Anda di halaman 1dari 9

Baca cerita di bawah.

Minggu depan cuti sekolah.


Ayah menempah tiket kapal
terbang.
Tiket kapal terbang sangat
mahal.
Kami sekeluarga mahu pergi
bercuti.
Kami mahu melawat
Singapura.
Baca cerita di bawah.

Hanafi seorang nelayan.


Hanafi mempunyai sebuah
kapal.
Kapal Hanafi sangat besar dan
cantik.
Setiap hari Hanafi turun ke
laut.
Hanafi tangkap ikan, udang
dan sotong.
Baca cerita di bawah.

Syaza mahu melihat alam


sekitar.
Dia ke Taman Botani di Shah
Alam.
Di sana ada haiwan dan taman
hiasan.
Syaza juga melawat taman
herba.
Syaza berasa sungguh seronok.
Baca cerita di bawah.

Hari ini kelihatan cuaca


mendung.
Tiba-tiba hujan turun dengan
lebatnya.
Burung-burung terbang ke
sarang.
Kakak bergegas angkat kain di
ampaian.
Saya melihat hujan di tepi
tingkap.
Baca cerita di bawah.

Ilham seorang ahli perniagaan.


Dia mahu menghadiri seminar
di Paris.
Ilham menaiki penerbangan
‘Air Asia’.
Ada ramai orang di lapangan
terbang.
Di sana ada kemudahan surau
dan tandas.
Baca cerita di bawah.

Irfan minat bersukan.


Setiap hari Irfan ke
gimnasium untuk latihan.
Irfan suka bermain futsal.
Kadang kala dia bermain
badminton.
Irfan juga minat berbasikal.
Baca cerita di bawah.

Ziyad pandai main


kompang.
Ziyad menyertai
pertandingan kompang di
sekolah.
Ziyad rajin berlatih.
Ziyad bertanding dengan
lima lagi pesaingnya.
Baca cerita di bawah.

Azam suka melihat langit.


Dia melihat bulan dan
bintang pada waktu malam.
Bulan dan bintang bersinar.
Azam seronok menghayati
keindahan alam semesta.
Dia mahu jadi angkasawan.
Baca cerita di bawah.

Yasmin berumur 6 tahun.


Yasmin seorang yang
pintar.
Dia telah tamat belajar di
prasekolah.
Tahun hadapan dia akan
belajar di Tahun 1.
Dia berasa sangat teruja.

Anda mungkin juga menyukai