Anda di halaman 1dari 30

UJIAN KHI KUASA DUA GOODNESS-OF-FIT

DEFINISI
UJIAN KHI KUASA DUA GOODNESS-OF-FIT Satu ujian bukan parametrik untuk kekerapan taburan multinomial bagi julat skor untuk pembolehubah tunggal Untuk menguji hipotesis bahawa taburan kekerapan cerapan akur dengan taburan yang didakwa

SKALA MULTINOMIAL
Skala dengan dua kategori dikenali sebagai skala

binomial. Skala binomial juga boleh dibina dengan menggabungkan beberapa kategori kepada dua. Skala multinomial bermaksud ia mempunyai lebih dari dua skala

DATA PARAMETRIK
Mempunyai empat andaian asas Bertaburan normal Varian yang homogonous Sekurang-kurangnya data interval Tidak bersandar

DATA BUKAN PARAMETRIK


Juga dikenali sebagai ujian bebas andaian Data tidak bertaburan normal Menggunakan skala ordinal dan nominal

UJIAN KHI KUASA DUA GOODNESS OF FIT


Menganalisis taburan kekerapan yang boleh dibina untuk semua tahap pengukuran Ujian ini digunakan untuk data nominal dan data ordinal Ujian ini dikenali sebagai khi-kuasa dua sebab taburan sampel menggunakan kebarangkalian null adalah betul. Ia adalah taburan kebarangkalian ujian statistik dari bilangan sampel yang infinit dengan saiz diambil dari populasi yang mempunyai ciri tertentu

NOTASI UJIAN GOODNESS-OF-FIT


0 - kekerapan yang dicerap

E - kekerapan yang dijangka k - bilangan kategori

n - jumlah percubaan

Kekerapan Jangkaan
Jika semua kekerapan jangkaan adalah sama:

E=

n k

Jumlah semua kekerapan yang dicerap dibahagi dengan bilangan kategori

Kekerapan Jangkaan
Jika semua kekerapan jangkaan adalah tidak semua sama:

E=np
Setiap kekerpan jangkaan diperolehi dengan mendarab jumlah semua kekerapan yang yang dicerap dengan kebarangkalian untuk setiap kategori

Ujian Goodness-of-fit dalam eksperimen Multinomial Ujian Statistik

X =
2

(O - E)2 E

Nilai kritikal

1. Menggunakan Jadual A-4 dengan darjah kebebasan k-1


di mana k = bilangan kategori 2. Ujian hipotesis Goodness-of-fit adalah sentiasa kananhujung

CONTOH 1
(Jika semua kekerapan jangkaan adalah sama)

Adakah kadar jenayah dipengaruhi oleh empat musim?


Jadual 1: Taburan jenayah mengikut empat musim Panas Kekerapan Cerapan 300 Bunga 270 Sejuk 200 Gugur 250 Jumlah 1020

LANGKAH-LANGKAH PENYELESAIAN
Hipotesis Nul dan hipotesis Alternatif

(H0): Bilangan jenayah yang dilakukan dalam mana-mana tahun adalah bertaburan secara sekata dalam empat musim (HA): Bilangan jenayah yang dilakukan dalam mana-mana tahun adalah tidak bertaburan secara sekata dalam empat musim

LANGKAH-LANGKAH PENYELESAIAN
Kira kekerapan jangkaan E

Jika kekerapan jangkaan adalah sama , nilainya adalah jumlah semua nilai kekerapan dibahagi dengan bilangan kategori E = Jumlah semua nilai kekerapan 4
E = 1020 = 255 4

Jadual 2: Taburan jenayah mengikut empat musim


Panas Bunga
Cerapan (O) 300 Jangkaan (E) 255 OE 45 (O E)2 2025 (O E) 2 E 7.941 270 255 15 225 o.882

Sejuk
200 255 -55 3025 11.863

Gugur
250 255 -5 25 0.098

Jumlah
1020 1020

(O E) 2 E

= 7.941 + 0.882 + 11.863 + 0.098 = 20.784

PENGIRAAN STATISTIK KHI KUASA DUA

Menggunakan rumus
X ujian statistik

(O E) 2

= 20.784

NILAI KRITIKAL KHI KUASA DUA (Dari jadual)


Darjah kebebasan (df) diberi sebagai df = k -1 di mana k bilangan kategori Dalam contoh ini pembolehubah

menggunakan 4 kategori (4 musim), maka df = 4 -1 = 3

NILAI KRITIKAL KHI KUASA DUA (Dari jadual)


Merujuk kepada jadual nilai kritikal untuk

taburan Khi Kuasa dua dengan 3 sebagai darjah kebebasan df, dan aras signifikan 0.005 Nilai kritikal = 12.838

