Anda di halaman 1dari 62

BAHASA MELAYU

PEMAHAMAN
(BM 1)

PN. ROSMAHWATI BINTI SAFUAN


TATABAHASA

Morfologi Sintaksis Kosa Kata Peribahasa

Sistem
Ejaan
Kata Nama

Kata Kerja

Kata Adjektif

Kata Tugas
Morfologi
Kata Majmuk

Imbuhan

Penanda Wacana
KATA NAMA

Kata Nama Am

Kata Nama Kata Nama Khas

Kata Ganti Nama


Benda Bernyawa
(manusia, haiwan,
Kata Nama tumbuh-tumbuhan)
Am
Tidak Bernyawa
(tempat, benda)
Kata
Nama Benda Bernyawa
(manusia, haiwan)
Kata Nama
Khas
Benda Tidak Bernyawa
(tempat, benda)
Kata Ganti Nama Diri

Kata Ganti Nama


Diri Singkat

Kata Ganti Nama


Tunjuk

Kata Ganti Nama Kata Ganti Nama


Tempat

Kata Ganti Nama


Tanya

Kata Ganti Nama


Tak Tentu
Pertama
(aku, saya, beta, patik, kami)

Kata Ganti Nama Kedua


Diri (engkau, awak, anda, kamu, kalian)

Ketiga
(dia, ia, beliau, baginda, mereka)
Kata Adjektif Sifatan/Keadaan (cerah, bijak, cantik, sakit dll)

Kata Adjektif Warna (merah, biru, hijau, hitam, putih dll)

Kata Adjektif Ukuran (tebal, pendek, lebar, panjang, nipis dll)

Kata Adjektif Waktu (baru, lama, segera,sebentar, dll)

Kata Kata Adjektif Jarak (hampir, dekat,jauh, rapat, dll)


Adjektif
Kata Adjektif Bentuk (leper, bulat, bujur, lonjong, dll)

Kata Adjektif Cara (lincah,kasar, cepat, pantas, dll)

Kata Adjektif Pancaindera ( harum, pedas, pahit, manis, masam,


nyaring, kelat dll)

Kata Adjektif Perasaan (marah, suka, cinta, geram, rindu, benci dll)
Kata Hubung
Kata Seru
Kata Tanya
Kata Perintah
Kata Pangkal ayat
Kata Pembenar
Kata Arah
Kata Tugas Kata Bantu
Kata Penguat
Kata Penegas
Kata Nafi

Kata Pemeri
Kata Sendi Nama
Kata Bilangan
Kata Hubung Gabungan
(dan,atau, tetapi, serta, lalu)
Kata Hubung Kata Hubung Pancangan
(yang, bahawa, kerana, apabila, hingga)
Aspek
(akan, belum, masih, sedang, pernah, telah sudah)
Kata
Bantu Ragam
( hendak, mahu, harus, mesti, boleh, dapat)
Hadapan
(agak, paling, terlalu)

Belakang
Kata Penguat
(sekali, benar, betul, nian)

Bebas
(amat, sangat, sungguh)
Tentu (sepuluh, dua ratus, seribu, tiga juta)

Tak Tentu (sebilangan, beberapa, seluruh, para,


setengah- setengah)

Himpunan (berbagai-bagai, bermacam-macam,


berbakul-bakul, kedua-dua)
Kata
Bilangan Pisahan ( setiap.tiap-tiap, masing-masing)

Pecahan (separuh, setengah, satu perdua, satu pertiga)

Tingkat (pertama, kedua, kedua belas)


AYAT
PENYATA

CAKAP AYAT
PINDAH TANYA

CAKAP AYAT
AJUK SURUHAN

AYAT AYAT
PASIF LARANGAN

SINTAKSIS

AYAT AYAT
AKTIF SILAAN

AYAT AYAT
MAJMUK PERMINTAAN

AYAT AYAT
TUNGGAL SERUAN

AYAT AYAT
NAFI SONGSANG
KATA MAJMUK
YANG TELAH
DIMANTAP

(TANDATANGAN)

TANDA SEMPANG
TAHUN DENGAN KATA MAJMUK
IMBUHAN –AN
(BALAI POLIS)
( ERA 90-AN )

SISTEM
TANDA
SEMPANG
EJAAN
AWALAN KE- KATA DEPAN
DENGAN
ANGKA (DIPUKUL)

( KE-45 )

TANDA SEMPANG
KATA DEPAN
PADA KATA GANDA
(DI SANA)
( SAYUR-MAYUR)
KATA
TEPAT

KATA
SINONIM
GANDA
KOSA
KATA

POLISIM ANTONIM
SIMPULAN
BAHASA

PEPATAH PERUMPAMAAN

PERIBAHASA

BANDINGAN
/ BIDALAN
KIASAN
BAHASA MELAYU PEMAHAMAN (BM 1) 
Masa: Satu jam lima belas minit

BAHAGIAN A
[20 markah] 

Nama :…………………………..…. Kelas : ………….….. Tarikh:………………..

