Anda di halaman 1dari 40

PE NI NG KATAN

MOTIVASI KE RJA
KAKI TANGA N
PE ND ID IKAN
Oleh
Hamzah B. Mohamed

SEMPENA
SAMBUTAN HARI GURU
PERINGKAT
DAERAH MARAN 2008
19 JULAI 2008
DEWAN SMK DESA JAYA
26400 BANDAR JENGKA
Memartabatkan Profesion
Keguruan
“ Agenda memartabatkan profesion keguruan
bukan hanya berkisar dalam persoalan
penambahbaikan skim perkhidmatan dan
kebajikan semata-mata, malah turut
bergantung kepada tahap kualiti, kompetensi,
jati diri, dan semangat para guru. Faktor-
faktor ini banyak mempengaruhi persepsi dan
penerimaan masyarakat terhadap profesion
keguruan akan terus dihormati dan dipandang
tinggi.”
~ Menteri Pelajaran Malaysia (2008)
01/10/09 2
ROH GUR U
“Keperluan dan kepentingan pendidikan,
menuntut minat dan kecintaan yang
mendalam terhadapnya. Minat dan kecintaan
ini akan menerbitkan keinginan dan dorongan
untuk menjalankan tugas secara jujur, ikhlas
dan penuh tanggungjawab. Hanya mereka yang
mempunyai ROH GURU dapat menjiwai dan
menggalas tugas yang amat berat lagi
mencabar ini”.
~Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (2008)
01/10/09 3
Memperkasa SK?
 Fokus memperkasa SK di peringkat sekolah rendah
dan menengah untuk menjadikan sekolah-sekolah ini
lebih beraspirasi nasional, meningkatkan
kecemerlangan dalam pelbagai bidang dan
meningkatkan kualiti prasarana.
 Sasaran jangka panjang bagi menjadikan SK pusat
kecemerlangan pendidikan dari semua segi seperti
prasarana, disiplin dan keselamatan pelajar,
pencapaian kokurikulum dan sukan, penguasaan
ICT, kualiti guru dan kepemimpinan sekolah.

~ Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010


Kementerian Pelajaran Malaysia

01/10/09 4
Ciri -ci ri SK Perkasa ?
INFRASTRUKTUR PEMIMPIN & GURU CEKAP,
LENGKAP BERKUALITI TERLATIH BERKUALITI
B.CINA &
B.TAMIL KURIKULUM
ASASKAN
PELANGGAN
AKADEMIK
CEMERLANG SEKOLAH PERKASA KOKURIKULUM
BERKESAN
SISTEM SOKONGAN
KUAT & CUKUP SAHSIAH CEMERLANG
IKLIM BUDAYA
SEKOLAH SIHAT
SEMUA KUASAI BERASPIRASI
3M NASIONAL

01/10/09 5
Fenomena masa kini?
“Orang ramai semakin kerap
mempersoalkan kualiti pendidikan di
sekolah, seolah-olah tidak lagi
menaruh keyakinan kepada
kewibawaan sekolah dalam hal ehwal
mendidik, terutama apabila mendapati
kelakuan murid lepasan sekolah tidak
seperti yang diharapkan oleh
masyarakat dan negara…
01/10/09 6
Fenomena kini…samb.

“ Kecemerlangan pada sijil peperiksaan


mereka secara realitinya tidak
memperlihatkan kematangan berfikir,
kepetahan berkomunikasi, ketokohan
sebagai pemimpin, kemurnian tingkah
laku, keupayaan mencipta dan
menyumbang kepada pemajuan negara-
bangsa dan global.”
~ Jemaah Nazir (2001) hlm.24
01/10/09 7
Persoalannya…
 1,919 sekolah prestasi rendah UPSR
1999 pencapaian lulus bawah 30%.
 3M tidak berkesan di sekolah
kebangsaan berbanding SJK Cina.
 Sikap tidak serius dan senario kurang
menarik di sekolah kebangsaan.
 Kesan kemasukan pelajar Melayu ke
IPTA: sukar penuhi kuota 55%.

