Anda di halaman 1dari 18

METODOLOGI IMAM Al-SAKHAWI DALAM KITAB AL-MAQASID AL-HASANAH

ANDRIANA

DISERTASI INI DIKEMUKAKAN UNTUK MEMENUHI KEPERLUAN BAGI IJAZAH SARJANA USULUDDIN BAHAGIAN II (SECARA BERKURSUS DAN DISERTASI)

JABATAN AL-QURAN DAN AL-HADITH AKADEMI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR 2009

ABSTRAK

Penulisan ini merupakan satu kajian ilmiah mengenai metodologi yang diaplikasikan oleh Imam al-Sakhawi dalam penulisan kitab al-Maqasid al-Hasanah fi Bayan Kathir min al-Ahadith al-Mushtahirah `ala al-Alsinah . Kajian ini terlebih dahulu mengemukakan perbincangan mengenai latar belakang masalah kajian, objektif kajian, permasalahan kajian, skop kajian, huraian terhadap tajuk, huraian terhadap penulisan terdahulu serta metodologi kajian. Dalam bab seterusnya, penulis membincangkan tentang biografi Imam al-Sakhawi seperti nama dan nasabnya, laqab, tarikh serta tempat lahir dan wafatnya, guru-gurunya, murid-muridnya serta pandangan ulama terhadap beliau. Selanjutnya tumpuan diberikan terhadap pengertian hadith mashhur dan hal-hal yang berkaitan dengan hadith mashhur. Di dalam bab keempat, tumpuan diberikan secara khusus terhadap pengenalan kitab al-Maqasid al-Hasanah fi Bayan Kathir min al-Ahadith al-Mushtahirah `ala al-Alsinah dan metodologi penulisan hadith di dalam kitab al-Maqasid al-Hasanah. Kajian ini diakhiri dengan bab kelima sebagai penutup yang mengandungi kesimpulan, saranan dan cadangan-cadangan daripada kajian yang telah dijalankan.

ABSTRACT

This writing is a scientific study of methodology which is applied by Imam alSakhawi in writing the book of al-Maqasid al-Hasanah fi Bayan Kathir min al-Ahadith al-Mushtahirah `ala al-Alsinah. The study consists of the background of study, the objectives of study, the case of study, the scope of study, the review of topic, the review toward previous study and the methodology of study. In the following chapter, the author reviews Imam al-Sakhawi biography, his name and his descendant, his famous name, his place and date of birth and his demise, his teachers, his followers as well the views of scholars. In the next stage will be focused on the meaning of hadith mashhur and all cases related to hadith mashhur. In chapter four, the focus would be centered on the introduction of the book al-Maqasid al-Hasanah fi Bayan Kathir min al-Ahadith alMushtahirah `ala al-Alsinah and the methodology of hadith condification in the book al-Maqasid al-Hasanah. The study is ended in chapter five as the closing that consists of the summary and conclusion of the study.

ii

Abstrak Abstract Penghargaan Senarai kependekan Kaedah transliterasi

i ii iii vi viii

BAB SATU PENDAHULUAN

1.0 1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 1.6 1.7 1.8

Pendahuluan Latar belakang masalah kajian Pengertian tajuk Masalah kajian Objektif kajian Skop kajian Kajian lepas Kepentingan kajian Metodologi kajian 1.8.1 Metode penentuan subjek 1.8.2 Metode pengumpulan data 1.8.2.1 Metode dokumentasi 1.8.2.2 Metode historis 1.8.3 Metode penganalisisan data 1.8.3.1 Metode induktif 1.8.3.2 Metode deduktif

1 1 3 5 5 5 6 13 14 15 15 16 16 17 17 17 xi

1.8.3.3 Metode komparatif 1.9 Sistematika penulisan

18 18

BAB DUA BIOGRAFI IMAM AL-SAKHAWI

2.0 2.1

Pendahuluan Latar belakang kehidupan Imam al-Sakhawi 2.1.1 Nama dan nasabnya 2.1.2 Pengembaraan Imam al-Sakhawi dalam menuntut ilmu 2.1.3 Keluarga

