Anda di halaman 1dari 14

INSENTIF DAN ATLIT

Disediakan Oleh : MASLIANNA BTE MOHD ZAINOL MUHAMMAD ZUHIR LUQMAN BIN ZULKOFLI

Insentif Ganjaran yang dapat merangsang minda seseorang untuk mencapai sesuatu kejayaan. Insentif boleh berbentuk ganjaran seperti wang tunai, harta, darjah kebesaran, hadiah dan sebagainya.

Atlet Individu yang giat dalam arena sukan, ahli sukan.

Keburukan Insentif kepada atlit 1. Para atlet hanya memandang kepada ganjaran dan terlupa akan misi utama iaitu berbakti kepada Negara.

Antara salah satu kepentingan sukan ialah dapat membentuk perasaan patriotisme. Sukan dapat membentuk perasaan cintakan Negara dan tanggungjawab ingin mengharumkan nama Negara di peringkat yang lebih tinggi dan disegani oleh semua pihak. Ini merupakan sumbangan yang dapat diberi oleh para atlet Negara. Namun begitu, dengan adanya insentif yang terlalu tinggi menyebabkan para atlet hanya bermatlamatkan ganjaran semata.

Sebagai contoh, pada 27 Jun 2008, dipetik dari surat khabar Berita Harian menyatakan bahawa Dato Seri Najib Tun Razak yang pada ketika itu menjawat jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan bahawa beliau menaikkan insentif pingat emas Temasya Olimpik dari RM160,000 kepada RM 1 Juta. Namun begitu, ramai rakyat Malaysia yang beranggapan bahawa mereka mahukan atlet menjadi juara sejati dan bukan hanya disebabkan janji-janji habuan tinggi yang bakal diberikan. Adalah lebih baik barisan atlet membuktikan kejayaan mereka dahulu sebelum pemberian ganjaran pada sebarang temasya sukan.

Mari kita mengambil contoh pemain badminton Negara, Lee Chong Wei dalam utusan Malaysia beranggapan bahawa wang bukanlah segala-galanya untuk memburu emas di temasya sukan besar. Wang akan datang sendiri dalam pelbagai cara jika seseorang atlet itu membuktikan mereka adalah juara sejati.

Pendapat Chong Wei itu senada dengan apa yang dikatakan oleh bekas Ratu Heptatlon Sukan SEA 1981 dan 1983, Zaitun Othman yang berpendapat, dalam arena sukan atlet jangan sesekali mengharapkan ganjaran yang lumayan untuk diri sendiri.

Apa yang sangat mustahak ialah sumbangan kita sebagai anak watan kepada Negara ini. Kita perlu memiliki satu misi yang sama, iaitu berbakti buat tanah air kita sendiri. Satu prinsip Zaitun Othman ialah Kebahagiaan adalah orang yang memberi tanpa mengungkit pemberiannya dan kebahagiaan adalah orang yang menerima tanpa melupakan jasa orang yang memberi. Beliau kini menjawat jawatan sebagai Pengarah Cawangan Hal Ehwal.

2. Melahirkan jaguh sukan sementara Adalah lebih baik barisan atlet membuktikan kejayaan mereka dahulu sebelum pemberian ganjaran pada sebarang temasya sukan. Motivasi ialah penggerak kepada kemahuan dan keinginan hendak Berjaya ataupun hendak mencapai sesuatu. Motivasi boleh juga dikatakan sebagai rangsangan untuk kejayaan seseorang ataupun rangsangan hendak mengelakkan diri daripada kegagalan.

Adalah lebih baik, setiap atlet itu mempunyai motivasi instrinsik yang diwujudkan secara semula jadi daripada ransangan dalaman. Ia perlulah disulami dengan dorongan dan minat individu bagi melakukan sesuatu aktiviti tanpa mengharap ataupun meminta ganjaran.

Atlet seharusnya tidak mengharapkan pujian, insentif, ataupun hadiah semata. Apabila atlet di galakkan dengan pemberian insentif, mereka hanya berusaha untuk mendapatkan ganjaran tersebut dan apabila telah berjaya dan mendapat ganjaran tersebut, mereka tidak lagi berusaha untuk mencapai kejayaan di masa akan datang kerana apa yang mereka impikan telah diperolehi.

Sebagai contoh, baru-baru ini pada 6 januari 2012 di surat Khabar Metro mengemukakan berita mengenai BAM rombak kadar insentif. Semakan semula pemberian insentif dan elaun ini dilakukan mengikut kepentingan Negara. Tahap prestasi setiap atlet diambil kira secara teliti, menjurus kepada kejohanan utama yang menjadi agenda Negara. Dengan perubahan itu, hanya pemain yang berada di kelompok 15 ranking teratas dalam acara perseorangan dan 10 teratas bagi beregu dapat menikmati insentif itu. Saya merasakan bahawa tindakan yang ingin dilakukan oleh Persatuan Badminton Negara (BAM) ini merupakan tindakan yang wajar kerana setiap atlet perlu sentiasa meningkatkan prestasi mereka dari semasa ke semasa tanpa memikirkan sebarang pemberian insentif yang tinggi.

Kita ambil contoh lain iaitu Jawatankuasa Khas Kabinet Sukan telah meluluskan skim pencen bulanan yang memberi pengiktirafan sewajarnya kepada atlit yang cemerlang dalam Sukan Olimpik. 2 orang pemain badminton yang memenangi pingat di Sukan Olimpik di Barcelona tahun 1992 dan tiga pemain di Sukan Olimpik di Atlanta tahun 1996 mendapat manfaat skim ini. Jelas disini bahawa pengikhtirafan di atas kecemerlangan atlit tidak hanya bertumpu ketika mereka menyumbang piala ataupun kemenangan ketika mana mereka bergelar atlit sahaja, walhal para atlit tetap menerima pengiktirafan walaupun sudah pencen. Maka dengan itu, para atlet haruslah berusaha untuk mencapai kecemerlangan mereka tanpa hanya memandang kepada insentif semata.

Anda mungkin juga menyukai