01/10/09 8
Punca Melayu Gagal
Kuasai Ilmu?
 Jumlah anak Melayu memulakan pendidikan di taman
asuhan, di pusat-pusat prasekolah atau kindergarten
adalah kecil.
 Rata-rata anak Melayu memulakan proses
pembelajaran hanyalah di darjah satu sekolah rendah.
 Selain memulakan pembelajaran lebih lewat daripada
orang lain, bangsa Melayu juga mengakhirkan
pembelajarannya lebih awal daripada orang lain.
~Dr.Awang Had Salleh
(Mingguan Malaysia: 21.10.2001)

01/10/09 9
Apa kaitan dengan kita?
 “Pelajar-pelajar Melayu tertinggal
dalam pelajaran seawal di bangku
sekolah rendah lagi. Untuk
mengatasinya kita perlu berpatah balik
jauh ke belakang. Usaha membentuk
pelajar-pelajar Melayu yang berdaya
saing perlu bermula di peringkat
sekolah kebangsaan.”
~ Profesor Dr. Isahak Haron
01/10/09 10
100,0 00 belum k uasa i
3M !

01/10/09 11
Ma lay st udents don’t
read m uch
 65% pelajar Melayu tidak guna teknik
belajar yang betul
 53% tidak suka membaca
 38% tidak suka membuat kerja rumah
 43% pelajar Melayu (P.Pinang) gagal
sekurang-kuranya satu mata pelajaran
(UPSR 2002)
 6.5% atau 1,059 gagal semua mata
pelajaran
01/10/09 12
5 STAR SCHOOLS?

 BERMASALAH ?
 TERBIAR ?
 BERPENYAKIT ?
 ‘BEBAS-CUKAI’ ?
 MENGAJAR
KERJA ‘BODOH’?

01/10/09 13
Ga gal me ngurus?

“Kurang kreativiti dan kegagalan


mengurus dengan baik oleh pihak
sekolah terutama gurubesar dikenalpasti
punca utama pelajar Melayu di P.Pinang
terkandas dalam pelajaran, sekaligus
gagal bersaing dengan pelajar kaum
lain.”
~ Prof.Dr. Aminah Ayob
01/10/09 (Utusan Malaysia 5.2.2003) 14
Me nta lit i sik ap
mengaja r ?
 Apa yang dikesalkan tiga kelas tersebut ditinggalkan
begitu sahaja tanpa pengawasan. Murid-muridnya tidak
buka beg ataupun membaca buku.
 Mentaliti dan sikap mengajar dibuat sambil lewa padahal
sekolah-sekolah di luar bandar inilah yang perlu diberi
perhatian lebih disebabkan kemudahan yang serba-serbi
kurang.
~ Prof.Dr.Aminah Ayob
(Utusan Malaysia 5.2.2003)

01/10/09 15
Ku alit i Gu ru ?

~ The Star 25.03.2007


01/10/09 16
Pr in si p K ual it i
Total Q ua li ty Ma na gem en t
 Prinsip#1: Produk/servis menepati dan
memuaskan hati pelanggan.
 Prinsip#2: Standard kerja ialah ”defect
free” (tanpa cacat); setakat hampir-hampir
tidak cukup.
 Prinsip#3: Diukur dengan PONQ (price of
non quality) yang jadi kos segi masa,
wang, tenaga atau peluang kerana gagal
buat dengan betul.
01/10/09 17
7 Asa s TQM

1. Menepati Standard
2. Mengongsi Visi
3. Pencegahan
4. Buat Betul Kali Pertama
5. Pengukuran
6. Penglibatan Total
7. Penambahbaikan Berterusan
01/10/09 18
Se mbil an Prin sip QCo P

 Do It Right First Time: Setiap kerja mesti


bebas daripada salah dan silap kerana
salah dan silap ‘boleh dielak dan
dicegah’.Guru-guru mesti mengajar
dengan betul dan murid-murid mesti
belajar dengan betul dan sentiasa buat
betul.

01/10/09 19
Sembi lan Pri nsi p QCoP …
sa mb
 Guru Mengajar Murid Belajar: Semua guru
mesti faham bahawa ‘kerja kita ialah
mengajar’ bukan lain-lain aktiviti tidak
berkaitan.Mengajar pula mesti dengan
persediaan segi mental, fizikal dan
spiritual, penuh semangat lagi
berwibawa.Paling utama wujudkan situasi
‘tidak ada kelas yang dibiarkan tanpa
guru’.
01/10/09 20
Sembi lan Pri nsi p QCoP …
sa mb
 Mengongsi Visi yang Sama: Semua guru
(dan kakitangan) mesti faham dan hayati
halatuju sekolah untuk menjadi organisai
yang berkesan dalam mencapai prestasi
akademik yang cemerlang. Apa jua visi
yang hendak direalisaikan bukan hak
kepunyaan Guru Besar/Pengetua seorang
tetapi menjadi hak kepunyaan semua
guru,murid, kakitangan dan ibubapa.
01/10/09 21
Sembi lan Pri nsi p QCoP …
sa mb