21 21 21 24 30 35 41 48 59 67 70

2.2 2.3 2.4 2.5 2.6 2.7

Guru-gurunya Murid-muridnya Karya-karyanya Pandangan ulama terhadap Imam al-Sakhawi Meninggal dunia Penutup

BAB TIGA HADITH MASHHUR xii

3.0 3.1

Pendahuluan Pengertian hadith mashhur dari segi bahasa dan istilah 3.1.1 Bahasa 3.1.2 Istilah

71 71 71 72 74 74 82 82 85 87

3.2 3.3 3.4 3.5 3.6 3.7

Sebab dinamakan dengan hadith mashhur Pembahagian hadith mashhur Hukum hadith mashhur Al-Mustafid Kesan hadith mashhur kepada masyarakat Karya berkaitan hadith mashhur

BAB EMPAT METODOLOGI IMAM AL-SAKHAWI DALAM KITAB AL-MAQASID Al-HASANAH

4.0 4.1

Pendahuluan Pengenalan kitab 4.1.1 Nama kitab 4.1.2 Topik pembicaraan dalam kitab al-Maqasid al-Hasanah 4.1.3 Penyusunan kitab 4.1.4 Sebab penulisan kitab al-Maqasid al-Hasanah 4.1.5 Jumlah hadith dalam kitab 4.1.6 Pandangan ulama terhadap kitab al-Maqasid al-Hasanah

94 94 94 96 96 99 100 100 xiii

4.2 4.3

Metodologi penulisan kitab al-Maqasid al-Hasanah Penutup

101 125

BAB LIMA KESIMPULAN DAN SARANAN

5.0 5.1 5.2

Pendahuluan Kesimpulan Saranan dan cadangan 5.2.1 Saranan kepada pihak kerajaan 5.2.2 Saranan kepada para cendekiawan Islam 5.2.3 Saranan untuk APIUM 5.2.4 Saranan untuk masyarakat

127 127 131 131 132 133 136 136

5.3

Penutup

xiv

BAB LIMA KESIMPULAN DAN SARANAN

5.0

Pendahuluan

Bab ini merupakan bab yang terakhir dalam kajian berkenaan dengan Imam alSakhawi dan metodologi yang beliau aplikasikan dalam Kitab al-Maqasid al-Hasanah fi Bayan Kathir min al-Ahadith al-Mushtahirah `ala al-Alsinah. Melalui kajian yang telah dijalankan, penulis telah membuat beberapa kesimpulan dan saranan.

5.1

Kesimpulan Berdasarkan kepada penyelidikan yang telah dilakukan, penulis dapat

menyimpulkan bahawa: 125

5.1.1 Melalui keperibadian yang ditonjolkan oleh Imam al-Sakhawi sejak daripada kelahirannya, pembelajarannya sejak kecil yang mana beliau telah menghafaz alQuran dan juga belajar daripada ramai ulama terkemuka pada zamannya, seterusnya pergaulannya bersama tokoh hadith terkenal, seperti Ibn Hajar membuatkan beliau meningkat maju seiring dan setaraf dengan gurunya.

5.1.2 Penghasilan karya-karya yang begitu menakjubkan dan banyak memberi manfaat, memberi pertanda bahawa sumbangannya dalam bidang hadith sangat tidak sia-sia, bahkan memberi kesan yang positif kepada bidang hadith.

5.1.3 Setelah melihat karya-karya yang dihasilkan oleh Imam al-Sakhawi sama ada dalam bidang hadith mahupun bidang yang lainnya, penulis dapat

menyimpulkan bahawa Imam al-Sakhawi memang seorang ulama yang terkenal dan ketinggian ilmunya tiada tolok bandingnya.

5.1.4 Karya-karya beliau dalam bidang sejarah juga boleh dikatakan sangat membanggakan kerana karyanya dalam bidang ini telah diperakui oleh ramai ulama.

