Anda di halaman 1dari 19

9 Prinsip QCoP

‘Quality Cycle of Process’


Oleh
Hamzah Mohamed

Merubah dan membina


Budaya Sekolah Sihat dan Cemerlang
Menangani Perubahan?
•Sekolah berkesan tidak akan berkesan
jika tidak mengamalkan prinsip-prinsip
kepemimpinan melalui teladan.

•Sekolah berwatak tidak akan wujud jika


jika pemimpin dan pengikut tidak ada
’personaliti’ dan ‘watak’, yang tidak ada
‘originality’ dan kreativiti dalam
merancang, melaksana, menilai dan
mengambil tindakan bagi mencapai visi
dalam meletakkan keutamaan organisasi
daripada diri sendiri.
Menangani Perubahan?
• Kepemimpinan profesional mestilah berani
menangani perubahan, membanteras
segala macam kebejatan, menghapuskan
budaya ‘negaholic’ yang telah merosak
‘morale’ serta meluntur semangat dan
keyakinan dalam mencapai kecemerlangan
dan martabat diri seluruh murid, guru-
guru serta sekolah.
Adakah bergantung kepada?

PER A N
WA AL AM
TAK G
AN PEN
PENG
ETAH
UAN
KELULUSA
N

A N GE
K RA
DU KH
DU AT
KE I
Paksinya Prinsip

• Tak dapat bezakan mana yang prinsip mana


yang bukan prinsip.
• Tidak dapat ubah cara kerja kerana masih
belum faham-faham hala tuju organisasi dan
situasi semasa.
• Menyangka amalan sebelumnya sudah betul
dan tepat tetapi sebenarnya tidak betul
malah melanggar prinsip dan peraturan.
• Akhirnya wujud budaya mediocrity yang
merugikan diri dan misi organisasi.
Apa masalahnya?

• Kajian terhadap Program Peningkatan


Kurikulum dan Kemajuan Pendidikan
(PKKP) Jabatan Pendidikan Pahang,
Edisi Kedua (1999); Satu Penilaian dan
Cadangan Pembaharuan menyebut
faktor-faktor berikut sebagai
penghalang kepada peningkatan dan
dengan itu mestilah dibasmi dan
dielakkan:
Tiada Visi dan Misi..?

• Visi bersama tidak dijelaskan dan tidak dihayati


oleh setiap anggota.
• Mesyuarat/perbincangan mengenai strategi
yang terlalu kurang.
• Sikap tidak cakna.(Duli tak duli; buat de’)
• Anggota yang masih tidak mahu berubah dari
‘Zon Selesa’.
• Cepat berpuas hati atau puas hati yang
melampau.
Nilai dan Kepercayaan...
• Pemimpin organisasi tidak terlibat atau tidak
ikut serta untuk membuat perubahan.
• Tiada usaha yang lebih atau tiada
pengorbanan.
• Terlalu cepat mengisytiharkan kemenangan.
• Tiada kemenangan jangka pendek yang boleh
diraya atau dibanggakan oleh organisasi
menyebabkan hilang momentum untuk berubah
dan anggota yang kecewa akan memasuki
kumpulan yang menolak perubahan.
Ubahlah Organisasi...

Pemimpin berwibawa berkebolehan


dan mampu memimpin, memandu,
menentukan halatuju,
menggembeling tenaga ke arah
mewujudkan budaya organisasi
berkesan. Ingatlah sebagai pemimpin
sejati diri anda tidak penting; yang
penting adalah orang-orang di bawah
anda!

9 Prinsip QCoP
Berikut mungkin membantu
Prinsip 1: Do It Right First Time

• Ertinya setiap kerja mesti bebas daripada buat


salah dan silap kerana salah dan silap ‘boleh
dielak dan dicegah’. Pada tahap yang lebih
tinggi ertinya guru-guru mesti mengajar dengan
betul dan murid-murid mesti belajar dengan
betul dan sentiasa buat betul. Ringkasnya
semua guru dan murid-murid mesti faham dan
mesti jadikan prinsip utama mencapai kejayaan
yang cemerlang.
Prinsip 2: Guru Mengajar Murid Belajar

• Ertinya semua guru mesti faham dulu bahawa


‘kerja kita ialah mengajar’ bukan berborak,
tidur, duduk di kantin, tak masuk kelas, keluar ke
kedai, atau lainnya. Mengajar pula mesti penuh
persediaan segi mental, fizikal dan spiritual,
penuh semangat dan berwibawa. Prinsip paling
utama ‘tidak ada kelas yang dibiarkan tanpa
guru’. Kemudian murid pula mestilah belajar
dengan betul, bersungguh-sungguh dan tidak
main-main.
Prinsip 3: Mengongsi Visi Yang Sama