KEPUTUSAN
Nilai ujian statistik ( nilai pengiraan)

adalah 20.78. Nilai kritikal (dari jadual khi kuasa dua) adalah 12.838 Oleh kerana nilai pengiraan adalah lebih besar dari nilai kritikal, maka hipotesis nul ditolak pada aras signifikan 0.005 . Oleh itu hipotesis alternatif di terima

RUMUSAN
Rujuk balik hipotesis yang diterima iaitu

HA dan tulis semula kenyataan yang berkaitan RUMUSAN: Bilangan jenayah yang dilakukan dalam mana-mana tahun adalah tidak bertaburan secara sekata dalam empat musim

CONTOH 2:
Jika kekerapan jangkaan adalah tidak semua sama

Syarikat Mars mendakwa gula -gula M&M bertaburan dengan peratus warna 30% coklat, 20% kuning, 20% merah, 10% oren, 10% hijau, dan 10% biru. Pada aras signifikan 0.05 , uji dakwaan bahawa taburan warna adalah seperti yang dinyatakan oleh Syarikat Mars.

Dakwaan: p1 = 0.30, p2 = 0.20, p3 = 0.20, p4= .10, p5 = 0.10, p6 = 0.10 Hipotesis nul: H0 : p1 = 0.30, p2 = 0.20, p3 = 0.20, p4 = 0.10, p5 = 0.10, p6 = 0.10

Hipotesis alternatif: H1: Sekurang-kurangnya satu daripada bahagian-bahagian adalah berbeza dari nilai yang didakwa

Dakwaan : p1 = 0.30, p2 = 0.20, p3 = 0.20, p4= .10, p5 = 0.10, p6 = 0.10


n = 100

Kekerapan jangkaan Coklat E = np = (100)(0.30) = 30 Kuning E = np = (100)(0.20) = 20 Merah E = np = (100)(0.20) = 20 Oren E = np = (100)(0.10) = 10 Hijau E = np = (100)(0.10) = 10 Biru E = np = (100)(0.10) = 10

Mencari Nilai Ujian Statistik


Coklat Kuning Merah Oren Hijau Biru Kekerapan pencerapan (O) Kekerapan jangkaan (E) OE (O -E)2 (O -E)2/E 33 30 3 9 0.3 26 20 6 36 1.8 21 20 1 1 0.05 8 10 -2 4 0.4 7 10 -3 9 0.9 5 10 -5 25 2.5

Ujian Statistik :

X =
2

(O - E)2
E

= 0.3 + 1.8 + 0.05+ 0.4 + 0.9+ 2.5


= 5.95

Mencari Nilai kritikal dari Jadual Khi-Kuasa dua Aras signifikan = 0.05 Darjah kebebasan = k-1 = 6 1 = 5 (di mana k = bilangan warna gula-gula M & M) Dari Jadual: Nilai kritikal X =11.071
2

KEPUTUSAN
Ujian statistik ( Nilai pengiraan) adalah 5.95 Nilai kritikal (dari jadual Khi Kuasa Dua) adalah

11.071 Oleh sebab nilai pengiraan lebih kecil dari nilai kritikal, maka gagal menolak (menerima) hipotesis nul pada aras signifikan 0.05

RUMUSAN
Merujuk balik hipotesis yang diterima

iaitu H0
RUMUSAN: Tidak terdapat bukti yang

mencukupi untuk menolak dakwaan bahawa warna gula-gula M & M adalah bertaburan mengikut peratusan yang diberi

Gagal menolak

Menolak

= 0.05 0 X2 = 11.071

Sample data: X2 = 5.95

Ujian Statistik tidak berada dalam kawasan kritikal; Gagal menolak H0: peratusan adalah seperti yang didakwa

LATIHAN 1
Satu ujian untuk menentukan samada taburan

terkini kawasan praktikum guru pelatih IPGKTAR iaitu (bandar, luar bandar dan pendalaman) adalah berbeza dari taburan dalam tahun 2009 pada aras signifikan 0.05. Jadual untuk mengira ujian statistik adalah seperti berikut:

LATIHAN 1
Jadual Untuk Pengiraan Ujian Statistik

Kawasan Bandar Luar bandar Pendalaman

Dicerap (O) Jangkaan (E) 45.7% 50% 28.6% 35% 25.7% 15%

(O - E) -4.3 -6.4 10.7

(O - E) 18.49 40.96 114.49

(O - E)/E 0.3698 1.1703 7.6327

LATIHAN 1
(i)

Nyatakan hipotesis Nul dan hipotesis Alternatif yang boleh dihasilkan dari maklumat tersebut Kira nilai ujian statistik

ii)

(iii) Jika nilai kritikal pada aras signifikan 0.05 dan darjah

kebebasan 2 adalah 5.99, nyatakan keputusan dan rumusan anda

Anda mungkin juga menyukai