5.1.5 Imam al-Sakhawi adalah seorang tokoh hadith (muhaddith) yang sangat terkenal dalam dunia Islam. Kepakarannya dalam bidang hadith telah mendapat pengiktirafan dalam kalangan ulama hadith khususnya, dan ulama Islam umumnya. Beliau mendapat pelbagai gelaran dan julukan dalam bidang hadith seperti al-imam, al-`allamah, al-hafiz, al-musnid, al-muhaddith, al-naqid, al-

126

shaykh dan lain-lain gelaran yang menunjukkan kepakaran beliau dalam bidang ini.

5.1.6 Pengkajian terhadap biodata dan gerak kerja tokoh-tokoh ulama Islam seperti Imam al-Sakhawi akan dapat memperlihatkan kewibawaan ilmu dan peribadi tokoh tersebut di dalam memperkemas dan memperkembangkan ilmu-ilmu asas Islam. Daripada pengkajian ini jelas menunjukkan bahawa Imam al-Sakhawi yang hidup dalam abad ke-9 Hijrah sememangnya mempunyai latar belakang pendidikan dan kehidupan yang begitu rapat dengan suasana keilmuan.

5.1.7 Sumbangan Imam al-Sakhawi terhadap hadith diperlihatkan melalui tumpuan terhadap beberapa karyanya dalam bidang ini. Beliau sebenarnya telah menghasilkan sejumlah karya-karya hadith yang meliputi aspek teks hadith, aspek huraian hadith dan aspek istilah-istilah hadith yang dikenali dengan usul al-hadith. Daripada karya-karya beliau yang meliputi setiap aspek tersebut terbukti bahawa Imam al-Sakhawi sememangnya memiliki ilmu yang luas dalam bidang ini dan perbahasan dalam karya-karyanya begitu lengkap dan sangat teliti.

5.1.8 Hadith merupakan khazanah yang ditinggalkan oleh Rasulullah sebagai petunjuk kepada umat Islam. Baginda telah memberi jaminan kepada sesiapa sahaja yang berpegang dengan al-Quran dan sunnah Rasulullah bahawa dia tidak akan sesat selama-lamanya. Hadith juga menjadi penerang kepada ayat-ayat al-Quran yang terlalu umum dan juga sebagai penguat kepada nas-nas al-Quran.

127

5.1.9 Hadith dapat dibahagikan kepada dua bahagian utama mengikut jenisnya daripada sudut bilangan perawi yang meriwayatkan sesebuah hadith, iaitu mutawatir dan ahad. Hadith mutawatir terbahagi kepada dua, iaitu mutawatir ma`nawi dan mutawatir lafzi. Hadith ahad pula mempunyai tiga bahagian, iaitu mashhur, `aziz dan gharib.

5.1.10 Hadith mashhur ialah hadith yang diriwayatkan oleh tiga orang perawi atau lebih pada setiap peringkat sanad dan ianya tidak mencapai darjat hadith mutawatir. Dinamakan dengan hadith mashhur kerana ianya tersebar luas dalam kalangan orang ramai.

5.1.11 Hadith mashhur hanya boleh diamalkan daripada sudut pengamalan dan penggunaannya sebagai hujah ialah apabila ia telah menepati syarat-syarat sebuah hadith sahih, iaitu sanadnya yang bersambung, semua perawi di dalam sanad itu bersifat adil dan dabit dan juga hadith itu tidak terdapat kekeliruan atau pun kecacatan.

5.1.12 Turun naik sesuatu martabat hadith bergantung kepada jalan periwayatan yang lain yang dapat menguatkan sesebuah hadith tersebut; Adakah perawi hadith tersebut kurang teliti? Adakah hadith tersebut banyak kekeliruan atau ada cacat? Adakah hadith tersebut mawquf atau marfu`? Semua ini hendaklah dibandingkan dengan hadith yang sama, tetapi daripada sanad yang berbeza.