 Apa Yang Disemai Itu Yang Dituai: Ertinya apa


jua yang guru-guru ajar (dan buat) itulah yang
akan jadi hasilnya. Apatah lagi kalau guru-guru
tidak mengajar dengan sepenuhnya.
Prinsipnya utamanya apa jua yang guru buat
(dan atau yang guru tidak buat) akan tentukan
prestasi atau pencapaian murid seterusnya.

01/10/09 22
Sembi lan Pri nsi p QCoP …
sa mb

 Penambahbaikan Berterusan: mencapai


kualiti tidak ada had dan sempadan.
Guru mesti sentiasa lakukan
Kaizen(Continuous Improvement) dalam
semua aspek terutama P&P. Prinsip
utamanya tidak mudah merasa berpuas
hati dengan status kini, tetapi sentiasa
memikirkan peningkatan di dalam semua
urusan berkaitan organisasi sekolah.
01/10/09 23
Sembi lan Pri nsi p QCoP …
samb
 Mencegah Masalah lebih Utama daripada
Menyelesaikan Masalah: Ertinya tidak
cukup sekadar boleh ‘menyelesaikan
masalah’ sahaja lebih-lebih lagi sudah
tahu benda yang akan jadi masalah.
Kebolehan ‘mencegah masalah’
diperlukan dalam tindakan awal yang
bersifat ’preventive’ bukan ‘remedial’
dapat dibuat dengan berkesan.
01/10/09 24
Sembi lan Pri nsi p QCoP …
samb

 Bukan Kepada Siapa Betul Tetapi Kepada


Apa Yang Betul: Apa jua isunya dalam
menangani perubahan adalah
berdasarkan ‘perkaranya’ bukan kepada
‘siapa orangnya’. Prinsipnya apa yang
betul atau tidak betul bukan dasarkan dia
itu GB/Pengetua, Guru Penolong Kanan,
Guru Penolong, ataupun Pekerja Rendah
Awam.
01/10/09 25
Sembi lan Pri nsi p QCoP …
samb
 Permuafakatan Dan Kesejawatanan:
Ertinya di dalam organisasi tidak ada
orang boleh buat kerja berseorangan,
setiap orang perlukan orang lain bagi
memenuhi atau menyempurnakan
sesuatu bidang tugas. Prinsipnya semua
guru (kakitangan) mesti faham tanpa
kerjasama dan permuafakatan banyak
kerja terutama mengangkat martabat
sekolah tidak akan tercapai.

01/10/09 26
Sembi lan Pri nsi p QCoP …
samb
 Guru Sebenar Guru ‘Ke Sekolah Tidak
Jemu Mengajar Tidak Lesu’: Ertinya
seseorang guru yang penuh iltizam,
dedikasi, komited dan bertanggungjawab
tidak akan mengkhianati tugasnya dan
murid-muridnya. ‘Guru sebenar guru’ tidak
akan sampai hati melakukan sesuatu
yang merosakkan organisasi,
menghancurkan visi dan misi dengan
tindakan dan sikap negatif dalam
perlakuan sehari-hari.
01/10/09 27
Tahap Satu: Senario Sekarang

 Apa yang sedang berlaku?


 Apakah masalah dan cabaran yang
sedang dihadapi?
 Apakah peluang-peluang perlukan
pembangunan?
 Apakah keutamaan-keutamaan kita?

01/10/09 28
Senario & Status Kita?
 Apa sedang berlaku: Datang lewat? Lambat masuk
kelas? Masuk tapi tidak mengajar? Masa banyak
berada di kantin? Selalu keluar? Tak tulis BRM?
Panitia tidak mesyuarat? Pencerapan P&P ada buat
tidak? Laporan Berkala tidak hantar ? Kad &
Dokumen Murid lengkap atau tidak? Data dan
maklumat sering salah dan tidak kemaskini?
Kokurikulum berjalan tidak? Bagaimana pencapaian
dan kedudukan kita dalam kelompok atau daerah?
Wujudkah ‘kesejawatan’ atau “Aku-aku; Engkau-
engkau”?

