Anda di halaman 1dari 1

ABSTRAK Tajuk disertasi ini ialah Metodologi Al-Albni dalam Mengkritik Riwayat al-Bti dalam Fiqh al-Srah.

Disertasi ini bertujuan mengkaji metodologi Al-Albni di dalam mengkritik riwayat al-Bti di dalam bukunya Fiqh al-Srah. Kajian ini merupakan kajian kualitatif. Dua kaedah utama yang digunakan penulis ialah pengumpulan data dan analisis data. Pengumpulan data dilakukan mengikut kajian kepustakaan. Data dianalisis menerusi kaedah induktif dan deduktif. Bab pertama merupakan pengenalan kepada disertasi ini yang membincangkan tentang pendahuluan, landasan teori dan metodologi penyelidikan. Bab kedua pula penumpuan diberikan kepada metodologi ulama hadth dalam mengkaji hadth-hadth Nabi s.a.w. dan metodologi ulama srah dalam memaparkan riwayat-riwayat srah. Di dalam bab ketiga, penulis membentangkan riwayat hidup al-Albni dan liku-liku yang ditempuhinya dalam perjuangan. Turut dibicarakan pengenalan ringkas tentang al-Bti dan kitab Fiqh Al-Srah. Sementara itu, di dalam bab keempat pula menyaksikan penulis menyenaraikan hadth-hadth dan riwayat-riwayat srah yang dikritik oleh al-Albni. Tumpuan khusus diberikan kepada kaedah kritikan al-Albni terhadap riwayat-riwayat tersebut. Kajian ini diakhiri dengan bab kelima yang mengandungi hasil kajian dan cadangan. Hasil kajian mendapati al-Albni menggunakan kaedah ilmiah selaras dengan metodologi ulama hadth. Justeru itu, penemuan daripada kajian ini merumuskan bahawa kaedah kritikan al-Albni sesuai dijadikan panduan dalam menapis dan memaparkan riwayat-riwayat srah yang sahih.

Anda mungkin juga menyukai