5.1.13 Tidak semua hadith mashhur dalam Kitab al-Maqasid al-Hasanah fi Bayan Kathir min al-Ahadith al-Mushtahirah `ala al-Alsinah bermartabat sahih, tapi sebaliknya ada juga yang bertaraf hasan, da`if, mawdu` dan lain-lain. 128

5.1.14 Antara metodologi yang telah diaplikasikan oleh Imam al-Sakhawi menerusi Kitab al-Maqasid al-Hasanah ialah menyebutkan takhrij, shahid, ayat al-Quran, syair, menyatakan taraf hadith dan juga rijal hadith dan lain-lain.

5.1.15 Dalam kitab ini juga, Imam al-Sakhawi telah memasukkan sanad-sanad hadith dan juga matan-matan hadith yang ada kaitan dengan hadith yang beliau bahaskan dalam kitab Al-Maqasid al-Hasanah.

5.1.16 Dalam menyatakan taraf kepada matan hadith dan juga rijal hadith beliau telah menggunakan dua cara iaitu beliau sendiri yang menyatakan taraf dari matan hadith dan rijal hadith dan cara kedua adalah dengan merujuk kepada pendapat ulamak muktabar

5.2

Saranan dan cadangan

Berdasarkan kepada kajian yang telah penulis jalankan, penulis berasa terpanggil untuk mengemukakan beberapa saranan dan cadangan. Mudah-mudahan dengan saranan-saranan yang dibuat, beberapa perkara dan maklumat yang penting dapat dikongsi bersama demi memartabatkan ilmu Islam di mata dunia.

5.2.1 Saranan kepada pihak kerajaan

Pihak kerajaan perlu menggubal satu akta atau enakmen yang boleh mendakwa golongan yang menolak hadith dan menghalang penyebaran hadith-hadith mashhur yang berkaitan dengan akidah dengan sewenang-wenangnya, kecuali hadith-hadith 129

tersebut adalah hadith-hadith yang sudah dikenal pasti sebagai hadith sahih atau pun hasan, dan bukan hadith da`if.

Penulis juga mencadangkan agar pihak kerajaan juga mengeluarkan satu garis panduan terutama kepada penceramah-penceramah bebas supaya menyebutkan status hadith ketika menyampaikan kuliah mereka. Ini kerana kebanyakan hadith-hadith yang disampaikan bercampur antara hadith yang sahih dan hadith da`if. Ia menyukarkan orang awam untuk menilai hadith-hadith tersebut.

Pihak kerajaan juga perlu menubuhkan satu jabatan khusus untuk menilai hadith-hadith Rasulullah daripada kalangan ulama yang benar-benar alim dan ahli dalam bidang ini.

Menyediakan peruntukan yang lebih banyak untuk mewujudkan sekolah-sekolah agama yang berasaskan ilmu-ilmu hadith bagi melahirkan generasi yang pakar dalam bidang hadith. Tidak hanya menguasai ilmu hadith, bahkan menjadi hafiz dalam bidang hadith seperti ulama-ulama hadith masa lalu.

Mengkaji semula silibus-silibus pembelajaran agama Islam khususnya dalam bahagian hadith. Perlunya lebih banyak ruang untuk menonjolkan ilmu hadith dan tokoh-tokoh yang berkaitan dengan bidang ini. Ini adalah penting bagi melahirkan generasi baru yang mencintai dan mengenali tokoh-tokoh dalam bidang ini.

Memberi bantuan kewangan kepada pengkaji yang ingin membuat kajian yang mendalam dalam bidang hadith, terutamanya yang berkaitan dengan personalitipersonaliti dalam bidang hadith. 130

5.2.2 Saranan Kepada Para Cendekiawan Islam

Para ilmuan dan sarjana masa kini sewajarnya berusaha sekuat tenaga untuk terus memaparkan ketokohan dan sumbangan ulama Islam terhadap bidang ilmu Islam. Ini supaya ianya dapat dihayati dan menjadi model kepada umat Islam seluruhnya. Melalui usaha seperti ini akan dapat terus mengangkat martabat ulama sebagai pewaris Nabi daripada sudut ilmu dan pengamalannya.