01/10/09 29
Masalah & Cabaran?
 Sistem: ikut suka masing-masing, tiada
pengesanan & pemantauan dalaman,
prosedur yang tidak jelas dan tidak
dikuatkuasakan, akhirnya tiada
kawalan.
 Prinsip: tidak berpegang kepada prinsip
seperti PDCA/PDSA; DIRFT; Guru
Mengajar Murid Belajar; Apa Yang
Disemai Itu Yang Dituai;
01/10/09 30
Masalah & Cabaran…samb.
 Budaya: membentuk budaya kerja
(sekolah) yang efektif; mengongsi visi
yang sama; kualiti jadi teras operasi
segala tugas; penglibatan semua orang;
mengamalkan “mencegah masalah
lebih utama daripada menyelesaikan
masalah”; semua orang buat kerja dia
(tak ada orang goyang kaki dan
kongkalikong); wujud rasa seronok
kerana buat kerja bukan sebaliknya.
01/10/09 31
Tahap Tiga: Strategi Tindakan

 Apakah strateginya bagi mengubah


sistem yang ada kepada senario
dikehendaki?
 Manakah strategi-strategi terbaik?
 Apakah pelannya dimana strategi-
strategi itu diterjemahkan menjadi
tindakan?

01/10/09 32
Guru Cemerlang?
 “ Most schools have some excellent
teachers, some mediocre teachers, and
some who do not belong in the profession.
Master teachers can set the tone and pace
of a school. Since many people are not
proactive, these teachers can inspire others
to lift their sights and adapt to the
environment they create.”
~ Blaine Lee (1997) Power Principle

01/10/09 33
10 Ciri Guru Perkasa
 Berdisiplin: on time, kerja kemas &
berkualiti, ikut peraturan, patuhi
arahan, hubungan interpersonal yang
baik.
 Bermotivasi: setiap hari adalah hari
menggembirakan, ingin buat yang
terbaik bagi diri, anak didik & sekolah.
 Positif: fikir dan buat yang positif,
pemikiran yakin diri dan yakin boleh.
01/10/09 34
10 Ciri Guru Perkasa…samb

 Kreatif: buat ‘berlainan sedikit’ dari


biasa, tidak jumud, kaku dan beku.
 Inovatif: mampu buat ‘pembaharuan’
dan ubahsuai secara berkesan.
 Proaktif: boleh menjangka sesuatu
dan mengambil tindakan tepat dan
sesuai secara ‘in advance’ tanpa
disuruh atau diarah.
01/10/09 35
10 Ciri Guru Perkasa…samb.

 Imaginatif: potensi imaginasi yang


tinggi merangka kerja atau lakukan
fungsi dengan berkesan dalam
merealisasikan gambaran minda.
 Perfectionist: sikap yang pentingkan
‘kesempurnaan’, tidak hasilkan kerja
sub-standard atau ‘asal buat’ sahaja.

01/10/09 36
10 Ciri Guru Perkasa…samb.
 Idealist: memandang tugas secara paling
unggul, amalkan konsep ‘guru mengajar
murid belajar’, semua orang mesti buat
kerja.
 Profesional: sikap, pemikiran , percakapan
dan perbuatan menepati etika profesion
perguruan, dapat asingkan hal peribadi &
emosional daripada hal profesional dalam
pengurusan bilik darjah dan perhubungan
interpersonal di dalam organisasi.
01/10/09 37
Teaching is more…
…than knowing subject matter and clearly
presenting it; teaching involves knowing
how students think and feel, their
preconceptions and misconceptions, what
genuinely gets their attention, and how to
build their desire to learn from within
themselves. The commitment and dedication
of the professional, therefore, must be to
persevere in finding the ways to build
independence in the learner and nurture the
natural curiosity of the student.
01/10/09 38
Kerana merekal ah k it a
di si ni !

Ikhlaskan mengajar ‘anak orang’;


insyaAllah orang lain akan ikhlas
mengajar ‘anak kita’!
01/10/09 39
Te rima Ka sih …

Kerana perhatian anda

Sila lawati website: http://www.


angelfire.com/journal2/fakir_zamani/index.html
01/10/09 40

Anda mungkin juga menyukai