• Ertinya semua guru mesti faham dan hayati


halatuju sekolah untuk menjadi sekolah
berkesan, sekolah berwatak dan sekolah model.
Prinsip utamanya semua murid adalah ‘normal’
dan berpotensi mencapai prestasi cemerlang.
Apa jua visi yang hendak direalisasikan bukan
hak kepunyaan Guru Besar seorang tetapi
menjadi hak kepunyaan semua guru, murid-
murid, kakitangan serta ibubapa dan penjaga.
Prinsip 4: Apa Yang Disemai Itu Yang Dituai

• Ertinya apa jua yang guru-guru ajar (dan buat)


itulah yang akan jadi hasilnya. Apatah lagi kalau
guru-guru tidak mengajar dengan sepenuhnya.
Prinsip utamanya apa jua yang guru buat (dan
tak buat) akan tentukan prestasi atau
pencapaian murid seterusnya. Ini kena ingat
baik-baik.
Prinsip 5: Penambahbaikan Berterusan

• Ertinya mencapai kualiti tidak ada had dan


sempadan. Guru mesti sentiasa lakukan Kaizen
(Continuous Improvement) dalam semua kerja
terutama P&P. Prinsip utamanya mesti tidak
mudah merasa berpuas hati dengan status kini
tetapi sentiasa memikir dan mencari jalan bagi
meningkatkan hasil kerja kurikulum,
kokurikulum, pengurusan data dan maklumat,
kebajikan dan keselamatan serta keceriaan
fizikal dan persekitaran.
Prinsip 6: Mencegah Masalah Lebih Utama
Daripada Menyelesai Masalah

• Ertinya tidak cukup sekadar boleh


‘menyelesaikan masalah’ sahaja lebih-lebih
lagi sudah tahu benda yang akan jadi masalah.
Yang diutamakan ialah kebolehan ‘mencegah
masalah’ supaya tindakan awal yang bersifat
‘preventive’ bukan ‘remedial’ dapat dibuat
dengan berkesan. Prinsip utamanya amalkan
pendekatan PDCA (Plan,Do,Check,Act) secara
total dalam semua aktiviti organisasi.
Prinsip 7: Bukan Kepada Siapa Betul Tetapi
Kepada Apa Yang Betul

• Ertinya apa jua isu yang ditimbulkan dalam


menangani perubahan adalah berdasarkan
‘perkaranya’ bukan kepada ‘siapa orangnya’.
Prinsipnya ialah apa yang betul atau tidak betul
bukan dasarkan dia itu Guru Besar atau
Penolong Kanan atau Guru Penolong tetapi
kepada apakah persoalannya, kesan atau
implikasinya, terhadap proses penambahbaikan
berterusan itu . Matlamat akhirnya semua orang
buat perkara betul dan tidak dipertikaikan.
Prinsip 8: Permuafakatan dan Kesejawatanan

• Ertinya tidak ada orang boleh buat kerja


berseorangan.Prinsipnya semua guru mesti
faham bahawa tanpa kerjasama dan
permuafakatan banyak kerja terutama usaha
meningkatkan prestasi murid dan sekolah tidak
akan tercapai. Aspek permuafakatan dan
kesejawatanan ini jelas dilihat apabila sikap dan
semangat tolong-menolong, sanggup berkorban,
ingat-mengingati,nasihat-menasihati wujud
dengan penuh harmoni.
Prinsip 9: Guru Sebenar Guru; Ke Sekolah Tidak
Jemu Mengajar Tidak Lesu

• Ertinya seorang guru yang penuh iltizam,


dedikasi, komited dan bertanggungjawab tidak
akan mengkhianati tugasnya dan murid-
muridnya. Prinsipnya guru-guru mesti faham
tugas ‘mengajar dan mendidik’ sebagai
ibadah lagi mulia. Guru-guru begini tidak cepat
menyalahkan keadaan dan tempat sebelum
menyalahkan diri terlebih dahulu di samping
meningkatkan ketrampilan dan kewibawaan diri.
Kuncinya: Terletak Kepada Diri Sendiri

• Kunci kepada semua kejayaan menangani


perubahan adalah terletak kepada diri anda
sendiri. Ingatlah.... “The first rule of
leadership, everything is your fault!”

Anda mungkin juga menyukai