Memberi pengetahuan dan kefahaman yang lebih mendalam kepada masyarakat mengenai ketokohan serta personaliti dalam bidang hadith. Ini penting supaya masyarakat Islam lebih mengenal personaliti dalam bidang hadith dan mengikuti jejak langkah mereka dalam mengembangkan ilmu hadith. Menjalankan kajian ke atas kitab-kitab hadith dan membuat ringkasan dalam bahasa Melayu. Ini kerana terlalu banyak kitab-kitab hadith yang dituliskan dalam bahasa Arab yang boleh menyelesaikan permasalahan umat Islam, tetapi tidak ramai yang boleh membacanya kerana ia ditulis dalam bahasa Arab.

Usaha-usaha penterjemahan terhadap karya-karya berkaitan pengajian hadith sangat perlu dilaksanakan oleh para cendekiawan Muslim. Ini kerana kebanyakan karya-karya yang dihasilkan oleh ulama Timur Tengah terbukti mampu menjawab persoalan-persoalan semasa yang ditimbulkan oleh mereka yang sengaja ingin meragui agama Islam.

Berusaha menterjemahkan buku-buku mengenai ilmu-ilmu hadith dan tokohtokoh dalam bidang ini termasuk sumbangan mereka. Seperti menterjemahkan Kitab al131

Maqasid al-Hasanah karya Imam al-Sakhawi, Kitab Tamyiz al-Tayyib karya Muhammad Ibn `Umar al-Shaybani dan lain-lain.

5.2.3 Saranan Untuk Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya

Mata pelajaran yang berkaitan dengan ilmu-ilmu hadith dan tokoh hadith sama ada ulama hadith di Timur Tengah mahu pun di Nusantara perlu didedahkan lebih lagi kepada pelajar.

Mata pelajaran takhrij hadith tidak boleh dipandang ringan. Seboleh-bolehnya mata pelajaran tersebut didedahkan lagi dan dijadikan kursus wajib untuk semua pelajar di Jabatan al-Quran dan al-Hadith, terutamanya untuk peringkat Master.

Mewujudkan kelas bahasa Arab khusus untuk pelajar-pelajar yang berminat dalam bidang hadith. Kelas ini perlu dijalankan memandangkan mereka yang ingin mahir dalam bidang hadith, seperti penguasaan ilmu takhrij sangat perlukan kepada kemahiran dalam bahasa Arab

Penulis juga mencadangkan agar pihak Universiti Malaya mengasingkan Jabatan al-Quran dan al-Hadith menjadi dua jabatan yang berasingan. Ini supaya silibus pembelajaran terhadap dua aspek ini lebih fokus dan mendalam. Pelajar di Jabatan Hadith lebih memfokuskan pembelajarannya kepada mata pelajaran yang berkaitan dengan ilmu hadith dan tokoh-tokoh hadith. Begitu juga pelajar di Jabatan al-Quran lebih memfokuskan pembelajarannya kepada mata pelajaran yang berkaitan dengan ilmu-ilmu tafsir serta tokoh-tokoh tafsir.

132

Penulis juga mencadangkan agar bilangan pensyarah dalam bidang hadith ditambah. Setakat ini hanya terdapat empat orang pensyarah sahaja. Ianya tidak mencukupi jika dibandingkan dengan jumlah pelajar di jabatan ini. Sekurang-kurangnya memerlukan kepada lima atau enam orang pensyarah yang pakar dalam bidang hadith.

Seminar-seminar dan penerangan terhadap hadith dan tokoh-tokoh dalam bidang hadith harus lebih dipertingkatkan kerana dewasa ini ianya mendapat sambutan yang semakin baik daripada masyarakat.

Kajian-kajian ilmiah (tesis mahupun disertasi) yang telah dihasilkan oleh pelajar di Akademi Pengajian Islam di Universiti Malaya (APIUM) mahupun di universiti lainnya di Malaysia sewajarnya diketengahkan kepada masyarakat umum. Keadaannya yang hanya tersimpan di perpustakaan amatlah kurang mendatangkan input yang baik kepada masyarakat kerana hanya daripada kalangan tertentu sahaja yang dapat mengambil manfaat daripadanya. Oleh itu, APIUM seharusnya mengambil tindakan dan memainkan peranannya sebagai instituti yang layak mengetengahkan perkara ini.

