Anda di halaman 1dari 4

Kata orang, Kota Wangi itu kota int elektual.

Dia mendengarkan sanjuran itu waktu terakhir dia akan meninggalkan Kota Panik. Kata orang, penghuni Kota Wangi hampir seluruhnya mempunyai ekor.Isterinya mendengar khabar itu dengan ragu-ragu dan binggung. Kita akan tinggal pada suatu tempat yang jauh dan tidak ada orang?Dia tersenyum.Dia sudah mafhum perasaan isterinya.Dan ,dia tahu dengan maksud banyak orang berekor itu.

a)Siapakah dia? [2m] b)Huraikan beberapa perwatakan dia dalam cerpen ini [10m] c)Apakah yang dimaksudkan dengan ekor? [2m] d)Jelaskan citra masyarakat yang terdapat dalam cerpen ini? [6m] e)Senaraikan persoalan yang terdapat dalam cerpen ini. [5m]

-Jawapana)Watak dia -watak utama dalam cerpen ini -mempunyai seorang isteri dan lapan orang anak -bekerja dalam sektor kerajaan -sering berpindah randah disebabkan kerja

b)Perwatakan dia seorang yang baik -mengongkong pergerakan anak-anak gadisnya supaya menjadi orang yang baik seperti isterinya -mahu membentuk masyarakat di Kota Wangi menjadi golongan yang baik seorang yang bertanggungjawab -mempunyai keinginan untuk mengubah corak hidup masyarakat Kota Wangi agar kembali Kembali kepada kedudukan yang sebenar seorang yang tidak mempunyai keyakinan diri -tidak yakin dapat mengubah kedudukan dan sikap penduduk Kota Wangi

c) maksud ekor -Golongan yang mendapat pendidikan tinggi -Golongan dianugerahkan dengan sijil /diploma/ijazah dan lain-lain Keistemewaan ekor -menyebabkan mereka dihormati -menentukan gaji yang akan diperolehi -menentukan jenis pekerjaan yang akan dimiliki

d) citra masyarakat Kota Wang. masyarakat yang sombong - Penghuni Kota Wangi tidak membeli di gerai dan di pasar sebab tidak mengambarkan indentiti intelektual sebaliknya tugas itu dipikul oleh orang gaji mereka. masyarakat yang mengambal kesempatan - Isteri watak dia pernah ditipu oleh jirannya apabila jirannya mengadakan majlis baca yassin tetapi sebenarnya selepas itu mengadalan parti make-upmenyebabkan mahu tak mahu terpaksa membelinya. masyarakat yang terpengaruh dengan budaya barat - Watak diamengambarkan penghuni Kota Wangi terpengaruh dengan sistem penduduk liberal acuan Barat menyebabkan terjebak dengan kehidupan ala Boy George,Dallas dan Dynasty masyarakat yang terancam gengan gejalah kecurian - Sebahagian besar rumah penghuni Kota Wangi memasang jerigi kerana takut dimasuki pencuri. masyarakat yang taksub - Ada di kalangan penghuni Kota Wangi yang ekstem/taksub dengan agama sehinggakan menolak permodenan seperti televisyen,surat khabar dan kereta.Selain itu, ada yang sanggup mengeluarkan fatwa sewenang-wenangnya sehingga mengalahkan mufti masyarakat yang munafik - Seorang ustaz didepan rumah watak dia yang sering membaca khutbah jumaat dengan member nasihat tentang takwa dan berjiran tetapi tidak menjenguk muka ketika dia dan seorang jiran india membakar sarang tebuan di depan rumah ustaz tersebut. masyarakat yang tidak mengamalkan semangat kejiranan -Kebanyakkan penghuni Kota Wangi tidak memperdulikan orang lain termasuklah jiran-jiran kerana masing-masing menumpukan pada diri sendiri.Keadaan ini menimbulkan rungutan dan perasaan sepi kepada isteri watak dia masyarakat usahawan yang tamak -Masyarakat Kota Wangi juga terdiri daripada masyarakat usahawan yang tamak dan rakus mencari kesenangan /kekayaan.Golongan ini sanggup membuat pinjaman bank berjuta-juta semata-mata untuk mengaut keuntungan pribadi.

e)Persoalan mengenai nilai kejiranan -masyarakat bandar yang tidak mementingkan nilai kejiranan -seorang ustaz dakwah yang memberi ceramah mengenai nilai kejiranan tidak keluar membantu Jirannya yang sedang membakar sarang tebuan di atas pokok di depan rumah ustaz itu sendiri mengenai sikap mementingkan ilmu -Masyarakat Kota Wangi sangat mementingkan ilmu. -jika ilmu di dalam negara tidak mencukupi,mereka akan mencari ilmu di luar negara

Anda mungkin juga menyukai