1. Kertas ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B.

2. Kamu dikehendaki menjawab semua soalan dalam kedua-dua bahagian ini.

3. Tiap-tiap soalan dalam Bahagian A diikuti empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C, dan D.
Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja.
 
PANDUAN MENJAWAB
SOALAN TATABAHASA

• Baca arahan dengan teliti.


• Garisi kata atau frasa yang boleh menjadi kata kunci soalan.
• Baca soalan dengan berhati-hati.
• Garisi kata kunci dalam soalan. Sekiranya soalan itu soalan
bergambar, teliti gambar yang diberi.
• Baca jawapan dengan cermat.
• Pangkah jawapan yang dianggap salah sama sekali.
• Bagi soalan berbentuk ROMAN gunakan teknik
PILIH BUANG.
BAHAGIAN A
(20 markah)
Soalan 1 hingga 14
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
1. Kasihan kepada keluarga Sarina kerana __________
rumahnya sudah bocor.
A bumbung
B dinding
C tiang
D lantai
2. “Kamu perlu menggunakan ____________
untuk melukis bulatan, “ kata Puan Laila.
A alat tulis
B jangka lukis
C jangka sudut
D pita ukur
3. Cikgu Hamid bukan sahaja peramah malahan
___________ juga seorang yang pemurah.
A dia
B kamu
C beliau
D baginda
4. Hampir __________ ternakan penduduk
kampung mati akibat banjir.
A segelintir
B beberapa
C kesemua
D sesetengah
5. Lampu tidur yang dibeli ayah diletakkan di
__________ katil kakak dan saya.
A depan
B antara
C tengah
D rajin
6. Suasana di taman permainan itu _________ oleh
suara kanak-kanak yang sedang bermain.
A hingar-bingar
B kelam-kabut
C gegak-gempita
D tunggang-langgang
7. __________ hujan turun dengan lebatnya
_________ Pak Samad masih meneruskan
kerja-kerja membajak.
A Sungguhpun…walhal
B Kendatipun…malahan
C Walaupun…sementara
D Meskipun…namun
8. Hadi terpaksa bekerja di restoran makanan segera
bagi ____________ perbelanjaannya belajar di
universiti.
A membayar
B menampung
C melunaskan
D melangsaikan
9. Saya ___________ datang ke sekolah pagi semalam
tetapi hujan turun dengan lebatnya.
A mesti
B harus
C boleh
D hendak
10. “____________ kamu semua dapat memberikan
teguran yang membina,” kata Susie kepada rakan-
rakannya.
A Sila
B Harap
C Tolong
D Jemput
11. Tapak kakinya bengkak dan bernanah kerana
___________ duri kelapa sawit minggu
lepas.
A ditusuk
B menusuk
C bertusuk
D tertusuk
12. Mula-mula saya disuruh mencuba kasut itu,
_____________ dibelikan dan dihadiahkan
kepada saya.
A maka
B kemudian
C oleh itu
D dengan itu
13. Guru besar telah berucap ____________
kepentingan bersarapan kepada murid-
murid semasa perhimpunan.
A demi
B untuk
C tentang
D terhadap
14. Tutup semula bekas biskut itu dengan rapi
supaya tidak __________ .
A layu
B lemau
C lembik
D lembut
Soalan 15
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi.
15 “Jangan membuang masa dengan melayari laman web yang
tidak berfaedah,” kata ayah kepada abang.
A Ayah memarahi abang kerana sering menggunakan laman
web yang tidak berfaedah.
B Ayah menegaskan bahawa melayari laman web
merupakan suatu perkara yang tidak befaedah.
C Ayah melarang abang mensia-siakan masanya dengan
melayari laman web yang tidak bermanfaat.
D Ayah merayu abang supaya menggunakan masanya dengan
melayari laman web yang berfaedah.
Soalan 16
Pilih ayat yang betul.
16. I Hadiah pemberian ibu itu adalah sebagai ganjaran kepada kejayaan
adik.
II Sepak raga ialah sukan yang elok dipertandingkan dalam kejohanan itu.
III Cita-cita saya ialah untuk menjadi seorang doktor dan merawat pesakit.
IV Lelaki yang bertopi dan berkaca mata itu adalah bapa saudara Amran.

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV
Soalan 17 hingga 20
Baca syarahan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya.

