Anda di halaman 1dari 13

Kompetensi Kesedaran Emosi Tajuk : Situasi yang Melibatkan Emosi dan Huraiannya

Oleh : Deepa a/p Chandran Tey Hui Jing Nama Pensyarah : Encik.Kamarulzaman

Emosi Positif
Emosi Gembira
Situasi :
Zaman Ah,tinggilah,Cempaka,tak payah ambillah! (Parang di tangannya ditetak-tetak ke pangkal pohon.) Cempaka : Tadi abang juga berjanji nak mengambil bunga itu,tak adillah.... Zaman : Sudahlah,aku tolong ambilkan. Cempaka : (Menyambut bunga itu) Terima kasih,bang.(Mencium dengan Gembira) Harum baunya,bang. :

Melalui situasi di atas,jelas terbukti Cempaka di ambang emosi kegembiraan.Jikalau saya berada dalam situasi ini,saya juga akan berkelakuan sama seperti Cempaka.Saya akan berasa gembira jika saya mencapai sesuatu yang dihajati.Saya juga tidak akan lupa berterima kasih kepada sesiapa yang menjadikannya saya gembira sesaat itu.

Emosi Dihormati
Situasi :
Selepas mendapat keputusan SPM,Huzaimi terus berlari ke bilik guru.Air matanya mengalir ke pipi setelah ertembung dengan guru tingkatannya,Puan.Zaitun. Puan,Zaitun : Mi,kenapa ni?Apa keputusan Mi?Kenapa nangis ni? Huzaimi : Sayasaya mendapat 11 A+ cikgu.Kalau tiada dorongan dan kata-kata semangat cikgu,tidak mungkin saya mendapat keputusan yang cemerlang ini..

Di sini jelas terbukti Huzaimi merupakan seorang insan yang menghormati dan menhargai orang lain.Saya juga akan bersikap sama seperti Zaman tidak kira di mana saya berada.Sebagai seorang bakal guru,saya harus mengamalkan sikap menghormati kerana gurulah yang mampu

melahirkan anak pendidik yang gemilang,cemerlang dan terbilang.Jika saya sendiri tidak menghormati orang lain,tidak bolehlah saya mempunyai harapan yang anak murid saya nanti akan menghormati saya pada masa kelak.Oleh hal demikian,saya akan menguruskan emosi saya supaya menghormati orang lain tidak kira kawan mahupun musuh.

Emosi Harapan
Situasi :
Ayah : Ali,saya berharap kamu akan belajar dengan bersungguh-sungguh dan mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan akhir tahun ini. Ali : Ayah janganlah risau.Saya akan belajar dengan tekun demi mendapat keputusan yang baik.Saya tidak akan sekali-kali mengecewakan dan menghampakan harapan ayah.

Dalam dialog di atas,kita dapat melihat bahawa ayah Ali hendak anaknya cemerlang dalam pelajaran dan tidak ingin anaknya gagal dalam peperiksaan.Dia menaruh harapan sepenuhnya terhadap anaknya.Jika saya di tempat Ali,saya tidak akan membuatkan ayah saya risau tentang pelajaran saya malah saya akan belajar dengan bersungguh-sungguh demi masa depan saya.

Emosi Simpati
Situasi :
Semasa perjalanan dari sekolah balik ke rumah, Zimah dan Nana terjumpa seekor anak kucing yang cedera di tepi longkang.
Zimah: Nana,lihat kucing ini.Nampaknya ia luka di kakinya.Tak bermaya lagi. Nana: Ye lah, kesian sangat kucing ni.Badannya basah kuyup.Jom kita bawa balik dan merawat kakinya.

Dalam situasi di atas,kita dapat mengetahui bahawa kedua-dua watak iaitu Zimah dan Nana berasa simpati terhadap seekor haiwan yang berada dalam keadaan yang tidak bermaya di tepi jalan.Walaupun haiwan tersebut bukan haiwan peliharaannya,mereka masih memgambil keputusan untuk merawatnya.Melalui keputusan mereka,saya mendapati bahawa tindakan mereka adalah betul.Jika mereka membiarkan anak kucing itu di tepi jalan berkemungkinan kucing tersebut akan mati.

Emosi Kasih Sayang


Situasi :
Dalam kantin sekolah Marlia : Siti, kamu dah makan ke belum?Duduk termenung je... Siti : Belum lagi,saya terlupa bawa duit ke sekolah hari ni Mar. Marlia : Jom Siti,marilah makan bersama dengan saya.Kita kongsi ye...