APIUM juga seharusnya menyarankan kepada perpustakaan yang berada di APIUM supaya membuat salinan kitab-kitab hadith dan kitab-kitab dalam bidang lainnya yang berada di Perpustakaan Akademi Pengajian Islam di Nilam Puri, Kelantan. Ini kerana banyak kitab-kitab yang susah didapati di Perpustakaan APIUM, tetapi terdapat di Perpustakaan APIUM di Nilam Puri. Ramai pelajar yang berhajatkan bahan dari Perpustakaan Nilam Puri, tetapi terhalang oleh faktor waktu dan bilangannya yang terhad.

133

Penulis juga mencadangkan agar pihak APIUM membeli kitab-kitab karangan Imam al-Sakhawi. Penulis dapati di Perpustakaan APIUM hanya terdapat lima sahaja kitab karangan Imam al-Sakhawi, sedangkan beliau merupakan ilmuan Islam yang hebat.

Menterjemahkan Kitab al-Maqasid al-Hasanah fi Bayan Kathir Min al-Ahadith al-Mushtahirah `ala al-Alsinah karangan Imam al-Sakhawi ke dalam bahasa Melayu supaya ia boleh dimanfaatkan. Ini kerana majoriti masyarakat tidak memahami bahasa Arab. Sedangkan kitab ini merupakan kitab yang mengandungi hadith-hadith yang tersebar secara meluas dalam kalangan masyarakat.

Pihak

APIUM

lebih

menggalakkan

pelajar

untuk

mengkaji

dan

menterjemahkannya ke dalam bahasa Melayu kitab-kitab hadith yang berhubungan dengan hadith mashhur `ala alsinah kerana ianya sangat penting bagi masyarakat pada masa sekarang ini.

5.2.4 Saranan untuk masyarakat

Melengkapkan diri dengan segala ilmu pengetahuan terutamanya ilmu-ilmu yang berkaitan dengan al-Quran dan hadith. Al-Quran bukanlah sekadar untuk dibaca, lebih daripada itu ia perlu dikaji isi kandungannya agar segala amalan yang dilakukan bertepatan dengan tuntutan Allah s.w.t. Begitu juga dengan penghayatan terhadap hadith Rasulullah dan pengamalannya dalam kehidupan bermasyarakat.

Menyertai dan menghadiri majlis-majlis ilmu, terutamanya ilmu-ilmu yang berkaitan dengan al-Quran dan hadith dengan harapan agar mereka dapat memahami 134

Islam dan mengamalkannya, seterusnya mereka mampu mendidik kelurga serta masyarakat sesuai dengan ajaran Islam.

Masyarakat seharusnya menjadikan tokoh-tokoh dan personaliti dalam bidang hadith sebagai contoh dalam penerapan akhlak dan pembudayaan ilmu kepada generasi baru. Kegigihan dan kesungguhan mereka dalam menimba ilmu amat mengkagumkan ditambah pula dengan sifat rendah diri dan tawaduk mereka yang seharusnya dijadikan contoh bagi generasi baru.

5.3

PENUTUP

Kesungguhan dan ketelitian Imam al-Sakhawi dalam menghasilkan kitab hadith patut dijadikan tauladan dalam usaha memelihara ilmu-ilmu hadith. Karya yang dihasilkan beliau khususnya Kitab al-Maqasid al-Hasanah fi Bayan Kathir min alAhadith al-Mushtahirah `ala Alsinah merupakan sumbangan beliau yang besar dalam dunia penulisan ilmu Islam.

Untuk akhirnya, penulis memohon kemaafan di atas kekurangan dan kesilapan yang mungkin wujud dalam kajian yang diketengahkan ini. Sebagai penutup kajian ini, penulis memanjatkan doa agar penulisan yang kecil ini mendapar keredhaan daripada Allah s.w.t. dan memberi faedah kepada generasi yang akan datang dalam menghayati dan mengkaji hasil karya para ulama Islam.

135

Anda mungkin juga menyukai