(P1) Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, yang


berusaha Tuan Guru Besar, guru-guru, serta rakan-
rakan sekalian. Pada pagi yang mulia ini, saya ingin
menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk
“Kebaikan buah-buahan tempatan’’.
(P2) Buah-buahan tempatan ialah buah-buahan yang
ditanam dan dikeluarkan di negara kita. Sebagai contoh,
buah-buahan tempatan negara kita ialah rambutan,
manggis, durian, tembikai, betik dan sebagainya. Buah-
buahan tempatan mengandungi banyak khasiat yang
setanding dengan buah-buahan yang diimport.
Contohnya, buah jambu batu mengandungi vitamin C dan
buah limau mengandungi asid yang boleh menghadamkan
makanan yang kita makan.
(P3) Buah-buahan tempatan juga mudah didapati
dan banyak dijual di gerai buah-buahan di seluruh
negara. Keadaannya juga lebih segar dan tidak
mengandungi bahan pengawet yang biasa digunakan
pada buah-buahan yang diimport untuk mengekalkan
kesegarannya.
(P4) Selain daripada itu, harga buah-buahan tempatan
juga lebih murah jika dibandingkan dengan buah-buahan
import kerana buah-buahan tempatan tidak memerlukan
kos pengangkutan yang tinggi untuk dipasarkan.
(P5) Kesimpulannya, buah-buahan tempatan sangat
banyak kelebihannya. Selain segar, murah, berkhasiat
dan bermutu, buah-buahan tempatan juga dapat
meningkatkan pendapatan para petani. Oleh itu,
jadikanlah buah-buahan tempatan sebagai makanan
pilihan kita.
 
Sekian, terima kasih.
17. Buah-buahan tempatan ialah buah-buahan
yang
A mudah didapati
B murah dan segar
C ditanam di dalam negara (P2, B1)
D diimport dari luar negara
18. Apakah perbezaan antara buah-buahan
tempatan dengan buah-buahan import?
A Mengandungi banyak khasiat
B Mudah didapati dan banyak dijual
C Tidak mengandungi bahan pengawet
(P3, B2)
D Makanan pilihan orang ramai
19. Mengapakah harga buah-buahan tempatan lebih murah
jika dibandingkan dengan buah-buah import?
A Buah-buahan tempatan ditanam dan dikeluarkan di
negara kita.
B Mudah didapati dan banyak dijual di gerai buah-
buahan di seluruh negara.
C Mengandungi banyak khasiat yang standing dengan
buah-buahan yang dimport.
D Tidak memerlukan kos pengangkutan yang tinggi
untuk dipasarkan. (P4, B2)
20. Perkataan setanding dalam petikan bermaksud
A segagah
B sepadan
C seiring
D setaraf (P2, B3)
BAHAGIAN B
(30 markah)
Soalan 21
Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada
tempat kosong dalam petikan.

i ii iii iv

beralun-alun bangga Jun bangunan

berkibar-kibar bongkak Julai membangunkan

berolak-alik bosan Ogos pembangunan


Aku amat teruja ketika menuruni anak tangga pesawat MAS. Hampir

lima tahun aku berada di rantau orang untuk menuntut ilmu. Jalur

Gemilang (i) berkibar-kibar megah di sepanjang jalan seolah-olah

menyambut kepulanganku.

Terasa (ii) bangga dapat berada di tanah air sendiri. Aku sedar

bulan ini bulan (iii) Ogos , bulan kemerdekaan negaraku. Bangunan-

bangunan pencakar langit serta kenderaan yang bertali arus

melambangkan kepesatan (iv) pembangunan di negaraku.


(4
Soalan 22
Tukarkan ayat yang diberikan kepada ayat pasif.
 
a) Ketua kelas telah mencatat nama murid-murid yang ingin
menyertai lawatan ke Kuala Lumpur.

Nama murid-murid yang ingin menyertai lawatan ke Kuala

Lumpur telah dicatat oleh ketua kelas.

(2 markah)
 
b) Tuliskan ayat tanya yang sesuai bagi dialog yang diberikan.

Kita mestilah menunjukkan semangat


cinta akan negara dengan menjaga nama
baik negara.

Bagaimanakah caranya kita dapat menunjukkan


semangat cinta akan negara?

(2 markah)
Soalan 23
(a) Gariskan jawapan yang paling tepat.
i) Beberapa orang kakitangan Majlis Daerah Kuala Kangsar
sedang gigih
( keindahan, memperindah, memperindahkan ) Dataran
Sayong sempena Sambutan Hari Kemerdekaan 2019.
ii) Beriadah sambil ( dinikmati, menikmati, kenikmatan)
kehijauan Hutan Lipur Kuala Woh dapat menghilangkan
stres.

