Anda di halaman 1dari 10

PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 6 ( AKHLAK )

ADAB MENJAGA HARTA BENDA SEKOLAH

DALIL NAQLI LARANGAN MEMBUAT KEROSAKAN

FIRMAN ALLAH YANG BERMAKSUD :

Dan janganlah kamu berbuat kerosakan dimuka bumi sesudah Allah menjadikannya ( makmur dan teratur ) dengan sebaik-baiknya.
Surah Al-A`raf , 7:85

PUSAT SUMBER SEKOLAH

RUANG BACAAN / REHAT

MAKMAL KOMPUTER

PERATURAN PENGGUNAAN HARTA BENDA SEKOLAH

Harta benda sekolah wajib dijaga dengan baik dan cermat.

Sesiapa yang merosakkannya akan dikenakan tindakan atau diberi amaran.


Harta benda sekolah yang dipinjam hendaklah dipulangkan dalam keadaan baik. Harta benda sekolah yang hilang hendaklah diganti sekiranya penggunanya cuai.

AKIBAT JIKA MEROSAKKAN HARTA BENDA SEKOLAH

Murid akan ditegur oleh guru atau pihak pentadbir sekolah. Pembaziran akan berlaku. Akan menyusahkan orang lain yang ingin menggunakan peralatan tersebut. Akan dikenakan tindakan disiplin oleh pihak sekolah.

KEBAIKAN MENJAGA HARTA BENDA SEKOLAH

Dapat digunakan dengan sebaik mungkin. Suasana dalam kelas menjadi selesa dan ceria. Mendapat pujian dan penghargaan.

Disukai Allah dan mendapat ganjaran pahala.

AKTIVITI PENEGUHAN

Jawab soalan berikut. 1. Bagaimanakan perasaan kamu apabila belajar di dalam kelas yang lengkap dengan kemudahan ? 2. Apakah faedah menghargai harta benda sekolah ? 3. Nyatakan Dalil Naqli yang melarang kita membuat kerosakan ?

SAYANGLAH HARTA BENDA SEKOLAH SEBAGAIMANA KAMU MENYAYANGI HARTA BENDA SENDIRI

Anda mungkin juga menyukai