Anda di halaman 1dari 10

Mesyuarat Guru

Yang Berkesan?

Bulat air kerana pembetung; Bulat


manusia kerana muafakat.
Berat sama dipikul, ringan sama
dijinjing.
Apa senarionya kini?
• Sudah lama tidak adakan mesyuarat?
• Ada sekolah buat mesyuarat sekali sahaja
setahun; ada yang dua kali (awal dan
akhir tahun),ada yang buat tiga kali
sahaja, malah ada yang buat ikut rasa dan
selera Guru Besar sahaja.
• Ada mesyuarat tetapi tidak ada minit,
tidak ada agenda ‘perkara berbangkit’.
• Buat mesyuarat tidak sesuai dengan masa
atau mengambil masa yang sangat
panjang (sampai ada ‘break’ untuk solat
dan makan).
Ciri Mesyuarat Berkesan
Hendaklah bersifat Profesional,
berwibawa dan berkualiti dari segi:
• Agendanya
• Pengisiannya
• Penyelesaian konfliknya
• Membuat keputusan
• Menepati masa
Strategi Mesyuarat Yang
Efektif
Merancang:
Tentukan tujuan sesuatu mesyuarat
Tuliskan objektif yang jadi target
Tentukan agenda, susun ikut turutan
yang logik sebelum mesyarat dimula
Setkan had masa bagi sesuatu
agenda
Tentukan keseluruhan masa
mesyuarat itu.
Strategi Mesyuarat…(samb.)
Mengelola:
Putuskan siapa patut hadir dan
mengapa.
Pilih seorang pencatat minit, penjaga
masa dan seorang fasilitator.
Jadualkan tarikh, masa dan tempat
yang terbaik.
Hantar memo kepada yang terlibat,
sertakan persediaan awal yang perlu.
Strategi Mesyuarat…(samb.)
Mengendali:
Mulakan mesyuarat tepat pada
masanya.
Takrifkan masalah khusus untuk
diselesaikan.
Jana beberapa penyelesaian
alternatif bagi setiap isu.
Rujuk dan patuhi agenda bagi
tentukan kumpulan tidak tersasar.
Strategi Mesyuarat…(samb.)
Menutup:
Agihkan tanggungjawab dan
tentukan tempoh akhir sesuatu tugas
spesifik.
Bersetuju dengan tindakan yang
akan diambil bagi pastikan setiap
keputusan dilaksanakan dengan
betul dan sempurna.
Strategi Mesyuarat…(samb.)
Menilai:
Kekesanan mesyuarat harus dibuat
pada akhir sesuatu mesyuarat.
Dapatkan maklumbalas.
Nilai mesyuarat itu, bincang apa
tingkah-laku membantu objektifnya
dan apa yang perlu diperbaiki bagi
mesyuarat akan datang.
‘Do’s and Don’ts’ bagi
mesyuarat yang efektif
1. Buat mesyuarat kurang dari 2 jam.
2. Jangan tunggu ahli-ahli yang
lambat; mulakan tepat pada
masanya bagi menghargai mereka
yang telah bersedia awal.
3. Jangan benarkan peserta “melalut”
atau terkeluar dari tajuk-tajuk
agenda.
Ingat

Bukan ini….anda
menentukannya!

Anda mungkin juga menyukai