( 2 markah )
b) Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar
di atas.
Peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas
ialah berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
( 2 markah )
(c ) Tandakan (  ) bagi kata hubung seuai bagi ayat di bawah.
(i) Saya berpendapat ___________ masalah penduduk kampung ini harus
dibincang bersama ketua kampung.
( ) bahawa ( ) kerana ( ) yang
 
(ii) Rawina segera pulang ke Kota Kinabalu ____________ bapanya sakit.
( ) sementara ( ) semenjak ( ) kerana
 
(iii) Meskipun dia kalah ________________ dia tidak pernah berputus asa.
______________________dia akan berusaha dengan gigih lagi.
( ) malahan ... namun ( ) tetapi ... selepas itu ( ) namun ...
sebaliknya
( 3 markah)
 
Soalan 24
Baca iklan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Adakah rumah anda memiliki kriteria ini?
Bersih (  ) dan Selamat (  )

Jika jawapan anda ialah Ya, maka inilah peluang untuk anda menyertai
peraduan realiti terbaharu di TV10. Rancangan ini akan diacarakan oleh
selebriti terkenal dan siarannya akan
bermula pada bulan Mei 2021 . Rancangan sepuluh episod ini mengajak
peserta untuk membersihkan dan memastikan rumah sentiasa dalam
keadaan selamat sepanjang masa.

Mudah sahaja caranya. Nyatakan butiran diri, alamat rumah dan nombor
telefon. Pihak kami akan ke rumah anda untuk memeriksa keadaan rumah
secara mengejut. Jika berjaya, anda akan dipilih untuk bertanding di
peringkat seterusnya.

Wang tunai bernilai RM 25 000 DAN


Hadiah yang disediakan ialah:
Baucer pembelian perabot RM 10 000
24
a) Kriteria rumah yang layak menyertai rancangan ini ialah
rumah yang bersih dan selamat.
(1 markah)

b) Siapakah yang menjadi pengacara bagi rancangan ini?


Pengacara bagi rancangan ini ialah seorang selebriti
terkenal.
(2 markah)
c) Tandakan  pada penyataan yang sesuai dengan ciri-ciri
rumah selamat.

Semua suis mesti sentiasa terpasang.  


Pintu rumah perlu sentiasa dikunci.  

Peralatan tajam disimpan di dalam laci.  



Keadaan di dalam rumah cantik sentiasa.  

( 2 markah)
d) Nyatakan cara menjaga kebersihan rumah.
Cara-cara untuk menjaga kebersihan rumah adalah dengan menyapu
sampah di dalam rumah setiap hari dan membuang sampah ke dalam tong
sampah yang bertutup.

( 2 markah)
 
 Soalan 25
Baca puisi di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

(R1) Terang sungguh si bulan purnama ,


Menjadi pujaan senantiasa;
Berbilang kaum hidup bersama,
Bersatu padu aman sentosa.
 
(R2) Harum sungguh bunga melati,
Hiasan sanggul amat memikat;
Bertolak ansur, hormat-menghormati,
Mengukuhkan perpaduan ikatan muafakat.
 
(R3) Adat lelaki bergelar belia,
Hidup jangan terumbang-ambing;
Bantu-membantu amalan mulia,
Ibarat aur dengan tebing.
 
(R4) Bina rumah susunlah bata,
Disusun cantik biar setara;
Andai warga seia sekata,
Negara maju rakyat sejahtera.
(a) Tanda ( √ ) bagi pernyataan yang betul dan ( X) bagi
pernyataan yang salah dalam kotak yang disediakan.

i Kehidupan kita akan sejahtera jika mengamalkan


sikap bertolak-ansur.   √
ii Sikap bantu-membantu merupakan amalan yang
perlu dijauhi.  X

[1 markah]
(b) Bagaimanakah cara kita mewujudkan kesejahteraan dalam
sebuah masyarakat?
 Cara kita mewujudkan kesejahteraan dalam sebuah masyarakat
adalah dengan mengamalkan sikap saling persefahaman.
[2
markah]
(c) Apakah maksud ‘ibarat aur dengan tebing’ dalam petikan?
 
Maksud ibarat aur dengan tebing dalam petikan ialah saling

bekerjasama antara satu sama lain dalam melakukan sesuatu

perkara.

[ 2 markah]
(d) Pada pendapat kamu, adakah perpaduan di dalam negara
penting? Mengapa?
  Pada pendapat saya perpaduan di dalam negara kita adalah
penting kerana dapat menjadikan negara kita aman, makmur
dan maju dalam semua bidang.

[ 3 markah ]
Berbuat baik sangat
mulia lebih daripada
harta dunia...
YANG BULAT TIDAK AKAN DATANG BERGOLEK,

YANG PIPIH TIDAK AKAN DATANG MELAYANG

GENGGAM BARA API BIAR SAMPAI JADI ARANG

Anda mungkin juga menyukai