Anda di halaman 1dari 19

BAHASA MELAYU

TAHUN 3 SJK

26 Oktober 2021
Kemahiran 5.2.3
Memahami dan
menggunakan kata ganda
mengikut konteks.
(ii) kata ganda separa
Objektif
Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
Menyenaraikan kata ganda separa dan
melengkapkan ayat-ayat yang diberi
dengan menggunakan kata ganda
separa dengan betulnya.
Kriteria Kejayaan:
Murid dianggap berjaya apabila dapat:
i. Menyebut sekurang-kurangnya 4 daripada 6
kata ganda separa yang diperoleh.
ii. Menyenaraikan sekurang-kurangnya 4
daripada 6 kata ganda separa yang dipelajari.
iii. Melengkapkan sekurang-kurangnya 3 daripada
4 ayat menggunakan kata ganda separa
dengan betulnya.
Kata Ganda Separa

Bermain Lelayang tetulang


Saiful mengajak Hanif membuat lelayang. Mereka
telah menyediakan bahan-bahan untuk membuat
lelayang, iaitu dua batang buluh yang diraut sebagai
tetulang, bebenang, gam dan kertas.

Pada petangnya, mereka ke padang permainan


untuk bermain lelayang yang telah dihasilkan. Lelayang
buatan mereka naik ke langit setinggi-tingginya.
Mereka berasa sangat gembira.

Setelah puas bermain, Saiful dan Hanif duduk


di tepi padang sambil melihat beberapa orang kanak-
kanak cuba menangkap rerama dan pepatung yang
berterbangan. Gelagat kanak-kanak itu sangat
menghiburkan hati mereka. bebenang
jejentik
bebola
lelayang
dedaun
pepohon
kekabu
kekura
lelaki
lelabah
rerama
bebawang
Berikan kata ganda separa lain yang kamu tahu
rerama bebaju
lelaki lelori
kekuda
lelabah
bebawang
pepohon
dedaun
lelayang
jejentik
kekabu
tetulang
bebola
bebiri
bebuku
Latihan
Selasa Tatabahasa (2. )BM3 26 Oktober 2021

Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan kata ganda separa yang sesuai.

lelangit jejentik bebola lelayang lelaki


dedaun rerama lelabah bebiri sesiku

1. Emak memasukkan bebola ayam ke dalam sup yang sedang direneh itu.
2. Beberapa ekor rerama hinggap pada pokok-pokok bunga di halaman rumah.
3. Jejentik membiak di dalam air yang bertakung.
4. Adik menangis kerana lelangitnya tercucuk tulang ikan.
5. Banyak __________ gugur di bawah pokok rambutan itu.
6. Bulu __________ boleh dibuat benang.
7. Abang dan rakan-rakannya bermain _________ di padang.
8. Puan Laila baru sahaja melahirkan cahaya mata __________, semalam.
9. Tukang kayu itu menggunakan _________ untuk mengukur sudut tepat.
10. Banyak _________ membuat sarang di dalam rumah kosong itu.
Selamat belajar.
Sekian, terima
kasih.

Anda mungkin juga menyukai