Dalam dialog di atas, kita dapat melihat bahawa Marlia menunjukkan perasaan kasih sayang terhadap Siti apabila dia mendapati bahawa Siti tidak mempunyai wang untuk membeli makanan.Tindakan Marlia adalah waras kerana dia mengambil keputusan untuk berkongsi makanannya. Jika dia tidak membuat sedemikian,Siti mungkin akan berasa lapar dan tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya dalam kelas.

Emosi Negatif
Emosi Marah
Situasi :
Zul Mengapa kamu ke mari pula,Rahman ? Tadi kamu nak masuk hutan tembak kera. Rahman : Kera yang lebih besar ada di sini,Zul.Kera itu sudah lari ke kampung ini sekarang. Zul : (Nada marah) Apa maksud Rahman berkata begitu?Bukankah satu penghinaan kepada saya? :

Jika saya di tempat Zul,saya akan menguruskan emosi marah saya dengan tidak bertanya apa-apa dekat Rahman.Lebih baik bagi saya untuk mendiamkan diri daripada menyebabkan emosi saya terganggu.Saya juga mengetahui bahawa perasaan marah sentiasa membawa akibat buruk dan disudahi dengan perkelahian atau pergaduhan yang besar.Saya akan mengawal perasaan marah supaya tidak meluap-luap.

Emosi Terkejut
Situasi :
Shafiq tidak sedar akan kehadiran Prof.Peter itu.Seketika kemudian barulah Shafiq sedar dan terkejut. Shafiq Fahmi : : Fahmi?Bila Mi sampai?Bawa senapang pula? (Bangun) (Tertawa mengejek) Bukankah negeri ini kecil,Shafiq.

Situasi di atas mengambarkan emosi terkejut Shafiq ketika melihat Fahmi di hadapan dia.Shafiq tidak sedar akan kehadiran kawannya walaupun dia terjaga ketika waktu itu.Jika saya berada dalam situasi sebegini,saya tidak akan terkejut dan akan lebih peka tentang apa yang berlaku di sekeliling saya.Saya juga tidak akan khayal sampai tidak ambil peduli tentang sekelilingnya.Hal ini kerana apa-apa boleh berlaku pada bila-bila masa.

Emosi Bimbang
Situasi :
Keesokan harinya keputusan permohonan ke IPTA akan keluar.Jam menunjukkan 12 malam. Ayah : Naz,kenapa ni?Dari tadi asyik mundar-mandir dekat ruang tamu sahaja.Tak mengantuk ke? Nasrul : Tak dapat tidur la,ayah.Naz bimbang sangat.Jikalau saya tidak terpilih,hancurlah masa depan Naz.

Jikalau saya Nasrul,saya tidak akan berasa bimbang dan curiga terhadap kemampuan diri sendiri.Sebagai seorang manusia,kita haruslah percaya terhadap diri sendiri.Saya juga akan yakin yang saya akan pasti terpilih daripada terus bimbang.Jika kebimbangan ini dibiarkan tanpa penyelesaian,ia akan melahirkan tabiat kegelisahan ang kronik.

Emosi Angkuh
Situasi :
Jamal : Wah,Abu.Tahniah kerana sekali lagi kamu menjuarai tempat pertama dalam pertandingan syarahan di sekolah kita . : Biasalah, Jamal.Saya berasa tidak ada orang yang dapat menewaskan aku dalam dunia ini.

Abu

Dalam dialog di atas,kita dapat melihat bahawa Jamal terlalu angkuh selepas mendapat tempat pertama dalam pertandingan syarahan.Pada pendapat saya,dia tidak harus terlalu angkuh kerana mungkin ada orang yang mampu berdiri sama tarafnya.Dia haruslah tahu bahawa kemenangan yang dijuarai di sekolah tidak melambangkan tidak ada orang yang dapat menewaskannya.

Emosi Malas
Situasi :
Siah Mira : Jom kita buat kerja kursus pada malam ni. : Janganlah dulu,kita buat kerja itu pada malam esok.Hari ini saya nak tengok wayang la,Siah.

Pada pendapat saya,Mira mempunyai sikap malas.Dia tidak haruslah menangguh kerja kumpulannya.Dia harus membezakan perkara yang lebih penting dalam kehidupannya.Sikap malas harus diketepikan oleh semua orang terutamanya para pelajar.Mira harus bekerjasama dengan Siah untuk membuat kerja kumpulan bersama.Komitmen antara ahli kumpulan amatlah penting untuk menjayakan sesuatu aktiviti.

Anda mungkin juga menyukai