Anda di halaman 1dari 1

ABSTRAK Kebelakangan ini terdapat banyak kitab agama yang belum dikaji hadth-hadthnya, telah menjadi masalah kepada

umat Islam di Malaysia. Hadth-hadth yang tidak diketahui sumbernya tanpa disedari telah dijadikan rujukan dan pegangan mereka dalam beramal dengannya. Oleh itu kajian ini diharapkan dapat merungkaikan serba sedikit permasalahan yang dihadapi. Tujuan utama kajian ini ialah untuk menjejaki dan menganalisis latar belakang sumber dan asal-usul 51 buah hadth yang terdapat dalam bab pertama hingga bab kelima daripada kitab Lubb Al-Hadth. Seterusnya kajian ini juga menentukan status kedudukan hadth-hadth yang dikaji sama ada sahh hasan, daf dan mawd. Kesemua 51 buah hadth daripada 400 buah hadth di dalam kitab ini tidak dinyatakan sumber dan status kedudukannya kerana didatangkan tanpa sanad dan tidak menyebut nama perawi. Kitab ini merupakan salah sebuah kitab daripada ratusan kitab karangan seorang ulama Mesir terkenal bermazhab Syafii iaitu Jall alDn Abd al-Rahmn yang lebih dikenali sebagai al-Suyty. Penulis menggunakan kaedah kajian kepustakaan dan menganalisis data-data berkaitan 51 buah hadth serta dibuat kesimpulan mengenai kualiti dan tahap kedudukan hadth menurut pendapat pakar-pakar hadth. Hasil daripada kajian ini dapat dirumuskan bahawa daripada 51 buah hadth tersebut, 36 buah hadth diketahui sumbernya iaitu tujuh buah hadth (13.7 peratus) berstatus sahh. Hadth berstatus hasan dua buah (3.92 peratus), hadth daf dengan 14 buah (27.5 peratus), hadth mawd 11 buah (21.6 peratus) dan dua buah hadth (3.92 peratus) ialah hadth yang tidak diketahui statusnya kerana tidak mempunyai sanad. Bakinya iaitu 15 buah hadth (29.4 peratus) ialah yang tidak diketahui sumbernya.

Anda mungkin juga menyukai