Anda di halaman 1dari 11

FPPT.

com

PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN


RAGBI SENTUH
TINGKATAN 2
RAGBI SENTUH
• Ragbi  merupakan sejenis permainan bola berpasukan yang dimainkan oleh dua
pasukan. Pemain dari setiap pasukan akan mencuba skor dengan cara menyepak,
melontar, atau membawa bola sehingga mereka boleh menyepak untuk melepasi
gol lawan atau menyentuh di belakang garisan lawan. Pasukan yang memungut
mata paling banyak maka pasukan itu yang akan diisytiharkan menang bagi
perlawanan ini.
• Sejarah permainan ragbi bermula di sebuah sekolah di England. Pada tahun
1823, seorang murid dari sekolah Rugby bernama William Webb Ellis bermain
bola sepak bersama rakan-rakannya. Secara tidak sengaja William Webb Ellis
mengutip bola yang dihantar kepadanya, lalu membawa bola itu ke arah gol.
Bermula dari kejadian itu, permainan ragbi mula mendapat perhatian dalam
kalangan murid-murid di England.
RAGBI SENTUH
• Ragbi Sentuh
• Permainan ini tidak banyak bezanya dengan permainan ragbi yang biasa. Cuma
perbezaannya adalah jumlah pemain, ukuran gelanggang, peraturan dan cara
bermain.
• Berikut adalah perbezaan ragbi sentuh dengan ragbi yang sebenar:
• 1.       Jumlah pemain seramai 7 orang sahaja dalam satu pasukan. Hanya 5
orang sahaja yang akan bermain.
• 2.       Jika pihak lawan telah melakukan touch sebanyak 5 kali, bola tersebut
akan jatuh ke tangan pihak lawan.
• 3.       Tiada tekel, skrum dan tendangan try  dalam permainan ini.
• 4.       Cara sentuhan yang diambil kira adalah dengan menggunakan
kedua-dua belah tangan, namun ada sesetengah permainan
menggunakan undang-undang sentuhan satu tangan sahaja. 
• 5.       Gol akan dikira apabila try berjaya dilakukan.
• 6. Bola yang dipegang tidak boleh jatuh. Jika terjatuh, bola tersebut
akan jatuh ke tangan pihak lawan.
• 7. Roll Ball akan dilakukan sebagai hantaran apabila bola terjatuh
dan touch sebanyak 5 kali.
KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN RAGBI
• Menghantar  dan menerima Bola
• Dalam permainan ragbi, kemahiran menghantar bola
merupakan kemahiran asas yang paling mustahak.
Menghantar bola dengan tepat atau menerima bola
dengan sempurna semasa berlari membantu
keberkesanan permainan.
• sas membuat hantaran bola
• 1. Pegang kemas bola dengan kedua belah tangan. Berat badan kamu perlulah berada pada
kaki belakang.
• 2. Tukar berat badan kamu ke kaki hadapan serentak itu juga, hayun kedua belah lengan
sehingga bola melintasi badan menuju ke arah sasaran kamu.
• 3. Perhati sasaran kamu. Di peringkat ini, kamu tidap perlu melihat bola. Biasakan melihat
rakan sepasukan di sekeliling. Hantaran bola selalunya tepat jika kamu dapat menentukan
sasaran dengan cepat.
• 4. Setelah melepaskan bola ke arah sasaran, pastikan lengan kamu membuat hayun lajak ke
arah penerima bola.
• 5. Selepas menghantar bola, segeralah berundur supaya kamu berada di belakang pembawa
bola dan bersedia untuk menerima bola.
• Mengelak dan mengacah
• Kemahiran menukar arah dengan cepat ketika berlari
atau larian yang mengelirukan bertujuan
menghindarkan pihak lawan menyentuh kamu.
Kemahiran ini digunakan apabila pihak lawan berlari
meluru ke arah kamu.
• Apabila pihak lawan mendekati kamu, langkah kaki ke arah yang berlawanan, kemudian tukar
arah larian dengan pantas. Tindakan ini menyebabkan pihak lawan tidak pasti arah larian
dapat mengimbangi badannya.

• Menghalang atau Bertahan


• kemahiran ini dilakukan apabila pihak lawan menguasai bola dan semakin maju ke hadapan.
Satu barisan melintang perlu dilakukan bagi menghalang kemaraan  pihak lawan. jika mereka
semakin maju ke hadapan, semakin dekatlah mereka dengan kawasan gol dan sekaligus
memberi mereka peluang untuk melakukan try.  Benteng panjang yang dilakukan akan
menyukarkan mereka untuk maju ke hadapan kerana peluang untuk mereka maju ke hadapan
amat tipis.  Touch yang dilakukan akan menyebabkan bola jatuh ke tangan pihak lain.
• Roll Ball
• Roll akan dilakukan apabila bola terjatuh ke
tanah. Roll  juga akan dilakukan apabila touch
sebanyak 5 kali dilakukan. 
• GOL
•  Pasukan yang berjaya membuat ‘ try ’ akan
mendapat 1 mata.
• SETELAH SELESAI MENYALIN NOTA
• SILA JAWAB SOALAN INI DI BAWAH
• via game code
• 1. Ask participants to open
• joinmyquiz.com
• 2. And enter this code
• 3100 9130

Anda mungkin juga menyukai