lampiran 4). Aktiviti penyelidikan dan
Gantt Chart dalam Lampiran 5 dan 6.

2. Flow Chart of Research Activities *

Flow Chart - FRGS - Prof Madya Ahmad Tarmizi.pdf

3. Research Activities

Activity*

A. Berbagai Jenis Alat Komunikasi Tradisional

1). Asap

Saat tersesat di hutan, media komunikasi yang paling efektif digunakan adalah asap.
Dengan mengepul asap secara terstruktur, orang yang melihat kepulan asap yang
dibuat akan mengerti bahwa kepulan asap yang dihasilkan adalah sebuah pesan
meminta pertolongan.

2). Daun Lontar dan Prasasti

Pada zaman dahulu, orang berkomunikasi dengan tulisan. Biasanya media untuk
menulis orang di zaman dahulu adalah pada daun lontar maupun pada prasasti atau
batu yang diukir.
Prasasti atau daun lontar ini nantinya akan berisikan tentang informasi yang dapat
dimengerti oleh orang-orang yang membacanya. Bahkan, banyak prasasti dari
zaman dahulu yang ditemukan pada zaman sekarang yang juga telah berhasil
diterjemahkan oleh para ahli.

3). Lonceng dan Kentongan

Macam-macam alat komunikasi tradisional yang pertama adalah lonceng dan


kentongan. Alat-alat ini adalah alat yang mengeluarkan suara, maka dari itu ada
beberapa alat yang mengeluarkan suara lainnya yang dijadikan macam-macam alat
komunikasi tradisional.

Kentongan sampai sekarang ini masih cukup sering digunakan saat pos ronda atau
membangunkan sahur, sedangkan lonceng masih digunakan di beberapa sekolah
dan gereja.

4). Merpati Pos

Merpati pos juga sempat menjadi alat komunikasi pada zaman dahulu. Mungkin
kamu juga sering melihat di film-film yang berlatarkan zaman dahulu bahwa mereka
menggunakan burung, bahkan tidak hanya burung merpati untuk berikirim pesan.

5). Telepon Kaleng

Telepon kaleng adalah alat tradisional yang sering dipraktikkan di sekolah karena
pembuatannya yang mudah. Jarak komunikasi dengan telepon kaleng ini memang
tidak bisa terlalu jauh, hanya 5-10 meter saja.

Namun, sudah cukup untuk komunikasi dari tingkat satu ke tingkat dua pada sebuah
bangunan. Syarat yang harus terpenuhi adalah, benang harus dalam keadaan
tegang dan lurus.

6). Surat

Macam-macam alat komunikasi tradisional selanjutnya adalah surat. Surat tentunya


menjadi salah satu alat komunikasi yang paling tepat dalam menyampaikan kabar
maupun informasi.

Sejauh ini, surat masih digunakan dalam menyampaikan informasi, namun


penggunaannya semakin ditinggalkan karena perkembangan tekonologi yang
sangat pesat.

7). Telegraf

Telegraf merupakan alat komunikasi yang menggunakan peralatan listrik untuk


mengirimkan dan menerima sinyal sesuai kode dalam bentuk pulsa listrik. Kabel-
kabel tembaga yang terdapat di dalamnya berfungsi untuk mengirim sinyal jarak
jauh.

8). Surat Kabar


Koran(Surat Kabar) merupakan alat komunikasi yang digunakan untuk
menyampaikan informasi secara masal melalui tulisan dan gambar. Berbagai topik
bisa disampaikan dari Koran terkait dengan berbagai keadaan terkini yang terjadi di
suatu negara.

B. Macam-Macam Alat Komunikasi Modern

1). Telepon Kabel

Macam-macam alat komunikasi modern yang pertama tentunya adalah cikal bakal
dari smartphone yang sekarang kamu gunakan, yaitu telepon kabel. Kamu bisa
berkomunikasi dengan orang yang sangat jauh walaupun hanya lewat suara saja.
Namun, telepon kabel merupakan cara berkomunikasi yang pada zamannya sangat
membantu dan lebih nyaman daripada menggunakan surat.

2). Telepon Genggam

Telepong genggam merupakan tingkatan yang lebih tinggi dari telepon kabel.
Bahkan teknologi ini semakin berkembang seiring dengan berkembangnya zaman,
sehingga terciptalah smartphone yang sudah menjadi barang wajib bagi setiap
orang di zaman sekarang ini. Berkomunikasi dengan smartphone sudah bisa
dilakukan bahkan dengan fitur video call yang memungkinkan kamu tidak hanya
mendengarkan suara orang yang jauh, namun juga melihat wujudnya secara nyata.

3). Radio

Radio merupakan macam-macam alat komunikasi yang sangat penting sejak


ditemukan. Radio berguna untuk dapat menerima informasi berupa suara atau sinyal
dengan menggunakan gelombang elektromagnetik. Walaupun alat komunikasi saat
ini semakin canggih, radio tetap eksis dalam menyampaikan informasi.

4). Televisi

Televisi mungkin adalah suatu barang yang wajib ada di suatu rumah sekarang ini.
Televisi tidak jauh berbeda dengan koran, merupakan alat komunikasi yang
digunakan untuk menyampaikan informasi secara masal. Bedanya dengan koran
yang hanya bisa menyampaikannya lewat tulisan dan gambar, Televisi atau TV
dapat menyampaikan berbagai informasi tersebut dalam bentuk audiovisual.

5). Komputer

Komputer mungkin merupakan macam-macam alat komunikasi modern yang


sekarang sudah menjadi kebutuhan pokok seperti smartphone. Bahkan, tidak hanya
untuk alat komunikasi, komputer memiliki berbagai fungsi lainnya yang dapat
menunjang kehidupan manusia.

Intinya, setiap alat komunikasi sangat efektif jika penggunaannya efektif sesuai
dengan zamannya. Saat ini, tidak sepenuhnya alat komunikasi tradisional yang
secara utuh ditinggalkan. Hal ini karena peran mereka masih digunakan sebagai
media pembelajaran bagi masyarakat era saat ini.

Anda mungkin juga menyukai