Anda di halaman 1dari 13

KEMPEN

KESEDARAN
ANTIBIOTIK

ANTIBIOTIK PERLU KE?


Dr. Ahmad Shukri bin Mohammad Khalis
Apakah fungsi antibiotik?

• Antibiotik digunakan untuk merawat jangkitan BAKTERIA.

• Antibiotik adalah ubat yang penting untuk merawat jangkitan biasa


seperti radang paru-paru dan untuk keadaan yang mengancam nyawa
seperti ‘sepsis’, iaitu keadaan tindak balas lampau oleh badan terhadap
jangkitan.
Apakah penyakit yang TIDAK DAPAT dirawat dengan
antibiotik?

• Antibiotik tidak berkesan terhadap jangkitan VIRUS seperti


SELESEMA dan INFLUENZA.
APA YANG MENYEBABKAN ANDA SAKIT?
VIRUS ATAU BAKTERIA
MITOS DAN FAKTA
• Mitos 1 : Bolehkah antibiotik mengurangkan tempoh batuk saya?
 Fakta : Pengambilan antibiotik untuk bronchitis akut (kebiasaannya punya batuk dan berdehit) tidak mengurangkan
tempoh penyakit kerana lazimnya disebabkan oleh virus.

• Mitos 2 : Semua sakit tekak berpunca daripada bakteria, oleh itu saya akan berasa lega selepas mengambil
antibiotik.
 Fakta : 85% sakit tekak adalah berpunca daripada virus dan akan sembuh sama ada dengan atau tanpa antibiotik.

• Mitos 3 : Saya seharusnya meminta antibiotik daripada doktor apabila saya sakit.
 Fakta : Jangan meminta doktor untuk mempreskrib antibiotik jika doktor merasakan tidak perlu.
ANTIBIOTIK BUKANLAH JAWAPAN
SEGALA PENYAKIT !
APAKAH ITU KERINTANGAN ANTIBIOTIK?

• Ketidakberkesanan Antibiotik. Kerintangan antibiotik adalah


kemampuan bakteria untuk menghalang fungsi antibiotik.

• Bakteria akan menyesuaikan diri supaya ubat tidak lagi


memberi kesan kepadanya.
SIAPAKAH GOLONGAN YANG BERISIKO?

• Sesiapa sahaja tanpa mengira usia. Apabila sesorang mengambil


antiobiotik, bakteria yang sensitif tehadap antibiotik tersebut akan
mati manakala bakteria yang lain akan terus hidup dan membiak.

• Bakteria tersebut kebal terhadap antibiotik dan boleh merebak dari


individu ke individu.
BAGAIMANA RINTANGAN ANTIBIOTIK
BOLEH BERLAKU ?
Penyalahgunaan antibiotik:
• Doktor mempreskrib antiobiotik tanpa kawalan
• Tdak menghabiskan antibiotik mengikut tempoh yang diarahkan
• Menggunakan lebihan antibiotik daripada penyakit lepas
• Berkongsi antibiotik
• Membeli antibiotik tanpa preskripsi doktor
BAGAIMANA KERINTANGAN ANTIBIOTIK INI
MENDATANGKAN KESAN KEPADA DIRI SAYA DAN
KELUARGA?

• Jangkitan yang mudah menjadi sukar dirawat,


• Keadaan penyakit semakin betambah teruk
• kekerapan berjumpa doktor meningkat.
• Tempoh berada di hospital berpanjangan.
SETIAP INDIVIDU MEMAINKAN PERANAN

• Hanya GUNAKAN antibiotik SEPERTI DIARAHKAN oleh doktor, jangan guna secara berlebihan
atau sebaliknya.
• HABISKAN rawatan antibiotik walaupun anda telah rasa semakin sihat.
• JANGAN MEMINTA antibiotik daripada doktor jika beliau berkata anda tidak memerlukannya.
• JANGAN BERKONGSI antibiotik anda danga orang lain.
• MINTA NASIHAT daripada anggota kesihatan yang bertauliah.

Anda mungkin juga menyukai